Wednesday, October 30, 2013

Kesedaran Sivik Am

Sabtu dan Ahad lepas saya telah bertugas di PWTC. Untuk ke sana saya menaiki kenderaan awam ERL dan LRT. Bukan apa, jika memandu kenderaan sendiri, belanja yang dikeluarkan adalah sangat tidak berbaloi. Saya pergi bersama rakan sekerja.

Dalam perjalanan itu kami berbual-bual tentang pengalaman menaiki kenderaan awam di negara ini.Masing-masing mempunyai pengalaman tersendiri.

Sebelum kerja sekarang, saya bekerja di beberapa syarikat di Kuala Lumpur selama beberapa tahun. Antaranya ialah Astro cawangan K.L dan Syarikat Teledirect di Jalan Ampang. Kedua-duanya berhampiran KLCC, pusat bandar paling sibuk. Semasa bekerja di Astro itu, saya sedang mengandung beberapa bulan. Setiap pagi menaiki LRT Putra dari stesen Taman Melati yang sangat sesak hinggalah ke Stesen Ampang Park atau KLCC. Kalau orang kata di Korea, Jepun, Singapura dan Hong Kong rakyatnya bergerak seperti berlari untuk bekerja, saya fikir tidak ada bezanya Kuala Lumpur. Setiap hari kami bergerak macam sedang berlari juga. Kalau tidak percaya, tunggu sahaja di stesen LRT pada waktu puncak, amat jarang berjumpa orang yang mengejar masa dengan berjalan berlenggang lenggok.

Ok, kita tinggalkan itu. Saya hendak cerita tentang sivik am sebenarnya, terutamanya ketika menaiki kenderaan awam. Semua orang tahu, keutamaan tempat duduk dalam kenderaan awam adalah untuk OKU, Warga Emas, Ibu mengandung/membawa anak kecil dan sebagainya. Tetapi berapa kerat sangatlah yang prihatin tentang keutamaan-keutamaan ini.

Kesedaran sivik am rakyat Malaysia dalam hal-hal kecil sebegini amatlah rendah.Tidak kira apa bangsa, lelaki perempuan, sama sahaja. Sikap mementingkan diri ini amat kritikal sekali. Mereka lebih rela berpura-pura tidur dari membenarkan seorang makcik tua yang uzur untuk duduk, walhal mempunyai kudrat yang kuat untuk berdiri. Dalam kami berbincang-bincang itu, sebuah keluarga membawa anak kecilpun masuk. Saya dapati, tidak ada seorang yang bangun untuk memberi tempat duduk kepada keluarga yang mendukung anak kecil itu. Mereka hanya memandang tanpa rasa bersalah.




Kesedaran sivik sebenarnya paling bagus dimulakan dari keluarga. Dalam pemerhatian saya, tahap kesedaran sivik ini terbahagi kepada beberapa golongan. Golongan satu ialah generasi pertama yang duduk dikampung-kampung dan kurang pendidikan. Walaupun mungkin mempunyai moral, tetapi kesedaran sivik am seperti bersopan ketika menaiki kenderaan awam dan membuang sampah di tong sampah mungkin agak kurang. Generasi ini tidak terlibat banyak dengan teknologi dan kemajuan. Zaman mereka sampah masih dibuang merata atau dibakar dihadapan dan belakang rumah sahaja. Kenderaan awam juga tidak banyak pada zaman itu.

Golongan dua ialah generasi kedua iaitu anak kepada golongan satu, ada yang masih menetap di kampung dan ada yang berhijrah kebandar-bandar. Golongan ini tidak mendapat pendidikan sivik am yang betul, kerana golongan satu tadi tidak melalui apa mereka lalui, jadi sebahagian besar memang tidak praktis kesedaran sivik kepada anak-anak.

Golongan tiga adalah generasi ketiga, samada memang lahir di ibukota atau berhijrah kebandar untuk mencari kerja. Golongan ini adalah golongan yang paling parah. Dalam pemerhatian saya, generasi inilah yang paling tidak prihatin dan mementingkan diri sendiri. Golongan yang berumur belasan tahun hingga lewat 30an. Mereka bukan tidak sedar dan tidak tahu tentang sivik kerana mereka adalah golongan yang paling banyak menerima pendidikan samada dari sekolah atau media. 99% dari mereka juga pandai membaca. Tetapi apabila tidak diberatkan sejak dari mula, maka ia dipandang rendah sahaja.

Memang kesedaran sivik dalam negara kita rendah berbanding negara-negara maju lain seperti Korea dan Jepun. Pendidikan sivik dalam negara mereka dimulai sejak kecil, iaitu dari generasi pertama, jadi generasi kedua mereka sudah biasa dengan perkara itu. Untuk mendidik generasi seterusnya tidak menjadi begitu sukar kerana bagi mereka ia adalah satu amalan, bukan undang-undang.

Tetapi negara kita menghadapi masalah dan cabaran yang amat besar dalam memperbaiki perkara ini. Kita bukan sahaja menghadapi masalah dengan generasi ketiga yang memang tidak pernah mengamalkan kesedaran sivik, masalah juga datang dari pendatang asing negara kelas ketiga yang negaranya mempunyai kesedaran sivik yang rendah. Pendatang ini turut menjadi ancaman kepada sistem moral dalam negara.

Sebenarnya kita tidak patut menunding jari menyalahkan mana-mana pihak. Kesedaran itu boleh dimulakan dari diri sendiri. Jika inginkan negara ini maju dan rakyatnya mempunyai "manner" sama seperti beberapa negara yang dijadikan contoh di atas, praktis kesedaran sivik itu haruslah dimulakan dari rumah. Memang di sekolah ada diajar pelajaran sivik, tetapi ia hanyalah asas teori sahaja. Ibubapalah yang harus menjadi penggerak dan pemangkin kepada praktikalnya. Masih belum terlambat untuk generasi kita ini memupuk kesedaran itu dikalangan anak-anak. Negara yang bahagia adalah negara yang rakyatnya mempunyai kesedaran sivik yang tinggi.

Contoh-contoh sivik am :
  1. Mengutamakan kepentingan pihak yang lebih memerlukan (seperti keutamaan kepada OKU, orang tua dan sebagainya ketika menaiki kenderaan awam)
  2. Berhenti di line zebra crossing ketika ada pedestrian
  3. Membuang sampah di dalam bakul sampah
  4. Mengutip sampah yang dijumpai dan membuang ke tong sampah
  5. Membantu warga emas/oku melintas jalan
Generasi satu (60 tahun ke atas) = 

tidak melalui zaman teknologi/kemajuan, tidak memerlukan sivik am

Generasi dua (40 hingga 60 tahun) = 

melalui zaman teknologi/kemajuan, tetapi tidak menerima pendidikan sivik am dan tidak praktis kepada anak-anak

Generasi tiga (belasan tahun hingga lewat 30an) =

ada kesedaran tetapi tidak mahu mengamalkan, kerana tidak pernah dilatih sejak dari mula

Sekian

19 comments:

  1. Mmg kebnyakan cmtu zila..klu nampak pun buat2 x nmpk je..klu ada pun sikit je bilangan yg ada kesedaran sivik ni

    ReplyDelete
  2. Dulu pernah jugak pergi kerja naik LRT ni.. Memang selalu tengok kekurangan sivik rakyat Malaysia ni.. Huhu..
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
  3. ramai orang yang sedar dan faham tapi buat2 tidak sedar dan faham...

    ReplyDelete
  4. saya kagum dgn jepun n korea yg bandarnya bersih serta air sungainya yg jernih ...

    ReplyDelete
  5. Well said dear.. Che Mid masuk generasi ke 2..oh..tuakah aku?.. kalau dgn jiran sebelah rumah pun tak kenal, macamana nak beri tempat duduk pada 'orang asing' dalam lrt tu.. tak tau le samada kesedaran ini boleh dipupuk lagi atau akan menjadi budaya pentingkan diri sendiri..

    ReplyDelete
  6. Betul tue akak.. tp alhamdulillah farah masih ada kesedaran sivik dlm diri.. bukan nk puji diri tp itu hakikatnya...farah nie cepat sensitif sikit..hehehe

    ReplyDelete
  7. Sally jarang pun nak duduk..hihi....tapi betul la kak...skrg ramai yg camtu...sally pernah demam, nak rebah...tapi sally bangun jugak sbb ada wanita yg mengandung...takde org nak kasi duduk...time tu berdoa je tak pitam kat situ... :)

    ReplyDelete
  8. Inilah hakikat sebenar yg harus kita akui. Dah lama tidak naik pengankutan awam jadi tak dapat nak komen...tapi pasal buang sampah tu. Ya...itulah sikap kebanyakan dari kita. Tapi, kalau jejak je Singapura...terus pula pandai berubah! Pelik kan...

    ReplyDelete
  9. Masa Ros duduk Kl, 2009-2012, itulah kenderaan yang Ros ada.. dari stesyen Damai,.. menuju ke banyak tempat tempat.. macam-macam ragam yang Ros jumpa.. ada yang baik hari bagi tempat duduk dia pada orang lain.. ada yang buat tak tahu je..

    ReplyDelete
  10. Saya amat setuju dengan tulisan Zila. Kesedaran sivik ni asasnya bermula dari didikan ibu bapa... Anak-anak melihat dan memerhati apa yang ibu bapa buat. Satu contoh; berhampiran rumah saya ada satu sekolah... famous juga sekolah tu. sekolah swasta. Tentulah orang yang berduit saja hantar anak-anak belajar di situ.

    Ibu bapa yang datang mengambil anak-anak kebanyakannya memandu kereta2 besar. Yang menyakitkan hati... ibu bapa ni sesuka hati mereka saja berhenti mengambil, menurunkan dan menunggu anak-anak mereka di depan pintu pagar sekolah.. seboleh2nya nak depan pintu pagar betul... tanpa mempedulikan kesesakkan jalan yang terjadi akibat dari perbuatan mereka. Apa salahnya berhenti jauh sikit kemudian keluar dan pimpin tangan anak tu hingga ke pintu pagar sekolah atau tunggu mereka di pintu pagar kemudian pimpin tangan mereka kembali ke kereta.

    Samada sedar atau tidak bila anak2 ni besar kelak dia akan buat juga macam mak bapak dia buat hari ini... sebab mereka dah didedahkan dan didik sebegitu rupa... Pada saya tak gunalah hantar belajar di sekolah yang berprestasi tinggi tapi akhlak dan kesedaran siviknya kureng. Setakat pandai je tapi tak beradab!

    Maaf! saya emo sikit! Geram sebab saya hari2 terpaksa menempuh keadaan ni.

    ReplyDelete
  11. Di PWTC pergi ke Parlimen ke??hehehe

    MMg betol rakyat Malaysia mmg kurang kesedaran Sivik.. Cth kat opis saya parking OKU pun diorg sebat.. huhuhu

    ReplyDelete
  12. hhmmm... setuju... tp x ramai yg perihatin ... mereka sedar tp buat2 x reti jer... huhuhu....

    ReplyDelete
  13. org kita memg msih kurg kesedaran sivik

    ReplyDelete
  14. semuanya bermula dr rumah...setuju sgt..tapi dr rumah juga ibubapa kenalah ibubapa yg terdidik rohaninya...

    mmg fedup tgok org memandu kereta..mmg tak ada sivik...

    ReplyDelete
  15. salam jumaat kak zila.. aiza perasan juga situasi tu.. mereka memandang tanpa sekelumit pun rasa prihatin atau kasihan melihat golongan OKU atau warna emas yang menaiki lrt/erl/komuter/pengangkutan awan lain.. lagi 1 aiza perasan jika menaiki komuter ada gerabak yang memang dikhaskan untuk golongan wanita, tapi masih kelihatan beberapa lelaki menumpang sekaki menghimpit wanita-wanita (komuter selalunya padat).. tiada kesedaran sivik langsung..

    ReplyDelete
  16. kena buat matapelajaran sivik wajib lulus ni hihihihi

    ReplyDelete
  17. sampai kesini membaca link yang diberi.. hehe.. Kesedaran sivik memang terlalu kurang lagi dikalangan rakyat Malaysia, kalau ada pun yang menyedarinya, tapi segan untuk menegur

    ReplyDelete