Monday, September 23, 2013

Catatan outstation : Perjalanan ke Ipoh, hotel Kinta Riverview

Entry yang kali ini adalah untuk maklumat bagi pegawai kerajaan atau swasta yang sedang mencari tempat yang sesuai untuk mengadakan seminar, bengkel atau sebagainya. Juga untuk memberi maklumat kepada pembaca yang ingin bercuti di Ipoh dan mencari hotel yang sesuai.

Minggu lalu ada satu seminar yang diadakan di Ipoh Perak. Saya bertugas sebagai jurulapor (reporter) untuk seminar itu.

Perjalanan dari Putrajaya adalah bermula dengan memasuki lebuhraya Utara Selatan melalui Tol Putrajaya. Kali ini saya menaiki kenderaan Frontier. Tetapi kereta ini menggunakan diesel. Kebiasaan kalau ke ipoh dari Putrajaya, penggunaan petrol adalah dalam RM40 sahaja (harga lama). Kemudian keluar melalui tol Ipoh Selatan. Ada juga pilihan untuk keluar melalui Tol Simpang Pulai.

Jika keluar melalui Tol Simpang Pulai

Jumlah RM = 29.70

Keluar dari tol ini, ambil simpang menghala ke kanan dan teruskan sehingga sampai ke pekan Gopeng, atau follow signboard pekan gopeng. Dari pekan ini akan bertemu dengan flyover dan ambil side kiri, teruskan perjalanan. Dari sini tidaklah terlalu jauh. Kalau tidak jem, hanya dalam 10 minit sahaja. Pada waktu malam anda akan dapat menyaksikan lampu-lampu dihias seperti I-City di sepanjang Kinta River.

Jika keluar dari Tol Ipoh Selatan

Jumlah Tol RM = 31.40

Keluar dari Tol ambil simpang menghala kiri  dan teruskan perjalanan sehingga anda bertemu dengan flyover seperti yang disebutkan di atas. Sebenarnya selepas dari flyover ini anda akan bertemu dengan bangunan hospital (antara land marknya).

Pekan Ipoh juga mempunyai lapangan terbang dan landasan keretapi. Stesen bas utama yang berhampiran di sini adalah stesen bas Gopeng dengan jarak perjalanan kira-kira 10 minit.

Hotel Kinta Riverview.

Hotel ini adalah sebuah hotel 5 bintang. Banyak juga pihak swasta dan agensi yang menyewa untuk mengadakan seminar. Ia mempunyai sebuah dewan yang agak besar dan boleh menempatkan sekurang-kurangnya 500 orang untuk satu-satu majlis. Walau bagaimanapun, ia juga mempunyai bilik-bilik yang lebih kecil untuk di sewa bagi jumlah peserta yang lebih kecil.

Perjalanan ke sini tidaklah terlalu susah atau jauh dari Highway. Cuma ia mempunyai banyak jalan di sekelilingnya, itu yang akan membuat agak sedikit keliru. Walau bagaimanapun, bangunan hotel ini sangat striking dan mudah dicari. Pengangkutan utama di sekelilingnya adalah Bas dan Teksi.

Makanan di sini agak ok juga. Mereka menyediakan bufet untuk sarapan pagi dan makan tengahari. Tetapi jika mempunyai pesanan istimewa untuk majlis anda, bolehlah berhubung dengan pengurusan hotel.

Harga bilik satu malam untuk bilik standard ialah RM212. Bagi kakitangan kerajaan, cas adalah lebih rendah sedikit, iaitu RM192 dengan syarat mesti tunjuk ID kad pegawai kerajaan. Kalau ambil seminar berpakej, biasanya hotel akan mengira bajet termasuk harga bilik dan makan sekali mengikut kelayakan.

Bilik yang saya menginap itu adalah bilik standard. Hotelnya agak selesa juga. Semua fasiliti ada. Tetapi mereka hanya membekalkan satu set sahaja toiletries. Kebanyakkan hotel menyediakan dua set toiletries untuk bilik standard. Hotel ini juga membekalkan suratkhabar setiap pagi. Check in adalah pada pukul 2 pm dan check out pukul 12pm.

Terdapat bilik yang mengadap kawasan yang dipanggil I-City oleh penduduk setempat. Hiasan-hiasan pokok dengan lampu-lampunya menarik hampir sama seperti di I-City Shah Alam. Hotel ini juga berhampiran dengan pusat rekreasi the lost world of tambun.

Keesokkannya, awal-awal pagi, kawan saya kejutkan beritahu ada kebakaran kereta di bawah. Kereta itu terbakar betul-betul dalam simpang keluar hotel. Dari atas kami nampak kecekapan pihak bomba yang bertungkus lumus memadamkan api kebakaran tersebut. Tahniah kepada pasukan bomba yang profesional. Takziah kepada pemilik kereta, mujurlah dia selamat.





 
 


Gambar-gambar kebakaran di bawah hotel












2 comments:

  1. bestnya outstation! hehehe..tak pernah dapat outstation :)

    ReplyDelete