Wednesday, September 18, 2013

cinta dan cinta monyet ku

Seorang kawan bertanya kepada saya, adakah betul bila mengingati seseorang, orang itu akan mengingati kita juga. Kata saya, mengingati orang ini ada pelbagai versi. Ada yang sungguh-sungguh sepenuh hati, ada yang setakat mengingat sahaja. Untuk mengajar "key" sebenar bagaimana hendak mengingati seseorang sampai dia ingat kita balik, saya tidak pandai. Ia kemahiran yang bukan semua orang boleh belajar dengan mudahnya.  Mungkin kelas Dr Azizan Othman ada mengajar 'key' seperti ini atau yang seumpamanya. Tapi saya tidak pernah masuk kelas yang lebih advance, kalau kelas biasa tu adalah. Agak hairan juga, kenapa kawan bertanya soalan seperti itu kepada saya. Mungkin muka saya ini nampak macam muka sentimental agaknya. Ha ha

Ok, cerita di atas itu hanya selingan sahaja, sebenarnya saya terkenang tentang kisah cinta monyet saya.

Hampir semua orang ada kisah tentang cinta pertama. Dan selalunya ia kisah yang masih boleh diingat sampai bila-bila walaupun perasaannya sudah tidak ada. Ada yang dapat bersama selama-lamanya. Ada yang terkubur di tengah jalan. Ada yang tak pernah bermula apa-apapun.

Dalam perjalanan balik dari Ipoh sepanjang Highway (kami outstation masa itu) saya terkenang-kenang kisah cinta (monyet) pertama saya. Masa itu umur lebih kurang dalam 6-7 tahun. Budak lelaki itu pula adalah anak kepada guru dan tua lebih 5 tahun dari saya.

Entah bila masanya saya mula suka kepada budak itu, sayapun tak perasan. Tetapi saya ingat suatu hari dia dan rakan-rakan pengawasnya ditugaskan menjaga kelas kami (darjah satu) kerana ketiadaan guru. Dalam pusing-pusing satu kelas itu, diapun singgah di tempat saya. Saya pula sedang melukis gambar pemandangan rumah dan pokok. Lalu dia menegur, kenapa tingkapnya tinggi dari pintu? Macamana nak tutup tingkap? Saya tersipu-sipu malu. Amboi, darjah satu pun dah pandai feeling-feeling. Itulah kenangan yang paling saya ingat.

Ada juga beberapa kenangan lain, tapi tak sanggup saya nak ceritakan di sini. Manalah tahu, kalau-kalau dia terbaca pula dan ketawakan saya kerana perasan sendiri. Ha ha ha.

Masa sekolah rendah sampai habis sekolah menengah saya memang sangat comot dan langsung tak reti bergaya, maklumlah orang kampung. Sampai orang pernah kata saya budak kampung yang tak ada standard. Telan saja, sebab memang hakikatnya saya orang kampung yang panjat pokok dan mandi sungai.

Saya tak pernah punya steady boifren sampailah masuk ke Universiti dan bertemu dengan suami. Itulah cinta sebenar yang pernah saya impi-impikan.

Kata orang cinta pertama adalah cinta yang akan di kenang selama-lamanya. Tapi bagi saya cinta sebenar adalah  pelengkapnya. Walaupun kenangan cinta pertama itu masih diingati, namun perasaannya sudah lama tidak wujud. Budak lelaki itu kini sudah berkahwin dan mempunyai cahayamata. Saya juga bahagia bersama-sama keluarga yang sangat saya sayangi.

Cinta pertama saya adalah sebuah cinta yang tidak pernah bermula. Kami pun tidak pernah mempunyai apa-apa conversation mahupun perhubungan. Ia cuma perasaan seorang remaja. Namun ia kekal dan tidak dapat dapat dinyahkan begitu saja. Mungkin juga ia tidak perlu dinyahkan kerana sudah tidak bermakna apa-apa lagi!
gambar pinjam dari garfieldcnakal.blogspot.
kenangan zaman sekolah

10 comments:

  1. ..kalau xde yg pertama, xkn ada yg terakhir kn.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. semestinya. Tapi yg terbaik adalah cinta yg sebenar tu

      Delete
  2. Mmg susah nk lupa kenangan cinta lalu kn..hehehe =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak lupa, tapi taklah sampai ada perasaan..:)

      Delete
  3. 1st love will always the hardest one to forget.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul jugak, begitu ramai yang kita minat masa remaja dulu, yang kekal diingatan adalah yang pertama. Tapi whatever, hubby kita jugalah yang terbaik. Cinta sebenar

      Delete
    2. betul betul..tu la jodoh yg sebenarnya :)

      Delete
  4. sy paling tertarik pasal lukisan tu...biasa kita
    dulu2 memang lukis tingkap tinggi dr pintu...

    rindunya zaman skolah rendah dulu...

    ReplyDelete