Monday, September 23, 2013

Segmen – Saya Mahu Ditegur





 Mula-mula saya tak faham dengan segmen dari Eyriqazz kali ini. Jenuh membaca berulangkali dan semak blog-blog lain seperti Zamani, Bahrain dan beberapa orang yang join. Maklumlah, baru-baru ini saja nak belajar join segmen. Lepas tu saya baru sedar, wahhhhh..Ini Segmen memang sangat bermanfaat, itupun kalau ada yang sudi komen dan betul syaratnya telah saya penuhi. Silalah tegur kalau ada apa nak tegur ye. Mungkin blog saya berat sangat ke, ayat merapu ke, macam eksyen ke, tak menarik ke atau apa-apa jelah, saya terima, kecuali teguran yang jenis menghina..Aaa, tu je yg tak diterima.

Memang saya perlukan kawan-kawan untuk komen blog yang tak seberapa ni, barulah tahu kelemahannya. Anyway, sekian terima kasih eyriqazz. Harap-harap dah memenuhi syarat. Kalau tak memenuhi, maklumkanlah ye, supaya dapat saya betulkan balik.
__________________________________________________

1) Buat Satu Entri Bertajuk “ Segmen – Saya Mahu Ditegur” dan nyatakan di entri tersebut kenapa anda mahu ditegur.
2) Linkkan entri tersebut ke entri ini
3)Semua peserta wajib menegur blog-blog lain yang menyertai Segmen ini di komen entri mereka. Teguran bolehla ditinggalkan di komen entri tersebut. Minimum 2-3 teguran membina,tak suka, etc.  COntoh-contoh teguran :
# Template blog kurang menarik
#  Blog ada komen moderation, saya tak suka
# Contoh-contoh lain KLIK SINI 
#  Etc, etc… Jangan la tiru idea orang lain ya..Kalau kita expect feedback honest dari orang lain, kitapun kenalah honest kasi pandangan kan?
Etc, etc…Sama-sama menegur sesama bloggers yang menyertai untuk memperbaiki mutu blog sendiri.Jadi kalau ada 10 bloggers join, at least 10 komen membina akan diterima. Sambil-sambil berblogwalking, berkenalan, tingkatkan trafik blog, sama-sama memberikan komen membina, “Win-Win” kan? . Peserta yang tidak memenuhi syarat, akan disingkirkan. ”Memberi dan Menerima” .
Last but not least, tinggalkan permalink entri di SINI . Eyriqazz sendiri akan turut memberikan teguran berkenaan blog anda dengan syarat andapun turut menegur blog Eyriqazz.com di komen entri ini… Segmen ini akan ditutup pada 30 September 2013.
___________________________________________________________________________________



6 comments:

  1. Hebat juga idea orang yang buat segmen ni (syabas!), but hopefully orang yang memberikan pandangan dan idea tentang sesuatu blog itu boleh memperkatakannya dengan cara yang elok dan tidak biadap.

    Nisa'

    ReplyDelete
  2. Segmen yg sangat bagus.. farah tak sempat join lagi.. tp insyaallah akan join.. lps join farah dtg review blk yer..hehehe

    ReplyDelete
  3. Selamat bersegmen. Kakak jumpa ramai dah kawan-kawan blogger yg join ni...

    ReplyDelete
  4. salam , ni teguran saya sbg sahabat blogger ;

    1. komen ada word verification yg melambatkan proses..ramai yg malas nak taip dan semuanya nak cepat masa blogwaking. (mesrakan dgn kehendak komentar).
    2. header simple sangat.
    dan yg lain2 saya tiada masalah.. rajin tinggalkan komen semasa bogwalking adalah sangat bagus disamping menjainkan ukhuwah maya.

    ReplyDelete
  5. Salam Jumaat dari Jaakechik. Jaa datang dari segmen yg sama jugak.

    http://www.jaakechik.com/2013/09/segmen-saya-mahu-ditegur.html

    komen jaa untuk blog ni :

    1. perlu tambah header utk lebih menarik.
    2. kena buang ‘’word verification’’ di bahagian komen.

    ReplyDelete