Sunday, October 6, 2013

Isu Mat Yo dan kekalahan Johor






Saya tidak menonton perlawanan di antara Johor dan Kelantan yang baru sahaja berlangsung sebentar tadi. Tetapi khabarnya Kelantan telah menang besar. Tahniah kepada negeri Kelantan dan para penyokongnya. Kepada pasukan negeri Johor, janganlah terlalu bersedih dengan kekalahan itu. Semuanya adat permainan. Semasa saya menjadi ahli sukan dulu, ada ketikanya merasa menang dan ada ketikanya merasa kalah juga. Itu perkara yang normal sahaja.

Tetapi yang ingin saya sentuh di dalam entry kali ini ialah berkenaan sikap sesetengah pemilik laman facebook.

Memang kisah Mat Yo masih hangat di pasaran. Pelbagai parody telah di keluarkan. Ramai benar orang yang mencemuh beliau dan isterinya. Saya, walaupun tidak mencemuh, tetapi tidak juga berkenan, walau sekelumit tentang apa yang telah dilakukannya terhadap pakcik tua yang menjadi pengawal keselamatan itu. Barangkali kekayaan boleh menyebabkan kita terlupa untuk menjaga maruah orang lain.

Tetapi tidak mengapalah, saya kira Mat Yo telahpun mendapat pengajaran dari peristiwa itu. Harap-harap beliau dan isteri akan berubah menjadi lebih baik selepas ini. Sayapun tidak berani  menggunakan perkataan "Balasan Tuhan" terhadap beliau. Tuhan lebih tahu apa yang dilakukanNya.

Sama ada itu balasan, bukan kita yang menjadi penentu. Kata orang, diam-diam sudahlah, jangan berlebihan membuat komen. Takut-takut ia bertukar menjadi kategori mengumpat dan fitnah pula. Nanti-nanti kalau terkena pada batang hidung sendiri atau saudara mara, kita mungkin akan mendapat habuan yang lebih besar. Manusia ini fragile sahaja kejadiannya. Tak usahlah bercakap besar dan sombong. Nauzubillah, minta dijauhkan yang buruk-buruk.

Bila membaca komen dari sebuah page di dalam facebook, saya agak terkilan juga. Kalau marah benarpun  tak usah keterlaluan. Jika rasa diri taat pada agama jangan sekali-kali menyangka kita lebih Islam dari orang Islam yang lain. Syaitan dengan mudah sahaja dapat menghasut manusia agar menjadi riak dan takbur tanpa disedari.

Saya faham, ramai yang membantah perbuatan Mat Yo dan isterinya. Saya percaya, penyokong Johor juga tidak merestui perbuatan isteri Mat Yo. Tetapi apabila masuk cerita padang bola, usahlah dikaitkan dengan cerita-cerita peribadi seperti Balasan Tuhan dan sebagainya. Jagalah hati pasukan dan penyokong Johor yang sama-sama terlibat. Manalah kita hendak tahu kekalahan Johor itu sebab apa. Tidak adil untuk kita menuduh pasukan itu kalah kerana Mat Yo seorang. Bagaimana pula kalau Negeri Selangor kalah dengan negeri Pahang, adakah kita akan menuduh salah seorang pemain Negeri Selangor berbuat dosa sehingga menyebabkan pasukannya kalah?

Bercakaplah dengan lebih adil dan bijak selaku kalifah di muka bumi ini. Sudah cukuplah apa yang terjadi. Kes saman Mat Yo terhadap pakcik itu adalah urusan peribadinya. Kita mendoakan yang baik-baik saja untuk pakcik guard itu agar di murahkan rezeki beliau dan dilindungi dirinya dari teraniaya lagi.

Sekian, walaupun saya bukan seorang yang cerdik pandai agama, tidak pernah mengaji pondok dan bukan seorang penghafiz. Tidak tertahan di hati saya apabila ada orang menggunakan nama agama untuk kepuasan hatinya sendiri ketika dalam amarah. Semoga kita semua dilindungi dengan rahmat Yang Maha Esa. Marilah sama-sama berdoa agar dapat menjadi seorang Islam yang baik dan intelligent. Amin

11 comments:

  1. betul tu.. semua itu adalah ketentuan Allah.. sepatutnya kita tidak boleh menghukum beliau dan isterinya hanya kerana kekalahan negeri johor.. kalah dan menang itu adat permainan..

    ReplyDelete
  2. jaa sebagai anak jati kelantan, mmg bangga dan hepy dgn kemenangan TRW semalam, hihihi... baideway isu bini matyo, jantan dayus, pakguard tu mmg keterlaluan, hingga hari ni masih ramai yg duk sebut2, duk cemuh dan duk mengata. sepatutnya berpada-pada sudahh... dosa tu, antara bini matyo ngn pakguard, tp org2 yg duk mengata tu pulak berdosa ngn bini matyo, sape nak jawab tuu... huhu...

    ReplyDelete
  3. hoo.. patutlea ada terdengar ayat2 bini matyo bagi badi dekat mat yo.. adeh.. JDT kalah rupanya.. alahai.. semua tu xde kena mengena sebenarnya.. semua Allah yang aturkan kalah atau menang.. adoi..

    ReplyDelete
  4. itulah manusia . mudah menghukum walaupun hanya allah saja yg berhak menghukum !

    ReplyDelete
  5. ye, macam dah keterlaluan.. isu bola dan peribadi, perlu diasingkan.. jangan dipanjangkan :)

    ReplyDelete
  6. salam..semua itu urusan Allah s.w.t..

    ReplyDelete
  7. kadang tu takde kaitan pun kisah dia ..hahaha...tp ade je point manusia ni kan...

    ReplyDelete
  8. mmg makin bnyak parody yg bukan2..
    mcm ler yg buat parody tu bagus sgt.
    hehe..
    sikit2 dh ler buat.
    ini sorg buat suma nk buat.
    ini semua poyo.

    ReplyDelete
  9. Inila orang kata sis, kerana mulut badan binasa.. hu3

    ReplyDelete