Thursday, September 26, 2013

Kepentingan Kalsium dalam jangka panjang untuk perempuan hamil

Semasa mengandung dulu, saya tidak begitu faham, kenapa pengambilan pil kalsium tambahan sangat penting.

Ada beberapa situasi yang berlaku saya tak pernah tahu ia berpunca dari kekurangan kalsium. Kaki selalu kejang-kejang  pada waktu pagi. Kata orang simpul mengkarung. Gigi juga terasa sakit bila bangun tidur. Saya fikir gigi itu akan tercabut kerana kurang makan vitamin C. Maka bergasaklahlah saya memborong buah. Tapi ia masih sakit lagi, entah kenapa. Lepas itu ada pula sedikit benjolan tulang timbul di pergelangan tangan. Saya ingat itu juga satu perkara yang normal.

Kemudian kakak saya menghadapi masalah yang sama, ada tulang timbul dipergelangan tangan masa mengandung anak kembar, malah lebih teruk. Manakala ayah mertua selalu sebut tentang gigi emak mertua yang habis kena cabut, sama macam emak saya. Katanya emak mertua rajin minum ais, itu sebab gigi cepat rosak. Emak saya pula, belum umur 55, gigi sudah hampir habis, masuk umur 60 tahun, semua dah tak ada. Padahal dulu rumah kami tak ada peti ais dan emak saya tak minum ais. Entah apa puncanya gigi cepat rosak.

Sebenarnya gigi dan tulang orang perempuan cepat rosak sebab kurang kalsium. Kekurangan kalsium secara mendadak adalah berpunca dari proses kehamilan. Bayi yang dikandung menyerap kalsium dari ibunya untuk pembentukan tulang dan badan yang sihat . Simpul mengkarung, kaki kejang, tulang timbul dan gigi sakit adalah simptom kurang kalsium bagi ibu hamil. Bukan sebab ilmu hitam dan ghaib. Ada yang tak pernah percaya cakap saya. Mungkin mereka lebih pandai. Terpulanglah. Boleh juga tanya doktor, mana tahu kalau-kalau saya bagi fakta yang salah pula.

Sebab itu kita nampak Kak Jah rumah seberang jalan yang belum kahwin (walau umur sudah 46 tahun) masih muda dan tegap berbanding Kak Minah yang sebayanya dan sudah beranak 6. Kak Jah tidak pernah mengandung. Kalsiumnya belum pernah dikongsi bersama anak-anak. Sebab itu gigi dan tulangnya masih tegap.

Emak dan emak mertua saya sewaktu mengandungkan anak-anak mereka mungkin tidak tahu kepentingan kalsium kerana tidak ada orang yang beritahu. Kalau tahu pun, mereka juga mungkin tidak mampu membelinya. Hari ini ekonomi sudah baik, semua orang mampu beli sendiri, kalau tak mampu pula, boleh minta dari klinik ibu mengandung (kerajaan) secara percuma, cuma mesti jumpa doktor. Jadi amalkanlah pengambilan kalsium untuk kebaikan diri sendiri.

Ambillah susu paling kurang dua kali sehari. Lebih baik susu segar. Bukan susu tepung. Biarlah brand apa sekalipun. Mana ada susu yang lebih baik dari susu segar. Walau dicanang bagai nak gila. Dan tambahlah dengan pengambilan pil kalsium serta suplemen lain yang diberikan doktor. Klinik kesihatan ibu mengandung di Malaysia biasanya tidak membekalkan kalsium kecuali atas permintaan. Puncanya, doktor tidak mahu ibu terlebih ambil kalsium. Terlebih ambil boleh merosakkan buah pinggang. Tapi jangan risau, ia rare case.

Ibu mengandung masih perlu suplemen kalsium tambahan. Ia untuk jangkamasa yang panjang. Bukan masa hamil itu sahaja. Kurang kalsium menyebabkan tulang dan gigi tidak kuat dan osteoperosis cepat berlaku.

Ada lagi satu maklumat. Kalsium perlu diambil bersama dengan vitamin D, kata orang putih. Tapi sebenarnya vitamin D sudah ada dalam cahaya matahari. Negara kita pula terima cahaya matahari dalam kadar yang sangat banyak. Kita pun makan macam-macam di sini. Tak payahla beli lagi suplemen Vitamin D tu. Nanti takut jadi lain pula.

Sekali lagi nasihat saya untuk kawan-kawan, saudara mara dan sesiapa sahaja yang singgah di sini, ambillah perhatian. Ibu mengandung perlukan kalsium yang secukupnya untuk kesan jangka panjang. Kalau sudah bersalin pun masih perlu makan/minum kalsium juga. Janganlah bila terkena simpul mengkarung setakat tinggikan kaki dari kepala sahaja. Boleh juga buat, tapi ambillah suplemen kalsium selepas itu. Insyaallah untuk tulang dan gigi yang baik dan kekal lama.

AMARAN
Untuk peniaga suplemen.
Jangan curi artikel saya untuk kepentingan perniagaan anda
Saya akan lapor kepada SKMM kalau saya dapat tahu.
Ini kerana pesanan ini adalah percuma untuk
kawan-kawan saya, keluarga saya dan sesiapa sahaja diluar sana.
Jangan ambil kesempatan

15 comments:

  1. Salam kenal dari Che Mid. Sangat betul.. jangan terpedaya dgn iklan susu hingga taksub dan rasa susu lain tak elok. Che Mid pun minum susu segar saja, walaupun ada yang rekomen susu lain... tapi lps ni tak nak dah mengandung he he.. jemput mai umah che mid k..

    ReplyDelete
  2. ikan bilis jugak kaya dgn kalsium,kan...

    ReplyDelete
  3. info yang sangat bermanfaat...terutama untuk ibu hamil..

    ReplyDelete
  4. info dan penjelasan yang menarik mcm ni mmg selalu org akan cilok kan kan, entry jaa pun byk ahh org cilok, nak lagi pasal info/fakta/gamabr... huhu...

    ReplyDelete
  5. Berguna ni. Preparation jugak ni untuk orang yang bakal kawin mcm IM :p

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum kak, berguna sangat. insyallah kalau dah ada rezeki sheila untuk ada baby. sheila akan ikut tips akak :)

    ReplyDelete
  7. Sekarang macam-macam pengiklan nak lakukan susu mereka. Kita kena tahu hal seperti ini...

    Kakak yg tak mengandung pun consume kalsium tau.. selain minum susu kakak juga ambil supplement kalsium. Tapi syukurnya dulu masa kakak mengandung tiga-tiga anak kakak tak menghadapi simpul biawak tapi kakak bila masuk usia kandungan 7-8 bulan masa nak tidur pinggang rasanya sangat tak selesa... tiap malam abang kena urut pelan-pelan pinggang nak bagi tidur...

    ReplyDelete
  8. Saya minum susu tepung sesekali susu segar minum jugak, suppliment tu agak liat sikit nak ambik macam mana liat makan ubat macam tulah liat ambik suppliment.

    ReplyDelete
  9. terima kasih di atas perkongsian pengalaman ini.. berguna sekiranya aiza dah kahwin dan pregnant..

    ReplyDelete
  10. saya setuju dengan entry sis ni.. bukan stakat ibu mengandung..wanita mmg mudah hilang kalsium berbanding lelaki..ibu yg menyusu juga kekurangan kalsium sbb segala zat diserap oleh anak melalui penyusuan..

    ReplyDelete
  11. Hehehe wahh betul ke ? Ini info baru yang Azwa dapat . maksudnya nnti masa mengandung kena amek makan tambahan sebagai kalsium . rupanya ibu berkongsi kalsium dengan anak ea. heee ^^

    ReplyDelete
  12. knor ambil kalsium..mmg anak sehat dan cergas..

    ReplyDelete
  13. Saya bekerja as a nutritionist dan sememangnya kalsium sangat diperlukan ketika mengandung - a pregnancy hero! Bukan itu saja, you need one of the B-complex vitamin, which is folic acid to prevent anak daripada mendapat spina bifida.

    Nisa'

    ReplyDelete