Wednesday, October 9, 2013

Pengalaman di Perak - Kampung Gajah

Terdapat dua lagi entry saya berkenaan negeri perak, iaitu Kampung Gajah dan Pasir Salak. Baiklah, saya akan mulakan cerita tentang Kampung Gajah dahulu. 

Mesti akan ada yang bertanya, Kampung Gajah tempat perlancongan ke? Jawapan saya, secara komersialnya memang tidak, tetapi ia juga mempunyai tarikan-tarikan tersendiri. Tambahan pula ia sangat dekat dengan Kompleks Sejarah Pasir Salak, jadi apa salahnya menyinggah ke sini. Anda tidak perlu menghabiskan masa sehingga seluruh hari, tetapi tetap ada tempat yang boleh dilawati.  

Diseberang Pasir Salak ialah Pekan Kampung Gajah
Keluarga suami saya berasal dari Kampung Pulau Tiga, Kampung Gajah, Teluk Intan. Kalau tidak silap, Kampung gajah kini sudahpun menjadi satu daerah. Kedudukannya hanya seberang sungai sahaja dari Pasir Salak yang terkenal. Ekonomi masyarakat di sini pelbagai. Ada yang bertani, ada yang berniaga dan ada pekerja kerajaan
 
Cara ke Kampung Gajah.

Dari Teluk Intan : Selepas Hospital Teluk Intan, di simpang empat, ambil simpang kanan. Ikut Sign Board. Terdapat banyak bangunan kedai selepas simpang. Dari bangunan-bangunan tadi akan jumpa jambatan yang merentangi sungai besar. Teruskan perjalanan sehingga bertemu simpang ke kampong gajah. Ia mengambil masa dalam 15 minit juga untuk sampai ke simpang ini. Sepanjang perjalanan boleh menyaksikan sayup-sayup sawah padi dan gerai-gerai orang kampung. Jangan laju sangat, kalau terlepas anda akan pergi ke tempat lain, kalau tak silap saya ke Chenderong Balai.

 

 
 

Penginapan

Janganlah mengharapkan penginapan 5 star di pekan yang kecil ini. Tetapi walaupun begitu, ia  mempunyai kemudahan rumah rehat dan homestay yang banyak. Tidak perlu risau sangat, taip saja perkataan ‘homestaydi kampong gajah’, macam-macamlah yang akan keluar. Baru-baru ini, sewaktu kenduri anak saudara di kampong, kerana sampai lewat malam sangat, kami menginap di rumah rehat yang terletak di kampong gajah itu sahaja, kerana suami taknak mengganggu emak dan adik beradiknya yang tidur. Mujurlah ada satu bilik yang kosong malam itu.

Rumah rehat Kampung Gajah

Bilik family yang kami menginap itu agak selesa juga. Harganya cuma RM80. Terdapat kemudahan asas seperti air cond dan T.V. Kalau datang bersama keluarga, boleh minta buatkan sarapan, tetapi kena bayar harga lain. Ini adalah kali ke dua saya menginap di sini, kali pertama ketika bersama rombongan keluarga, sewaktu majlis kenduri kahwin kami sembilan tahun yang sudah. Betapa nostalgianya, teringat kenangan rombongan itu dengan saudara mara. Rumah rehat ini betul-betul terletak dalam kawasan pekan. Berhadapan dengannya adalah sebuah pasaraya kecil. Lokasinya adalah di simpang empat utama.


Tempat-Tempat menarik di Kampung Gajah :

Sungai Perak

Ia sangat sinonim dengan dengan kampong Gajah. Kampung ini betul-betul terletak berhampiran Sungai Perak. Tapi tidak boleh nampak dari pekan tebing sungai itu, kena masuk ke dalam sedikit.  Dulu-dulu, bakal raja yang hendak ditabalkan, akan melawat tempat-tempat tertentu dalam bahagian-bahagian negeri perak. Salah satu tempat yang akan di kunjungi ialah pusara diraja berdekatan Sungai Perak. Memang terdapat beberapa pusara  lama yang berkaitan dengan sejarah Kesultanan Perak di sini. Pendek kata, sejarah kampung gajah bukan bermula pada zaman Kolonial sahaja, ia telah bermula lama lagi sebelum itu. 

Kata suami saya, masa kecil-kecil dulu, Sungai Perak itu adalah tempat mainannya. Di tengah-tengah sungai ada banyak pulau-pulau kecil. Antaranya tiga pulau yang berderet. Jadi nama kampung yang berhampiran dengan deretan tiga pulau tadi telah dipanggil Pulau Tiga. Kampung suami saya terletak di Pulau Tiga ini. Jaraknya dari pekan Kampung Gajah hanyalah kira-kira 10 minit sahaja. Ada sebuah blog yang diterbitkan untuk menceritakan asal usul dan macam-macam lagi tentang Kampung Pulau Tiga ini (tidak ada kandungan 'dewasa' dalam blog itu, mungkin penulis blog terlupa hendak mematikan signal 'kandungan dewasa'). Kalau berminat, silalah baca ya. Mungkin anda akan temui lebih banyak perkara di situ.

Jambatan merentangi Sungai Perak
 



Mistik Kampung Gajah dan Sungai Perak

Kampung ini juga banyak cerita mistik dan sejarah tersendiri sejak zaman berzaman. Dari sekolah lagi saya selalu membaca buku yang berkaitan dengan sejarah-sejarah negeri Perak.  Kampung Gajah, Pasir Salak, Bota, Parit, Beruas, Sungkai dan banyak lagi adalah nama-nama tempat yang  popular dalam buku-buku berkenaan negeri Perak. Kalau ikut cerita mistiknya pula, kisah negeri Perak bermula dari zaman Sang Sapurba lagi. Manakala, Tamar Jalis sipenulis novel yang berasal dari Perak,  selalu menceritakan kisah-kisah  mistik yang dilalui di tempat-tempat yang disebutkan. Kampung Gajah pun pernah masuk dalam ceritanya itu. Kuat juga pengaruh novel Tamar Jalis dalam diri saya, sampai akhirnya bertemu jodoh dengan orang Perak.

Banyak lagi cerita mistik yang saya dengar di kampong ini, tapi semuanya cerita lama. Sekarang sudah tidak ada kejadian seperti itu berlaku. Kalau tak kena gaya, anak-anak muda pun tak tahu kisah-kisah lama di sini. Antara cerita menarik yang pernah didengar, opah suami saya, dalam satu majlis diraja yang diadakan di tebing sungai Perak, telah melihat sejenis binatang yang mempunyai sisik sebesar nyiru kelapa! Entah apa binatangnya tak tahulah, samada ikan yang besar atau haiwan mistik. Mungkin juga naga, kata suami saya, kerana menurut cerita, haiwan itu di seru dalam majlis itu. Suami sayapun, sewaktu musim pertabalan Sultan Azlan Syah pernah melihat sejenis binatang yang agak pelik di sungai yang besar itu. Katanya rupa binatang itu macam nessi! Tetapi kerana tidak ada bukti, orang tidak akan percaya. Kalau dia tipu saya, maka saya telah tipu anda semua juga. 

Sebenarnya, kalau betul-betul berminat, memang banyak sejarah di kampung ini. Ada makam-makam, rumah-rumah lama dan tapak-tapak tinggalan. Tapi perlulah pergi dengan orang yang tahu sejarahnya. Kalau tak, sia-sia saja, kerana bukan semua orang tahu sejarahpun.

Bengkel Senjata Tradisional

Terdapat juga sebuah bengkel pembuatan senjata tradisional yang terletak di Kampung Pulau Tiga. Anda boleh baca di sini.



Pasu, tembikar dan labu sayong Kampung Gajah


Bukan di Kuala Kangsar sahaja ada pembuatan labu sayong dan tembikar. Di Kampung Gajah ini pun ada juga industri tersebut. Perak sangat sinonim dengan labu dan tembikar kerana jenis tanahnya adalah tanah  laterit. Tetapi tidaklah selalu saya menyinggah di kedai labu sayong ini, hanya sekali sekala sahaja kalau ada orang yang berminat.


Berikut adalah salah satu kedai yang mengusahakan industri labu sayong ini di Kampung gajah :

 

Pembuatannya labunya agak kemas juga, tetapi saya tidak boleh compare dengan buatan Kuala kangsar, kerana tidak pernah beli dari sana. Terdapat pelbagai pilihan labu dan tembikar di sini. Pasu bunga pun banyak juga. Menurut pemilik, pesanan bukan datang dari kawasan sekitar, tetapi ia lebih banyak dari luar.


Jika isi air dalam labu sayong, air itu akan sentiasa dingin, walaupun tidak sesejuk air dalam peti ais. Cuma kata suami saya, labu zaman dulu lebih halus dan berkualiti. Labu zaman dulu-dulu tidak meruap, maksudnya, disekeliling labu itu tidak ada lembapan air, tetapi ia masih sejuk. Saya tanya kepada pemilik kedai, katanya, material telah banyak merubah industri ini. Material dulu tidak sama dengan sekarang.

Selain kedai ini, ada beberapa kedai lain juga yang berdekatan.
  
Lain-lain entry berkenaan Perak :

Dapur dan alatan untuk membuat labu, pasu dan tembikar
 

15 comments:

  1. ada angan-angan nak bercuti dinegeri perak..harap kesampaian la hendaknya..

    ReplyDelete
  2. byk tempat menarik ye kat kmpung gajah..ulang alik aje knor ni...gua tempurung tak singgah ke..suami org batu gajah..tak jauh la kan..

    penginapan pun nampak sgt selesa tu..hrga juga ok..tq utk info ni ye..

    ReplyDelete
  3. teringat bonda kat bagan datok lak ... harap raya qurban ni dapat jumpa...

    ReplyDelete
  4. teman pernah gi kg gajah.. masa tu Tun Mahathir turun.. hu3..

    ReplyDelete
  5. cantik cantik pasu dan labu tu kan?

    ReplyDelete
  6. tetiba rasa nak berjalan pulak..tapi takde geng :(

    ReplyDelete
  7. banyak tempat menarik untuk dilawati di perak.. area sana aiza tak familiar sangat.. aiza selalu membeli labu sayong di kuala kangsar..

    ReplyDelete
  8. byk tempat yg dah dijelajah kat Perak..tak pernah membosankan...paling suka Taiping hehe..Kuala Kangsar..Tasik Raban jugak sgt cantik,kan...yg best ttg Perak adalah liamu balinya..

    ReplyDelete
  9. Sy belum pernah sampai ke sana lg.. cantik labu sayung tu. Ada masa sesuai boleh juga berjalan2 ke sana.. Thanks sharing ye :)

    ReplyDelete
  10. suka tengok labu sayong tu ,.. macam-mcam corak :)

    ReplyDelete
  11. Wah bestnya jenjalan.. btw cantik2 la labu sayong tue.. =D

    ReplyDelete
  12. wah entry bagus ni..TB pon mmg plan nk g perak bln feb akan datang sbb kawan tb kawen kt sane..alang2 kesana ingt nk berjalan skali ;)

    ReplyDelete