Friday, September 6, 2013

filem gangster bukan filem yang baik

Terus terang cakap saya sangat tidak bersetuju dengan penghasilan filem-filem Malaysia genre gangster yang sangat banyak di pasaran sekarang ini.

Adakah penerbit filem mempunyai motif tertentu untuk menerbitkan filem-filem seperti ini. Kalau ada motif kebaikannya, sila senaraikan. Saya nak tengok sendiri. Cakap-cakap diakhbar bahawa motif filem sebegini adalah untuk mendidik begitu-begini hanyalah cakap-cakap kosong untuk menghalalkan perbuatan yang tidak baik. Banyak lagi genre filem lain yang boleh dibuat untuk mendidik, bukan melalui keganasan sahaja. Takkanlah penerbit-penerbit itu semua sudah habis idea belaka. Drama-drama Koreapun banyak juga yang berjaya walaupun tidak memfokuskan kepada gangterism. Cuma kena kreatif dan positif sikitlah.

Lagipun budaya masyarakat di negara luar sana tidak sama dengan budaya masyarakat di sini. Kita bukan hidup berasaskan gangsterism seperti di beberapa negara latin. Apa perlunya memperdarjatkan perjuangan gangster itu? Saban hari pun kita lihat ramai anak-anak sekolah yang berminat nak jadi gangster dan mafia. Tak usah cakap dekat tempat lain, di sekeliling saya ini, hari-hari budak-budak sekolah berkumpul berkumpulan sesama sendiri. Kadang-kadang mereka bergaduh dan terpaksa panggil polis pula. Bukan boleh tegur sangat, nanti kita pula yang digangsternya. Dari mana pengaruh ini?

Bila ada tayangan filem di wayang siapa yang pergi? Anak-anak muda inilah. Menonton filem gangster hanya akan menaikkan semangat mereka untuk menjadi gangster. Sama juga, menonton drama patriotik, kita jadi patriotik, menonton drama cinta, kita berangan-angan jadi romantis. Habis, takkan menonton cerita gangster anak-anak itu berangan-angan menjadi guru tahfiz pula?

Pengarah dan penulis skrip amat WAJAR untuk memberi pertimbangan terhadap perkara ini. Ia merupakan satu ancaman serius terhadap pemikiran anak-anak muda. Ya, saya pernah menjadi muda. Semua orang pernah menjadi  muda. Patutnya kita faham implikasi itu.

Bukan kita tidak sokong industri perfileman melayu. Tetapi adakah benar industri itu boleh memberikan manfaat terhadap anak-anak bangsa? Itulah yang harus difikirkan, bukan mengaut keuntungan semata-mata. Sikap sombong dan tidak cerdik sesetengah pengarah dan pelakon kadang-kadang amat menjengkelkan. Kalau di tegur, ada sahaja jawapannya untuk menghalalkan matlamat mereka. Termasuklah pembuatan filem-filem genre seram.

sekian


8 comments:

  1. betul kak filem mcm ni bukanlah filem yg baik utk dijadikan didikan anak2..walaupun ada selit nilai2 murni..tp secara keseluruhan ia tidaklah membawa kebaikan pd penonton.. cuma kepuasan semata2..

    ReplyDelete
  2. ramai pengarah dan penerbit ni yang tamak dan tak fikir nilai-nilai murni..Gangsterism ni macam dah jadi satu budaya lak. Tah apa yang dibanggakanpun, tak tau

    ReplyDelete
  3. betul sangat, masalahnya anak2 suka tengok cerita yg begini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bosan dengan pengarah dan pelakon yang pandai bercakap, tp tak pandai menilai

      Delete
  4. perasan x? trend sebenarnya... kelmarin satu filem pontianak keluar.. yg lain pun ikut... bila filem genre horor comidy keluar... ikut jugak... ni gangster plak... hmm.. sy mmg sceptical pd filem melayu... maaf... sudah lama kecewa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita, nak nengok dalam tv pun kekadang rasa sedih. Masih takuk D lagi filem kita nih, sikit lagi nak fail

      Delete
  5. yup..
    setuju,
    walaupun cerita dia mmg gempak,
    tp skrip dan bahasa hancur,
    akan jadi ikutan budak2 skolah pasni :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak-budak suka kalau nampak hebat macam dalam filem...Itu yang kita nak elakkan

      Delete