Monday, November 4, 2013

Pengalaman di Perak - Kompleks sejarah Pasir Salak

Sebenarnya entry ini adalah entry tertangguh. Kompleks Sejarah ini telah saya lawati beberapa bulan yang lepas. Tetapi kerana agak sibuk, maka penerbitannya mengambil masa sedikit lama. Harapannya bagi pencari maklumat, ia masih berbaloi dan mendatangkan faedah.

Kompleks Sejarah Pasir Salak tidaklah terlalu jauh dari rumah emak mertua saya. Hanya kira-kira dalam 15 minit perjalanan sahaja. Tetapi ia haruslah merentasi jambatan Sungai Perak jika melalui Kampung Gajah.

Bagi yang tidak berminat dengan sejarah mungkin tidak ada apa yang dicari di sini. Apa sangatlah untungnya melawat kawasan-kawasan yang lama dan tidak mempunyai hiburan. Kebanyakan orang lebih suka pergi ke Legoland atau I-City atau Sunway Lagoon membawa anak-anak. Ikut pendapat peribadi saya, taman temapun bagus juga untuk bergembira, tetapi janganlah asyik berhibur sampai melupakan asal usul. Sesekali anak-anak harus diajar sejarah atau apa-apa sahaja yang berkaitan alam sekitar.

Baiklah, mari kita mulakan cerita.

Cara ke Pasir Salak

Untuk sampai ke Pasir Salak, sama sahaja seperti entry ini dan ini, ini kerana Kampung Gajah dan Pasir Salak itu berjiran, cuma dipisahkan oleh Sungai Perak.



Penginapan

Ada sebuah resort didirikan di sini, tetapi samada ia masih beroperasi, saya tidak pasti. Lain dari itu, anda boleh menginap di rumah rehat Kampung Gajah atau Homestay-Homestay yang banyak terdapat di sini. Anda juga boleh menginap di Bandar Teluk Intan, kerana perjalanan dari Teluk Intan tidaklah jauh sangat, dalam 45 minit sahaja.

 

Cara masuk dan harga tiket

Dari luar anda sudah nampak pintu gerbang besar kompleks ini. Tiket haruslah dibeli dikaunter utama ditepi pintu gerbang. Harganya tidak mahal. Berikut adalah harga tiket :

Dewasa : RM 4
Kanak-kanak: RM 2


Bahagian-bahagian dalam Komplek Sejarah Pasir Salak

Kompleks sejarah ini terbahagi kepada beberapa bahagian, iaitu, Terowong Sejarah, Muzium Keris, Tapak Pembunuhan JWW Birch dan Muzium Politik Negeri Perak


 

Muzium politik negeri Perak

Bangunan yang pertama anda nampak dari tepi jalan disebelah kanan adalah bangunan yang menempatkan muzium berkenaan politik era moden. Didalamnya terdapat dokumen dan bahan-bahan sejarah berkenaan menteri-menteri besar di Perak. Ada beberapa bahagian lagi didalamnya mengikut penggal-penggal pemerintahan. Anda perlu membeli tiket dari kaunter utama sebelum masuk ke sini.


Terowong sejarah Pasir Salak.

Malang sekali, gambar tidak dibenarkan diambil di sini. Apa alasannya, saya tidak tahu, kerana berbeza dengan muzium negara yang membenarkan gambar diambil. Jadi untuk perenggan ini, tidak ada gambar, kalau ada, gambar luar sahaja. Perjalanan dalam terowong (atau sebenarnya muzium) bermula dengan sejarah pembukaan negeri Perak. Di sini banyak replika, potret bergambar, bahan sejarah dan juga dokumen-dokumen penceritaan. Dari zaman purba, permulaan penjajahan, zaman kolonial, sehingga pasca merdeka dan akhir sekali zaman pembangunan moden, semua diceritakan disini.

Terus terang cakap, orang melayu sering sahaja lupa diri dan tak mahu mengenang asal usul mereka. Sepatutnya melalui terowong ini kita harus menghayati dan insaf akan peritnya perjuangan orang-orang dulu dalam mempertahankan negara. Ini tidak, ramai yang tidak mahu bersatu dan asyik berbalah kerana politik. Kemana hilangnya semangat cintakan negara dalam diri anak-anak melayu, entahlah. Kerana politik juga, ramai yang pupus jati diri. Bendera negara pun nak diubah dan dibakar. Hidup menyusahkan. Entah apa yang dicari. Kalaulah Dato' Maharaja Lela masih hidup, mau dibiarkan saja bumi Tanah Melayu ini dijajah agaknya, biar orang-orang yang tak sedar diri itu tahu diuntung.


Galeri keris

Keris adalah senjata terulung pahlawan melayu. Rupa-rupanya bermacam jenis keris di dalam dunia ini. Barulah saya tahu. Ada yang panjang, ada yang pendek, ada yang boleh di sorok dalam sanggul. Ada yang lok (liku) banyak, ada pula yang sikit. Yang ulu bentuk naga pun ada. Yang besar panjang macam gergaji pun ada! Entah macamana nak menghunus, tak tahulah. Mungkin juga dipakai oleh orang-orang yang berbadan besar macam gergasi. Kalau pengarah filem malaysia kreatif macam pengarah filem dari Korea atau barat sana, boleh saja bikin filem atau drama yang bagus. Tapi pengarah di Malaysia ini terlalu sibuk dengan filem/drama cinta yang mengarut dan tidak membina. Meluat saya. Maaf cakaplah.


Tapak Pembunuhan JWW Birch.

Sebenarnya ahli sejarah sendiri tidak dapat menerangkan dimana tempat benar-benar lelaki penjajah itu mati dibunuh. Sebuah monumen dibina untuk menceritakan bagaimana kejadian itu berlaku, tetapi ia hanya menyatakan "berhampiran dengan kawasan ini".

Kawasan ini adalah yang paling menyentuh hati, sehingga saya terpaksa menyuruh suami dan anak-anak berjalan dulu kerana malu untuk menitiskan air mata dihadapan mereka. Tak terbayangkan oleh saya betapa tingginya azam dan semangat juang pahlawan-pahlwan ini untuk menjaga agama dan bangsa mereka. Orang sekarang, ada yang berlindung dan mempergunakan nama agama untuk kepentingan peribadi. Laknat dan kejilah mereka itu.

Memang salah untuk membunuh. Tetapi sejarah menceritakan, pembunuhan itu adalah jalan terakhir yang diambil selepas beberapa rundingan tidak berjaya. Peristiwa itu membawa impak dan perubahan besar terhadap corak pemerintahan penjajah di Tanah Melayu. Mereka takut untuk masuk campur urusan agama dan budaya orang Islam. Jadi kita tidak menerima nasib malang seperti Indonesia atau Filipina yang ramai rakyatnya dimurtadkan serta ajaran agama mereka dikelirukan walaupun mendakwa sebagai Islam. Dato' Maharaja Lela dan pembesar lain membuktikan, orang melayu bukanlah orang yang bodoh, mereka mampu menggunakan akal kalau mahu. Mereka adalah pahlawan yang sanggup mengorbankan nyawa untuk kebaikan generasi akan datang.

Bila dunia semakin berubah, amat malang pula bagi orang melayu kerana tercicir dan tidak menyedari hakikat, bahawa suatu masa dulu telah ada orang benar-benar berjuang untuk menyelamatkan akidah dan ketuanan bangsa mereka. Betapa mereka mensia-siakan perjuangan nenek moyang itu.










Rumah Pembesar dan Pusat Pentadbiran Lama Pasir Salak

Bahagian ini terletak atas lagi dari bangunan Terowong Sejarah tadi. Sebelah saja Sungai Perak dan Tapak Pembunuhan JWW Birch. Disekelilingnya terdapat rumah-rumah lama pembesar dan juga bangunan kerajaan zaman dulu. Bangunannya agak klasik. Terasa macam dalam filem-filem lama. Terdapat juga surau yang masih digunakan. Gambar-gambar dibawah

Penjagaan

Bangunan-bangunan ini adalah bangunan lama yang telah wujud sejak beratus tahun dahulu. Ada yang masih dijaga dengan baik dan ada yang sudah reput dimakan anai-anai. Sepatutnya kerajaaan Perak menitik beratkan penjagaan dan kebersihan-kebersiha bangunan ini untuk tatapan dan peringatan kepada generasi yang akan datang.

Lain-lain entri


                                                               Pengalaman Percutian lain:

Pengalaman Percutian dan Lawatan



19 comments:

  1. banyaknya awak ambil gambar zila....heee... seronoknya kalau dapat pergi kan?

    ReplyDelete
  2. cantik2 smua gmbr.. rajin snap...hihi.. x penah lagi ke pasir salak.....huhu..nmpk menarik gak tmpt ni...

    ReplyDelete
  3. Assalam, Bunda orang Taiping pun tak pernah sampai lagi kesana...

    Salam Maal Hijrah dari Bunda...

    ReplyDelete
  4. tak pernah sampai lagi kat sini.. menarik je nampak tempat ni. Dulu, pernah sampai Perak.. tapi sekitar taiping(zoo), bukit merah dan pulau pangkor je...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak...wah bestnye jln2 tgk sjrh dlu2..bgus tuh tmbh pengetahuan

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum... mselim3 pun tak pernah samapi sini... tpt jww birch mati di bunuh... minat sangat sejarah sini...

    mselim3

    pls: terima kasih sangat2 atas perkongsian..

    ReplyDelete
  7. Kakak tengok pun wahhh... banyak juga tempat yg cantik-cantik utk dijadikan tempat kunjungan. Tapi tak tahulah bila sebut Pasir Salak aje kakak dan teringat kisah JWW Birch kena bunuh... sejarah kakak belajar dulu. Cantik Pasir Salak sekarang.

    ReplyDelete
  8. Pasir Salak...tempat bersejarah, kompleks bersejarah menjadi buktinya tapi kurang di promosi dan kurang terjaga. Alangkah ruginya....Sepatutnya ia diberi promosi berterusan....seperti Istana Kellies yg semakin terkenal.

    ReplyDelete
  9. Sya pnh pg sini..tapi tak masuk muzium2 tu semua lg..cecntik gmbar akk amik tu..

    Klu sya juai roti nnti,x laku roti mamak teng3 nnti..hehe

    ReplyDelete
  10. p/s : bukan geraham bongsu kak.. tapi gigi depan. dekat gigi arnab tu ..

    ReplyDelete
  11. buat cikgu2 yg nak mencari tembat utk rombongan sekolah.. ini satu lokasi yg sesuai... boleh la recommend kat kawan2...

    ReplyDelete
  12. ada tpt yg blh dijadikan set penggambaran filem / drama klasik rasanya ...

    ReplyDelete
  13. sedey.. belum berkesempatan ke Perak!

    ReplyDelete
  14. wow, bestnya dapat ke perak..jalan2x tgk pemandangan

    ReplyDelete
  15. wah... bestnya... pandai Zila snap picture ya. Hebatlah blog ni, ramai pengomen tegar. Selamat menyambut ma'al hijrah. Moga tahun ini lebih baik dari yang lalu dan bertambah ilmu dan rezqi yang penuh keberkatan.

    ReplyDelete
  16. banyak tempat yang menarik untuk dilawati di perak..

    ReplyDelete
  17. Salam..saya nak tnya..pasir salak.masih buka ke..klau de contact number boleh bagi?

    ReplyDelete
  18. Boleh korek lagi tu sejarah pasir salak sebenar....

    ReplyDelete