Tuesday, September 17, 2013

Kenduri Gotong Royong Vs Kenduri Pakai Katering

Tahniah kepada anak saudara saya sebelah suami yang baru sahaja melangsungkan perkahwinannya Sabtu lalu (sebelah perempuan) dan Ahad (sebelah kami). Meriah kendurinya di dua-dua belah pihak. Tahniah juga buat kaum keluarga dan orang kampung yang masih sudi mengadakan kenduri dalam bentuk gotong royong. Kenduri dalam bentuk gotong royong bukan satu kenduri yang mudah untuk diuruskan. Kalau duduk Kuala Lumpur ni, rasanya macam dah tak ada lagi kenduri gotong royong, kebanyakannya pakai katering.

Kenduri Gotong royong

Kalau anda bajet nak buat kenduri masak gotong royong, ini adalah asas-asas yang perlu diketahui.

  1. Jumlah tetamu
  2. Lay Out (khemah dan meja, DJ, Tempat masak, tempat basuh pinggan, tempat simpan pinggan yang sudah dibasuh)
  3. Jumlah menu
  4. Peralatan memasak (periuk, kuali, kawah, senduk kayu, sudip, daun pisang, tungku, bahan bakar) 
  5. Peralatan makan (pinggan mangkuk dan sudu garpu, tempat basuh tangan, tisu, bekas isi makanan dan minuman )
  6. Anggaran bahan mentah (ini paling sukar, kalau tak cukup susah, kalau berlebih keterlaluan pun tak seronok juga)
  7. Kakitangan (tukang masak, tukang penyediaan bahan mentah, tukang clear meja, tukang tambah makanan, tukang basuh pinggan, runner)
Ini hanyalah perkara asas untuk proses penyediaan makanan sahaja. Kalau nak diikutkan banyak lagi perkara-perkara lain yang perlu diberi perhatian. Oleh kerana adik beradik saya semuanya majlis perkahwinan atau kenduri-kendara mereka diadakan secara gotong royong, maka banyak pengalaman telah di pelajari. Walaupun mungkin pengalaman itu tidak sehebat mana, tapi insyallah saya tahu proses-prosesnya. Tapi tak mahu pula mendabik dada bila ada sedikit ilmu dan canang serata alam kitalah yang paling hebat. Tak betul tu. Takut nanti kenduri tak ramai saudara mara datang dek kerana suka cakap besar.

Kenduri katering

Nasihat saya, siapkan saja duitnya cukup-cukup. Kalau tak ada pengetahuan, jumpa saja wedding planner, mereka akan uruskan semuanya.

Ada dua jenis katering ini, iaitu fully katering dan semi katering. Fully katering ini, kesemuanya diuruskan oleh wedding planner. Dari urusan mak andam, makan pengantin, hantaran, cenderamata, makan tetamu, khemah atau dewan, Tuan rumah tak perlu pening kepala. Cuma cuci tangan dan pastikan semuanya berjalan lancar sahaja.

Semi katering, tuan rumah masih kena bekerja keras, cuma tak perlu terlibat banyak dalam urusan masak-memasak. Mungkin urusan khemah, mak andam, cenderamata, hantaran dan sebagainya perlu diberi perhatian

Pro dan kontra

Memanglah Islam menggalakkan bersederhana, buatlah yang termampu. Tapi zaman ini, mana ada orang yang sanggup buat kenduri kahwin dalam bentuk kecil-kecilan. Ia seumpama menjaga air muka juga. Kalau di kampung-kampung mungkin tidak jadi masalah sangat. tapi kalau dipekan, tak ramai yang sanggup buat kenduri ala-ala kadar ini.

Kalau buat kenduri gotong royong, itu adalah alternatif kepada bajet. Tapi kena fikir parkara-perkara lain pula seperti man power dan  peralatan. Kalau tempah katering biasanya mereka dah siap dengan man power dan peralatan sekali. Tak perlu pening kepala. Di kampung-kampung lain. Orang kampung selalu ada persatuan, bekas peralatan boleh disewa dari surau atau persatuan itu. Begitu juga dengan khemah dan lain-lain. Kakitangan pula biasanya terdiri dari saudara mara dan orang-orang kampung juga. Kalau dirancang betul-betul belanjanya mungkin boleh jimat lebih separuh dari perbelanjaan katering. Tapi Kalau tidak dirancang betul-betul, boleh jadi sama sahaja, penat pun dapat.

Cuma satu yang sangat baik tentang kenduri gotong royong, ia memang merapatkan hubungan kekeluargaan. Tak kiralah walau terlebih bajetpun, tapi kita kaum keluarga semuanya mempunyai peranan masing-masing dan hubungan menjadi lebih mesra.

Kalau buat kenduri pakai katering, tetamu hanya datang makan, salam tuan rumah dan terus balik, kuranglah sikit kemesraannya.

Apapun, pilihlah yang terbaik mengikut kesesuaian.










10 comments:

  1. area rumah Ros, memang kena buat catering.. sebab rumah taman.. tak ada sangat yang nak datang gotong royong.. semua sibuk berkerja :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat mana-mana pun dah ramai yg buat katering sekarang ni ros. Kg akak pun ada jugak yg buat katering dah

      Delete
  2. ohhh...sally sgt la prefer katering...tak sanggup nk masak... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang masak-memasak ni penat Sally. Kena pulak dalam kuantiti yang banyak. Kalau kat KL ni, sayapun prefer katering je. Tapi kalau rumah dan halaman besar serta rajin pula, elok juga buat gotong royong

      Delete
  3. selamat pengantin baru kepada mempelai.

    ReplyDelete
  4. kg saya masih gotong royong lagi . peralatan jkk kg sediakan . cuma perlu bayar fee sethn sekali . Katering ? klu lelaki bleh bagi hantaran 20k ... hahahaaa . utk majlis saya ... gotong royong adik beradik n peralatan pinjam jer drp ahli keluarga yg wat katering ... heheheee

    ReplyDelete
  5. Keluarga belah suami masih lagi ada gotong-royong. Keluarga Nor, biasa kenduri kahwin memang katering. Tapi kalu kenduri kecil-kecilan ada gak buat gotong-royong :).

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat kg sayapun dah ramai buat kenduri katering laa ni, sebab dah tak ramai org tua-tua yang tinggal...

      Delete