Thursday, September 12, 2013

Manusia yang tidak sempurna - Melakukan kebaikan

Buatlah kebaikan dengan seikhlas-ikhlasnya. Bukan dengan riak dan takbur. Atau bukan dengan harapan untuk mendapat balasan.

Percayalah, sekali berbuat kebaikan dengan perasaan ikhlas-seikhlasnya, pasti akan ada balasan kebaikan yang diperolehi. Kalau tidak pada hari itu, pada hari lain kita akan dapat kebaikkannya.

Di dalam dunia ini, tidak ada manusia yang benar-benar sempurna dan maksum. Kecuali nabi-nabi dan hamba-hamba pilihan Tuhan yang kita tidak pernah tahu siapa orangnya. Jadi janganlah memandang dan mengharapkan kesempurnaan orang lain untuk kepuasan diri sendiri.

Kalau ada orang yang tidak suka dengan cara kita, anggaplah diri sendiri yang bersalah kerana tidak mampu menjadikan orang itu suka dengan kita. Dengan cara itu, hidup ini akan menjadi lebih positif dan lebih banyak perkara kebaikan yang dapat dipelajari.

Terlalu banyak menunding-nunding jari kepada kesalahan orang lain pun tidak ada gunanya. Bukan ia akan membantu menyelesaikan masalah atau mententeramkan jiwa. Sebaliknya ia hanya akan membuatkan perasaan menjadi lebih kacau.

Marilah sama-sama berdoa agar diri ini, walaupun tidak sempurna, tetap akan mendapat rahmat dan perlindungan oleh Allah.

6 comments:

  1. ye, sentiasa berdoa dan berusaha untuk menjadi lebih baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Ros, menulis entry macam ni, bukan bermakna kita perfect sangat, tapi sekurang-kurangnya kita lebih beringat dan berhati-hati

      Delete
  2. terbaiklah entry akak ni.. suka saya membacanya..betul buat baik biarlah ikhlas..ada org buat baik tp suka mengungkit kebaikannya itu dikemudian hari.. Elok2 Allah beri pahala, boleh jd Allah tarik semula pahala tu..Moga kita tidak termasuk dlm golongan itu.. TQ sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok kintan..Kita sama-sama berdoa agar menjadi lebih baik

      Delete
  3. wah, motivasi di pagi hari. Buat baik berpada-pada... :). Yup buat baik, sebaik-baiknya dengan rasa ikhlas. Ikhlas tanpa mengharapkan balasan. Mengenai orang suka atau tidak, Nor suka keadaan orang yang telah banyak makan garam atau orang yang dah banyak menempuh ranjau hidup. Mereka umpama besi waja. Cakap apa sahaja, sudah tidak memberi kesan kepada mereka. Kau puji, kau maki, no hal punyalah :). Walaupun begitu mereka bijak menangani situasi. Nor masih kurang dari segi ini. Disebabkan sedar akan kekurangan diri, hehe Nor ni asyik bergantung pada orang lain yang lebih kuat daripada Nor. Nor takkkan bergerak jika tiada orang kuat bersama Nor. Nor tahu, Nor tak kan dapat bergerak seorang... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kitapun tak perfect Nor, tapi kalau tulis-tulis macam ni, at least adalah jugak peringatan untuk diri sendiri kan. Susah nak jumpa orang yang betul-betul cool. Sayapun kadang-kadang fail juga..Kalau tak kena gaya, memang naik angin, nak-nak kalau orang cakap kasar-kasar, biadap dan suka menghina ni, sebab penah kena. Rasa macam emosi tak terkawal je. Kalau jadi camtu saya lari cepat-cepat. Takut jadi merebak-rebak, maklumlah, kita bukan maksum. Tapi jarang-jaranglah terkena, sekali dua tu ada. Selalu kita boleh kontrol je, kalau kita blah tu, maknanya dah tak tahan la tu.

      Delete