Monday, September 9, 2013

Malaysia mewah makanan

Konsisten, setiap tahun berat badan saya bertambah pada bulan Ramadan dan Syawal sejak 5 tahun yang dulu. Sebabnya, kurang bersenam, age factor dan semestinya kerana negara kita ini ada punya banyak makanan!

Dalam bulan Syawal ini sahaja sampai hari last, Jumaat yang lalu, malah tambah dua hari lagi di bulan Zulkaedah semalam dan hari ni, hampir 20 buah open house saya hadiri. Itupun ada juga yang tak sempat dihadiri. Campur lagi dengan tempat-tempat yang saya pergi out station. Alhamdulillah..murah rezeki.

Bukan le mendabik dada atau bercakap besar dan menunjuk-nunjuk bila selalu dapat makan mewah-mewah ni. Cuma nak menceritakan, bahawa, begitulah Malaysia. Disana makanan, di sini makanan. Orang miskin di Malaysia pun mampu makan, walaupun mungkin tidak mewah. Dan orang Malaysia pun begitu ramai yang mati sebab terlebih makan. Belum dengar cerita lagi orang Malaysia mati sebab tak cukup makan. Yang penting berusaha mencari makan menggunakan cara yang halal.

Tapi kalau boleh elaklah membazir-bazir tentang makanan. Kalau tak habis, sedekahlah pada jiran tetangga dan saudara mara. Kalau dibandar ni, semua orang pun punya banyak makanan. Ada tips yang kami selalu amalkan kalau makanan banyak di rumah. Kami sedekahkan pada Guard atau pekerja-pekerja seperti buruh, pemotong rumput dan sebagainya. Jadi taklah membazir. Kalau makanan yang sikit-sikit, kami sedekah kat burung-burung. Maklumlah, mana nak jumpa ayam dan itik di tengah bandar ni.

Bersyukurlah dengan rezeki yang diberi Allah. Janganlah asyik nak merungut sahaja. Sedangkan penduduk dunia diluar sana ramai yang mati kebuluran. Ini tidak, bila sudah cukup makanpun masih nak merungut-rungut lagi. Kalau Tuhan tarik balik rezeki..Haaa, kan.

Semoga saya mengambil ikhtibar di atas entry saya ini sendiri

Anak kawan yang selalu membantu. Comel dan kaletahnya bijak


Jamuan hari raya sekolah anak

jamuan hari raya kementerian




ikut serta kerana cuti sekolah di jamu












































an hari raya ketua pengarah






10 comments:

  1. dalam pada naik 20 sen tu , makan masih maintain mewah kan berbanding di palestin dan afrika ... syukurlah dengan rezeki yg Allah beri dan redha lah dengan ujian 20 sen tuh ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu vee. Tuhan bg sdkt ujian, kena la redha sikit. Kekadang, senang pun ujian juga

      Delete
  2. Wah, banyaknyer makanan yang sedap-sedap. Malaysia bumi kaya makanan. Bulan puasa, nak dapat makan free pun boleh. Banyak juga open house yang memmet pegi. Memang mantap berat badan, control2. :) Jangan mare. Nor ada gak pegi open house tapi makan sikit2 sebab bawa baby tak dapat nak rasa semua :). Ambil mana yang paling berkenan je. Biasanya nor ambil nasi impit atau satay dengan kuah kacang. Hehe feveret ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayapun favourite sate, sebab t u byk gambar sate, hihi

      Delete
    2. Sate memang sedap. Sate ayam, sate kajang. hehe. Tapi kenapa pas makan sate kena makan nasi & timun? Soalan cepu mas... hehe

      Delete
    3. Mmmm...Sate tu terdiri dari bahan protein. Bila terbakar ia akan menghasilkan karbon. Karbon ni untuk neutralkan balik, ada baiknya kita makan sayur-sayuran mentah. Entah betul entah tidak jawapan nih..hehehe, maklumlah, dah lama tinggal study..

      Delete
  3. Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya.

    ReplyDelete
  4. meriahnya! rasa terliur pula :)

    p/s: deno folow sini :)

    ReplyDelete
  5. Eh, baru perasa yang Ros tak follow sini lagi.. heheh.. ok, Ros dah follow.. memang Malaysia mewah dengan makanan kan.. tambah-tambah time raya. open house sini sana kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala, takpe, Ros pun pandai masak..Tengok pun tau, kan...

      Delete