Thursday, December 26, 2013

Pengalaman Sabah - Pusat Penerangan Rafflesia Tambunan

P/s : maafkan saya kerana entry berbentuk maklumat ini biasanya panjang berjela dan mungkin agak membosankan. Saya dapati pageview blog saya tinggi untuk entry-entry jenis perlancongan. Jadi saya cuba curahkan segala pengalaman yang telah diperolehi agar dapat memberi manfaat kepada semua yang mencari.

*******************************
Kali pertama sampai ke Tambunan dulu, saya tidak sempat menyinggah ke Pusat ini. Ia adalah sebuah pusat yang membuat  penjagaan dan penerangan  tentang populasi bunga paling besar di dunia ini. Saya rasa semua orang pun sudah tahu, Rafflesia sebenarnya bukan pokok atau bunga, ia adalah sejenis kulat. Kulat parasitik yang tidak boleh hidup jika tiada pokok perumahnya. Jadi untuk menjaga kulat Rafflesia ini, haruslah menjaga perumahnya sekali.

Selepas bersusah payah mendaki banjaran Crocker yang jalannya berliku dan singgah melalui resort Gunung Alab yang sudah hampir tidak bernyawa kerana ketiadaan pengunjung, maka saya pun memaksa kawan-kawan berhenti di Pusat Penyelidikan Rafflesia itu. Ia bukan pengalaman yang mudah untuk di dapati. Mujurlah kawan-kawan sporting dan melayan sahaja kehendak Pn Rozila yang over exciting bila berhadapan dengan alam semulajadi yang masih tidak terusik ini.

perjalanan pergi
restoran yang sudah tinggal
bunga yang di snap oleh kawan saya
Sebelum itu saya ingin menulis dulu sedikit maklumat, iyalah, dah nama nak memberi maklumat, jadi sebelum pencari-pencarinya merasa boring membaca cerita yang panjang lebar, baik saya tulis siap-siap.

Perjalanan

Dari KK sila ambil jalan Panampang-Tambunan. Jalan ini adalah jalan lama. Kebanyakan orang tidak lagi mengikut jalan ini untuk ke Keningau kerana sudah ada jalan baru iaitu Papar-kimanis  yang terkenal dengan graviti terbaliknya seperti yang pernah saya sebut di sini. Perjalanan mengambil masa dalam 1-1.30 jam sahaja . Jaraknya dari K.K adalah kira-kira 60km. Tetapi keadaan jalan sangatlah berliku-liku, mendaki dan ada satu selekoh yang sungguh tajam. Silalah berhati-hati ketika memandu ya.

Pemandangan kiri kanan dihiasai hutan-hutan tebal dan sungai yang cantik menawan. Sesekali terjumpa kampung-kampung milik penduduk tempatan. Kali pertama datang dulu ada banyak sayuran ditanam, tapi nampaknya kali ini, tiada lagi. Tak tahulah, mungkin juga bukan musim penanamannya. Banyak gerai dan restoran ditepi jalan pula sudah ditutup berikutan ketiadaan pelanggan. Saya amat bersimpati dengan mereka, tetapi tiada apa yang dapat dilakukan. Salah sebuah restoran yang masih bertahan nampak sangat kusam dan suram. Kami hanya menumpang Toilet, airnya sejuk sekali.


banjaran crocker
depan restoran
kucing pun sepi tanpa teman
Kedudukan Sebenar PPR

PPR ini tidak jauh sangat dari Restoran tadi. Saya tidak ingat berapa jauh, tetapi dari jalan utama itu sudah boleh nampak sign boardnya.Mungkin hanya dalam 10-15 minit perjalanan sahaja. Disini saya titipkan gambar pemandangan dari satelit dan juga gambar replika yang dibina oleh Pusat ini.

kedudukan dari google map
kedudukan PPR dan Plot rafflesia di Tambunan
Pandangan google map

Bayaran masuk

Dibawah ini saya lampirkan maklumat bayaran masuk dan lain-lain


Masa

Ia dibuka setiap hari dari pukul 8 am-5 pm.
Waktu lawatan plot hanyalah dari pukul 8-2 pm
Tetapi ada pengecualian untuk plot bunga yang dekat, iaitu sehingga pukul 4 pm.
Lawatan tidak dibenar dilakukan dalam cuaca hujan atau angin kencang

Alamat dan Contact

Jabatan Perhutanan Negeri Sabah
Pejabat Perhutanan Daerah Tambunan
Peti Surat 64, 89650, Tambunan
Tel : 088-899589
Fax: 088-899588

Lain-lain

Keluasan hutan simpan Rafflesia ini ialah kira-kira 365ha. Terdapat banyak plot seperti yang boleh dilihat melalui replika kawasan yang dibina. Plot yang paling dekat berjarak kira-kira 10 minit berjalan kaki. Plot yang jauh, boleh makan masa sehingga lebih setengah jam atau menaiki sampan.

Sayang sekali, waktu saya pergi, tiada bunga sedang mengembang. Jadi tidak dapat melihat bunga itu. Saya minta juga pegawai di sana menghantar ke plot bunga terdekat, walau ia masih belum kembang, tetapi katanya tiada renjer bertugas pada masa itu. Bila tiada bunga kembang, renjer-renjer diarah untuk melakukan kerja ditempat lain. Hampa juga perasaan. Tapi tak apalah, sekurang-kurangnya saya dapat memberi informasi untuk orang lain, itu yang penting.

Selain Tambunan, bunga ini terdapat juga di Kundasang. Ramai pelancong yang melancong ke Kundasang akan turut singgah melawat bunga rafflesia di sana. Pelawat agak kurang di sini, tambahan pula bila jalan baru dibuka di Papar-Kimanis, lagilah tidak ramai pengunjung. Tapi elok juga, dengan itu, populasi bunga ini lebih terkawal dan mengurangkan risiko kerosakan alam sekitar yang dibuat oleh manusia.

Bunga rafflesia

Untuk menerangkan secara terperinci, saya bukanlah pakarnya. Tetapi hendak melihat sesuatu benda yang dikagumi di serata dunia, tambahan pula hanya terdapat dibeberapa buah negara (termasuk negara kita) amatlah mengujakan. Bunga ini kembang beberapa hari sahaja, kemudian terus mati. Ia memerlukan pokok perumah seperti yang telah saya terangkan di atas. Tetapi adakah semua varieti memerlukan pokok perumah, saya tidak pasti pula. Begitu sempurna ciptaan Tuhan, walau ia besar dan cantik, tetapi berbau busuk. Kalau harum sudah pasti orang berebut curi bawa balik untuk di tanam dan berkemungkinan besar tumbuhan itu akan pupus.  

Dulu saya sangka, lubang besar di tengah bunga itu adalah untuk memerangkap serangga seperti mekanisme yang dilakukan tumbuhan periuk kera, tetapi rupanya ia adalah untuk memerangkap spora kulat itu supaya dapat disebar ditempat lain oleh serangga yang hinggap. 

Terdapat beberapa varieti yang memang origin dari Sabah, iaitu varieti Keithii (sebutannya "kitai") dan Tengku Adlinii  kalau tidak silap saya

Tips-tips

Nasihat saya, telefon dulu nombor di atas sebelum datang. Kalau main terjah dan hari datang itu tiada pula Rafflesia kembang, anda akan terasa membuang masa dan tenaga, jadi jangan salahkan saya atau pusat itu. Walaupun ia bukan bunga bermusim, tetapi tidak setiap masa ada yang kembang. Pakailah pakaian yang sesuai untuk melawat. Jangan pakai baju kurung atau jubah yang meleret-leret dengan kasut tinggi, sebab ada plot yang dekat dan ada plot yang jauh. Kalau yang dekat, tak apa, kalau yang jauh tak terlarat nanti. Bawalah makanan dan minuman sendiri. 

Kalau bawa anak-anak kecil pastikan anda bersedia mental dan fizikal dan cari pengetahuan sedikit untuk terangkan sendiri kepada mereka. Saya menyokong ibu bapa yang menggalakkan anak-anak mencintai alam semula jadi. Tapi nasihat saya, jangan ajar mereka buang sampah merata, biarpun hanya sedikit cebisan sampah sebesar ibu jari. Marilah bersama-sama menjaga khazanah yang dikurniakan Tuhan ini dengan sebaik-baiknya.

Pengalaman lain :
hanya replika

kedudukan rafflesia di Asia tenggara
Jalan menuju ke kawasan plot rafflesia
bunga-bunga di sekitar
replika diluar bangunan

28 comments:

  1. Bunga refflesia...bukan mudah utk melihatnya. Jadilah dapat lihat replikanya saje... Setuju, artikel berbentuk maklumat memang tidak dapat dielakkan jika ianya panjang daripada sekadar memberi maklumat yg tidak lengkap.

    ReplyDelete
  2. Subhanallah.. gmbr permandangan tu, saujana mata memandang.. bunga raffelsia slalu sy lihat tp belum pernah lihat secara nyata.. hanya di buku, majalah, tv & skrng di blog Zila.. Nice sharing.. :)

    ReplyDelete
  3. salam ziarah...SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT TAHUN BARU 2014..

    ReplyDelete
  4. kalau kat semenanjung,bunga tu hanya ada kat hutan Belum ja kan...bkn senang nak tengok..

    ReplyDelete
  5. Teringin nak tgk secara dekat.. thanks 4 sharing.. better telefon dulu sblm pergi kan..=D

    ReplyDelete
  6. Jemput baca entri ni. Harap soalan yang diajukan terjawab.

    http://mieadham86.blogspot.com/2013/12/cara-hantar-karya-eceran-ke-media-cetak.html

    ReplyDelete
  7. salam sis..kita tak pernah lagi sampai kecna..memang menarik teringin juga nak tengok bunga raflesia tu

    ReplyDelete
  8. bunga pakma..last tgok form 5... kat royal belum..itupun x kembang lagi..
    sayang.. tempat mcm tu tapi x de pengjung..dkat chalet tu..
    tips yg bguna.. sblum p memng kena call dlu..takut bkan time bunga bkembang.. dont worry kak.. entry panjang2 pun saya tetap baca :)

    ReplyDelete
  9. wahhh... info lengkap bg yg nak ke sana.. cantik la gmbr bunga tu..pndai kwn snapkan.. :)

    ReplyDelete
  10. Bagus info akak nih kak.. walaupun panjang berjela banyak tips nih..

    rugi gak kak kan klo g time bunga tu tak berkembang..huhuhu

    ReplyDelete
  11. Rajin sungguh tulis panjang-panjang..ambik masa lama juga kan..tapi insyaallah bermanafaat utk sahabat yang nak ke sana..

    ReplyDelete
  12. dhhh jadi teringin nak pergi.; tak pernah pegi sana

    ReplyDelete
  13. kita teringin dari dulu nak tengok raflessia ni depan-depan, nak sentuh....

    Boleh jenguk mama di sini.. Mommy As Blog

    ReplyDelete
  14. x pernah lagi tengok bunga tu real depan mata...

    ReplyDelete
  15. Tgok kt tv aje..mmg seorang penulis...pnjg berjela..puas hati sungguhdgn segala info kt sini...tqvm..sgt mghargainya...nti sesat ke sana boleh buat tujukan kt sini...muah...muah

    ReplyDelete
  16. menarik bunga rafflesia itu kak.. aiza tak pernah melihatnya di depan mata..

    ReplyDelete
  17. Assalammualaikum...

    mesti seronok dapat tgk bunga rafflesia depan mata..

    mselim3

    ReplyDelete
  18. trgn nk tgk real bunga rafflesia.. :D.. mcmnlah agaknye baunye..

    p/s : gmbr bunge yg kwn ambik kt atas tu cantiklah.. :D

    ReplyDelete
  19. Teringin juga nak tengok refflesia yang betul... ^__^

    ReplyDelete
  20. CANTIK ,,bunga refflesia tu zila...:D

    ReplyDelete
  21. salam kak zila....cntik bunga tu kak

    ReplyDelete
  22. Bestnyaa. IM tak dpt pergi bercuti lagi.

    ReplyDelete
  23. Kira kalau nak masuk tengok rafflesia kat situ, dah macam jungle trekking jugak la yer.

    ReplyDelete
  24. kalau dapat tengok bunga tu depan-depan, alangkah bestnya..setakat ni, Ros tak pernah tengok depan-depan lagi. Dulu, masa kecil(lebih kurang umur sehingga 4 tahun,) Ros pernah duduk Sabah.. Sebab ayah Ros anggota tentera.. jadi, pernah merasalah duduk Sabah.. Tapi, memang tak ingatlah sebab kecik lagi.. Bila dah besar ni, belum berpeluang nak ke sana lgi.. teringin jugak nak ke sana...

    ReplyDelete
  25. ayu lum pernah nengok bunga tu...

    ReplyDelete
  26. sebenar ny terdapat beberapa tempat lagi selain kundasang dan Tambunan Rafflesia Information Center (RIC) utk melihat Rafflesia dengan lebih dekat. untuk pengetahuan anda, selain jenis rafflesia yg nampak cantik (kira indah rupa dari isi la hehe) terdapat juga jenis rafflesia yang mengerunkan terdapat di Sabah.

    sy sendiri x tahu apakah nama saintifik ny. tapi penduduk kampung tempat kawasan rafflesia menggerunkan itu memanggil namanya "mato rogon" yg bermaksud "mata syaitan". kepada yg berminat boleh melawat kampung Kumawanan, Tambunan sempena Tahun Melawat Tambunan Tahun 2017.

    cuma kene sediakan fizikal dan mental sebab laluan jungle tracking amat mencabar kerana jarang dilalui orang. datang dengan kos yang rendah dan hayati alam semula jadi yang hebat di sana.

    ReplyDelete