Friday, September 20, 2013

Blog mengarut - saya terkena

Beberapa tahun yang sudah saya ada follow satu blog yang diberi nama anak-anak negeri sembilan. Tapi semasa pilihanraya baru-baru ini, dek kerana ketegangan politik, blog itu telah tidak dapat dibaca lagi. Bila dibuka, ia dikatakan telah diremove atau sebagainya (sayapun dah lupa). Tapi blog itu saya masih lagi follow dan tidak buang dari senarai bacaan. Sayapun tak ambil pusing sangat sebab ia tidak mendatangkan sebarang gangguan. Jadi saya biarkan ia tersadai dalam ruangan senarai baca itu.

Pagi ini masa buka blog, alangkah terperanjat beruknya saya dalam senarai baca saya ada blog yang memaparkan cerita-cerita dan gambar lucah. Banyak pulak tu.  Seingat saya, saya tak pernahpun follow blog lucah. Lagipun nak buat apa, nak tambah dosa?

Mengelupur jugaklah saya mencari mana satu blog yang telah saya follow mengeluarkan cerita lucah ni. Sebabnya bila diklik pada blog itu, tak adapun nama dalam senarai blog yang saya follow. Akhirnya terpaksa buka satu-satu senarai blog yang telah di follow dan berjumpa, rupa-rupanya blog yang sebutkan di atas (yang telah ditinggalkan bersawang itu) punya angkara. Entah macamanalah, Mat Indon berjaya membukanya dan menukar kepada blog lucah pula. Sabar jelah.

Saya hairan juga, blog tinggal itu boleh di godam dan diubahsuai. Terasa takut pulak, kalau-kalau perkara ini terjadi dekat blog kita. Kalau ada sesiapa yang ada ilmu bolehlah ajar supaya blog kita tak di godam dan dianiaya. Sekian terima kasih.


26 comments:

  1. Replies
    1. Kalau org Negri sembilan panggil terbobar..Kalau org K.L panggil terkejut beruk..Kelam kabut saya pagi tadi...

      Delete
  2. takut juga...harap kita tidak terkena...

    ReplyDelete
  3. lepas nie yg mana blog yg tak aktif tue better remove jer kan.. menyusahkan jer bila jadi mcmni.. hati2 k lepas ni.. =D

    ReplyDelete
  4. done follow sini no. 71
    sudilah kiranya follow me back yea..
    he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

    http://tengkubutang@gmail.com/

    dan my 2nd blog
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. teman pun nak tau gak ada x cara2 nak elakkan dari blog di hack.. sebab teman tengok banyak blog2 dh di hack oelh anon ni.. diorg saja nak test hack blog org lain.. nak uji keterreran diorang lea katakan.. risau gak blog kita nanti jadi sasaran.. hope ada lea yg bijak pandai tau cara2 nak elak dari di hack

    ReplyDelete
    Replies
    1. gitulah tenku butang, zaman IT ni org macam-macam kepandaian

      Delete
  6. Dah follow gak n0.72^^ terang ke sini selepas baca review dari blog PCL.. x sure camne nk elak dari dihack tp mungkin tukar password sekerap yg bole membantu kot..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks.., betul juga tukar password selalu

      Delete
  7. takut jugakan? sahabat2 blogger tolong inform kalau blog saya ada yang pelik dan meragukan..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah zie, saya pun takut gak, tetiba FB ke, Blog ke kena hack, tak ke naya..

      Delete
  8. agaknya blog tu kena hack kot. jaa nk tolong pun xtahu. maybe kena beli sejenis software yg boleh slmatkan website dari kena godam kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog tu blog dah kena tinggal jaa. Cuma terkejut tetiba je ada gambar lucah..Kita dah delete pun blog tu dari senarai kita

      Delete
  9. Perkara gitu yg paling saya risau jika terjadi kat blog saya tu..Mohon di jauhi..

    ReplyDelete
  10. mau tak risau abg abil...sama la, mohon dijauhi

    ReplyDelete
  11. bukan susah pun nak buat blog . naper nak cantas org punya . ni mesti sbb follower yg dah ramai . ye la , berapa ketul sgt yg suka nak follow benda lucah ni kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog anak-anak negeri sembilan tu dulu ramai follower vee. Bila blog tu tinggal yg kena godam agaknya. Kena godam ke, kena jual ke, tah tak tau laa. Whatever, janganla terserempak lg dengan blog macam tu...

      Delete
  12. ..tu la kn..tkt jgk..tp xpe la..xde org pn berminat ngn blog sy..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita, blog saya ni agaknya takde org minta langsungpun, hahaha

      Delete
  13. la, macam mana boleh mcam tu pulak sampai kelucah..
    mintak dijauhkan dari blog macam tu..dikira bersubahat tu..

    dari:
    akubahrain.com

    ReplyDelete
  14. Blog saya pernah digodam oleh blogger-blogger dari negara seberang. Memang memberi tekanan betul :/

    Nisa'

    ReplyDelete