Friday, October 4, 2013

Perjuangan Chin Peng dan Sejarah kemerdekaan negara

(sebenarnya entry ini saya telah terbitkan pada bulan lepas, beberapa hari selepas kematian Chin Peng dan sempena hari Malaysia. Tetapi semalam, TDM telah menerbitkan sebuah entry berkaitan dengan Chin Peng juga, oleh itu saya terbitkan semula entry ini pada hari ini kerana saya memberikan linknya di sana )

Kematian Chin Peng pada 16 September yang lalu sangat ironi dengan hari penubuhan Malaysia. Begitu banyak spekulasi yang diterbitkan dan begitu banyak juga pihak yang mengambil kesempatan cuba menangguk di air keruh.

Sampai ke hari ini, kematian Chin Peng itu masih di sebut-sebut. Bagi yang tidak faham, menyangka, Chin Peng sama-sama berjuang dalam memerdekakan negara. Saya tidak kisah sangat jika bangsa bukan melayu yang menyangka perjuangan Chin Peng adalah satu perjuangan murni. Tetapi amat memalukan bila ramai anak melayu turut sama menyokong. Mungkin mereka tidak faham sejarah dan tujuan perjuangan komunis sebenarnya.
Chin peng dan gambar salah seorang pemimpin parti pembangkang di Malaysia - Sumber mole.my

Sebenarnya perjuangan Chin Peng dan konco-konconya bukanlah untuk memerdekakan negara. Tetapi ia lebih kepada bersifat peribadi untuk menubuhkan sebuah lagi negara berfahaman komunis. Adalah amat tidak masuk akal untuk memperjuangkan negara dengan membunuh rakyat jelata dan menyusahkan hidup mereka. Kalau benar perjuangan mereka baik kenapa tidak bergabung sahaja dengan tentera-tentera dan hapuskan saja penjajahan itu dengan cara yang terbaik.
Perjuangan Komunis. Gambar sumber truestory
Betul, British adalah penjajah dan mereka bukan orang yang baik, tetapi mereka tidak kejam dari segi fizikal.  Malahan, walau tidak suka, tetap tidak dapat dinafikan, ada keuntungan yang telah diperolehi dari penjajahan itu. Malang sekali perjuangan komunis di Malaysia bukan setakat kejam dari segi fizikal, mereka juga kejam dari segi rohaniah. Tidak ada agama dalam perjuangan komunis. Dan tidak ada keuntungan juga yang diperolehi melainkan kesedihan dan ketakutan.

Begitu banyak kesusahan yang telah dilalui oleh penduduk semasa zaman komunis. Kekejaman itu masih di sebut-sebut sampai ke hari ini. Kalau difikirkan dari segi logiknya bagaimana hendak mewujudkan sebuah negara jika perjuangan itu berasaskan kekejaman. Lihat saja apa yang telah dilakukan oleh junta Myanmar dan Khmer Rouge. Pemerintahan mereka adalah contoh pemerintahan yang berasaskan kekejaman. Adakah rakyatnya pernah merasa bahagia dengan kekejaman itu. Sampai ke hari ini masih ramai yang meratap.
Mayat-mayat rakyat myanmar. foto dari zainurrashid
Namun tidak mustahil, dalam perjuangan komunis itu ada yang telah tertipu dan benar-benar menyangka mereka sedang berjuang untuk negara. Tetapi itu bukan alasan untuk kita menerima kembali komunisme dalam negara ini.

Brainwash dari pihak tertentu terhadap sejarah negara adalah amat dikesali. Ia bukan mendatangkan kebaikan, tetapi lebih banyak mendatangkan keburukan.

Kalau di luar negara, pembangkang mereka membangkang kerajaan, tetapi tidaklah sampai melupuskan jatidiri dan kasih sayang rakyat terhadap negara sendiri. Tetapi di Malaysia, perjuangan sesetengah pihak nampaknya lebih banyak membawa keburukan yang tersembunyi, terutamanya yang berkaitan perpaduan, jati diri, dan sivik.
 

6 comments:

  1. biasa dengar cerita kekejaman komunis dari ayah dan arwah emak..

    ReplyDelete
  2. kita tak rasakan..yg merasa tu..mmg terasa pedihnya hingga hari ini...

    ReplyDelete
  3. mesti kes ndak suka tengok sejarah dan filem2 melayu...

    ReplyDelete
  4. alamak sejarah.. subjek yg sy x suka sebnrnya..hahaha.. tp sejarah islam sukalah.. kalo masok bab politik ni kureng kot...ngee.. btw, thanks for sharing...suka atau tak, sebagai rakyat malaysia kenalah tahu kan.. ;)

    ReplyDelete
  5. seriously, pemikiran segelintir rakyat malaysia semakin menakutkan..

    ReplyDelete