Friday, October 4, 2013

Pengalaman di Perak - Sungai Klah Hotspring (Felda Residence Hot Spring)

Untuk pergi ke Sungai Klah Hotspring bukanlah susah sangat. Ia cuma mengambil masa kira-kira 2 jam perjalanan dari ibu kota. Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa yang menarik tentang sungai klah ini.

Ok, ia adalah sebuah tempat rekreasi kolam air panas yang sangat sesuai untuk seisi keluarga. Terletak dalam kawasan ladang kelapa sawit milik Felda, disekelilingnya amat sunyi dan tenang. Dikenali juga sebagai Felda Residence Hot Springdengan jarak hanya beberapa kilometer dari pekan sungkai dan lebih kurang 15 minit perjalanan dari tol sungkai Perak.

 
 

Sebaik keluar dari tol Sungkai, sila belok ke kiri. Ia tidak begitu jauh, dari jalan utama anda sudah boleh nampak papan tanda Sungai Klah Hotspring atau Felda Residence di sebelah kiri. masuk ikut sign board dan teruskan perjalanan lagi dalam jarak kira-kira 9 km. Terdapat banyak sign board di sepanjang perjalanan, jadi tak usah risau tersesat dan sebagainya. Sepanjang perjalanan juga boleh dilihat rumah penduduk felda, gerai-gerai dan kedai runcit.

 
 
 
 Penginapan:

Terdapat beberapa jenis penginapan di dalam Sg Klah Hotspring. Bagi yang berbajet rendah, ada banyak homestay milik penduduk tempatan di sini. Saya tidak sertakan no telefon, kerana tidak sempat mengambil maklumatnya. Walau bagaimanapun, penginapan bukanlah sesuatu yang harus dirisaukan. Kerana, di pekan sungkai juga anda boleh mencari tempat penginapan. Ada juga pengunjung yang balik hari sahaja, datang pada awal pagi dan bertolak lewat petang.



Bagi yang berkemampuan pula, Sg Klah Hotspring menyediakan penginapan jenis banglo villa dan resort yang lebih selesa. Kadarnya bergantung kepada pakej dan musim. Anda juga boleh merujuk dari blog ini, yang pernah menginap di salah sebuah villanya. Atau boleh juga merujuk kepada blog milik Felda Hotspring sendiri. Lain-lain maklumat mengenai penginapan dan hotel, boleh juga dirujuk dari Agoda, Booking.com dan sebagainya.

 
 
 

Tetapi saya ingin membuat sedikit komen, maaf cakaplah, salah satu kelemahan sikap pengusaha industri pelancongan dan Kementerian Pelancongan ialah tidak mesra pelancong tempatan. Kebanyakan hotel akan mengenakan cas yang sangat tinggi pada musim cuti sekolah dan musim-musim cuti yang lain. Untuk menggalakkan rakyat melancong sekaligus membantu industri dalam negara, ada baiknya Kementerian tersebut berbincang dan mengadakan satu program yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Dengan itu situasi win-win situation dapat diwujudkan. Banyak rungutan dari rakyat, tapi nampaknya ia tidaklah dipedulikan.

Cara masuk dan tiket

Bila sudah sampai di sini, haruslah mencari parking. Di sekeliling pintu masuk terdapat banyak kawasan yang diterangkan oleh pihak felda sebagai tempat parking. Di bahagian dalampun ada kawasan parking, tetapi saya tidak bertanya, mungkin itu tapak parking untuk VIP, penginap Villa atau pekerja agaknya. Di hari minggu, kawasan ini sangat sesak dengan kehadiran pengunjung. Pandai-pandailah mencari parking. Harap maklum.

 
 

Kaunter tiket berdekatan sahaja dengan pintu masuk. Terdapat banyak tram yang akan membawa pengunjung terus ke kolam. Kanak-kanak amatlah suka menaiki tram ini. Tetapi selalunya ia penuh. Berjalan kakipun boleh, bersenam sedikit, bukanlah jauh sangat dari pintu masuk utama. Anggaran dalam 5 minit berjalan sahaja.

 
 
 
 

Berikut adalah harga tiket (ala carte):

Dewasa : RM12
Kanak-kanak : RM10
Warga emas :  RM7
OKU : RM2

Taman ini ditutup pada pukul 7pm hari biasa, tapi dilanjutkan sehingga 10 malam pada hari cuti sekolah dan cuti am.

Makanan luar tidak dibenarkan, tapi saya lihat ada juga yang curi-curi bawa

Pengunjung akan diberikan sticker yang perlu dilekat ditangan sebelum masuk.


Pengunjung juga boleh mendapatkan pakej percutian yang sudah termasuk dengan penginapan dan harga tiket mandi sekali. Pakej-pakej ini boleh dicari di internet, di agensi pelancongan atau di laman web felda residence.

Tempat-tempat menarik dalam Sg Klah Hotspring

Kolam mandi air panas terbuka

Sudah tentu tarikan utama pengunjung adalah kolam mandi utama ini. Keluasannya agak lebar juga, tetapi tidaklah seluas waterpark-waterpark besar yang lain. Harus diingat, ini adalah kolam air panas. Sumber airnya berbeza dengan water park yang lain-lain itu. Walau bagaimanapun pengunjung masih merasa selesa. Disekeliling kolam juga terdapat kanopi-kanopi untuk berehat. Kanak-kanak sesuai mandi di kawasan seperti ini kerana ia tidak terlalu dalam. Tetapi ibu bapa masih perlu memberikan pengawasan.

 
 
 
 
 
 
 

Kolam mandi air panas privasi

Bagi yang tidak suka mandi beramai-ramai, Sg Klah turut mempunyai tempat mandi secara privasi. Saya tidak pergi yang bahagian ini, walau bagaimanapun boleh kunjung ke blog yang sama untuk maklumat. Katanya hanya perlu bayar RM80 sahaja untuk bahagian privasi ini. Ada baiknya bertanya di bahagian tiket, takut-takut kalau dah naik harga.


Tempat memasak telur.

Kawasan ini saya pergi. Memang airnya sangat panas sampai boleh memasak telur! Tapi kita tidak dibenarkan bawa dari luar. Hanya boleh beli dari sini. Terdapat kiosk jual telur berdekatan. Pandai kan marketing strategi mereka? Bagus juga, dari yang bawa sendiri banyak-banyak lepas tu tak reti nak bersihkan. Lagi satu kalau bawa telur tembelang, tak ke naya. Memasak telur di sini merupakan satu pengalaman yang menarik.
 
 
 
 

Taman terapi

Kawasan ini terletak berhampiran dengan tempat masak telur tadi. Saya hanya lalu. Tapi kelihatannya ramai juga yang menyinggah sambil merendam kaki. Mungkin ada keistimewaan yang tersendiri.

 

Lain-lain maklumat

Berdekatan dengan Kolam air panas ini terdapat juga kawasan rekreasi perhutanan. bagi yang suka jungle trekking dan kawasan hijau-hijauan, sesuai datang ke sini, ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan.

Manakala, bagi yang mencari maklumat untuk mengadakan seminar dan bengkel, di Felda Residence ini ada juga kemudahan bagi tujuan tersebut.

 
 
 
Keselamatan

Pentingkanlah keselamatan. Itu mesej saya. Bagi yang membawa anak-anak kecil jangan leka dan lalai, walaupun airnya cetek sahaja. Kalau hujan, adalah lebih baik berhenti mandi untuk mengelakkan petir. Ya, kadang-kadang bercakap memang mudah, kita sudah bayar, takkan taknak mandi. Tapi nyawa adalah lebih penting, ok.


Sekian, saya ingin mengucapkan selamat bercuti bagi yang sedang merancang percutian pada musim cuti sekolah nanti.
Lain-lain maklumat berkenaan tempat-tempai yang saya pernah pergi, sila rujuk di sini

37 comments:

  1. amboi..banyaknya info tentang percutian....complete...hehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni info buat si pencari-pencari maklumat percutian yang selalu datang..hehehe, sebab tu banyak detailnya. Kalau perasan, entry jenis ni memang panjang. Kawan-kawan memang tak larat baca

      Delete
  2. dah pernah pi 3 kali tp masa tu dewasa rm8,pastu kali ke 3 pi dewasa rm10.oh skrg dah rm12 ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasala, minyak naik rege, diorg pun naik rege jugak, tambahan pulak tempat tu makin terkenal, lagi le. Tapi ada satu lagi kat Tapah, ok jugak, Jalan nak pegi Cameron Highland..Yg ini sebab dah establish dan well known, yg Tapah tu baru suam-suam kuku org nak kenal

      Delete
    2. Salam.. yg dkt tapah nm apa? Kat mn exact location?

      Delete
    3. cer check di sini, yang di tapah lagi satu tu, saya terbaca di surat khabar, agak lama juga..ada rencana pasalnya

      http://www.mdtapah.gov.my/kolam-air-panas-ulu-slim

      Delete
    4. dan ini lagi satu

      http://www.nisakay.com/2012/07/kembara-media-fotografi-perak-part-1.html

      Delete
  3. menarik juga tempat tu.. aiza tak pernah lagi sampai di sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang je nak cari Aiza. Bawa family okey jugak

      Delete
  4. tempat merebus telur tuh yg best..bawak satu papan pastu rebus..sng sikit heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala, dia tak bagi bawak dari luar TB, kalau boleh, siap laaa..hahaa

      Delete
  5. fulamak... bestnya... :) mama belum sampai lagi..

    ReplyDelete
  6. in sha Allah nak pergi lgi..

    dkt dgn rumah kakak..heheeh satu hala..

    ReplyDelete
  7. saya dah pergi tpt tuh . dekat dgn umah besan bunda di ulu behrang . ambil gambar guna bbm jer yg dah sampai hujung nyawa . masa tu blm ada blog . satu gambar jer yg x de kat sini , gambar kolam air panas yg besar tu ... kat situ ada perkampungan orang asli ...

    ReplyDelete
  8. oo saya belum sampai lagi tempat ni... dua tiga hari lepas ada cadangan dari kawan2 office nak brainstroming di tempat ni... tapi nampaknya tidak mendapat sambutan ramai.

    ReplyDelete
  9. tq ats perkongsian..thn dpn maybe blh ke sini..dis yr dh plan nk ke Melaka.. :P

    tp mmg btl..asal cuti sek je, harga hotel, homestay mst naik sekali ganda..

    ReplyDelete
  10. salam akak....untung ye....selalu boleh g jalan2 hehe...
    selamat pagi!!!

    ReplyDelete
  11. bestnya kak, saya orang perak x sampai pun lagi sg klah huhu

    ReplyDelete
  12. cantik tempatnya...bunda belum pernah sampai lagi..

    ReplyDelete
  13. wahh.. bestnyaaa kalau dapat gi sini.. tiket pun x mahal sangat.. okey lea kann.. macam2 lak tu ada.. teman paling suka kolam air panas tu.. ada plak tempat rebus telur tuu.. besttt

    ReplyDelete
  14. comelnya tempat ni. macam menarik jer. ntah bila la agaknya jaa nk sampai... hrmmm./...

    ReplyDelete
  15. macam best je tempat ni.. tahun lepas masa Ros masih keja kat Mindef ada kena gi kursus kat situ. tapi, Ros tak pergi sebab tak sihat..

    ReplyDelete
  16. huhu..baru planning dgn kakak sally nk cr kolam air panas..hihi

    ReplyDelete
  17. Teruja bila baca, sebelum ni baca jugak kat blog lain. Boleh plan cuiti sekolah nanti ke sana.

    ReplyDelete
  18. Wah.. best.. seronok dpt berjalan bersama keluarga ke sana.. Thanks sharing. :)

    ReplyDelete
  19. Terbaik.. Tempat bermain mse kecik2 dlu.. X sangka skunk cantik tempatnya.

    ReplyDelete
  20. Terima kasih kerana sudi memberi kredit kepada entry di blog saya :)

    www.broframestone.com

    ReplyDelete
  21. Best jugak tempat ni... terima kasih for the detail info... tp x de tempat makan ya.. poor about that

    ReplyDelete
  22. Best jugak tempat ni... terima kasih for the detail info... tp x de tempat makan ya.. poor about that

    ReplyDelete
  23. whoaa..lengkap info pasal hot spring kat sungkai ni
    ada teambuilding company kat sini next week 7-8 March 2015

    jemput singgah blog saya:)

    ReplyDelete
  24. Org lenggeng ko....samo lah...den kg.masjid

    ReplyDelete
  25. Macam best bawa anak2jalan cuti depan nie.

    ReplyDelete
  26. Thanks for the info :)..realy appreciate!..mmg ada plan nak g sini bln 3 nanti In Sha Allah ngan wife sy..

    ReplyDelete
  27. Wah menarik blog Zila ni...thanks for your info

    ReplyDelete

Hai, Nama saya Zila, silakan...