Monday, September 30, 2013

Bercuti dan Outstation

Bukan semua pekerja suka outstation. Dulu sayapun tak suka, sebab banyak komitmen. Anak-anak kecil, kadang-kadang ada appoinment, kadang-kadang nak ambil emak dan sebagainya. Tapi saya terpaksa akur pada jadual kerja. Dah dulu kata setuju apa sahaja.

Tapi lama kelamaan bila sudah biasa, rasa seronok pula. Berjalan ke merata tempat dalam negara, melihat bagaimana budaya penduduk negeri lain, ianya memberi pengalaman yang amat manis dan sudah tentu tidak dapat dibeli pengalaman itu.

Pengalaman bercuti dan out station agak berbeza sebenarnya. Ini kerana, semasa bercuti, kita akan rancang jadual dan pilih sendiri tempat mana yang hendak pergi, selalunya taram-taram sahaja atau rujuk dari mana-mana blog. Tapi kalau out station, biasanya sudah ada pegawai menunggu dan mereka lebih arif dengan tempat mereka. Mereka juga yang akan merancangkan tempat mana yang menarik untuk melawat atau makan.

Outstation atau bercuti juga dapat memberi peluang untuk membuka mata dan minda lebih luas tentang sejarah dan topografi sesuatu tempat. Cuma bagi saya, bercuti bersama keluarga memberi pengertian yang lebih bermakna, kerana dekat dengan yang tersayang dan lebih selesa untuk berbual dan berbincang bersama suami.

Bagi yang jarang outstation atau bercuti, tidak mengapa, sekarang sudah banyak sumber berita yang boleh diperolehi tentang sesuatu tempat. Cuma kena rajinkan membaca. Yang penting hidup ini kena gembira dan selesa dengan apa yang dilakukan. Tak kiralah, surirumah ke, pekerja tetap ke, pekerja sambilan ke, rezeki masing-masing. Tak usah sombong-sombong bila dapat rezeki. Jangan bila dapat rezeki lebih sikit cakap nak besar aje, sampai tak nampak dah bumi yang dipijak.



 
 
 


18 comments:

  1. betul tu, jangan sombong bila dapat sesuatu rezeki tu... outstation dan bercuti memang banyak bezanya...

    ReplyDelete
  2. Informasi yang sangat menarik. Terimkasih atas sharing nya :)

    ReplyDelete
  3. Informasi yang sangat menarik. Terimkasih atas sharing nya :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum bestnya berjalan. sheila suka travel dengan suami. hehehe

    ReplyDelete
  5. Salam perkenalan...

    Suka ayat last tu.. 'Tak kiralah, surirumah ke, pekerja tetap ke, pekerja sambilan ke, rezeki masing-masing. Tak usah sombong-sombong bila dapat rezeki. Jangan bila dapat rezeki lebih sikit cakap nak besar aje, sampai tak nampak dah bumi yang dipijak.' -

    ReplyDelete
  6. cantik gambar langit senja tu.... saya dah lama tak bercuti..huuu

    ReplyDelete
  7. saya pun dh lama tak bercuti..

    ReplyDelete
  8. bercuti bersama keluarga saat paling best!

    ReplyDelete
  9. sally suka outstation...tp x pernah dapat ikut pon :(

    ReplyDelete
  10. Ummi pun dah lama tak bercuti.....sekali sekala nak juga ke outstation bercuti makan angin dengan famili untuk menenangkan fikiran dan menghilangkan stress.... ^^

    ReplyDelete
  11. bercuti , biarpun bebas merancang dan bersama org2 tersayang , tapi budget kuar sendiri . outstation lak , dok diam2 semua org uruskan . cuma bawa badan dan beg baju jer ...

    ReplyDelete
  12. masa aiza kerja dulu kalau outstation memang tak berpeluang untuk jalan-jalan.. dapat bos yang skema.. asyik kena kerja saja.. aiza layan je la.. hehe..

    ReplyDelete
  13. saya lahir kat kluang...hehe...

    ReplyDelete
  14. teringin nak gi holiday.. tenangkan fikiran dari kesibukan kerja skejap :)

    ReplyDelete
  15. syoknye.. sakan eh bercuti...
    btw, slm kenal..singgah dari blog ros-reeza.. done follow sini... =)

    ReplyDelete
  16. Saya paling tak suka pi outsation... kena tinggalkan rumah. walaupun anak-anak sume dah besar-besar dan belajar jauh2 dari saya tapi saya tetap tak suka nak buat kerja di luar KL. Penat!

    ReplyDelete