Wednesday, November 6, 2013

Pemilik stesen Petronas tertekan - Nasional - Sinar Harian

Ini cerita betul. Susah sangat Petronas nak bagi peniaga kecil-kecilan berniaga dalam kedai mereka.  Disuruhnya peniaga kecilan buka satu syarikat dan pergi mendaftar di Petronas KLCC sana hanya untuk meletak sebungkus dua nasi lemak. Pemilik stesen tidak salah, kadang-kadang untuk bantu, ada yang letak curi-curi. Yang salah ialah pihak atasan Petronas yang sombong dan mengejar untung semata-mata tanpa memikirkan nasib bangsanya sendiri.

Pemilik stesen Petronas tertekan - Nasional - Sinar Harian


  • Pemilik stesen Petronas tertekan Pemilik stesen minyak Petronas mendakwa Petronas menetapkan pelbagai peraturan baru yang membebankan perniagaan mereka. (Gambar hiasan)
1 / 1
BUKAN hanya dakwaan syarikat minyak dan gas menghadapi masalah mendapatkan kontrak Petronas, pemilik stesen minyak Petronas juga mendakwa menerima tekanan daripada syarikat petroleum itu.
Menurut sumber yang telah lebih 30 tahun terlibat dalam perniagaan stesen minyak Petronas, kepentingan Bumiputera, terutama bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di bawah perniagaan milik Petronas Dagangan Bhd (PDB) didakwa telah terhakis kerana dasar baru
yang mula menular dalam Petronas.

PDB adalah cabang perniagaan Petronas yang bertanggungjawab terhadap pemasaran dan agihan minyak di seluruh negara melalui stesen minyak Petronas.

Menurut sumber itu, stesen minyak Petronas di seluruh Malaysia sebelum ini diketahui menjual pelbagai jenis makanan tempatan seperti nasi lemak, nasi dagang, sandwic dan lain-lain yang diletakkan di stesen Petronas oleh penduduk setempat atau syarikat kecil.

“Tetapi baru-baru ini, PDB tidak benarkan lagi kami menerima bekalan makanan ini daripada penduduk setempat dengan alasan mahukan syarikat berdaftar sahaja menjadi pembekal bagi menjamin kualiti produk di kedai Mesra.

24 comments:

  1. kalau niat nak menjamin kualiti produk tu yang diletakkan dalam kedai mesra tak salah. Tapi, ada cara lain lagi kan dari banned terus peniaga kecil-kecilan ni..

    ReplyDelete
  2. inilah masalahnya.. org nak meniaga pun ssh mcm ni...

    ReplyDelete
  3. kecian orang yang cari makan secara kecil-kecilan

    ReplyDelete
  4. bg akak,dan apa yg akak peratikan,harga kat kedai2 petronas tu agak mahal berbanding kedai runcit...

    ReplyDelete
  5. tak salah rasanya peniaga kecil2an nak meniaga dalam petronas tu... sebab tambahkan variety of product...kalau tak lame jer petronas tu nanti... hurmmm....

    ReplyDelete
  6. Nampak makin susahlah org Melayu yg berniaga kecil-kecilan nak maju kalau inilah gayanya Zila..

    ReplyDelete
  7. bagaimana nasib peniaga kecil jika semuanya disekat? tak elok menutup pintu rezeki orang..

    ReplyDelete
  8. Tahniah Petronas.Ini baru betui nak Tolong bangsa sendiri..teruskan

    ReplyDelete
  9. Hanya nak hantar sebungkus nasi lemak je kena nak pi daftar jugak... isk..isk... Tak sangka ya begitu ceritanya.

    ReplyDelete
  10. Makin ramai la peniaga-peniaga kecil yang kebanyakannya Melayu susah nak cari rezeki lepas ni. Asalnya dulu, Petronas ni memang banyak bantu usahawan Melayu yang mula dari bawah. Tapi, dengan perubahan bentuk dasar ni, rasanya mereka masih lagi bantu usahawan Melayu. Tapi bantu yang dah diperingkat atas aje la. Yang peringkat bawah ni, tunggu masa nak kena pijak jer. Hehe

    ReplyDelete
  11. kesian peniaga2 kecil...kedekut betul petronas..

    ReplyDelete
  12. ye la harga barang di kedai mesra tu mahal.

    ReplyDelete
  13. ni klu suruh mazidul bongkar ok juga kan ...

    ReplyDelete
  14. Kalau bukan syarikat gergasi tempatan yg dapat membantu siapa lagi yg nak di harapkan... Tahulah nak jaga status, sepatutnya berilah garis panduan, tidak sukar utk PKS ini utk mematuhinya tapi bukan main ban jer.

    ReplyDelete
  15. Aduhai, nak tumpang letak nasik lemak 2,3 bungkus pun berkira? Sombongnya.. Emm..
    Pssst! Nama & url blog dah bertukar baru.. Hehe.. Jemput singgah.. =)
    Mieza Suri Shaklee

    ReplyDelete
  16. AMboiii berkiranya..huh..nyampah

    ReplyDelete
  17. Entahlah nak komen apa...tapi itu cara mereka la..modal melayu kecik sgt...kalau bt mcm ni..entahlah bila melayu ni asyik melukut di tepi gantang..je

    ReplyDelete
  18. Farah tak guna petronas..hehehe
    Kesian peniaga kecil tue.. hrp ada jalan penyelesaian diantara kedua2 pihak nnti.. =D

    ReplyDelete
  19. at least jgn la banned secara besar-besaran...apa salahnya kongsi rezeki..bukan luak pun saham Petronas!

    ReplyDelete
  20. kalau dah macam tu peraturannya, susahlah..

    ReplyDelete
  21. Seriusnya Eraz baru tahu pasal ni.. Rupanya ada syarat macam ni.. Patut la..

    ReplyDelete
  22. salam...bila kita memudahan urusan orang lain...insyallah allah s.w.t akan memudahkan maasalah kita di padang masyar nanti :)

    ReplyDelete