Tuesday, December 3, 2013

Masuk Universiti dengan tidak masuk Universiti

Ada orang berpendapat, buat apa masuk Universiti, nanti bila keluar kena bayar PTPTN yang mahal juga. Kalau berniaga lagi untung, jual kek coklat, jual kek itu dan ini, aiskrim, baju dan macam-macam pun boleh dapat banyak duit, lebih dari graduan Universiti dan tak payah buang masa belajar lama-lama. Kalau tak kena gaya, graduan Universiti pun tak dapat kerja bila tamat pengajian. Lagi haru.

Terus terang cakap, saya sangat menghargai masa-masa ketika belajar dahulu, tetapi, hampir separuh pengetahuan dan pengalaman yang ada pada saya hari ini adalah diperolehi dari luar Universiti. Walaupun menghabiskan masa hampir enam tahun belajar, namun tidak banyak pengetahuan yang dapat diaplikasikan untuk alam pekerjaan saya. Ternyata, belajar di Universiti itu sebagai satu syarat sahaja untuk menempuhi alam perkerjaan ini,





Sebenarnya pembelajaran di Universiti adalah lebih untuk membangunkan mentaliti pelajar ke arah profesionalisme. Selain itu ia juga adalah untuk melatih pelajar-pelajar ini supaya menggunakan daya kreativiti, intelektualiti dan versatile untuk semua tugasan supaya mampu mengembangkan bakat dan berfikir dari luar kotak. Tujuannya walau apapun perkerjaan selepas bergraduan, mereka tetap dapat beradaptasi dan membangunkan karier dengan baik. Jika berjaya mendapatkan perkerjaan dalam bidang yang dipelajari pula, itu merupakan satu bonus.

Sayang sekali apabila graduan tidak mampu mengaplikasi nilai dan keuntungan yang telah diperolehi semasa belajar dulu selain mengharapkan peluang kerja datang bergolek dikaki. Sepatutnya masuk ke Universiti bukan bermatlamat untuk mendapatkan perkerjaan yang bertahap kelas super duper sahaja. Ia adalah berkenaan nilai dan mutu yang telah diperolehi. Graduan harus sedar diri dan memahami hakikat sebenar alam perkerjaan ini. Kalau tidak dibuang rasa ego dan sombong kerana segulung ijazah yang dimiliki, maka menjadi rendah sajalah nilainya.Tiada jaminan untuk orang yang telah masuk U akan menjadi hebat kalau tidak berusaha. Hebat bukan diukur pada segenggam Ijazah dan Diploma.

Bagi yang tidak dapat masuk ke Universiti, tak usahlah rasa terlalu rendah diri dan cemburu buta. Rezeki itu diberi oleh Allah Taala. Bagi graduan Universiti pula, tidak perlu memandang rendah pada orang yang berpelajaran rendah kerana, menjadi lulusan Universiti bukan bermakna anda telah mendapat tiket untuk memperkecilkan orang lain. Hanya orang yang tidak bertamadun sahaja yang suka menghina dan merendah-rendahkan orang. Orang yang tidak masuk Universiti pun boleh berjaya dengan baik. Cuma belajar di Universiti mengajar kita bagaimana hendak memanfaatkan daya intelektualiti, itu sahaja, itupun kalau sedar, kalau tidak, tak guna juga.

17 comments:

  1. Assalammualaikum...

    ilmu boleh juga kita dapat melalui pengalaman dan pembacaan tak semestinya masuk U sahaja... zaman sekarang IT begitu penting sampai buat kuih pun guna google...hehhee

    mselim3

    ReplyDelete
  2. kita tak diberi peluang masuk universiti tpi kita diberi peluang masuk ke institut kemahiran..alhamdullilah wlaupun hanya memiliki diploma kita dpt kerja ok juga..tak da fikir pasal nak byr PTPTN sebab semua kerjaan tanggung masa kita bljr kat institut tue..

    ReplyDelete
  3. pd saya belajar masuk u bukan mahukan kerja semata2 lepas tamat pengajian ..tp 1 pengalaman y tak kan sama bg setiap org (pd saya la)..
    & ramai juga y berpendapat..keje lebih baik dr masuk u y x menjamin utk dpt pekerjaan y lebih baik..
    hak masing2...siapa kita utk menidakkan sesuatu perkara (mgkin tahap pemikiran mereka berbeza)..
    huhuhu..sy tetap tekankan peluang belajar jgn disia2kan..

    ReplyDelete
  4. lain org lain rezekinya...mungkin ramai yg tgk skrg graduan byk tak dapat kerja...tu yg ada mentaliti kata belajar tu tak penting...bg sally rezeki tu ada kat mana-mana...tak salah belajar utk tambah ilmu pengetahuan :)

    ReplyDelete
  5. ilmu ada di mana-mana. terpulang untuk kita sama ada nak sambung belajar atau tidak tapi rugilah dah pandai belajar tapi tak sambung.. gunakan peluang yang ada. kalau berminat berniaga lakukan dengan penuhnbersungguh-sungguh bukan hangat taik ayam sahaja.

    ReplyDelete
  6. hemm.. bagi teman, kalau takde rezeki masuk Universiti tak bermakna seseoarang itu tak berguna kan, kalau dia pandai gunakan aura atau kelebihan yang ada pada dia, insyaAllah.. dia juga boleh berdiri sama level dengan orang yang berkelulusan ijazah.. yang penting usah kena kuat.. hee.. apa2 pun tahniah buat mereka yang lulusan dari universiti.. =)

    ReplyDelete
  7. semua orang boleh belajar. pjj kan ada. open u pun ada :)

    ReplyDelete
  8. bergantung dgn rezeki..setuju dgn pendapat awk, masuk U tu membangunkan mentaliti..sbb student akan lebih xperince pada cara komunikasi, presentation,kreativiti..mcm2 dpt blajar dkt U..

    ReplyDelete
  9. jgn pandang dari sudut kerja dan duit semata.. tak rugi pun masuk U ni.. sekurang2nya kita dalam usaha menuntut ilmu.. banyak kelebihan org yg berilmu berbanding org yg x berilmu..
    saya kat kata tak masuk U x de ilmu.. tapi ilmu dari U lain dari ilmu dari luar U.. masing2 ada kelebihan tersendiri...

    ReplyDelete
  10. Sebenarnya semua org suka klu dpt masuk U.. tp ada juga suara2 yg negatif di situ.. pernah sy terjumpa org yg mmg kaya hasil usaha sendiri sanggup menyara anak2nya ke universiti dlm & luar negara. Alasannya, sbb dia x mahu anak2nya spt dia, walhal dia mmg cukup kaya bagi sy..
    Pokok pangkal, dia belajar dari jalanan dgn cara yg sukar utk hidup & kebanyakan pelajar U kita x merasa spt itu sedangkan ilmu yg ada lebih bnyk tersedia.. Sehebat mana pun insan, pasti dlm hatinya inginkan ke menara gading cuma ketentuan shj yg membezakan..
    Apa pun ilmu ada di mana2 cuma masuk U itu satu peluang utk lebih berjaya klu masing2 nampak keistimewaannya & tahu menggunakan peluang yg tersedia.. wallahualam.. T kasih diatas perkongsian yg menarik ini.. :)

    ReplyDelete
  11. yg paling sedih sekali..gaya bahasa, dia jadi dye...tulis surat rasmi plk tu..benci baca..

    ReplyDelete
  12. Ilmu yang dipelajari tidak digunakan kerana masa belajar dulu ambik jurusan lain... bila keluar bekerja dlm bidang lain.... Itu yg jadinya... Tapi berlainan dengan bidang2 seperti doktor, engineer, alam bina dan akauntan.... apa yang dipelajari masa di U... digunakan masa di alam pekerjaan... btul tak? Apapun pada saya kata2 pada perenggan pertama tu sekadar untuk memujuk hati sedangkan hakikatnya setiap orang mengimpikan untuk belajar di universiti.

    ReplyDelete
  13. Masa belajar di U adalah masa yang sangat indah.
    Untuk berjaya...semuanya sama, perlukan usaha.

    ReplyDelete
  14. tak masuk u tapi masuk kolej.hehe

    ReplyDelete
  15. hmmm terpulang pada individu tu sendiri... mcm deqla lps habis spm mmg x sambung belajar dah.. trs keje.. hihi... gatal nak pegang duit haha.. tp deqla x menyesal pun...mmg x minat nk belajar dah.. xkan nak paksa2 pulak..huhu

    ReplyDelete
  16. setiap orang ada rezeki masing-masing.. tak semestinya tak masuk universiti itu tak berjaya.. yang penting menjadi insan yang berguna yang berbakti untuk agama, bangsa dan negara..

    ReplyDelete
  17. ye kak. sikap memandang rendah terhadapa ynag tak belajar di Universiti tu harus dikikis.. tak perlu memandang rendah dan mempekecilkan orang lain. setiap orang ada rezeki masing-masing. Ros berpendapat, orang yang tka belajar di Universiti tu bukan bermakna mereka tidak sepandai yang ada peluang belajar di Universiti.. setiap orang ada peluang, masalah tersendiri.

    ReplyDelete