Monday, October 14, 2013

Bercakap Bahasa Inggeris sesama Bangsa Melayu

Beberapa hari lepas saya telah menelefon sebuah syarikat untuk memaklumkan kami akan datang berkenaan satu urusan rasmi.

Yang menjawab panggilan itu adalah seorang perempuan. Untuk makluman, saya amat jarang berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan mana-mana pelanggan rakyat tempatan. Ada beberapa sebab kenapa saya tidak suka berbahasa Inggeris dengan orang tempatan sendiri terutama yang berbangsa Melayu. Kita orang Malaysia, tinggal di Malaysia, kalau bukan kita yang memartabatkan bahasa ini, siapa lagi? Itu adalah prinsip saya.

Tetapi janganlah kata saya tidak boleh cakap bahasa Inggeris langsung dan saya amat menyokong pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Saya juga berbahasa Inggeris dengan pelanggan luar negara atau pelancong. Kadangkala saya bercakap sikit-sikit dalam bahasa Inggeris bersama suami dan anak-anak. Tapi hanya di dalam rumah dan bukan dihadapan kalayak ramai. Saya juga membaca novel-novel dan surat khabar Bahasa Inggeris.

Yang ingin saya sentuh di sini ialah sikap orang Malaysia yang malu menggunakan bahasa Melayu untuk urusan rasmi walaupun orang yang mereka bercakap itu ialah bangsa mereka sendiri.

Orang yang menjawab panggilan telefon saya diatas, pada mulanya berbahasa melayu. Tetapi secara tiba-tiba dia menukar perbualannya kepada bahasa Inggeris. Sayapun agak hairan, dia ini melayukah atau bangsa lain. Kalau bangsa lain, sayapun tidak berapa kisah. Maka saya teruskan perbualan itu dalam bahasa Inggeris juga, walaupun merasa agak sedikit pelik. Akhirnya saya bertanya, bolehkah saya tahu nama puan, katanya, namanya ialah Halimah binti Jonggang (bukan nama betul) dalam bahasa melayu pula.

Timbul persoalan dalam hati, kenapa mula-mula tadi boleh cakap melayu dengan lancar dan ubah ke Bahasa Inggeris bila tahu saya Orang Melayu? Teringin sangat saya hendak menempelak penjawab itu, tetapi kerja adalah kerja, saya harus bertindak profesional.

Ada orang bercakap bahasa Inggeris untuk menunjuk-nunjuk glamour. Ada orang bercakap Bahasa Inggeris kerana merasa dirinya lebih tinggi darjat. Ada orang bercakap Bahasa Inggeris kerana merasa Bahasa Melayu 'low class'. Ada juga yang berbahasa Inggeris kerana tidak diajar oleh emak dan ayahnya sejak dari mula.

Untuk memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris memang betul perlu bercakap selalu, tetapi biarlah kena dengan orang, tempat dan masanya. Ada banyak lagi caranya boleh memantapkan penggunaan Bahasa Inggeris. Bercakap tak kena tempat, orang tidak akan kagum. Saya pernah menulis ayat ini dahulu dalam sebuah entry yang bertajuk Bahasa Melayu Gaya Bahasa Inggeris,  Dan saya rasa perlu untuk saya ulanginya kali kedua sebagai peringatan juga untuk diri sendiri :

  "Inilah satu perkara yang amat merugikan dan memalukan bagi Bangsa Melayu. Berlagak pada tempat yang tidak kena. Tidak ada satu bangsapun didalam dunia ini yang malu dengan bahasa mereka sendiri kecuali Bangsa Melayu"

Akhirnya inilah nasihat saya, kalau kita orang Melayu dan berbual pula dengan orang sebangsa, bercakaplah Bahasa Melayu (untuk urusan rasmi). Kecuali jika terdapat keadaan yang memerlukan kita berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Berbahasa dalam  bahasa kebangsaan sendiri adalah satu lambang jati diri dan kecintaan terhadap tanah air. Kita seharusnya berbangga dengan bahasa kebangsaan kita. Ingat, bercakap dalam Bahasa Melayu tidak akan menjatuhkan maruah pun.

19 comments:

  1. mungkin ada orang sememangnya telah terbiasa dengan bahasa rojak, mungkin ada orang sebenarnya lebih selesa berbahasa inggeris kerana kebiasaan dari mula dulu dan mungkin juga ada yang sekadar nak menunjuk2 atau hendak menjadi "wanna be"...kerana mahu dianggap hebat....

    ReplyDelete
  2. Betul tu kak. Sebagai contoh negara Jepun. Mereka sangat memartabatkan bahasa sendiri dan mereka tetap maju. Kadang-kadang sedih dengan orang yang berbahasa Inggeris semata-mata nak berlagak. Tak salah nak bercakap dengan bahasa Inggeris tapi guna pada tempatnya. :)

    ReplyDelete
  3. Saya tak kisah Zila. Jangan cakap bahasa yg saya tak faham sudah hehe.. Tapi jangan bangga sangat dgn bahasa orang, sampai nahu bahasa sendiri pun kelam kabut. Anak anak dengar pun confuse. Silap haribulan masa ujian BM mereka guna bahasa pasar...hehee...

    ReplyDelete
  4. dari pemahaman aiza bila membaca entri kak ni seolah-olah orang tu nak menunjuk-nunjuk bahawa dia pandai bercakap bahasa inggeris.. atau mungkin juga dia memandang tinggi terhadap kak dan merasakan perlu bercakap bahasa inggeris dengan seorang pegawai..

    ReplyDelete
  5. Bahasa Inggeri memang penting sekarang ni.. tapi, memang ada yang jenis macam sengaja nak menunjuk kepakarannya berbahasa ingeris..

    ReplyDelete
  6. mungkin nak menunjukkan dia bagus berbahasa english...

    ReplyDelete
  7. Kalau dari cerita N3 ini kakak rasa dia sesaja nak berlagak yg dia boleh berbahasa inggeris. Inilah sayangnya 'org kita' bukan tak boleh tapi kenalah tengok tempat..

    Bos kakak tu yg tahu sepatah-dua pun konon nak cakap bahasa kita dgn kita...

    ReplyDelete
  8. pelik kan kak...xbangga dengan bahasa sendiri..

    ReplyDelete
  9. sy org melayu.. tp kalau bersama keluarga automatically cakap bahasa english.. kalau tak penuh pun at least rojak.. bukan niat menunjuk2 atau nak glamor , tp sebab daripada kecil dah dididik mcm ni and kawan2 pun rata2 non malays.. jadi bila ckp dalam bahasa melayu 100% , mesej tu mcm x berapa nak sampai and x jelas.. kelemahan diri sendiri sebab kurang membaca buku2 bahasa melayu spt novel2 and magazine..even kat tmpat keje sekarang ni pun, walaupun majikan melayu. kami dilarang berkomunikasi dalam bahasa melayu.. funny tak? walaupun sy jarang guna bahasa melayu dlm kehidupan harian tp tetap bangga dengan bahasa melayu.. nasib baik ada blog, bleh express kan diri dgn bahasa ibunda.. :)

    ReplyDelete
  10. pernah jumpa situasi mcmni kt kaunter klia..yg belakang kaunter melayu,yg depan kaunter pun melayu lokasi pun kt malaysia tp ckp BI plak ...pelik sungguh donia ini...

    ReplyDelete
  11. halimah binti jonggang hanya berani bertutur dalam bahasa inggeris pada orang Melayu je kot. Mungkin dia dengar intonasi suara sis kemelayuan terus dia bertutur english. saya bangga menggunakan bahasa Melayu walaupun kadang kala penulisan saya dalam blog tunggang terbalik. hihihi...

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah kat rumah masih guna bahasa ibunda. beza skrg kt keje je mostly guna English. Takpe janji tak lupa asal usul bahasa MELAYU :)

    salam ukhuwah dr nanie

    ReplyDelete
  13. btul tu cik zila. bukan kita takmreti nak berbahasa inggeris, malah email2 rasmi juga berbahasa inggeris. tp....bila dah tahu yg kita call tu org melayu, cakap melayu sudah laaa. kdg kala org cina pown nak cakap melayu dgn kita.

    paling sy tak suka...di opis....org cina akan trus twist bahasa ibunda mereka bila berbual dgn sebangsa dgn mereka. walhal dlm blk meeting ada exec lain yg berbangsa melagu. tak hormat langsung.

    so....kita org melayu ni, bila lagi nak kenakan mereka.?

    ReplyDelete
  14. saya pernah terima panggilan drp bangsa cina . pada mulanya dia berbahasa inggeris , bila tahu saya melayu , dia terus jer cakap bhs melayu ... mungkin itu lbh mudah baginya ...

    ReplyDelete
  15. mungkin tu mmg cara kat company tu kot kak...macam sally majoriti client and supplier cina...so mmg la terpaksa speaking more than cakap bhs melayu... ^_^

    ReplyDelete
  16. Dulu masa keja kat swasta mmg kerap jugak la bercakap bahasa english walapun xdak la fluent sgt pun..tapi sejak keja gomen nie lansung jarang guna.. huhuhu..risau jugak takut lidah keras terus nnti..

    ReplyDelete
  17. mgkn dorg utamakan penggunaan bahasa inggeris dlm company dorg...nak bagi mahir kena ckp inggeris hari2 ...huhu.. tp kita yg dgr ni la rasa mcm poyo2 je kan.. haha...

    ReplyDelete
  18. ..rmai org bngga sebab pndai berbhs mat saleh..tp x rmai yg malu bila x phm bhs quran.. sy pn ant yg xpndai ckp arab...heee

    ReplyDelete
  19. jadi mcm org jepun.. bangga dengan bahasa mereka sendiri..

    ReplyDelete