Monday, December 9, 2013

Banjir dan isu-isu tidak sedap didengar

Saya bersimpati dengan kejadian banjir di Pahang, Terengganu, Johor Timur dan Kelantan. Yang paling teruk sudah tentulah di Pahang. Di sesetengah tempat di Kelantan, banjir merupakan satu perkara biasa sahaja pada setiap tahun.

Tetapi, bila bencana ini melanda tanpa disangka-sangka, terlalu banyak pula timbul isu-isu negatif. Isu politik satu hal, entah bila akan reda. Meluat sangat saya dengan semua pembangkang mahupun penyokong kerajaan. Tidak bolehkah berfikir secara rasional. Makanan ke, khemah ke, bantuan ke, semuanya nak diungkit-ungkit mahupun disebut atas nama politik. Siap nak dibuat perbandingan bagai dengan negara Jepun sana. Tak ada kerja lainkah. Bukan saya hendak pro politik dimana-mana pihak, tapi berfikirlah secara logik dan rasional. Khemah tidak sesuai untuk iklim di Malaysia. Mungkin ia boleh disediakan untuk ibu menyusu atau kaum perempuan, tetapi mangsa tidak akan tinggal dalam khemah setiap masa kerana suhu panas.

Lepas itu isu mangsa yang manja dan mengada-ngada. Aduhai, teringat pula saya masa tsunami 2004. Saya baru beberapa minggu berkahwin masa itu. Komplen seorang makcik tua di Televisyen amatlah memualkan. Katanya dengan muka yang menyakitkan hati memandang, "kami diberi makan meggi dan sardin aje di sini, tak lalu makan". Habis takkan mangsa bencana nak diberi makan nasi beriani atau KFC. Memang orang Malaysia jarang dilanda kesusahan, sebab itu mereka tidak tahu bersyukur atau faham erti kesusahan.

Di Pahang pula, isu yang timbul ialah sikap malas mangsa yang tak mahu menolong sedangkan bantuan itu adalah untuk kesenangan mereka juga. Malas mengangkat barang, malas mengemas, hatta pinggan sendiri. Minta yang bukan-bukan. Mungkin tidak semua malas dan berperangai buruk, tetapi bila terlalu banyak isu yang timbul dari ramai orang, termasuklah Tuanku Azizah sendiri, maknanya memang ada yang tidak kena.

 


Saya faham, bila bencana terjadi, (tambahan pula bencana besar yang tidak pernah berlaku sebelum ini) akan ada bermacam-macam masalah yang timbul. Mangsa kata sukarelawan tidak menolong dan mencuri, sukarelawan pula kata sebaliknya. Yang mengambil kesempatan atas kepentingan politik pun ramai juga. Sepatutnya bencana yang timbul membuahkan keinsafan dan menjadikan semua orang bersatu padu, tetapi nampaknya lain pula yang berlaku. Sekali lagi saya ulang, sikit orang buat dosa, semua akan menanggung akibatnya. Jika tidak insaf juga, janganlah kita marahkan Tuhan kalau menurunkan bencana yang lebih teruk dari ini.

Kepada mangsa banjir semua, harap bersabar dan tabah. Kuatkan semangat dan jadilah lebih baik dari sebelum ini. Sekali sudah buat silap, jangan ulang lagi. Kepada sukarelawan sekalian, janganlah berputus asa, orang yang dalam kesusahan memang mengalami satu trauma, jadi bersabarlah hendaknya serta teruskanlah kerja-kerja murni itu. Saya tidak dapat membantu banyak, hanya sedikit sahaja yang dapat disumbangkan dalam bentuk material, selebihnya saya hanya mampu menulis sahaja.

 




17 comments:

  1. semoga mereka bersabar dengan dugaan ini.

    ReplyDelete
  2. Screenshot yang last sekali tu dalam. Perangai orang kita.

    ReplyDelete
  3. setuju sangat2 dengan pendapat memmetlenggeng..ramai yang berkhiblatkan politik macam2 fitnah berleluasa...seharusnya bermuhasabah diri bahwa bencana dari Allah swt adalah akibat tgn2 manusia itu sendiri...satu entri yg sgt baik..

    ReplyDelete
  4. pendapat yg bernas bila semua perkara berkiblatkan politik sehinggakan musibah yang menimpa jadi medan perbalahan sesama bangsa dan agama..sedangkan musibah itu adalah dari tgn2 manusia itu sendiri sepatutnya jadi satu peringatan..

    ReplyDelete
  5. Betul tu. Allah dah beri petunjuk tapi masih dengan perangai yang sama. Moga kita, termasuk yang menulis komen ni sentiasa bersyukur dan jauhkan diri dari benda yang Allah tak suka..

    ReplyDelete
  6. Alangkah bagusnya kalau sma2 bersefahaman..

    ReplyDelete
  7. Terserah semua sikap...malas, kuat komplen, adalh mentality org melayu.
    semuanya nk kelutut.

    ReplyDelete
  8. sy tak penah la jd mangsa banjir atau apa2..tapi sy setuju dgn pendapat akak ni.sy pon ada tepikiaq...masa sukarelawan,polis askar,suma la pihak yg mai membantu buat keja,mangsa banjir buat apa?
    tgok tengku masak,sy ingatkan mcm hmm..kot2 la nak eksyen depan kamera tp lepas dh amek gmbq org ramai atau mangsa banjir amek alih tugas tu.tp dh kalau camtu komen tengku,rasanya takla kot.
    apapun.yala..lepas dh banjir surut,mangsa balik rumah..tengok rumah byk nk kena repair..hmm..ntahla...

    ReplyDelete
  9. Amalkan doa Nabi Yunus ketika dalam perut ikan Nun dalam surah al-Anbiya ayat 87:

    لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

    Tiada Ilaah yang ditaati melainkan Engkau. Maha suci Engkau sesungguhnya aku tergolong kalangan orang yang menzalimi diri.

    ReplyDelete
  10. anak akak kat UMP kata U cuti hari ni..ada gotong royong perdana kat Kuantan..
    depa nak selesa mcm dok kat hotel kut..:)

    ReplyDelete
  11. musahabah diri.. bersyukur apa yg dikurniakan oleh tuhan..itu yg sebaik nya

    ReplyDelete
  12. Saya pun naik menyampah membaca post2 di FB, Zila... Betullah tu... org kita terlalu selesa sgt... tak pernah rasa bencana/musibah... dah biasa dengan keseronokkan... masa dilanda kesusahan pun masih nak berseronok... mengada-ngada yang lebihnya.

    ReplyDelete
  13. teguran yang betul.. segelintir orang kita memang manja dan pentingkan diri sendiri..

    ReplyDelete
  14. Mmg setuju sgt.. dalam zaman skrng ni terutamanya parti politik pun seolah2 kehausan publisiti. Dalam kata ikhlas pun.. keikhlasan itu diwar-warkan menjadi modal utk dipertontonan.
    Sesetengah org kita pula bila susah ada yg menjerit, bila dibantu dibuat spt kuli pula. Tambah komplen lagi pun ada.. astagfirullah.. mmg semuanya budaya yg sgt tidak bagus dlm msykt...

    ReplyDelete
  15. semoga keadaaan kembali pulih.. macam-macam cerita yang di timbul ye kak..

    ReplyDelete
  16. Bila berlaku banjir mcm nih dan timbul isu isu yg xsedap didengar, xkisahlah mgsa banjir ataupun sukarelawan tmsuk rakyat malaysia kne la bukak mata bukak minda..cube pikir knp Allah turunkan ujian utk kita? Sepatutnya kne bersyukur dan insaf..Saya pun xgemar dnga hal politik dikaitkan dgn kjdian nih..perlu ke nak hebahkan sape lg hebat membantu mgsa bnjir...mgsa bnjir pun jgnlah tunjuk sikap yg negatif..sling bantu membantu jgn pentingkan diri sndri..

    ReplyDelete