Thursday, November 7, 2013

Drama dan filem tempatan

Maafkan saya, mulut agak lancang sedikit bila berbicara tajuk ini. Bukan tidak sokong industri drama tempatan. Kalau nak kata tentang patriotik, sayapun adalah jenis orang yang cintakan negara juga.

Sudah lama ditahan-tahankan, memandangkan ramai saudara-mara dan kawan-kawan yang kaki drama tempatan. Tapi saya tidak dapat lari dari perasaan tidak puas hati terhadap kemajuan industri seni negara kita. Mengapa para penerbit, penulis skrip dan pengarah sekalian masih bersikap kuno dan memperbodoh-bodohkan penonton, terutamanya golongan remaja. Drama yang dibuat amat jarang sekali berkualiti dan mempunyai mesej melainkan untuk hiburan semata-mata.

Memang menonton drama tempatan tidak menjadi kesalahan. Dan kita patut menyokong hasilan produk dalam negara. Tapi saya amatlah tidak berpuashati dengan para penerbit, penulis skrip dan pengarah sekalian.

Cerita kahwin paksa

Anda bayangkan, sejak drama popular Full House dan Chun Yang Sassy Girl terbitan korea pada 2004 dan 2005, cerita-cerita genre seperti ini terus mendapat perhatian di negara kita. Saya rasa saban tahun berderet cerita klise yang diterbitkan.

Tidak dapat saya nak senaraikan semuanya, tapi lihatlah senarai yang saya tahu ini :
  1. Ombak rindu
  2. Adamaya
  3. Nurkasih
  4. Adam dan Hawa
  5. Vanilla Coklat
  6. Setia Hujung Nyawa
  7. Sebenarnya saya isteri dia
  8. Kampung Girl
  9. Cinta Jannah
  10. I Love You Mr Arrogant
  11. Yang terkini, Suamiku Playboy itu.
Semua cerita ini adalah cerita-cerita stereotype yang diolah serba sedikit skripnya tetapi masih mempunyai jalan cerita yang sama.

Cerita gangster

Saya sudah buat satu entry tentang cerita genre ini di sini. Tetapi nampaknya pengarah-pengarah dan penerbit di Malaysia masih tidak sedar cerita-cerita seperti ini banyak memberi pengaruh negatif pada remaja-remaja sekalian.

Cerita hantu melampau

Anda pernah menonton The Exorcist, The Conjurer, Juh Onn, Dark Water dan The Ring kan? Ia filem-filem seram yang hebat dari Barat dan Timur Jauh. Tetapi apa bezanya dengan cerita melayu? Orang kita sekali buat cerita hantu, berderet cerita hantu sepanjang tahun. Macam tak ada idea lain. Jalan cerita dan rupa hantu pun lebih kurang sama sahaja. Sudah tu, buat cerita macam orang yang tidak ada agama. Jangan samakan dengan filem dari luar, mereka memang tidak ada agama. Berpijaklah dibumi yang nyata. Filem hantu bonceng contohnya, filem gred F yang entah kenapa diluluskan oleh FINAS, sayapun tak faham.

Ulasan

Tujuan saya menerbitkan entry ini bukan untuk mengutuk semata-mata. Sepatutnya seiring dengan teknologi dan kepakaran, pengarah dan penerbit Malaysia sudah berjaya memartabat atau menaikkan gred industri perfileman dan drama di Malaysia ini. Saya percaya, kalau drama dan filem kita berkualiti, pasti ada negara dari luar yang ingin menontonnya. Ini tidak, balik-balik kita sahaja yang menonton drama dari luar negara. Filem dan drama kita hanya untuk orang tempatan. Sesekali sahaja keluar negara.

Bukan tidak ada penerbit dan pengarah yang mampu menerbitkan kualiti visual yang baik. Ada beberapa drama dan filem yang mempunyai sinematografi yang bagus. Khabir Bhatia, selalu menggunakan kualiti visual yang bermutu, setanding drama Korea. Bunohan, Kekasihku Seru dan Adamaya juga adalah contoh drama dan filem yang mempunyai sinematografi dan teknik kamera yang baik. Tetapi isu utamanya disini ialah tentang skrip dan jalan cerita yang amat susah untuk mengalami perubahan.

Saya harap tidak ada yang melenting-lenting dengan penerbitan entry ini. Jangan memberi alasan tiada bajet atau puan buat sendirilah drama puan. Saya bukan penerbit atau pengarah dan tidak ada kemahiran dalam bidang itu. Tetapi saya adalah penonton. Pengarah dan penerbit di Malaysia amat susah untuk menerima teguran, malah kepakaran mereka juga ialah menyalahkan orang lain apabila filem dan drama tidak mendapat sambutan.

Setelah berpuluh-puluh tahun industri drama dan filem di Malaysia, kualiti minda penerbit dan pengarah masih pada takuk lama dan tidak banyak berubah. Entah bila akan berubahpun saya tidak tahu.

23 comments:

  1. Betul tu kak..kadang2 jln ceta tu gak sama je...jd agak bosan disitu..sya lebih suka ceta yg berkisar bkn pasal cinta semata..sy lbih suka yg tampilkan tentang ceta kluarga atau cerita2 yg boleh bg semangat..cerita cnta2 ni mmg sya kurang layan sikit la..huhu..

    Akk..klu ya buat tuk satu batalion kek tu...mau tak tido seminggu sya..hehehe

    ReplyDelete
  2. Assalam.. sy setuju dgn pendapat yg diutarakan.. mmg kualiti jiwa pada industri drama dan filem kita agak kurang, banyak yg stereotype kdg kalanya juga ada yg spt tidak genuine luahan ceritanya.. cerita aksi ganas mmg mendapat sambutan dari sudut komersil tetapi inilah salah satu anasir yg sebenarnya menusuk minda separuh sedar anak2 muda.. mulut berkata tidak tetapi minda menarik2 utk mencuba..
    Aksi seram dan lain2 juga kebanyakannya membawa pengaruh yg sama, seolah2 membenarkan kurafat.. wallahualam..
    Mmg patut dilakukan sesuatu utk kebaikan msykt & juga memartabatkan industri filem kita keperingkat yg lebih baik.. bajet pun besar cuma kurang kreativiti tersendiri.. T kasih diatas perkongsian ye :)

    ReplyDelete
  3. producer tempatan lbh ptgkan market utk target rating ... itu yg penonton suka , itulah yg mrk beri . klu wat genre lain , mungkin mrk takut stesen tv x nak beli . Atau stesen tv tu yg syaratkan drama genre sebegitu ...

    ReplyDelete
  4. Assalammmualaikum... bagus lontaran pendapat yang bernas dan telus... seorang pemerhati dan penonton yang celik hati... mmg benar yg diperkatakan. Filem atau drama kita dah dapat dibaca jalan cerita nyer tetapi penonton masih suka cerita macam nie.. lagi2 kalau happy ending kan...

    mselim3

    pls: mselim3 dah masukkan link blog nie........

    ReplyDelete
  5. aiza setuju dengan pandangan khir khalid.

    ReplyDelete
  6. Farah sependapat dgn akak jugak.. bukan nk kondem industri seni tanahair tapi kalau blik2 genre citer yg sama ja dok brulang penonton pn jemu.. Seriously farah mmg ssh nk tgk filem melayu kat pawagam.. bukan tak nak sokong tp kalau tak berkualiti tak kn nk p tgk jugak buat bazir duit jer.. hehehe

    ReplyDelete
  7. Cerita kawin paksa dan yg seangkatan tu still rumah kakak ada masa menonton juga Zila. Tapi kalau cerita hantu memang hubby kakak dah tak benarkan menonton. Kira macam dah 'diharamkanlah' buat kami. Lama dah keluarga kakak tak dibenarkan menonton. Rasanya last yg cerita maya karin tu lupa pulak tajuknya... banyak yg syirik sebenarnya. Kena berhati-hati.

    ReplyDelete
  8. Emmm.. Dari kontek teknology kita x bole beri alasan dah... Pasal teknology tu something yg world wide.. Kepakaran? Pengarah2 hebat dah banyak yg kita blh lihat... Boleh jadi kurang dari segi kreativiti serta pengolahan cerita...

    Ammboiiii...

    ReplyDelete
  9. betul tu kak.. kekadang bila tgk drama nih jer da taw da apa nak jadi lepas nih ekekeke... tp tula kekadang penonton lebih suka tgk filem yang diawang-awangan kot... hehehhee kekadang agak risau gak sebab takot mana2 remaja yang belum berumahtangga nih terpengaruh sbb mereka sangka alam perkahwinan tu mudah... sedangkan banyak benda nak kene tempuh..

    ReplyDelete
  10. salam kak....sue pown rasa xsanggup n tgk cerita aksi2 ganas atau sosial yg berlebihan...takut mempengaruhi...diri....

    ReplyDelete
  11. ...kisahnya mesti kisah dua orang lelaki berebut sorang perempuan atau sorang perempuan berebut sorang lelaki sampai sanggup berbunuh-bunuhan. Dan mak mertua pulak dari kalangan orang atasan yang dah ada calon menantunya sendiri yang kononnya bagus tapi gedik tahap gaban. Paling tak tahan memaparkan perempuan yang kononnya moden gilakan sorang lelaki sampai lupa yang dia adalah sorang perempuan Melayu. Tanpa segan silu menggoda si lelaki. Pastu memperolok-olokkan dan mempersendakan sebuah ikatan perkahwinan yg sah. Kawin tapi tak mahu 'bersama'. Sebenarnya kebanyakan drama dan filem2 Melayu ni banyak yg diadaptasi dari novel2 cinta tulisan penulis tempatan yang berlambak2 skrg. Ceria khayalan je.. tak ada logik. Cerita2 hantu pun sama. Dari tulisan penulis2 cerita misteri.

    Sikit masa dulu skrip2 drama dan filem kita banyak di ambil dari Hongkong. Kalau you pernah tgk lagi 'hancur'... kisah berkisar perebutan dan jatuh2 menjatuhkan dalam syarikat... dan yg pegang watak untuk jawatan pengarah pelakon2 muda yang kalau secara logiknya tak dapat diterima akal langsung... Eh! entahlah... mcm you kata... kang komen lebih2 depa suruh kita buat drama kita sendiri.

    ReplyDelete
  12. salam..selamat berkenalan kak...sy suraya.
    pasal filem or drama kan,sy xberapa amek port sgt.tp yg sy sgt kesalkan, maksiat yg berlaku dlmnya.Bersentuhan lelaki dan perempuan...suami orang peluk isteri orang,isteri org peluk lelaki bujang.ya Allah.....sedih sgt.takut pon ada...aurat takyah cakapla..mmg kita sedia maklum...ala..pada sy kan,kalau artis kita ni tutup aurat elok2,still boleh berlakon..takyah ada sentuhan pon xpa..takyah nk guna alasan nak menghidupkan watak suami isteri,mak anak,takyah..kita paham depa berlakon n ada batasnya...ini dak..hmm..sy berharap sgt pengarah2 drama dan filem negara kita amek berat hal ni.Nak buat cerita apa tu depa punya pasai.tapi kita sbg org Islam ada batasnya...ini pendapat sy tntg industri seni negara kita....

    ReplyDelete
  13. Kak.. Saya setuju 100% kak.. Sebab tu sekarang dah tak layan citer2 melayu ni.. semua jalan citer sama jer. Takde kualiti langsung. Pengajaran daripada citer tu sendiri zero.. Setakat hiburan semata2. Tak sama macam filem2 arahan allahyarham tan sri p. ramlee dulu2.. Banyak pengajaran di sebalik cerita yang disampaikan..
    Mieza Suri Shaklee

    ReplyDelete
  14. kak,, ros setuju 100%. impak daripada cerita2 melayu gangster ni sungguh besar. hinggakan adik yang baru berusia 8 tahun dah pandai cakap yang bukan2. hasilnya daripada menonton filem yang tak bermoral tu. huhu. tak ada motif satu hal. pengajaran pun ke laut. macam mana industri nak berkembang maju. harap2 ada orang seni yang baca luahan akak ni

    ReplyDelete
  15. Filem dan drama hanya mengikut kehendak dan trend semasa. Kualiti tolak ketepi asalkan ianya mendapat sambutan dgn tarikan pelakon2 yang popular dan ada rupa. Selagi pasaran masih berkehendakkan begitu, sampai bila2 pun industri ini tidak akan meningkat dari segi kualiti dan teknikal kerana keuntungan adalah matlamat utama mereka! Mereka terlupa impak negatif yang semakin parah kepada generasi sekarang.
    Bangsa sendiri merosak bangsa...sedih... :(

    ReplyDelete
  16. bila tak tgk..kata kita ni tak sokong industri walhal filem dorang yang umpama sampah..haishhh...

    ReplyDelete
  17. betol tu.. drama skrg mcm x de idea.. asyik2 kahwin paksa..

    ReplyDelete
  18. bila filem kena cetak rompak marah. bayar rm10 tengok kat pawagam tapi hasilnya mendukacitakan.. beli yang cetak rompak 3 soploh henggit. cerita tak best boleh buang terus dalam tong sampah! oopppsss... emosi jap.

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum kak.. tajuk panas ni. hihi.. Ros tak pandai nak komen sangat bab ni. Tapi, rasanya dorang ikut market kot. ye la, dorang kan berbisness. Bila satu genre tu dah berjaya/penonton suka, genre tu la yang akan jadi pilihan para producer... sampailah dah jadi suam suam suku..
    bab kahwin paksa tu, yes. memang banyak dah filem atau drama yang berkisar kahwin paksa. cuma jalan cerita je di olah... tapi kita ni dah macam boleh agak ending dia kan..
    tapi kan , drama Love u mr arrogant tu Ros minat sangat.. hikhik...

    ReplyDelete
  20. Salam...saya dah add anda sebagai follower...salam kenal. pasal asyik tengok nama anda je....salam blogging. ada masa sudi-sudilah lawat saya.Thanks.

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum kak.. Eraz setuju dengan pendapat akak tu.. Terbaru ialah KL Gangster 2.. Rasanya banyak betul benda negative dalam tu.. Dah macam real semuanya..

    ReplyDelete
  22. setuju dgn akak..sy pun peminat drama yg diadaptasi dr novel jugak..tp xsemua drama sy tgk de yg tertentu aje sbb memg jln cerita lebih kurg sme je..

    ReplyDelete
  23. bkn drama je..penulis2 muda skrg pn asik bt novel kawen paksa..xde kelainan..penulis2 lama jg the best.. :P

    ReplyDelete