Friday, November 1, 2013

Karnival Agrobelia dan usahawan bumiputera

Seperti yang telah di catatkan sebelum ini, Sabtu dan Ahad saya bertugas di PWTC untuk karnival kerjaya agrobelia. Saya tidaklah rajin sangat bergambar di sana-sini, oleh itu tugasan mengambil gambar saya serahkan kepada rakan sekerja. Karnival ini cuba mengumpul peluang kerjaya yang melibatkan sektor pertanian untuk pilihan para belia. Sama ada ada impak atau tidak, tidaklah saya tahu. Hari pertamanya adalah perasmian oleh Menteri Pertanian. Ramai juga usahawan muda yang terlibat membuka gerai.

 
  

Saya ada sedikit komen terhadap peniaga Bumiputra, melayu khasnya. Saya tidak kata orang melayu tidak pandai berniaga. Dan saya juga sangat menyokong usahawan bumiputera. Tetapi kalau tidak pandai/mahu menipu, maka berniagalah dengan ikhlas. Beberapa produk yang saya cuba di sini mempunyai kelemahan yang sangat ketara. Mereka berhasrat untuk bersaing dengan jenama-jenama yang sudah establish di pasaran, tetapi banyak perkara yang perlu diperbaiki. Terus-terang cakap, saya tidak akan beli produk yang tidak sedap dan mahal (walaupun di tulis hasilan bumiputra). Kalau sudah beli sekali, sekali itu sahajalah. Saya percaya, semua pembeli juga begitu. Memang benar, kebanyakan produk hasilan bumiputra dihasilkan secara manual dengan kos pengeluaran yang dibeli pada harga pengguna biasa (harga pasaran). Ditambah pula dengan packaging dan labeling yang mahal, sudah tentu jurang marginnya sangat rendah. Apabila margin rendah, maka keuntungan bersih menjadi sedikit sahaja.

Tetapi jangan tipu saya dengan alam perniagaan. Terutama yang melibatkan perniagaan makanan. Walaupun saya bukan peniaga besar, tetapi saya mempunyai beberapa pengalaman dalam bidang ini. Tambahan pula saya pernah kerja sebagai pengurus kepada syarikat yang melibatkan F&B, selain terlibat secara personal dengan dunia kulinari. Bukan maksudnya saya ingin bercakap besar, tetapi ada rahsia-rahsia yang cuba disembunyikan oleh sesetengah peniaga dalam perniagaan jenis ini untuk meraih keuntungan yang berlipat kali ganda.


Nasihat saya, jika ingin bertahan lama dalam industri ini, buatlah perniagaan yang jujur dengan cara yang paling menguntungkan. Jangan terlalu hendak bersaing dengan peniaga bukan melayu sehingga melepaskan peluang-peluang genuine yang ada. Memang packaging adalah tarikan utama untuk sesuatu produk, tetapi tidak ada ertinya produk yang mempunyai packaging sangat menarik dengan rasa seperti hampas. Jikalau hendak bersaing juga, pastikan anda betul-betul mempunyai kepakaran terhadap bidang itu. Barulah betul boleh tiru ayat-ayat Dr Azizan Othman, "kepakaran saya adalah dalam  bidang sekian-sekian......". Belajarlah selok belok perniagaan dengan baik terutamanya dari segi teknikal dan marketing supaya tidak menghasilkan kerugian. Untuk beberapa produk yang telah kami cuba di sana, rasa-rasanya, jika tiada apa-apa improvement dibuat, ia akan bungkus dalam masa kurang 3 tahun, kecuali jika mendapat peluang dari pasaraya-pasaraya besar atau luar negara. Itupun bukan satu jaminan produk itu bertahan lama dalam pasaran.


Hari kedua ada pula jemputan artis seperti Nabil, Fouziah Ghouf, Razali, Fizo Omar dan Ayu (OIM) untuk memeriahkan suasana. Fouziah Ghouf kemudian singgah ke booth kami dan berborak agak lama juga. Maaf cakaplah, saya bukan fanatik artis, justeru, kedatangan beliau itu bagi saya sama sahaja seperti pengunjung-pengunjung yang lain. Tetapi beliau adalah seorang artis yang baik, cantik dan ramah. Sempatlah saya mengucapkan selamat pengantin baru kepada beliau dan suaminya. Fouziah Ghouf ingin memulakan bidang perniagaan sarang burung walit. Anda tahu burung walit? Burung walit bukan burung layang-layang ok. Nanti kalau ada masa dan kerajinan saya akan buat satu entry tentang burung ini. Meskipun bukan seorang pakar, tetapi saya pernah terlibat dalam industri tersebut beberapa tahun yang lepas.

ketua setiausaha MOA, Datuk Hashim
Rakan sekerja bersama Fouziah Ghouf
Selepas bekerja di PWTC pada hari Sabtu dan Ahad, pagi Isninnya saya terus bergerak ke Bentong dan Raub. Pejalanan ke Bentong dan Raub tidaklah mengambil masa yang lama sangat. Hanya dalam 2 jam sahaja, tetapi pemandu kami memandu dengan berhati-hati kerana terdapat banyak speed trap di sepanjang perjalanan. Balik itu masuk ke KL jalan jem pula, maklumlah, orang balik kerja. Dek kerana bosan, saya pun layan siri terakhir Lord of The Ring dalam kereta dan sempat tangkap gambar hero, Legolas, hehe.

18 comments:

  1. bzz nampaknya sahabat kita ni...bagus berwawasan...
    saya org yg sentiasa mahu menyokong peniaga melayu...tapi selalunya bila di pasaraya peniaga melayu atau bumiputra barang2nya di letakkan di bahagian bawah..yg top2 semua kat atas..sdih.

    kesian...

    packaging pun tak cantik..tak menarik..iklan pun tak menarik..melayan pelangan pun tak reti..mudah putus asa..dengki..kalau bngsa lain...lgi banyak jual nasi lemak lagi suka..tapi sebaliknya melayu..lagi banyak jual goreng pisang..lagi tak lakulah goreng pisang dia...last sekali sntau..

    bangkitlah....

    ReplyDelete
  2. zila kerja dengan MOA ke? kalau ya.. kira satu bapa la kita ni.. ya setuju dengan zila pasal harga tu.. tapi mungkin ada sebabnya jadi macam tu.. pasaran... harga borong di pasaran yang sangat rendah menjadikan sesetengah peniaga terpaksa meletakkan harga yang tinggi untuk meraih keuntungan.. tapi tetap tak bersetuju jika harga mahal tapi tak berkualiti..kualiti mesti setara dengan harganya...

    ReplyDelete
  3. setuju dgn pendapat akak...sy pulak jenis tak kisah walau harga mahal asalkankualiti tuh bersesuaian dgn harga..tp kalo harga mahal tp kualiti zero memg 1st n last la sy beli

    ReplyDelete
  4. Saya baca je zila tak tahu nak komen benda ni... sebab tak terkomen...

    ReplyDelete
  5. baru tahu burung walit tu tak sama dengan burung layang layang..

    ReplyDelete
  6. kebanyakan peniaga bumiputra nak terbang terus ke atas . tak sabar nak daki tangga demi tangga . malah yg rajin wat kajian juga boleh dikira ...

    ReplyDelete
  7. nice sharing :) kalau kualiti bagus, memang orang tak kisah membayarnya. btw, fouziah ghous nampak cantik sangat. hehe

    ReplyDelete
  8. Dari pwtc ke pekan raub.. Panjang kisahnya.. Dan sy tertarik dengan tulisan ni... Especially berkenaan taktik usahawan bumiputera yg nak untung cepat ni... Pada pandangan saya... Bab makanan ni, tak lain tarikannya selain rasa makanan tu.. Dari aspek presentation mmg diambil kira, just, once kepercayaan pengguna tu tak dipandang secara serious, ni yg buat bisness cepat gulung tikar... Sayang, modal bkn kecik2 anak.. Main puluh ribu bahkan ade yg cecah berjuta... Tapi, tak cukup ilmu, separuh jalan la...

    ReplyDelete
  9. Setuju dgn akak.. kalau luar je cantik dalam mcm hampas mmg sekali jer la kira akan beli.. sepatutnya dua2 tue kena la seiring baru boleh maju dan setanding dgn peniaga bukan bumiputra.. yg mana depa lebih penting kualiti drp packaging.. =D

    ReplyDelete
  10. macam meriah je...
    kita sesama melayu, masalah utama yg selalu dgr bila mniaga ni, dengki mendengki.. hmm....

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum kak.. Selamat pagi.. tak ke mana ke hari ni?..
    memang betul kak, kalau nak memulakan sesuatu perniagaan, kita kena penuhkan ilmu dulu.. kena kaji dulu.. dan pastikan yang kita betul-betul tahu akan produk yang ingin kita pasarkan.. jangan terlalu mengikut orang di sekeliling sahaja...

    ReplyDelete
  12. assalam, bestnyer kalau dapat pergikan...tentu murah barang2nyer...

    ReplyDelete
  13. wah! usahawan rupanya..hehe, ada porduk bumiputra memang setanding dengan luar negara tetapi ada juga yang menghampakan...

    ReplyDelete
  14. Salam,
    komen saya utk anda istimewa di entri ini http://relakssminda.blogspot.com/2013/11/karnival-agrobelia-dan-usahawan.html

    ReplyDelete
  15. lagi satru...layanan peniaga melayu tak tip top mcm kaum cina...nak senyum pun bkn main susah...kalau cina,sampai tlg angkat brg2 kita ke kereta...kalau hujan tolong payungkan..

    ReplyDelete
  16. kepakaran CiM dlm mengomen....hihihi

    memang...bukan nak condem peniaga melayu, tapi...biasalahkan bila typical melayu. sifat irihati dan bersaing cara yg tak menentu tu yg buatkan cepat gulung tikar. tp kesian juga kat peniaga melayu, perniagaan dimonopoli oleh org2 C. kalau tak cukup akal tak tinggi modal...mmg kena fikirkan masa depan sblum teruskan perniagaan.

    CiM skang dah byk beli produk melayu. sbb kehalalannya sbb keenakkannya sbb keyakinannya. moga bangsa kita terus maju.

    ReplyDelete
  17. semoga dengan adanya karnival seperti ini dapat membuka minda belia untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.. hebatnya kak zila sudah ada pengalaman sendiri dalam bidang perniagaan..

    ReplyDelete