Friday, September 13, 2013

Berpada-pada menunjukkan kasih sayang

Berpada-padalah ketika menunjukkan kasih sayang, terutamanya untuk suami dan isteri.

Tak usahlah menunjukkan kasih sayang seolah-olah kita sahaja yang ada pasangan dalam dunia ini. Walaupun benar hubungan itu halal dan diredhai, tetapi mata yang memandang perlulah juga dijaga perasaannya. Kadang-kadang orang lain tidak cemburupun dengan kemesraan kita. Kita sendiri yang perasan, walhal mereka hanya meluat.

Dalam menunjukkan kasih sayang biarlah ia nampak betul-betul professional dan romantis sehingga tidak ada hati yang tersinggung dan jelek. Tak perlulah sehingga didepan saudara mara, mak ayah dan adik beradikpun nak tidur-tidur dipeha sambil-sambil mengulit sana sini, nak beromen-romen dan berpeluk sakan. Mereka bukan tak pernah kahwin dan ada pasangan.

Ini kadang-kadang, ada yang sudah salah tanggapan. Asal suami isteri, halal buat apa sahaja. Memang halal, tapi dihadapan orang lain, ada batasannya. Kita bukan kucing dan anjing yang boleh memadu kasih di mana-mana. Islam pun menganjurkan kesederhanaan.

Kalau bersederhana ketika menunjukkan kasih sayang, orang disekeliling akan lebih kagum dan menghormati. Ia juga boleh menjadi teladan yang baik kepada anak-anak dan pasangan lain. Sudah lumrah dunia hidup bermasyarakat. Maka haruslah juga menyesuaikan diri dengan orang sekeliling. Walaupun terlalu sayang kepada pasangan, tetapi biarlah kasih sayang itu ada tata tertibnya.

gambar hiasan
 

7 comments:

  1. salam kenal..

    maybe kita ada berbagai ideas about this.. but for me, boleh cuma bersederhana..

    ReplyDelete
  2. salam kenal juga, ya, ada banyak pendapat, tapi yang sebaik-baiknya biarlah bersederhana dalam menunjukkan kasih sayang di hadapan orang lain

    ReplyDelete
  3. saya dan kakak selalu perhatikan artis yg dijemput utk program yg ada kaitan dgn perkahwinan yg bahagia ni , tak lama lepas tu akan bercerai . antaranya azza elite dgn bekas suaminya ehsan ... kesimpulannya , kebahagiaan tu jgn expose sgt . cukuplah suami dan isteri tu yg tahu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul vee, expose lebih-lebih dah jadi macam menunjuk-nunjuk dan riak pula

      Delete
  4. Setuju dengan apa yang Zila tulis!

    ReplyDelete