Saturday, September 28, 2013

mengeluarkan kata-kata kesat ketika marah.

Seseorang telah mengeluarkan post yang agak panas juga tentang sesuatu yang berkaitan kerja dan hal peribadi beliau di dalam Facebook.

Saya teringin memberi komen pada post itu kerana nampaknya beliau tidak membuat sebarang siasatan terperinci atau bertanya terhadap pihak yang sepatutnya sebelum mengeluarkan post. Orang yang dituduh-tuduhnya itu pula adalah ketua beliau sendiri.

Tetapi saya batalkan hasrat itu pada akhirnya selepas berfikir secara mendalam walaupun telah menulis beberapa ayat. Saya tidak mahu terlibat langsung dalam skandal dan gossip kerja orang lain. Walaupun hanya bertujuan memberi sedikit nasihat. Pemberian nasihat mesti dilakukan dengan cara yang betul, pada tempat dan masa yang sesuai. Bukan secara semborono. Tempat kerja adalah tempat mencari rezeki. Hubungan sesama kawan dan ketua harus dijaga dengan baik.

Sesuatu yang amat saya tidak suka ialah orang yang tengah dalam amarah melulu-lulu mengadu-ngadu di dalam laman muka buku dengan kata-kata yang kesat. Kata-kata boleh mencerminkan nilai diri yang sebenarnya. Kalau tak kena gaya orang yang tidak suka kepada kita boleh menjadikan post itu sebagai senjata untuk memusnahkan diri kita kembali.

Adalah lebih molek menyiasat habis-habis sesuatu perkara sebelum membuat tuduhan-tuduhan melulu. Walau tengah marah, masih perlu berfikir secara rasional dan profesional kerana marah boleh menjadikan kita lupa tentang tanggungjawab untuk menjaga hati dan perasaan orang lain.

Cara menulis dilaman buku juga adalah cerminan mentaliti seseorang. Tak usah apabila marah kita mengeluarkan kata-kata yang kesat dan penghinaan. Dunia ini berputar-putar kejadiannya. Hidup manusia juga berputar-putar. Janganlah sampai diketawakan dibelakang dek kerana kebodohan diri sendiri. Tetapi kerana amarah yang meruap-ruap, manusia seringkali hilang pertimbangan.

Untuk menasihatkan orang lain agar berkelakuan lebih baik, mungkin saya bukan orangnya. Kerana diri sendiri tidak sempurna. Saya juga pernah meluahkan perasaan di dalam mesej-mesej laman buku. Tetapi harapannya dengan tulisan ini dapatlah mengingatkan diri agar sentiasa takut untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang merugikan serta tidak menyenangkan orang lain.

25 comments:

  1. Teringat isteri Mat Yo.. agaknya apa yang difikirkan selepas reda amarahnya dan orang lain pula marah-marah suaminya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang ni mempunyai E.I yang rendah. Dia susah nak kontrol emosi

      Delete
  2. bg TB la rasanye tak perlu kot nk meluahkan sesuatu di awam cth fb..sbb satu dunia tau..perihal kite n melambangkan jati dri kite mcm mane..sume bnde ade jln jd baik duduk diam pk kan jalan penyekesaian..bukan keluarkan kata2 yg xsepatutnye..sbb kekadang yg bace tuh bkn org2 tua tp kanak2 jugak..kan ia jd contoh yg xbaik utk mereka. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm...Kalau mentaliti tahap selipar jepun, begitulah. Akalnya pendek, bila nak marah, dia marah terus, tak fikir walau sikitpun

      Delete
  3. Itulah terlalu byk kata2 hasutan dlm fb..delete saja.hasad dengki..lgilah..kadang geleng2 kpla aje..tak sanggup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kenal sangatpun orangnya, tapi tahu siapa. Cuma kebelakangan ini agak kerap meluahkan perasaan di FB. Tak matured, satu dunia boleh nampak FB dia. Kita tumpang malu sebab satu jabatan

      Delete
  4. setuju kak, mama pun tak suka sangat berfb, mama lebih suka mendiamkan diri dari mengupdate status bukan-bukan... takut orang akan iri dengan kita ke, dengki ke, takut tu je... yang biasa-biasa boleh la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang kalau kita niat baikpun ada orang yang salah faham juga. FB bukan medan yang terbaik untuk mencurahkan perasaan, tetapi adalah medan yang paling baik untuk mencari kawan

      Delete
  5. kalau buka facebook memang rimas baca status yang berbaur hasutan dan kejian.. tak sepatutnya kemarahan diluahkan secara terang-terangan begitu.. pesanan ni untuk diri aiza sendiri juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayat yang digunakan, walau tak ditujukan kepada kita, tapi tak senang baca juga. Sampai kita terfikir, rendahnya mentaliti

      Delete
  6. macam2 hal boleh berlaku di fb. kalau kita guna utk kebaikan, kebaikan lah yg kita dpt. semoga niat kita di dlm post/share status di fb diberkati & dilindungi Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, gunakanlah FB untuk kebaikan, bukan untuk keburukan dan bukan untuk pergaduhan

      Delete
  7. berani hanya di fb. depan depan tak nak berbincang. hohohoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehhhh, ada...Ramaiiii. Berani tulis je, bila kena tangkap macam-macam alasan lak, akaun kena hack laa, apalaa, pening polis, macam-macam kes

      Delete
  8. bagus entry ni.. mengingatkan kpd yg lupa.. sy pun terjebak sama Metmet.. kadang tu nak meroyan je kat FB tu.. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok Sam, entry ini untuk diri saya sendiri juga sebenarnya, agar jangan jadi macam orang lain

      Delete
  9. don't speak when you're mad, don't promise when you're happy... :)

    ReplyDelete
  10. org zmn skrg ni mmg gitu..sikit2 post kt fb..sikit2 update status kt fb..xtau la ape motifnya..ntahla, bg sy bukan semua 'perasaan' kita ptt luahkan kt muka buku tu..nnt bt tmbh dosa je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau marah sangat, ada adabnya kan, post kat FB bukan dapat apa, lagi dapat malu sendiri, kalau org cakap mentaliti kita macam budak sekolah..Aisshhh..Janganlah saya jadi macam tu

      Delete
  11. itulah halnya kak. kadang2 kita gagal kawal emosi sendiri dan lepaskan di laman sosial.. pengakhirannya kita yang menyesal.. takut juga kalau tergolong dalam golongan yang sebegitu. . Harapnya kita berjaya kawal emosi dan selesaikan masalah dalam keadaan yg baik. dan jangan asyik menuding ke arah org lain, walhal kita yg bersalah....

    Akak nak ke jb minggu depan?.urusan kerja ke atau balik kampung?.. eh, Ros pun tak tahu kampung akak kat mana.. boleh je kita berjumpa kalau tak ada apa-apa kan :-)

    ReplyDelete
  12. salam...
    betol tu..
    sue setuju sgt
    kata2 mencerminkan nilai diri yang sebenarnya
    so kena hati2....kdg2 kita tak sedar org menilai kita

    ReplyDelete
  13. kena kawal.jgn kerana mulut badan binasa..

    ReplyDelete
  14. Sorry lambat singgah.. :) itulah, bila fiki kat tempat kerja kita tak nak cari masalh, kna fikirkan jln terbaik utk meluah ketidakpuasan hati dan nasihat..

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum kak, sebab tu sheila dah jarang update status personal kat fb. bahaya. boleh bawa dosa tanpa kita sedar. thanks akak untuk entri ni.

    ReplyDelete