Tuesday, December 24, 2013

Pengalaman di Sabah - Bandar Kota kinabalu 2 - Centre Point, Kopi Tenom, Pasar Malam Kampung Air dan Hotel Horizon,

Centre Point

Sampai di K.K hari masih pagi, jadi kami ke Pasar Filipina dulu, saya tak beli sangat kerana sudah selalu ke sini. Hanya beli sedikit jajan seperti Amplang dan ikan bilis. Saya ada buat entry tentang Pasar Filipina di sini. Lepas itu, kami menonton wayang cerita Hunger Games Cathcing Fire di Centre Point K.K. Bukan apa, saya dah baca novelnya, jadi teringin nak tengok dilayar pula. Ok juga, tapi sudah pasti ada perbezaan yang dilayar dan didalam novel. Centre Point sama dengan mana-mana pusat membeli belah dibandar-bandar lain, dikunjungi ramai muda-mudi dan banyak kedai menjual cenderamata. Ia sangat dekat dengan Pasar Filipina dan Pasar Besar Kota Kinabalu.


Kopi Tenom

Saya hanya beli sebungkus kopi tenom di sini. Seperti yang dikenali ramai, Tenom adalah pusat pengeluar utama kopi di Sabah. Ada berbagai jenis dengan pelbagai gred. Memang saya suka kopi, sebab dulu pernah kerja di cafe delifrance. Jadi sudah biasa dengan minuman Latte dan Cappucino. Tiga jenis kopi yang popular di dunia ialah Arabica, Liberica dan Robusta. Kalau sebut kopi luwak pula, ia bukan jenis kopi, ia adalah biji kopi tidak hadam diambil dari tahi musang yang sengaja dibela. Harga kopi luwak boleh mencecah ratusan ringgit. Entah dimana sedapnya tak tahu, tak pernah cuba. Ada label halal, tapi saya tetap tak berani. Banyak kedai yang menjual khas kopi di Kota Kinabalu. Tapi saya paling suka kopi tenom tanpa gred yang biasa sahaja, di beli di Pasar Filipina. Ia lebih pekat, macam kopi kampung, cuma kali ini saya tidak beli kopi itu, kerana nak mencuba kopi Tenom gred tinggi pula.


Pasar Malam Kampung Air

Malam itu kami ke pasar malam Kampung Air. Ia taklah jauh sangat dengan hotel, cuma dalam beberapa ratus meter. Pasar malam ini hanya menjual barangan cenderamata, mutiara dan kain-kain. Tidak ada makanan dijual. Ada orang kata mutiara disini lebih murah, tapi saya tak sempat membandingkan dengan pasar Filipina kerana kurang berminat membeli kali ini. Pasar malam itu tidak jauh sangat dengan Centre Point, lebih kurang 300-400 meter sahaja, tapi haruslah melalui celah-celah bangunan. Ia dibuka setiap malam dan sama seperti pasar Filipina, kena pandai tawar menawar untuk mendapatkan harga yang terbaik.  Berhampiran pasar malam Kampung Air, di seberang jalan menghala ke Pasar Filipina, dicelah-celah bangunan, terdapat satu lagi pasar malam yang menjual kain-kain bundle dan lain-lain cenderamata. Entah apa nama pasar malamnya, saya tak pasti.


Hotel Horizon Kota Kinabalu

Tentang penginapan pula, kali ini saya menginap di Hotel Horizon. Mulanya saya cadangkan pada kawan pilih La Meridien sahaja, tapi hotel itu sudah penuh pula, jadi mereka pilih tempat ini. Ia sebuah hotel yang agak mewah dan cantik. Berdekatan dengan hotel itu ada Tugu Peringatan Malaysia dan Petagas War Memorial. Tetapi untuk ke pasar Filipina agak jauh sedikit, harus menggunakan jambatan di belakang hotel. Jambatan ini boleh berhubung terus dengan pasar Filipina dan Pasar Besar Sabah. Di atas jambatan ada ramai peniaga berjualan mutiara dan manik-manik. Perjalanan jalan kaki mengambil masa kira-kira 15 minit sahaja.

Kalau beli barang banyak, lebih baik ambil teksi, kalau tidak, jenuh juga nak berjalan. Sebab itu saya cadangkan hotel-hotel berdekatan Centre Point untuk si kaki membeli-belah. Kalau berhoneymooon, sesuailah dengan hotel Horizon ini, kerana ada bilik yang ada jakuzi! Cuma harganya...Emmm...Boleh check di internet. Kalau mampu apa salahnya. Tentang sarapan pula, masih tidak boleh lawan hotel Promenade, Concorde Inn dan kebanyakan hotel 5 bintang lain. Hotel ini punyai kemudahan untuk mengadakan bengkel dan mesyuarat. Ia juga dekat dengan pangkalan Jesselton untuk ke tiga pulau serangkai (Sapi, Manukan dan Mamutik).

Pengalaman lain :
Pengalaman di Sabah - Kudat, tempat menarik sepanjang perjalanan dan tempat membuat Gong (akan datang)
Pengalaman di Sabah - Kudat - Tips of Borneo -Tanjung Simpang Mengayau (akan datang)

Katil yang besar, sampai tak tahu nak tidur di belah mana
dalam bilik lengkap segala kemudahan seperti selipar, bathrobes, kain sarung dan lain-lain.

34 comments:

  1. aik pelik juga ada kitab tu kat hotel..tak pernah lagi kita jumpa..kalau hotel lain2 tak ada plak..

    ReplyDelete
  2. nmpk selesa sungguh hotel tu.. kapet dia cantik.. beralun.. deqla kalo katil cam tu pun mmg rambang mata nk tdo mana.. hhahahaa..

    ReplyDelete
  3. 1st time dgr dlm bilik hotel ada kitab mcm tue..

    ReplyDelete
  4. saya ada jumpa bible kat hotel port dikson .

    ReplyDelete
  5. a'ah..memang pernah terjumpa Bible dalam bilik hotel kat area KK ni dulu. tak ingat hotel apa. reason dorg letak pun..hanya Allah yg tahu..
    btw terubat rindu kat sabah bila kak zila buat entri nih..kawasan2 yg disebutkan adalah kawasan saya "bertendang" masa muda2 dulu..hihi

    ReplyDelete
  6. Farah pun tak berapa nak minat dengan mutiara..sekadar tengok cuci mata jer.. =D

    ReplyDelete
  7. Hotel ini mesti kepunyaan org kristian sebab sediakan bible. Kalau di Mekah/madinah org sediakan sejadah dan Quran. Pernah kakak tinggal di homestay di Kuala T'ganu ada sediakan Quran dan sejadah juga...

    ReplyDelete
  8. salam...kak zila rajin g jalan2x ye hehe bestnyeee jadi akak

    ReplyDelete
  9. Wahh.. seronoknya.. hotel tu pun cantik sgt.. tp mmg ada beberapa hotel yg sy jumpa mmg ada kitab mcm tu, cuma mmg ia x sesuailah untuk negara Malaysia ni yg agama rasminya Islam.. apa pun semoga sentiasa terhibur & ceria ye..
    menabung inti & inti di sini.. :D

    ReplyDelete
  10. teringin juga nak menjejakkan kaki ke sana.

    ReplyDelete
  11. Seronok dapat bercuti ke Sabah... Saya pernah sekali sampai ke Sabah thn lepas... Rasa macam banyak tempat menarik kat sana x pegi terjah pun haritu... Mungkin sebab time tu hujan x menentu... ^__^

    ReplyDelete
  12. bestnya dpat bercuti ke sana...teringin nak pergi,,.tapi belum kesampaian lagi..

    ReplyDelete
  13. Sha tak pernah pun smp lagik kat cni... Best tgk entry akak nih.. hotel pun cantek cuma tula yang dalam laci tu.. huhuhu

    ReplyDelete
  14. wah bayaknya novel hungger game agak..:)
    owh rasanya pasar mlm kat kampung air,,,brg lg murah dari pasar flifine kan akak :)

    ReplyDelete
  15. wahh syoknya ^_^ dah hanis pusing satu sabah ?

    ReplyDelete
  16. wah rindu nak ke centre point
    pasar malam kpg air mmg terbaik
    bermacam brgn dijual..murah pulak tu

    ReplyDelete
  17. Sabah tggu kami datang...bestnya jalan2 cuti..

    ReplyDelete
  18. owh.. mcm tu rupanya novel hunger game tu..

    ReplyDelete
  19. Macam best ja. Tak berkesempatan lagi jejak kaki kat sana.. :)

    ReplyDelete
  20. Suami akak dah naik jemu keluar masuk n pergi balik sabah serawak...sbb kerja...akak je y tak sempat lagi nak ke sana...hehee

    ReplyDelete
  21. Ya...Kebanyakan hotel mewah kepunyaan bangsa asing pasti diletakkan bible dalam laci bilik.

    ReplyDelete
  22. seronok tua dapat merantau di sabah..hehe..

    ReplyDelete
  23. Bestnya...in sha Allah teringin juga...nk minum kopi tenum...

    ReplyDelete
  24. bagusnya hotel tu cantik dan selesa..

    ReplyDelete
  25. salam kak.. pasar malam kg air tu lady ingtkan dalam air.. mcm floating market tu..

    ReplyDelete
  26. nampak cantik dan selesa hotel itu kak.. memang besar betul katil dia..

    ReplyDelete
  27. cantik design karpet kat laluan ke bilik tu...

    ReplyDelete
  28. iyelah kak.. Ros pun rasa tak sesuai ia diletakkan di bilik hotel.. bukan semua memerlukan, kan?.. l

    ReplyDelete
  29. Kebanyakan hotel di sabah mmg mcm tu,ada bible dorg letak dlm laci..tp x jd isu pun bg org sini :)

    ReplyDelete
  30. kalau kat hotel KL. dua dua dia letak.

    Al Quran dan Bible dlm laci.

    Hehe. adil.

    ReplyDelete
  31. "Berdekatan dengan hotel itu ada Tugu Peringatan Malaysia dan Petagas War Memorial." Rasanya ada kesilapan fakta disini. PETAGAS WAR MEMORIAL bukan terletak berdekatan dengan Hotel Horizon, tetapi terletak 9 km dari Kota Kinabalu dan berhadapan dengan lapangan terbang KKIA 1. Harap maklum...

    ReplyDelete