Monday, October 7, 2013

Enam beradik ditinggal kelaparan - Semasa - Sinar Harian

 Entry ini saya terbitkan bukan untuk menghina atau mengaibkan sesiapa. Tetapi sekadar berkongsi untuk dijadikan ikhtibar. Besar benar tanggungjawab menjadi ibu bapa. Terpulanglah masing-masing. Semoga anak-anak ini mendapat perlindungan yang sewajarnya dan menjadi orang yang berguna kelak.

Enam beradik ditinggal kelaparan - Semasa - Sinar Harian

 Enam beradik ditinggal kelaparan

KUALA SELANGOR - Hanya disebabkan tidak puas hati, sepasang suami isteri sanggup meninggalkan enam anak mereka yang masih kecil bersendirian di sebuah rumah di Jalan Bukit Panjang, Jeram, kira-kira jam 1 pagi semalam dan hilang tanpa khabar berita.
Lebih menyedihkan, keenam-enam beradik itu terpaksa makan apa sahaja termasuk cebisan roti terbuang demi mengisi perut, manakala adik bongsu mereka berusia tujuh bulan hampir 'nyawa-nyawa ikan' akibat kelaparan.

Salah seorang penduduk di situ, Samsuri Sulaiman, 57, berkata, pada mulanya dia ternampak lima beradik berkenaan berjalan kaki sambil memikul beg baju tanpa arah tujuan di kawasan perumahan di situ.
"Apabila saya tanya, abang sulung yang berusia sembilan tahun memberitahu mahu balik ke Kelantan kerana 'emak dah mati'.
“Saya pelik melihat kelakuan mereka dan meminta ketua taman memeriksa keadaan rumah yang dihuni sejak setahun lalu, kalau-kalau kedua ibu bapa mereka ada di rumah.
“Namun, alangkah terkejutnya apabila saya sendiri ke rumah mereka, yang ada cuma bayi berusia tujuh bulan ditinggalkan tertidur kerana terlalu lama menangis akibat kelaparan di sebuah kerusi kayu.
"Bayi itu adalah adik bongsu kepada kanak-kanak malang ini," katanya.

Menurut Samsuri, kawasan perumahan itu memang terletak jauh dari jalan besar dan jika mereka dibiarkan merayap, kemungkinan besar boleh hilang.

Terkenal sikap suka 'perang besar'

Dalam pada itu, seorang wakil penduduk, Daud Jaumar, 41, berkata, tidak mustahil bayi berusia tujuh bulan itu menghembuskan nafas terakhir jika tidak dijenguk oleh mereka.

“Saya cuba gerakkan badannya bila lihat terbaring begitu sahaja dan nasib baik matanya buka sedikit dan bergerak. Keadaan itu cukup melegakan hati.

“Saya terus menghubungi penghulu mukim kerana tidak tahu nak buat macam mana lagi. Ibu dan bapa budak itu tidak dapat dikesan," katanya.

Menurut Daud, ibu bapa kepada enam beradik itu memang terkenal dengan sikap mereka yang suka 'berperang' besar.

"Penduduk di sini pun selalu mengadu tentang perangai buruk mereka itu. Pernah juga mereka bergaduh besar sampai nak berparang, mujurlah kami sempat  campur tangan," katanya.

Bagaimana pun katanya, dia tidak sangka kedua-dua suami isteri itu mementingkan diri sendiri dan sanggup meninggalkan anak-anak kecil lebih sehari tanpa memikirkan makan minum mereka.

“Sebelum ini ada juga mereka 'hilang', tapi sekejap-sekejap dan jiran rumah selalu bagi anak-anak ini makan.

"Tapi kalau dah hilang lebih sehari sampai anak-anak hampir melarikan diri, saya rasa ini dah melampau. Apa nasib anak-anak ini nanti?" katanya.

Anak-anak tak banyak karenah

Seorang  jiran mereka, Jamilah Yusof, 53, memberitahu Sinar Harian, dia juga sering melihat-lihat keadaan enam beradik itu setiap kali ditinggalkan ibu bapa mereka selepas bergaduh besar.
“Saya sendiri yang menyambut kelahiran anak bongsu mereka di rumah itu. Memang kasihan, anak-anak itu pula tak banyak karenah apabila ditinggalkan seolah-olah faham masalah keluarga mereka.

"Tapi sangat menyedihkan apabila mereka tidak diberi makan dan minum lebih 24 jam.

“Ada ramai orang yang begitu mahukan anak tapi tak bernasib baik, mereka yang dikurniakan ramai 'amanah' ALLAH ini sanggup biarkan mereka begitu saja. Sampainya hati," katanya sebak.

Sementara itu, Penghulu Mukim Jeram, Kamarudin Abd Rahman berkata, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada agensi yang bertanggungjawab untuk tindakan lanjut.
“Keluarga ini saya kenal sejak rumah sewa mereka terbakar beberapa tahun lalu dan mereka sanggup tidur anak beranak di tepi pantai. Bila dapat tahu, saya tempatkan mereka di sebuah rumah sebelum ditempatkan di sini.

“Bila kita bantu, mereka pula buat perkara menyedihkan seperti ini. Bergaduh macam mana pun tak perlulah libatkan anak-anak yang tidak berdosa ini,” katanya.

22 comments:

  1. sebak hati mengenangkan nasib mereka.. sanggup ibu dan bapa mereka meninggalkan mereka macam tu je.. :(

    ReplyDelete
  2. astaghfirullah..tp kena ari ibu bapa mereka juga takut mereka mengalami perkara buruk..siapa tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lah, kadang-kadang kalau history parents ni teruk, mungkin dia akan buat benda yang sama kat anak dia. Kita doakan anak-anak dia jadi manusia yang berguna ya..

      Delete
  3. kesiannya kan?.... kadang kita perlu berkorban dan tak pentingkan diri sendiri.. demi anak2.. sabar jelah...hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Zie, kita nipun kadang-kadang makan kat opis, boleh teringat kata anak, apatah lagi nak tinggalkan diorg, Semoga mak ayahnya insaf dan anak-anaknya dilindungi

      Delete
  4. hm....kesiannya..kenapa la...jadi mcm nie...:(
    kdg2 sue jadi takut nk kawin....dugaan besar ke kak kalo kawin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak ada pegangan agama, macam ni la jadinya. Kahwin tu bukan dugaan, yang jadi dugaan kalau tak ingat agama je. Jangan takut nak kawin Sue, Insyaallah, kalau niat baik, dapat yang baik juga..

      Delete
  5. Baru tadi baca kat blog Ija.. mmg sedih sangat..harap ada pihak2 yang selamatkan depa semua.. =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada dah kut, lebih baik diorg duduk kat rumah kebajikan kan?

      Delete
  6. Apa yg kakak hairan dlm pada selalu berperang boleh pulak anak ramai. Kita ni punya susah nak dapat anak sampai tahajjud bagai mohon dikurniakan anak..

    Kalau kakak dapat yg baby tu bestnya...

    ReplyDelete
  7. Itulah kak, macam-macam ujian, tinggal lagi, kita ingat Tuhan ke tidak je

    ReplyDelete
  8. Kesiannya bebudak tu...nielah akibat tidak merancang sesuatu

    ReplyDelete
  9. kesian dah baca dah ni...apa2 pun binatang pun sayang anak..kan..apalah masaalah diorg ni

    ReplyDelete
  10. sanggup mereka buat macam tu.. memang sedih bila baca berita macam ni...

    ReplyDelete
  11. Samapi ati tnggal anak2 camtu kan..dgn x mkn..emm

    Slm kenal zila..sya folo blog zila..jika sdi,snggah ke blog sya ya :)

    ReplyDelete
  12. mak ayah mana lah yg macam tu... budak2 tu tak bersalah pon.. kita ni manusia akhir zaman semakin teruk..moga2 lebih byk kisah2 masyarakat di paparkan untuk sama2 kita memperbaiki kelemahan diri kita...

    ReplyDelete
  13. hai kak Zila! baru tau nama akak..hehehe...

    tapi betul la..kesian dorang...budak kecik sangat..bukan tau pape..tak bersalah pun dorang sbnrnya

    ReplyDelete
  14. kejam dan takde peri kemanusiaan...

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum kak. sedihnya sheila baca. bagi je sheila anak2 tu. sheila boleh jaga.. sheila suka budak2 :(

    ReplyDelete
  16. Aduh kak.. sakit hati tol ngan mak bapak diorg nih.. sgt kejam..!! kesian anak tak berdosa dibuat cenggini..

    ReplyDelete
  17. anak yang yang bongsu tu kesian sangat kelaparan. D;

    Hi kak Zila..

    ReplyDelete