Tuesday, December 17, 2013

Bercuti di Rumah Peranginan Persekutuan Port Dickson atau Puteri Resort

Cuti sekolah yang paling indah sudah tentulah untuk anak-anak. Emak dan ayah hanya tumpang rezeki sahaja. Bagi yang mampu, boleh bawa anak-anak berjalan ke luar negara atau tempat-tempat peranginan yang mewah. Bagi yang kurang mampu bersederhana lebih dituntut. Tapi kalau tak bawa jalan jauh-jauh pun tidak mengapa, asalkan mereka gembira, itu yang lebih penting.

Cuti kali ini telah saya rancangkan beberapa bulan yang lepas. Apartment ini pun saya booking dengan harga yang sangat murah. Kalau harga sebenar di pasaran, saya difahamkan lebih kurang RM400 lebih. Untuk harga kakitangan kerajaan hanya RM115 sahaja. Tetapi tidak banyak yang dapat saya kongsikan tentang percutian itu, kerana pada hari kedua, salah seorang sepupu suami saya meninggal dan kami bergegas balik kampung awal-awal pagi untuk menziarah serta menyertai majlis pengkebumian.

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un 
(إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ)
 Dari Allah kita datang, dan kepadaNya jualah kita kembali.

...............................................................................................................

Semasa membuat tempahan apartment hotel ini dulu, pengurusannya ialah dari Permaisuri Resort. Beberapa hari sebelum ke sana saya pun menghubungi pihak hotel untuk membuat pengesahan. Tapi tiada langsung jawapan telefon. Emel dan Faks pun tak berbalas. Hari Jumaat malam, lepas balik kerja, kami pun bertolak ke sana dan barulah saya tahu, pengurusannya telah di tukar kepada Puteri Beach Resort. Padanlah telefon tu tak berjawab. Tapi tak kisahlah, janji semuanya ok dan terurus. Walaupun keluar jam 6 petang, tapi kerana jalan jam (akibat sebuah kemalangan di Senawang), maka hanya dapat check-in pukul 11 malam.

lantai tidak terjaga baik apabila pengunjung yang basah kuyup naik lif yang sama untuk naik ke atas

Cara booking Rumah Peranginan Persekutuan 

Untuk booking apartment di sini taklah sesusah mana, pergi saja ke laman web ini. Download borang dan isi. Fax di nombor yang disebutkan (nombor BPH-03-88883032). Lepas fax lebih baik follow-up.Kalau ada kosong, pengurusan akan reply surat jawapan, biasanya melalui emel, tapi pengurusan baru tak taulah macamana cara replynya. Bila sudah dapat jawapan ada kekosongan, barulah kita pergi bayar dalam tempoh yang diberikan. Slip pembayaran itu harus difaks atau emel semula untuk pengesahan bahawa anda telah confirm booking.

Untuk bukan penjawat awam, anda boleh datang terus atau telefon pihak Resort. Tetapi buat masa ini, katanya telefon Resort itu masih belum berfungsi. Tak dapek den nak nolong.


Cara hendak ke rumah peranginan Persekutuan - Puteri resort

Dari Tol Plus, keluar ikut tol Port Dickson. Kalau tidak biasa, jangan keluar ikut tol Seremban, Senawang atau Pedas Linggi. Kalau sudah biasa dan tahu, lain cerita. Dari Plaza Tol PD, ambil simpang kanan dan teruskan perjalanan. Masa yang diambil untuk sampai ke PD adalah dalam lebih kurang 20-35 minit. Sampai bulatan, ambil simpang kiri, atau lebih mudah ikut saja sign board Politeknik Port Dickson. Di sepanjang perjalanan juga ada sign board rumah peranginan persekutuan. Anda akan melalui pantai Teluk Kemang yang popular dan selepas Politeknik Port Dickson, akan berjumpa dengan kem tentera. Resort itu dibelakang Kem Tentera sahaja. Kalau terlepas kem tentera, maknanya anda telah terlepas Resort itu. Salah satu land mark yang jelas ialah replika kereta kebal ATM.

plaza tol PD
kem tentera

Kemudahan-kemudahan di Rumah Peranginan Persekutuan

p/s: Ini adalah pengalaman untuk apartment yang saya dapat, tidak semestinya semua apartment sama, mungkin ada yang jauh lebih baik dari saya, atau mungkin ada yang dapat lebih teruk dari saya. Tapi overall rasanya semua lebih kurang sama.

Sama seperti hotel-hotel lain, ia mempunyai kemudahan-kemudahan asas. Komen saya, apartment ini memang besar. Terdapat tiga bilik. Bilik utama katil Queen, Bilik kedua, dua katil twin dan bilik ke tiga satu katil twin sahaja. Kalau anda datang dengan keluarga yang ramai, lebih baik minta tambah katil atau bawa toto sekali. Untuk keluarga saya, ianya sudah cukup besar. Setiap bilik mempunyai almari kabinet dan aircond yang berfungsi dengan baik. Tetapi ruang bilik air di luar tidak begitu bersih (mungkin hanya terkena pada apartment saya). Apabila sampai, pastikan semua bilik dan bilik air bersih dahulu. Supaya senang untuk kita panggil pekerjanya membersihkan. Sarapan hanya untuk pengunjung yang bayar sendiri, bukan melalui kemudahan penjawat awam seperti saya. 

ruang tamu
abaikan yang atas katil tu
Ruang tamu tidak mempunyai air cond, tetapi ada kipas. Terdapat sofa, coffe table dan set Televisyen. Tidak ada siaran Astro, mungkin kerana pertukaran management, mereka nampak agak kelam kabut. Set televisyen pun jenis yang besar gedabak, lama punya. Bahagian dapur pula mempunyai kabinet yang kosong dan sebuah mini peti ais yang kurang berfungsi. Penyewa tidak dibenarkan memasak, tetapi terpulang pada anda, saya tidak suruh dan tidak larang juga. Pandai-pandailah.

Sebenarnya bergantung kepada rezeki juga, ada yang dapat apartment berbalkoni, tetapi apartment saya tidak ada. Mungkin ada baiknya, anak-anak saya lasak, kalau ada balkoni saya kena lebih berhati-hati. Lantai adalah dari jenis jubin putih yang agak sejuk.

Tuala disediakan sebanyak 5 helai. Sabun dan shampu juga disediakan, tetapi hanya sekali, kalau ingin minta lebih, sila minta dari pihak resort. Satu lagi, tidak ada alas kaki dalam apartment ini. Saya cadangkan bawa alas kaki sendiri. Bawa juga tisu dapur yang serap air dengan baik.

Tempat parking adalah luas, anda tidak perlu takut tidak cukup parking.


pintu masuk
parking
Tempat dan Pengalaman menarik di sekitar Rumah Peranginan Persekutuan

Pantai tempat mandi tidak jauh dari apartment ini, hanya seberang pagar. Siapa yang nak mandi pantai, boleh mandi pantai, siapa yang nak mandi kolam, boleh mandi kolam. Kolamnya agak besar dan dalam juga, bagi dewasa. Bagi kanak-kanak, sampai separa pinggang. Ada gelongsor air yang menarik. Anak saya minta naik kenderaan bermotor tepi pantai, saya tak tahu samada kanak-kanak dibenarkan naik atau tidak. Konon esoknya nak tanya, tapi tak jadi kerana kami balik awal untuk menziarah kematian. Ada juga orang berkelah di tepi pantai ini. Kalau tak silap, resort ini mempunyai kawasan untuk barbeque.


kolam mandi dari atas, pantai hanya seberang pagar

Pekan Teluk Kemang tidak jauh sangat dari hotel ini, dalam 10-15 minit sahaja. Kalau berminat nak membeli cenderamata boleh singgah di pantai Teluk Kemang, banyak pilihan. Ada juga muzium tentera di PD, tapi kami tidak melawat, seperti yang telah saya katakan, kami tak sempat. Anda mungkin boleh melawatnya. Ia tidak jauh dari tempat ini. Boleh google di Map untuk mencari.

sunset di Teluk Kemang
leka memerhati pembuat cenderamata


kanak-kanak yang happy
Selain itu, keistimewaan Tanjung Tuan ialah, ia menjadi tempat persinggahan sementara burung-burung yang berhijrah ke hemisfera utara. Berikut adalah rencana yang dapat saya baca dari BERNAMA : burung hijrah di Tanjung Tuan. Tapi ia bukan ada setiap masa, hanya pada musim tertentu. Ditanjung Tuan juga ada Rumah Api yang klasik, tetapi saya tidak sempat pergi. Insyaallah, lain kali kalau murah rezeki dan panjang umur, saya akan datang lagi.

pemandangan dari apartment
Menjaga kebersihan alam sekitar

Saya berharap agar semua pengunjung dan penduduk sekitar dapat menjaga kebersihan pantai ini. Ini kerana, sewaktu datang ke sana, banyak betul sampah. Pantai itu tidak terurus. Apalah agaknya nasib pantai ini dalam masa 10 tahun akan datang. Tolonglah didik anak-anak kita menjaga alam sekitar. Jangan bawa mereka berseronok untuk memusnahkan alam sekitar. Takut-takut nanti generasi yang akan datang tak dapat merasa lagi apa yang kita rasa, kalau macam itu, kita telah buat dosa dengan keturunan sendiri.

32 comments:

  1. wah Zila bukan bercerita pasal percutiannya sahaja, tapi siap dengan cara-caranya sekali...hehee.... anyway tq darling...info yg bagus tu....

    ReplyDelete
  2. Salam takziah kak..

    Best jugak yer kak rumah peranginan persekutuan kat PD nih.. ada kolam, laut pun seberang pagar jer... Mcm berminat pulak nak apply...

    Hurm pasal kebersihan tu mmg betul kak, rakyat Malaysia kebanyakkan mmg kurang peka.. Kadang2 yang tak best tu org dewasa yg pattut bagi contoh yg elok tp diorg tak buat.. nnt anak2 ikut.. huhuhu tu paling tak beshh

    ReplyDelete
  3. ya.. sebenarnya tinggal di rumah pnginapan jenis aprment adalah sangat menjimatkan..tambah kalau pergi dlm scala besar.. lag untung bg yg bkerja krajaan mcm akak..dpat diskaun..tapi bergantung kpda rumah pnginapan jugakan diskaun diberi saya x sure...
    mcm saya kalau p bercuti ramai2 zdgn kwan.. kami prefer sewa homestay/means bkn homestay kampung..lebih kurang mcm aprtment..rumah yg dijadikan rumah pnginapan..senang nak masuk ramai2..lebih murah :)

    ReplyDelete
  4. macamana pun hasrat anak2 sudah tercapaikan..alhamdulillah..janjii anak2 happy..

    knor baru jln2 sekitar kl..sibuk dgn berbagai tempahan..nak keluar tgok keadaan..hehe kesian anak2..tapi diorg ni dh biasa..

    ReplyDelete
  5. saya klu pegi PD lbh suka lalu sepang / jln dlm . dr. seri kembangan melalui sepang sampai PD lh krg 45 minit jer .

    ReplyDelete
  6. bestnya bercuti,salam kenalan zila..AL FATIHAH juga buat arwah sepupu..AMINN..

    ReplyDelete
  7. seronok bercuti dgn family kan sis..happy terutama budak2

    ReplyDelete
  8. Banyak kemudahan untuk kakitangan kerajaan ye. Besar apartment tu dan harga sgt2 berbaloi!
    Seronok bercuti tapi itulah...kita hanya mampu merancang. Salam takziah.

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum,..

    wahh.. best nyer bercuti. Lagi satu pemandangan kat sini memang cantik3 belaka.. apartment nie pun cantik dan bersih serta byk kemudahan2 lain seperti parking... terbaiklah cuma mselim3 blom pernah gi sini..

    mselim3

    ReplyDelete
  10. al-fatihah, semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman..
    wah.. murahnya sewa rumah peranginan persekutuan tu.. sesuai untuk membawa keluarga dan anak-anak berjalan di PD..

    ReplyDelete
  11. bestnya...bercuti..makan2..shopping2 hehe..tak payah pikir keje rumah,kemas rumah..:)

    ReplyDelete
  12. Bestnyer bercuti...nampak sangat keceriaan diwajah anak2 comel tu...

    ReplyDelete
  13. Luas aparmentnya seluas kosnya. Gembira ja anak-anak akak. hehe. Al-fatihah buat saudara akak.

    ReplyDelete
  14. dlu ke pd ke teluk kemang aje..xjln mane pn

    ReplyDelete
  15. kenapa nampak mcm tak menarik ek..? ke sally je rasa camtu...hehehe....glad you enjoy your trip kak!

    p.s : salam takziah ye buat keluarga sepupu husband akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengurusan dia baru tukar seminggu sally, tu yg diorg agak kelam kabut sikit..mungkin lepas cuti sekolah ni ok sikit kut...Feed back kawan2 yang pernah datang sini dulu semuanya ok dan puas hati

      Delete
  16. cuti skolah yg syoknye bebudak la kan.. time2 camni la bawak dorg jenjalan...

    ReplyDelete
  17. Takziah Zila atas pemergian sepupu suami tu.

    Dulu bila cuti sekolah PDlah tempat pilihan untuk saya bawa anak-anak... Sebab dekat dengan KL dan dekat dengan sekolah anak saya SDAR... jadi lepas balik dari percutian saya boleh terus hantar dia ke asrama.

    Bila bercuti anak-anak mahu duduk di hotel yang ada kolam renang besar dan dalam.... sebab mereka suka berenang. Kalau kolamnya kecik tak belah nak 'berkuak' sebab terlalu ramai yang cuma berendam saja dalamnya. Selalunya saya ambik Thistle (sebelum ni Guoman) Kolam renangnya besar dan dalam (2.5 meter) puas berenang.

    ReplyDelete
  18. Dah lama tak pg jln2 cmni..nanti ada bajet lebih baru cdg2 nk g jln2 kak..lagipun skrg byk masalah..nk berjln pun rasa mlas je ni..huhu

    ReplyDelete
  19. macam best je..tapi buat masa ni rancangannya nak ke Nilai hujung minggu ni,anak akak ada interbiu kat sana..

    owh ttng tab kat atas blog akak tu,sebenarnya template yg akak guna ni mmg tersedia dah..cuma tukarkan pada kod kita punya jer

    ReplyDelete
  20. Mujur juga walau tukar managemant still ok lagi dapat lagi duduk. Itu yg tak dpt contact online agaknya ye. Nampak anak-anak yg happy tak terkata. Kawasannya pun kelihatan nyaman dan tidak menyesakkan sebab tak banyak kereta dan pengunjung. Mandi di swimming pool yg best kalau tak ramai org..

    ReplyDelete
  21. eh, baguslah ada rate untuk kerajaan kan.. dah dapat save kat situ kan.. suka baca review akak ni. man tahu suatu hari nanti nak berkunjung ke sana, boleh jadikan rujukan :)

    ReplyDelete
  22. Wahh.. seronok dpt bercuti bersama keluarga bila ada kemudahan spt itu. Sekurang2nya terasa lebih selamat & dpt juga menjimatkan kos kan.. Pasti menjadi kenangan indah sekeluarga.. :)

    ReplyDelete
  23. Info yang bagus ...Nice blog...


    Taxi to LCCT, KLIA
    Call us +60 017 878 0027

    ReplyDelete
  24. assalam. kak, mcm mne sy nk booking utk staff kerajaan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena masuk website dia. Ada link kat atas...:)

      Delete
  25. MCM MNE NK BUAT PEMBAYARAN? DALAM BILIK ADA AIRCOND X ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg last time, pembayaran secara bank in tuan. tak silap saya akaun BSN. Nanti selepas register akan dimaklumkan. Setiap bilik ada aircond.

      Delete