Thursday, November 14, 2013

Tentang kamera DSLR

Terima kasih buat kawan-kawan blogger yang prihatin atas ketiadaan saya selama beberapa hari ini. Sebenarnya saya berkursus. Kursus DSLR di Kuala Lumpur.

Selepas kursus itu barulah saya tahu serba sedikit bagaimana nak menggunakan kamera DSLR. Selama hari ini saya hanya menggunakan kamera digital biasa yang mempunyai sedikit fungsi ringkas seperti DSLR. Menggunakan kamera DSLR bagi yang tahu dan sudah biasa tidaklah sesusah mana. Tambahan pula kalau memang minat dan ada kebolehan. Tetapi untuk orang macam saya, memahami Aperture, Shutter dan Sensitivity amatlah rumit. Begitu sukar juga rasanya nak belajar kombinasi fungsi F, ISO, pencahayaan dan kiraan Stop. Sebelum ini saya hanya tekan-tekan butang dan ejast-ejast sikit sahaja untuk ambil gambar.

Sebenarnya dalam kelas itu kami tidaklah belajar menggunakan DSLR secara advance, ia hanya kelas asas sahaja. Tetapi yurannya sangat mahal, iaitu hampir RM1000. Kalau hendak belajar menggunakan DSLR secara advance, perlulah menggunakan kamera yang lebih canggih dan yuranpun lebih mahal. Kursus ini lebih kepada memberi tahu apa maksud perkara-perkara yang saya sebutkan di atas dan bagaimana aplikasinya serta sedikit teknik mengambil gambar. Sekurang-kurangnya selepas itu, saya tidaklah lagi buta DSLR dan menggigil tangan apabila hendak menggunakannya. Bukan semua orang yang ada kamera DSLR tahu fungsi sebenar dan teknik-teknik DSLR itu.

Tetapi membeli DSLR kerana terpengaruh dengan orang bukanlah satu perkara baik. Saya mencadangkan jika anda inginkan sebuah kamera yang senang untuk dibawa kemana-mana, mudah untuk digunakan dan mempunyai kualiti gambar yang menarik dan cantik beli sahaja kamera digital biasa yang ada ciri-ciri seperti DSLR. Jangan beli kamera DSLR kerana ingin merasa hebat. Memang tidak salah membeli dan memakai tanpa ilmu, tetapi kalau tidak digunakan dengan cara yang betul ia menjadikan tarafnya setaraf sahaja dengan kamera digital biasa, bukankah itu merugikan. Selain itu penggunaan yang tidak betul juga boleh menjadikannya cepat rosak dan memerlukan penyelengaraan mahal. Kalau beli sebab minat dan hendak belajar, itu tidak mengapa, tetapi belajarlah cara menggunakannya sebaik mungkin supaya pembelian itu berbaloi.

Dalam Malaysia, jenama DSLR paling popular ialah Canon dan Nikon. Tetapi jenama lain seperti Samsung, Olympus, dan Panasonic juga banyak menghasilkan kamera digital biasa yang berkualiti tinggi serta mudah untuk digunakan.





10 comments:

  1. T kasih diatas perkongsian.. mmg tengah berjinak2 dgn dunia kamera & fotografi sbg aktiviti sampingan.. :)

    ReplyDelete
  2. Sya tgh kumpul duit untuk bli kamera ni kak..sgt berminat..dpt yg ckup dgn budget pun sdh memadai..teringin nk ambil gambar makanan yg lawa2..:D.lpas ada kamera,bolehla sya pun ke kursus yg mcm akak sertai ni..

    ReplyDelete
  3. camera paling sshap n terbaik by sony..

    ReplyDelete
  4. teringin nak ada camera nie...takat ambil gambar tu boleh la..teknik tu takde la lagi..

    ReplyDelete
  5. wah Zila... minat yg sama lagi... akak pun pernah ambil kursus yg hampir sama...kursus photography tapi dulu guna SLR je... D belum ada hehee...
    tapi sekarang guna Mobile camera jelah senang... malas nak usung camera DSLR yg berat tu... tak larat dah.... ada tapi jarang guna. Indahnya masa tu...selau gi outing ke taman taman dan hutan belantara...hehe

    ReplyDelete
  6. waa.. mahal jugak yurannya yer..saya belajar free je, dari member.. ada member 2-3 org yg minat dslr, saya selalu ikut diorg pi "outing" ambik gambar. sambil2 tu, saya belajar sikit2, walaupun masih x de dslr.. belajar dulu, dah ada duit nnti, baru beli.. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada orang bayarkan untuk saya, hehe, kalau sendiri memang tak pergi gamaknya

      Delete
  7. Suka mengambil gambar tapi tidak berminat guna DSLR kerana kemera digital pun dah cukup canggih, mudah digunakan dan senang dibawa. Apa yang penting adalah bijak mendapatkan aksi dan angle yg terbaik...

    ReplyDelete
  8. wahh menarik.. mmg berminat dgn bidang ni yer memet? deqla suka bergmbr jer...hihi..tp teringin la jugak nak ada kamera mahai camni.... mampukah?? huhuhu...

    ReplyDelete
  9. wahh da berjinak2 yee ngn dunia gambar2 hehehe

    ReplyDelete