Monday, December 23, 2013

Pengalaman di Sabah - Perjalanan ke Sabah- terima kasih pilot MAS, Kapten Mohd Faizal dan Kapten Mohd Azam

Kedatangan saya kali ini ke Negeri Dibawah Bayu penuh dengan pengalaman yang berwarna-warni. Saya teruja melalui banyak tempat-tempat yang menarik. Walaupun hati tidak lekang merindui anak-anak, namun pengalaman yang ditempuhi amatlah mengujakan.

Bersama seorang rakan lagi, saya menaiki pesawat MH 26** pada jam 7.30pagi hari Rabu. Mujurlah tak terlepas penerbangan itu gara-gara ERL yang lari dari jadual dan kemudian kawan saya kehilangan ICnya entah di mana selepas check-in. Kelam kabut kami mencari, rupanya IC itu terletak di dalam dompet saja, terselit ditempat yang bukan seperti biasa dia meletak. Selepas pemeriksaan kastam, hampir berlari kami ke Gate A8. Gate A8 tu memang agak jauh, sedang jam sudah pukul 7.10 minit dan kami tak sembahyang subuh lagi. Mujurlah di bahagian boarding ada surau kecil. Sempat kami sembahyang, walaupun express.

Flight kali ini adalah model boeing 737-800, besar sikit dan ada video, taklah bosan penerbangan 2 jam setengah itu. Boeing 737-800 biasanya mempunyai lebih ramai kabin krew, lebih besar dan selesa. Kabin krewnya lebih mesra alam mungkin kerana mereka adalah dari international flight. 

Mungkin pembaca tertanya mengapa entry kali ini saya khusus menyebut nama dua orang pilot di atas (untuk flight pergi dan balik). Sebenarnya saya adalah penakut. Penakut terbang di udara. Perkara yang mencemaskan saya ialah melalui hujan dan petir, kawasan  awan tebal atau terkena air-pocket. Tetapi sudah tentu detik yang paling mencemaskan ketika touch-down. Kaki saya boleh hampir kejang-kejang dan sejuk beku ketika ini. Mesti pembaca dapat bayangkan, betapa fobianya saya dengan ketinggian dan penerbangan. Lebih baik terbang kali pertama dulu kerana saya tak tahu situasi apa yang berlaku. Malu saya dengan kawan-kawan yang bekerja sebagai pramugari atau yang biasa keluar negara, mereka steady je, saya baru naik penerbangan tempatan dah kecoh sekampung. Haha.

Pujian kepada kedua-dua pilot itu kerana melakukan touch down dengan begitu baik, terutama pilot Kapten Mohd Azam (atau sebegitulah seperti yang di'announce'kan), dalam penerbangan balik ke K.L. Bukan saya seorang sahaja, penumpang lain pun turut puji juga. Kerana tak sangka, walaupun pesawat itu pesawat lama, Boeing 737-400 yang sudah sompek catnya di sana-sini, tapi beliau melakukan pendaratan dengan begitu bergaya dan profesional. Sebenarnya dalam perjalanan melintas tube, kami sudah nampak pesawat itu pesawat lama dan agak buruk. Kata kawan saya, habislah, kita dapat flight bas metro kali ni. Saya pun mula cuak kerana kalau flight lama ni biasanya gegar satu macam. Mula-mula nak jalan dan naik, gulp!! dah terasa-rasa bergegarnya, seram semacam. Separuh masa penerbangan, eh ok pulak, taklah teruk sangat. Ketika melintas cuaca buruk pun pesawat itu hanya bergegar sedikit dan tiada air-pocket. Namun dalam hati masih risau menunggu masa nak landing nanti. Tapi Alhamdulillah, masa touch-down sedar-sedar dah mendarat. Legaa. Kurang sikit kejang kaki saya dan tak bocor seat depan tu kena pegang, hehe.

Dulu saya pernah terkena pengalaman touch down dengan flight yang bergegar bagai nak gila, rupa nak tercabut segala benda dalam flight tu, ingat nak terbabas dah. Saya pegang seat depan kuat-kuat sampai Mat Salleh sebelah tersengih-sengih, kurang asam punya mat salleh. Mula-mula saya ingat saya sorang saja yang ketakutan pesawat itu bergegar kuat, rupanya beberapa makcik-makcik pelancong dari Taiwan turut perasan dan kecoh berbual menceritakan detik yang kononnya mencemaskan itu. Mungkin pilot tu bekas pilot jet tempur agaknya (pinjam lawak kawan saya tentang pilot MALINDO), itu sebab dia bawak macam orang gila. Mujur tak ingat nama, kalau tak, soheh saya sebut di sini. Apapun, Alhamdulillah, selamat mendarat akhirnya dan saya bangga dengan flight dan kabin krew dari MAS yang selalu dapat memberi keyakinan kepada saya yang penakut ini. MAS masih yang terbaik di Malaysia (setakat ini). Harga pun taklah mahal, lebih kurang sahaja dengan pesawat tambang murah yang lain.

Cerita korea, greatly spyly yang tak sempat habis ditonton

31 comments:

  1. t datang2 lagi ke Sabah sis hehe..mcm pernah dgr jer nama pilot kapt azam tu..hehe

    ReplyDelete
  2. wahh dah tau nama dorang..tp bgsnya dorang kan... mmg patut diberikan pujian atas layanan baik yg mcm tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. so far yang paling best pernah naik dengan MAS lah

      Delete
  3. Farah pun penakut jugak akak.. kalau flight nak take off mesti farah akan genggam tangan husband kuat2.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hubby tak ikut, kena genggam seat la gamaknya....genggam tangan orang lain kang takut kena penampor lak..hihi

      Delete
  4. Kakak pernah naik flight dlm hujan dan ribut petir, sehingga di announce kena pakai tali pinggang. Siap tunjuk lagi cara selamatkan diri kalau terjadi sesuatu. Masa tu penerbangan ke Jeddah (tahun 2009). Masa itulah abang dan ada satu pakcik lagi azan. Alhamduillah kembali reda. Tapi masa itu kakak pun macam Zila juga takut tak terkata. Macam-macam doa kakak baca sampai dlm hati kalau mati biarlah masa tu kakak dah mengucap lengkap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawan saya kena air pocket dan ribut on da way balik ke Malaysia dari Australia, sampai pilot announce penumpang muslim untuk baca Yaasin. Huuu, seram dengar

      Delete
  5. wahhh.. mood cuti-cuti malaysia nie... selamat bercuti.. ;-)

    ReplyDelete
  6. Zila, setakat ni kalau ke mana2 saya lebih yakin menaiki MAS. Time landing ok. Tapi pernah tak Zila tengok luar tingkap masa kapal nak turun? Takut woo tengok... terutama kalau dari penerbangan merentas benua... sebab kapal naik tinggi dan bila turun kapal macam menjunam turun merentas kepulan2 awan... laju giler.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terasa kak, bila time landing macam nak tercampak dari seat

      Delete
  7. dasat sis..siap boleh ingat nama pilot tu..
    owh stakat ni xpnah ada pngalaman..kilat or hujan masa naik kpal terbang..mybe tabiat..naik kpal,,pening skit..trus tido..
    owh anway x pnah naik mas.. tapi org ckap mas pnya serive lg bgus dari air asia n luas sest dia..berbaloilah harga yg agak mahal byak dari air asia kan kak>? he..he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak mahal sangat tambang MAS Sobri, lebih kurang je..kalu lebih, sikitt je

      Delete
    2. owh ingat mahal..gila2 mas ni..lpas ni bleh la survey harga mas plak..tringin nak naik :)

      klik2 nufnang :)

      Delete
  8. Assalammualaikum...

    ok lah ada pengalaman naik kapal terbang , mselim3 sekali pun tak pernah...huhuh kesian kan,

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan risau, nanti ada rezeki, lagipun naik flight sama saja macam naik kenderaan lain, tak ada yang istimewa sangat. Cuma ada steward.stewardess dan boleh tengok kampung kita dari atas langit, itu sahaja..haha

      Delete
  9. Kalau naik pesawat besar ni saya kurang takut sikit. Tapi kalau naik pesawat kecil...aduh! macam nak luruh jantung dibuatnya. Pengalaman terbang dalam cuaca buruk sungguh mengerikan. Rasa xnak naik lagi dah!
    Mas tetap pilihan... Tapi setakat ni paling best tetap Singapore airline.

    ReplyDelete
  10. Belum pernah naik belon lgi....

    ReplyDelete
  11. tb xpernah naik flight lg..haha xtau nk kemanae

    ReplyDelete
  12. wahh siap ingat nama pilot tu ^_^ acik pernah naik MAS dan acik pula suka service MALINDO..best

    ReplyDelete
  13. dalam flight dhia asik fikir kalau la terhempas camner la. huhuhuhu....

    ReplyDelete
  14. waaaaa beznye..dulu xde pun skrin tv ni
    yumida pnh study kat kk, mmg bez,,,byk tmpt pelancongan kat sana

    ReplyDelete
  15. wah.. entri yang mama baca seolah-olah mama yang duduk dalam kapal tu..

    ReplyDelete
  16. IM tak pernah merasa naik lagi. Dulu nyaris2 dapat naik tapi tak jadi. Tapi dengar2 kawan bagitau MAS better lagi lah. Hehe

    ReplyDelete
  17. beruntung lah . sambil kerja sambil melancong tgk tpt org .

    ReplyDelete
  18. Wahh seronoknya kerja & bercuti naik belon.. semoga terhibur & sentiasa ceria.. :)

    ReplyDelete
  19. macam-macam pengalaman dah Ros dengar dari kawan-kawan berkenaan ni. sekarang dari akak pulak.. Ros memang takde pengalaman langsung naik kapal terbang. setakat ni tak pernah naik.. Cuma, masa Ros still bayi, mak ada bawak. Dari kl ke KK.. masa tu ayah Ros tentera, kerja kat Kem Lok Kawi, KK...

    ReplyDelete
  20. waaa... saya belum lagi berkesempatan ke sabah..

    ReplyDelete
  21. memang best kalau dapat pilot yg boleh buat smooth landing.. takde la risau sangat.. naik MAS memang best tapi selalu terlambat beli tiket, bila tiket dah mahal terpaksa la naik airasia.. hehehe..

    ReplyDelete