Monday, October 7, 2013

Pengalaman di Perak - Teluk Intan

Bila sudah mandi manda di Sungai Klah Hotspring, marilah kita melancong ke separuh negeri Perak pula. Negeri Perak ini besar dan banyak tempat yang boleh melancong.

Rasanya dulu saya pernah menulis entry tentang Teluk Intan. Tetapi entry itu bukanlah entry yang berbentuk Informasi.

Teluk Intan

Teluk Intan sangat sinonim dengan sejarah negara ini. Terutamanya zaman ketika pasca merdeka. Nama asalnya ialah Teluk Anson. Sampai ke hari ini masih ada orang-orang tua disekitar yang memanggilnya dengan nama Teluk Ensen (Anson), terutama di Kampung Gajah. Kata orang, Anson itu adalah nama pegawai penjajah yang bertapak di sini, mungkin juga seorang D.O. Nama Intan pula adalah berasal dari seorang perempuan yang dipanggil mak intan atau seorang peniaga kaya raya yang menjual batu intan. Entah mana yang betul, tak pastilah. Boleh juga rujuk berkenaan teluk Intan ini dari laman web wikipedia. 

Kalau siapa hendak terangkan, silalah diruangan komen di bawah. Entry ini adalah untuk entry perlancongan sahaja.

 
 
 

Cara ke Teluk Intan

Untuk sampai ke teluk intan dari PLUS Highway tidaklah susah sangat. Anda boleh keluar dari dua tol ini, iaitu Tol Bidor atau Tol Sungkai. Selepas itu, ikut sahaja sign board Teluk Intan.

Perjalanan dari KL ke Tol (Sungkai/Bidor) : 2- 2 1/2 jam
Perjalanan dari Tol ke T.Intan : 1-1 1/2 jam
Keseluruhan : 3-3 1/2 jam
Land mark : Ladang Kelapa sawit/Kebun/Sungai/Perkampungan
Land mark terakhir : Hospital Teluk Intan

Tips :

1. Dari Sungkai mungkin agak susah sikit kalau tak biasa, keluar tol, belok kanan, selepas pekan sungkai, dari jalan utama, perhati sign board dengan teliti untuk belok ke simpang kiri. Dari simpang ini, selepas lebih kurang 10-20 minit, belok kiri lagi sekali dan bertemu jalan yang sama dari Bidor.

2. Jalannya agak sempit sedikit dan kadang-kadang terpaksa bersaing dengan bas dan lori besar. Tetapi ia tidak bermakna anda telah tersesat. Cuma kena berhati-hati.

Perak adalah negeri yang kaya dengan sumber air. Oleh itu tidak hairan jika bertemu dengan banyak sungai atau tasik sebelum sampai ke Pekan Teluk Intan (saya lebih suka menggunakan perkataan pekan, walaupun ia sebuah bandar yang kecil sebenarnya).

Laluan lain :

Ada juga beberapa jalan lain untuk sampai ke teluk Intan. Boleh datang dari Ipoh, melalui Seri Iskandar atau dari Kuala Selangor yang melalui tanjung Karang, Sekinchan, Sungai besar dan Sabak Bernam. Kami selalu melalui jalan kuala Selangor ini, kerana jalannya sudah baik, tiada tol dan sepanjang perjalanan lebih menarik dengan pemandangan sawah padi atau peniaga-peniaga gerai. Disamping itu, anda boleh juga singgah di Bukit Melawati atau beberapa tempat perlancongan lagi di kawasan ini. Kalau melalui Kuala Selangor, perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 3 1/2 hingga 4 jam juga kalau tidak berhenti.

Penginapan

Ada banyak hotel-hotel bajet dan sederhana di teluk Intan. Jadi tidak perlu risau. Anda boleh mendapatkan maklumat dari sini atau sini. Boleh juga mendapatkan maklumat dari Agoda, Booking.com dan sebagainya.

Menara Condong Teluk Intan

Sudah tentu tempat yang menjadi tarikan utama di teluk Intan ialah menara condongnya. Walaupun mungkin tidak sehebat dan secondong Menara condong Pisa Di Itali, tetapi ia sangat berharga. Berapa kerat sangat menara condong yang masih tegap dibina sehingga ke hari ini. Asalnya menara ini adalah menara jam. Kalau datang ke Teluk Intan tidak pergi melihat Menara Condong ini memang tidak sah.




 


Batu Hidup (Tugu Peringatan Perang Dunia Ke-2) 

(untuk penerangan yang ini saya telah copy dari tuan punya laman blog ini, ini kerana saya terlupa hendak pergi ke tempat ke sana. Maaf ye, tuan blog)

Terletak di empat persimpangan jalan menuju ke Bandar Teluk Intan.Ia berusia melebihi 100 tahun. Batu ini menjadi daya tarikan pelancong untuk datang ke Bandar Teluk Intan. Sesiapa yang sampai ke Teluk Intan akan melihat khazanah yang menjadi daya penarik kepada pecinta-pecinta sejarah tanah air. Ianya juga dikatakan sebagai sebagai "Tugu Perang Dunia Kedua" kerana tulisan yang tertera ditugu itu ialah At The Going Down Of The Sun And In The Morning We Will Remember Them.". Kepada anda jangan ketinggalan datang dan melihat keunikan bahan artifak ini. 



 

Bangunan-bangunan lama

Oleh kerana Teluk Intan ini telah wujud sejak beratus tahun yang lalu sampailah ke zaman kolonial, maka banyaklah tinggalan-tinggalan bangunan sejarah yang lama. Tinggalan ini boleh dilihat melalui bangunan mahkamah, pejabat pos, balai polis lama dan rumah-rumah.

 
 
 

Pasar Malam Teluk Intan

Teluk Intan sudah menjadi sebuah pekan yang moden. Banyak aktiviti perniagaan di sini. Hotel-hotel, bank, kedai makan dan pasaraya, semuanya ada. Tapi saya paling suka pasar malamnya. Pasar malam ini diadakan setiap malam minggu. Yang menariknya, banyak makanan tradisional orang Perak dan kadang kala ada jualan barangan antik. Agak meriah juga. Kalau balik ke Perak, saya mesti nak pergi ke Pasar Malam ini, emak mertua pun hairan, kenapa saya minat sangat. 

Ini sahaja maklumat yang dapat saya berikan untuk Pekan Teluk Intan. Jika ada sebarang pertanyaan boleh terus komen di bawah. Kalau tak ada akaun google, sila emel di meteorburning@yahoo.com. Saya akan cuba bantu.

Marilah melancong ke dalam negara kita sebelum kita melancong ke luar negara jauh-jauh sana. Negara kita pun punyai banyak tempat menarik.

Lain-lain entry berkenaan Perak :


14 comments:

  1. teluk intan ni kampung opah mama kak, :) selalu balik teluk intan, mak mama org sana..

    ReplyDelete
  2. oo. yeke, akak paling suka pasar malamnya. Mak mertua akak selalu heran, apasal la diorg ni suka pasar malam teluk ntan tu. hihi, tah, rasa macam klasik je

    ReplyDelete
  3. menarik pengalaman.. aiza orang perak (hulu perak), tapi tak pernah lagi pergi ke menara condong tu.. pernah sampai ke teluk intan 3kali je dan tak sempat pun nak jalan-jalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taklah besar sangat teluk Intan ni Aiza, tapi kalau dah sampai jalan-jalanlah, ok jugak..

      Delete
  4. rajin awak jalan-jalan ye....hehee... akak kalau setakat menikmati keindahan tu sukalah...kalau gi pasar pasar ni liat sikit... tak suka bersesak...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni kampung hubby kak Zie, kalau balik mesti singgah punya..hihiii. Selalu berjalan tak juga, masa cuti sekolah je..

      Delete
  5. huk2.. teman x pernah gi lagi menara condong teluk intan tu.. percaya x? nama je org perak kan.. hik3

    ReplyDelete
  6. honestly sally tak pernah sampai Perak, kecuali lalu je sbb menghala ke Penang..hehehe

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, saya bernasib baik kerana jodoh dengan orang Perak...merasa la sampai ke Teluk Intan ni sebab makcik hubby duduk sini...^_^

    ReplyDelete
  8. Sy suka suasana di Teluk Intan.. sudah agak lama juga saya x ke sana..

    ReplyDelete
  9. teringin nk g menara condong tuh..btol ke dia condong sangat2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak condong sangat, menara pisa nampak lebih condong, tapi kira okeylah...

      Delete
  10. baru perasan zila pernah buat entri ttg kg halaman ana.... tq zila bertandang ke sini...selain tpt2 menarik makananpun sedap2 juga

    ReplyDelete
  11. baru perasan Zila pernah buat entri kg halaman ana...selain tpt2 ni..banyak makanan2 tempatan yg popular kat sini..mee mastan ghani..bandung tari..sate wak teni dll..tq zila

    ReplyDelete