Wednesday, September 4, 2013

Ulasan kenaikan harga minyak

Oh, tak habis-habis lagi cerita tentang kenaikan minyak ni. Ramai betul yang update status di FB cerita pasal minyak. Yang marah, yang sedih, yang faham...

Sebenarnya rakyat bukan marah sangat dengan kenaikan harga minyak 20 sen itu. Yang di marahkan, bila harga minyak naik, automatik semua harga barang akan naik juga. Bukan setakat barang, kos pengangkutan awam, sektor perkhidmatan, perlancongan dan macam-macam lagi akan menerima kesan juga. Industri yang tidak berkaitanpun akan ambil kesempatan naik harga. Kesan ini merupakan kesan jangka panjang.

Macam-macam ragam dapat dilihat sepanjang tempoh 48 jam ini. Yang paling teruk kena hentam sudah tentulah Perdana Menteri, KPDNKK dan Menteri Penerangan. Betul juga, waktu untuk menaikkan minyak tidak kena dengan situasi sekarang. Dulu sepanjang pemerintahan TDM, minyak naik tidak lebih dari 50 sen. Padahal dia menjadi PM lebih 20 tahun. Ini belum sampai 10 tahun dua orang PM memerintah, sudah banyak kali naik harga.

Boleh juga kata, keputusan menaikkan harga minyak adalah satu keputusan tidak popular yang tidak direstui oleh pelbagai lapisan masyarakat malahan dari penyokong-penyokong kerajaan sekalipun.

Tapi bila fikir-fikir balik, walau apapun yang berlaku, harga minyak tetap akan naik harga juga. Semua orang pun sebenarnya tahu. Cuma ada sesetengah pihak mengambil kesempatan dan memanipulasi keadaan ini untuk kepentingan diri sendiri. Minyak tidak akan statik harganya. Kerana sumber bahan bakar itu adalah sumber pakai habis dan kitarannya amat perlahan sekali. Ia bukan macam tanaman atau ternakan yang boleh dibiak-biak. Memanglah kita pengeluar minyak, tetapi sekali pengeluar minyakpun, harga minyak itu berkait rapat dengan situasi ekonomi dunia juga.

Soal tuduhan makan rasuah dan mencuri hasilan negara itu, memanglah agak berat. Walaupun tidak ada bukti, namun ramai rakyat yang berprasangka dan syak wasangka seperti ini. Bagi saya pula, itu adalah lebih kepada urusan dengan Tuhan. Bukan kita yang bertanggungjawab mengeluarkan tuduhan-tuduhan yang tidak nampak. Kalau benar, adalah nanti balasannya. Kalau tidak benar, kita tanggung dosalah. Kalau tidak puas hati sangat, kumpulkan saja bukti dan bawalah pihak yang bertanggungjawab itu (katanya) ke Mahkamah. Itu baru betul dari menuduh-nuduh.

Lagi satu, ada bagus juga kalau kita membuat kajian global sedikit tentang kedudukan minyak di pasaran dunia, barulah kita faham dan lebih profesional. Kalau di Asia Tenggara, negara kita adalah antara negara yang menjual minyak dengan harga paling munasabah. Kalau di Timur Tengah tu saya tak pasti pula. Tapi mereka sendiri bergelut dengan krisis-krisis dalaman yang agak kritikal. Mana ada orang miskin dan susah mampu pakai kereta. Kalau nak jual harga minyak yang tinggi, siapa pula nak beli.

Apapun, ya, saya bersetuju, kenaikan harga minyak akan membebankan ramai golongan berpendapatan sederhana dan rendah. Saya tidak menyokong tindakan mana-mana pihakpun. Cuma rakyat kita ini sudah terdidik dengan budaya makan subsidi sejak sekian lama. Bila ada berita seperti ini, ia seumpama satu batu yang menghempap satu negara. Tapi lambat laun, ia akan reda juga dan hidup mesti diteruskan seperti biasa (atau mungkin dengan sedikit perasaan geram dan dendam). Jadi sama-samalah kita berdoa dimurahkan rezeki, ditenangkan hati dan berusaha membantu memperbaiki situasi ekonomi ini.

Sekian


6 comments:

  1. saya pun dah serik berhujah pasal nih . mrk nih x nampak kaitan kenaikan minyak dengan minyak dunia , pergolakan di timur tengah yg secara lansung mempengaruhi ekonomi dunia ...

    ReplyDelete
  2. Ada sesetengah pihak sangat gembira dengan kenaikan harga minyak ni. Agak pelik kan?

    ReplyDelete
  3. bukan apa kenaikan harga tu dibuat secara mengejut. Rasa malas nak ulas pasal minyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, tindakan yang dibuat secara mengejut bukan tindakan secara bijak...

      Delete
  4. mcm mana pun.. hiduo kna terus... minyak ttp kna isi... kita tgk mcm mana lepas ni... kalau jadi ron 92 tu.. tu alternatif yg baik....

    ReplyDelete
  5. ok ke ron 92? macam mencemar alam sekitar je...

    ReplyDelete