Saturday, November 2, 2013

nangka madu, buahan tempatan, bahulu kelantan dan kuih akok

Khamis dan Jumaat saya bertugas luar daerah di Kuala Lipis dan Gua Musang.

Kami mengikut laluan utama (jalan lama) hendak ke tempat-tempat tersebut. Tahun lepas saya mengikut jalan ini juga untuk satu tugasan lain di Besut Terengganu. Masa itu musim buah durian, manggis, rambutan dan langsat. Sepanjang jalan, kiri kanan penuh peniaga berjualan. Rakan setugas yang sama-sama pergi itu kaki durian. Kami berhenti dua kali hanya untuk makan durian dan memborong bagai nak rak raja buah itu, maklumlah murah. Baunya dalam kenderaan 4WD itu usah cakaplah. Tapi sudah nama orang kampung, tak jadi masalah yang besar setakat bau durian.

Namun tahun ini nampaknya tak ada pula durian sepanjang jalan, hanya ada satu dua gerai sahaja.. Sama ada belum musim atau ia tidak begitu menjadi. Yang banyak dikiri kanan hanyalah nangka madu serta beberapa jenis buahan tempatan lagi. Saya pelik juga, tak nampak kebun atau ladang nangkapun sepanjang perjalanan itu. Kata kawan saya ianya jauh ke dalam. Katanya lagi, ladang itu besar dan milik bumiputera (harap-harap betullah kepunyaan bumiputera, bukan ali baba).

Nangka Madu

Kami singgah ke sebuah gerai tepi jalan untuk beli buah nangka madu itu. Memang sedap dan manis sekali, tapi saya hanya beli sekilo. Harganya ialah RM9. Mungkin ada kedai yang jual lebih murah atau mungkin juga ada yang jual lebih mahal. Ia bergantung kepada kualiti buah itu. Harap-harap industri buah di negara ini mampu bersaing dengan industri buah dari negara Thailand.





Pertanian di Thailand

Thailand adalah antara negara pengeluar buah tropika terbaik didunia. Research dan teknologi mereka dalam menghasilkan varieti bermutu tinggi masih belum dapat disaingi lagi oleh negara kita. Petani mereka lebih independent berbanding petani dan penternak di Malaysia yang selalu mengharapkan bantuan kerajaan sepenuhnya, terutama kaum bumiputera. Thailand juga mempunyai sistem pengumpulan hasil dan pemasaran yang cekap.

Buahan Tempatan

Sebut buahan tempatan/tropika, orang selalu terbayang rambutan, durian, langsat, nenas, pisang, manggis dan sebagainya. Tapi ada banyak lagi. Buah keranji dan salak juga hidup dalam iklim tropika. Hendak sampai ke Gua Musang, ramai sekali orang membuka gerai ditepi jalan menjual buah-buahan seperti salak, rambai, keranji dan duku. Salak, rambai dan duku bukan buahan asing di negara ini. Tapi buah keranji, tak semua kenal. Ia ada disebut dalam pantun :

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh makan adik makan,
Suruh mengaji, adik tak mahu

Buah ini bergugus-gugus dengan kulit nipis berwarna hitam kekelabuan. Isi dalamnya seperti bersabut dan berwarna oren. Rasanya agak masam. Saya tak larat makan buahan masam. Beli hanya RM5 sahaja dan dimakan oleh pemandu kami.
Buah keranji


Bahulu Kelantan dan Kuih Akok

Bahulu adalah kuih tradisional yang dihasilkan dimana-mana sahaja di negara ini. Manakala kuih akok, sangat sinonim dengan negeri Kelantan. Di tepi jalan menghala Gua Musang, terdapat sebuah gerai yang menjual kuih akok dan bahulu panas. Diusahakan oleh dua orang warga emas yang gigih. Saya katakan bahulu Kelantan, kerana resepi dan rasanya agak sedikit berbeza dengan tempat lain. Ia mirip kepada kek. Kalau di Negeri Sembilan, bahulu itu menggunakan sukatan telur yang lebih berbanding gandum. Harganya hanyalah 0.25 sen sebiji atau RM1 bagi empat biji. Sangat murah kan?

Kuih akok juga dibuat di sini. Akok adalah kuih leper berbentuk lonjong yang antara bahan utamanya ialah gula, telur dan santan. Resepi makcik ini tidak terlalu manis berbanding kuih akok lain yang pernah saya makan. Setakat makan 3-4 biji ok, tak ada masalah. Jangan melantak tak ingat dunia, sampai semua penyakit jatuh cinta dengan kita. Tetapi kuih akok ini tidak tahan lama. Paling lama pun dua hari, ini mungkin kerana ia dibuat dari santan.

Ramai juga pemandu berbilang kaum yang berhenti untuk beli kuih-kuih tersebut, maknanya peminatnya bukan orang melayu sahaja.

Dapur memasak kuih akok dan baulu
kuih bahulu
 
kuih akok
 

Jika tuan/puan ke Kelantan/Pahang  melalui jalan-jalan ini, sokonglah industri buah-buahan tempatan dan industri-industri lain yang bertapak di sepanjang jalan, terutamanya dari peniaga kecil bumiputera.

Sekian terima kasih

pekan Gua Musang

rancangan membina highway ke kelantan


Kuala Lipis pun ada kompleks Alamanda, bukan Putrajaya sahaja


23 comments:

  1. Assalamualaikum kak.. Sehingga hari ni, Ros tak pernah rasa lagi kuih akok tu.. takpe, nanti nak try beli la :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau jenis minat kuih lemak-lemak dan manis, mesti suka

      Delete
  2. Subhanallah....sedapnya nangka tu.... favourite akak... saki perut makan pun takpe hehee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kawan sayapun tak tahan makan nangka, tp dia balun jugak, suka punya pasal

      Delete
  3. lamanya tak mkn akok ori dr kampung...aishh! ni yg nk kena blk kg ni..hehehe...

    p/s : a'ah kak..Yong Hwa ada berlakon dlm drama "Marry Him If You Dare"...dia second hero je...hehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. balik jangan tak balik..tapi musim hujan la sekarang, ada tempat banjir

      Delete
  4. tak tau plak tu namanya buah keranji... ingat buah asam biasa-biasa je... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pantai barat ni tak banyak, saya jarang jumpa

      Delete
  5. Buah keranji tu x pnh sya cuba rasanya..dgr nama pnh dlm pntun tu..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akakpun tak tau dulu namanya buah keranji. Tp yg dalam gambar tu agak masam, mungkin ada yg manis...

      Delete
  6. akak cuma boleh makan nangka muda yg dibuat gulai ja...yg masak ranum mcm tu mmg terliur tgk...tp berangin satu badan..loya..muntah segala bagai...serik nak makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya Alhamdulillah, perut tahan makan nangka. Tp kalau masa mengandung dulu memang tak boleh makan, cepat je kembung perut

      Delete
  7. Macam pernah tengok buah keranji tapi tak sure pernah rasa atau tak. Hehe

    ReplyDelete
  8. salam kak...hamboi jalan sakan hihihi

    ReplyDelete
  9. wahhh jalan2. kuih akok kat sana msti lebih sedap kannn

    ReplyDelete
  10. Menarik buah keranji tu...kalau terjumpa teringin juga nak rasa.
    Lambat sungguh highway tu nak siap...rasanya projek tu dah lama.

    ReplyDelete
  11. Nangka yg cantik, buah keranji yg dah berpuluh tahun kakak tak pernah lagi merasa, kuih akok yg kakak suka sekali semunya buat kakak tak kelip mata memandang. Untung juga perjalanan serampang dua mata macam ini.

    ReplyDelete
  12. been so long tak merasa kuih² kg ni....hrmmm da tak punya kg >_<

    ReplyDelete
  13. tgk entri ni x sabar nak blk kelantan bln dpn..haha.. nak cari buah keranji ngan akok byk2 ar... ;p

    ReplyDelete
  14. aiza tak pernah lagi makan buah keranji.. nagka memang menjadi kesukaan aiza..

    ReplyDelete