Sunday, December 1, 2013

Blog bapa Ammar - Tuan Ahmad Azam

Baru sekejap tadi saya dapati blog saya telah dikunjungi dari sebuah blog yang pemiliknya sangat hebat. Sewaktu menulis sebuah entry lama dulu, saya telah membuat satu back link terhadap blog tersebut tanpa mengetahui siapa pemiliknya.

Kalau benarlah blog itu kepunyaan beliau dan beliau yang membukanya malam ini, saya terasa bertuah sekali.

Beliau ialah bapa kepada Ammar, pemuda Malaysia yang mati syahid beberapa bulan yang lepas di negara Turki.

Saya akui, sesungguhnya saya belum mampu menjadi sebaik beliau, isterinya dan almarhum anak yang soleh itu.

Bila melihat-lihat semula blog ini terasa malu pula, jauh benar usaha perjuangan saya dan keluarganya. Entah kelas berapalah kehidupan saya agaknya nak dibandingkan dengan mereka. Kelas itu, maksud saya usaha-usaha dan pengorbanan yang telah dilakukan untuk negara ini. Beliau pandai menulis dan orang sepertinya, saya percaya telah banyak berjalan dan membaca.

Sebenarnya banyak isu menarik yang terdapat dalam blog Tuan Ahmad Azam tersebut, tetapi kebelakangan ini beliau sudah tidak berapa aktif lagi menulis. Mungkin masih bersedih atas kehilangan putera tercinta. Apapun saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga beliau. Dan saya telah baca luahannya di FB, baru sahaja semalam kalau tak silap, tentang kesedihannya terhadap kehilangan itu. Negara benar-benar telah kehilangan seorang pemuda yang berbakat. Takziah sekali lagi.

9 comments:

  1. owh.. bapa beliau ada blog rupanya..

    ReplyDelete
  2. salam.. baru je baca blog tuan ahad azam..
    memng besar pngorbanan beliau..
    semoga arwah dtempatkan dikalangan org beriman..
    p/s: yang pasai trip p sabah nampaknya sis selalu pergi.baca gak entry pasai sabah dkat blog ni :) menarik ..

    ReplyDelete
  3. Salam takziah kpd Tuan Ahmad Azam & keluarga. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat keatas roh Ammar & menempatkan beliau dikalangan org2 yg beriman.. aamiin.

    ReplyDelete
  4. dlm pencetus ummah beliau ada muncul..mengalir airmata knor lagi..
    ingat kata2 isteri yg arwah ammar ni budak baik,dia tak pernah sekali pun meninggikan suara pada ammar.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak.. Apa khabar.. lama tak singgah sebab Ros bercuti, balik kampung..

    Ros masih tak berapa jelas tentang beliau.. belum berkesempatan nak baca berkenaan beliau lagi.. tapi, Ros akan usaha nak dalaminya.. memang ramai yang dah share berkenaan perjuangan beliau di Fb.. Al Fatihah..

    ReplyDelete
  6. salam takziah kpd keluarga arwah...al-fatihah

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum...

    wahhh.. rupanyer ayahnyer ammar seorang blogger gak rupanyer.. doakan agar amar di tempat orang2 yg soleh...amin.

    mselim3

    ReplyDelete
  8. rupa-rupanya ayah ammar seorang blogger.. al-fatihah kepada arwah ammar..

    ReplyDelete