Tuesday, November 5, 2013

Salam Tahun Baru Maal Hijrah

Assalamualaikum kepada kawan-kawan, saudara-mara dan kenalan semua,

Hari yang baik ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru Maal Hijrah.

Marilah kita bersama-sama berhijrah menuju kearah yang lebih baik. Hapuskan segala perasaan hasad dengki, riak dan angkuh dan semua perkara yang tidak baik.

Marilah kita sebagai umat Islam bersatu menangkis segala anasir-anasir jahat yang cuba menghancurkan perpaduan kita.

Saya mendoakan segala yang terbaik buat diri sendiri, keluarga, saudara mara, sahabat-sahabat, pembaca-pembaca dan seluruh umat islam yang beriman di luar sana pada tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang.

Janganlah mudah tertipu dan mudah terpedaya dengan semua yang belum pasti. Kaji selidiklah sebelum kita mempercayai apa-apa sahaja maklumat yang bakal menghancurkan umat islam. Semoga kita semua terus mempunyai ukhwah yang baik berkekalan hingga di akhirat sana



Ya Allah,

Ampunilah segala dosaku,
Dosa suamiku,
Kedua ibubapaku,
Ahli Keluargaku
seluruh umat Islam

Bahagiakanlah hidup kami di dunia dan akhirat
Jauhkanlah kami dari siksaan kubur dan api neraka

Murahkanlah rezeki kami
Dijauhkan penyakit
Dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah
Hutang yang terbayar
Rumahtangga yang bahagia dan berkat
Hubungan yang baik dengan saudara-mara dan sahabat

Dijauhkan diri dari malapetaka dan bencana 
dan sentiasa dilindungi dibawah rahmatNya

Amin






16 comments:

  1. amin ya rabbal alamin....

    salam maal hijrah juga dari jaa... :)

    ReplyDelete
  2. salam maal hijrah zila..
    melawat sini..
    p/s: lenggeng tu dekat negeri mana ya.. mcm penah dgar nama tempat tu.

    ReplyDelete
  3. Salam 1 Muharram 1435H.... Semoga tahun ini menjadi lebih baik buat kita semua...

    ReplyDelete
  4. owh bukit broga tau2.. ingat lenggong dekat perak :) jauh sanagt bunyi lenggeng ke lenggong ha..ha.. away tq follow my blog

    ReplyDelete
  5. SALAM MAAL HIJRAH Zila..... semoga hari esok lebih baik dari semalam...

    ReplyDelete
  6. aaamin . salam maal hijrah . semoga memberi kebaikan pada kita ...

    ReplyDelete
  7. Selamat Tahun Baru...Singgah dan follow sini

    ReplyDelete
  8. salam pagi rabu... salam maal hijrah.. harini dah 2 muharram dah.. ;)

    ReplyDelete
  9. Tak terlambat lg nk wish kot.. Salam Maal Hijrah 1435H buat akak sekeluarga.. =D

    ReplyDelete