Friday, November 15, 2013

Usahawan Bumiputera dan kaitannya dengan Stesen Mesra Petronas

 p/s: entry ini adalah entry yang sangat panjang.

Pernahkah anda berkecimpung dalam bidang perniagaan? Tahukah anda realiti alam perniagaan di kalangan orang melayu.

Rentetan dari dasar baru yang dicadangkan Petronas saya ingin membuat sedikit entry tentang peniaga kecil bumiputera. Tidak ingin saya membuat tuduhan-tuduhan melulu terhadap syarikat gergasi minyak itu di Malaysia. Sampai ke hari ini saya masih menyokong syarikat tersebut yang seumpama satu simbolik kepada hak milik bumiputera.

Bolehkan tuan-puan suruh peniaga melayu bersatu padu macam peniaga cina? Berniaga nasi lemak 2-3 bungkus dan suruh mereka buat persatuan. Bagi yang suka bercakap dan mengutuk bangsa sendiri, mulakanlah, jangan bercakap sahaja.

Kaitan peniaga kecil dan Petronas.

Memang sebenarnya Petronas bukan pusat utama atau hab wajib kepada peniaga kecilan, kerana keutamaan mereka adalah berniaga minyak. Agak tidak patut kalau kita menyalahkan sangat syarikat gergasi ini apabila peniaga kecilan tidak mendapat perhatian di mata mereka. Tetapi bacalah ulasan saya ini baik-baik sebelum anda melabelkan peniaga kecilan melayu sebagai peniaga tidak berguna dan asyik mengharapkan pertolongan semata-mata. Ini adalah pendapat saya sahaja. Anda setuju atau tidak, terpulanglah. Masing-masing mempunyai pendapat tersendiri. Lagipun, yang membuat keputusan adalah pihak Petronas sendiri, bukan kita.

Bukan mudah untuk orang melayu berniaga, kerana mereka tidak terbiasa dari mula. Hanya baru-baru ini sahaja ramai orang melayu yang mendapat kesedaran terhadap perniagaan. Tetapi kebanyakkan peniaga ini mempunyai modal yang kecil dengan bajet yang biasanya kurang seribu. Oleh itu mereka tidak mampu untuk terus memulakan satu perniagaan yang besar. Banyak perniagaan ini dimulakan ditepi-tepi jalan, dijual pada kawan-kawan dan jiran, pasar malam, car boot sale atau menumpang premis orang lain. Industri yang paling kerap mendapat tempat ialah perniagaan kraftangan, pakaian (bundle/pasar malam) atau  makanan. Ada juga yang sudah pandai berniaga melalui internet.

Secara peribadi saya sangat menyokong peniaga kecil-kecilan ini. Mereka memulakan usaha perniagaan sendiri dari rumah. Bukan datang kepada kerajaan dan merayu-rayu agar dibantu modalnya. Setahu saya, tidak ada orang yang berniaga kek coklat atau nasi lemak datang kepada mana-mana institusi kerajaan untuk minta modal permulaan. Yang datang untuk minta bantuan biasanya adalah peniaga yang telah sedia ada dan berhasrat untuk membesarkan perniagaan atau mecari peluang lain. Kerajaan tidak mudah memberi pinjaman dan geran, terutama kepada mereka yang datang dengan "zero" sambil sengih-sengih minta duit.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, apabila mula mengutamakan pembelian petrol dari stesen Petronas, saya juga perasan, terdapat banyak produk-produk bumiputera yang dijual di sana. Dengan kehadiran produk-produk ini, saya sedar bahawa  stesen minyak tersebut boleh menjadi satu hab untuk melatih usahawan-usahawan kecilan berniaga. Ini kerana, stesen itu dikunjungi oleh pelbagai bangsa dan ramai orang. Tidak seperti pusat perniagaan milik melayu lain yang jarang disinggahi oleh bangsa bukan melayu atau boleh juga disebut "dipulaukan". Jadi peluang menumpangkan produk disini untuk peniaga melayu amatlah baik, terutama dalam bidang makanan.

Sebenarnya tidak ada satu instisusi yang benar-benar membantu peniaga-peniaga kecilan. Yang banyak adalah bantuan untuk industri kecil (modal berbayar kurang rm500ribu) atau industri kecil dan sederhana (IKS) (modal berbayar RM500001-2.5juta ). Bagaimana usahawan industri kecil dan IKS memulakan perniagaan? Mereka mulakan secara kecil-kecilan juga.

Asam garam dunia perniagaan ini, berapa banyak kedai bukan melayu termasuk kedai mamak yang tidak mahu mengambil produk dari bumiputera. Kalau di Putrajaya hanya beberapa kedai melayu sahaja yang sudi mengambil produk orang melayu. Itu yang saya lihat dengan mata kepala sendiri.

Bila Petronas mengumumkan mereka akan memperketatkan undang-undang dalam pengambilan produk dari peniaga, saya rasakan ia akan merugikan kedua-dua belah pihak. Saya bersetuju jika Petronas ingin menaik tarafkan standard kedai Mesra, tetapi bukan dengan cara mematikan terus peniaga kecil-kecilan ini. Satu mekanisme lain harus dikaji agar kedua-duanya mendapat keuntungan dalam jangkamasa panjang dan menjadikan lebih ramai bangsa melayu berkecimpung dalam bidang perniagaan. Bukan membuatkannya menjadi lebih sukar.

Namun sebagai syarikat yang telah hidup berpuluh-puluh tahun lamanya di negara ini, Petronas sudah tentu mempunyai alasannya tersendiri mengapa ia tak mahu membantu peniaga-peniaga kecilan. Mungkin juga ada kaitan dengan dakwaan sesetengah pihak seperti perniagaan orang melayu tidak ada standard, basi, jumpa lipas dan sebagainya. Tetapi bagi saya khabar-khabar tersebut adalah peristiwa terpencil yang sengaja dibesar-besarkan oleh sesetengah pihak bagi menjatuhkan perniagaan orang melayu.

Memanglah peniaga kecil ini tidak mempunyai sijil halal. Modal mereka hanya RM50, untung RM50 dan suruh pula mereka pergi buka satu syarikat untuk dapatkan sijil halal. Adakah mereka mampu? Ramai diantara mereka pula adalah surirumah atau berniaga sambil-sambilan sahaja untuk menambahkan pendapatan. Demand supply memang berlaku apabila Petronas memaksa mereka membekalkan produk untuk seluruh kawasan, sedangkan kemampuan amat terbatas untuk satu atau dua stesen sahaja. Tetapi saya juga belum pernah dengar pembeli yang mengamuk kerana nasi lemak yang dibekalkan tidak mencukupi dimana-mana stesen. Itu juga adalah berita tidak tepat yang sengaja digembar-gemburkan.

Jangan kata anda sebagai anak melayu berwawasan 2020 kalau masih tidak faham realiti sebenar tentang dunia peniaga melayu. Pengalaman saya berhadapan dengan ramai peniaga melayu adalah amat menyedihkan. Pendapat saya, untuk sampai ke tahun 2020, usahawan-usahawan kecil ini perlu dibela agar pendapatan mereka teratur dan mampu memperolehi sehingga RM48,000 setahun. Jikalau kita asyik menyekat peluang untuk mereka belajar, mereka tidak akan kemana dan kita akan terus mengutuk dan menyalahkan mereka sebagai bangsa melayu yang lemah.

Tentang tuduhan orang melayu "asik nak kena suap sokmo je", sila faham betul-betul, mereka berniaga, bukan minta kerajaan beri duit. Mereka cuma perlukan tempat atau platform dan seperti yang telah saya katakan, Petronas mampu berbuat sesuatu memandangkan tidak banyak tempat yang boleh membantu. Tak usahlah Petronas menganggap mereka tidak mendapat apa-apa keuntungan apabila membantu peniaga kecilan ini, anggaplah kita sedang cuba memajukan bangsa ini.

Tidak salah sebenarnya sebagai sebuah syarikat elit yang mempunyai banyak potensi untuk membantu. Peniaga-peniaga kecilan ini boleh dilatih kearah yang lebih elit. Cuma perlu sediakan satu guide line sahaja dan pastikan mereka mematuhi guide line itu. Tetapi janganlah guide line itu dibuat sampai menyusahkan peniaga kecilan. Peniaga kecilan, Industri Kecil dan Industri IKS adalah berbeza seperti yang telah saya terangkan diatas. Tak usah asyik kutuk "sampai bila melayu nak bisnes kecik2". Untuk memulakan satu perniagaan yang besar, mereka perlu mulakan dengan perniagaan kecil dahulu. Sekurang-kurangnya peniaga kecilan ini jauh lebih baik dari si kaki pengampu dan tahu bercakap sahaja.

 Berita-berita dari Petronas yang berkaitan dengan Petronas dan Usahawan Bumiputera :

Dr M: Petronas kena tolong Melayu
Sokong pembekal Bumiputera, pentingkan kualiti
 Pelanggan Petronas Mesra terima produk berkualiti
Petronas diminta perjelas maksud 'tak layak'
 Pemilik stesen Petronas tertekan































































































































































12 comments:

  1. panjangnya Zila...hehee... akak kurang arif hal-hal begini...

    ReplyDelete
  2. hurmm sepatutnya dalam perniagaan kita kena support antara satu sama lain, lebih2 lagi sesama melayu...

    ReplyDelete
  3. Betul kak.. Sha sokong.. Kalau kita tak tolong sesama bangsa sapa lagi nak tolong?? Bukan semua peniaga ada modal besar kan kak?? hurm .. suka entry nih kak

    ReplyDelete
  4. banyak perkara perlu diperhalusi . ada baiknya kedua belah pihak dok semeja . mungkin juga boleh beri sedikit kelonggaran berdasarkan kewajaran ...

    ReplyDelete
  5. Masalah besar bagi IKS adalah pemasaran. Tak bolehkah petronas mewujudkan ruang khas IKS di satu sudut dalam kedai Mesra. Rasanya ianya tidak menjatuhkan prestige tapi menonjolkan produk tempatan dan makanan tradisi negara. Bukankah ianya promosi utk memperkenalkan budaya negara dan memperkenalkan kedai Mesra lebih menarik dan unik. Syaratnya pula...cukuplah dgn temuduga dan memberikan satu tahap kualiti produk spt yg mereka mahukan.

    ReplyDelete
  6. bab selok belok dunia perniagaan ini aiza kurang arif.. pada pandangan aiza ada baiknya pihak petronas terus memberi sokongan kepada peniaga melayu dengan cara memberikan peluang kepada mereka untuk terus memasarkan produk di premis petronas di seluruh malaysia.. atau petronas mungkin boleh re-branding semula produk yang dihasilkan oleh peniaga bumiputera ini serta meletakkan persijilan halal petronas sendiri..

    ReplyDelete
  7. Sy bersetuju dgn kenyataan yg diberikan.. berdasarkan pengalaman, telah banyak peruntukan modal dan latihan perniagaan diberikan oleh kerajaan melalui agensi2 yg tertentu tetapi permasalahannya keutamaan bnyk yg diberikan kpd sykt yg sudah mempunyai modal asas walaupun digelar usahawan kecil. Ia adalah satu usaha yg baik juga. Namun sokongan yg bukan berbentuk modal seperti peluang jaringan & pemasaran juga perlu diperkukuhkan kerana banyak sykt kita yg telah diberi modal & sebagainya berhadapan dgn masalah pemasaran kerana persaingan & networking yg lebih kukuh dari bangsa2 lain. Akibatnya, bnyk sykt yg terpaksa berhempas pulas hanya utk melunaskan hutang pinjaman & hidup segan mati x mahu.. ramai juga yg kantoi & gulung tikar. Apatah lagi dgn nasib peniaga2 spt yg diperkatakan diatas.. lagilah susah...
    Modal yg diperlukan bukan hanya duit & latihan.. tetapi inisiatif seriun utk menyediakan peluang prasarana bagi melariskan jualan produk termasuk peniaga kecil agar dpt bersama2 memajukan diri & kehidupan.. in shaa Allah. T kasih diatas perkongsian ini.

    ReplyDelete
  8. salam akak...singgah sini jalan2...round2 hihi

    ReplyDelete
  9. dah bagi amaran siap2 yg entri ni pnjang, saya pun baca sekali lalu je la.. hehe
    tapi bila baca tajuk pun dah boleh agak pasal kes apa.. baru2 ni hingar juga pasal kes ni dari peniaga kecil-kecilan bumiputra..

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum..zila,

    sebenar nya petronas lah yg kena tolong peniaga bumiputra kecil-kecilan nie kalau tak siapa lagi kan! . Sama3 kita sokong petronas .

    mselim3

    ReplyDelete
  11. kes ni mmg ade bising2 gak..da agak daaa

    ReplyDelete