Tuesday, December 10, 2013

Perjalanan ke Kota Bharu part 2 - melalui negeri Pahang


Jalan ini telah saya lalui beberapa kali untuk ke Kelantan. Walaupun tidak mahir sangat, tetapi bagi saya ia adalah jalan yang paling mudah. Tidak mungkin anda tersesat kalau betul-betul mengikuti papan tanda yang disediakan, kecuali jika rabun, merewang mata, berborak-borak dan sebagainya. Melalui jalan ini adalah merupakan satu pengalaman menarik. Anda dapat melihat pelbagai jenis lapisan masyarakat, struktur ekonomi, topografi dan bermacam-macam lagi. Berikut adalah pekan-pekan yang akan dilalui atau boleh disinggahi untuk sampai ke Kota Bharu jika melalui Pahang.

 

Pekan Bentong

Untuk melalui jalan ini haruslah masuk ke daerah Gombak dan hentian Genting Sempah.Kemudian anda perlu menukar laluan dengan masuk ke simpang menuju pekan Bentong. Ambil simpang menuju ke sebelah kanan atau ikut sahaja signboard Kuala Lipis dan Raub. Pekan Bentong tidaklah terlalu besar, tetapi ia mempunyai banyak kemudahan sama seperti bandar-bandar lain juga. Sepanjang perjalanan ada ramai peniaga ditepi jalan menjual pelbagai jenis produk pertanian, terutamanya buah-buahan. Ia bergantung kepada musim juga. Kalau musim durian, orang akan jual durian, tapi untuk bulan Oktober dan November buah yang paling banyak dijual ialah nangka madu. Saya sudah buat satu entry pun di sini.

nangka madu
Pekan Raub

Sepanjang perjalanan ke Raub, pemandangan dan aktivitinya adalah sama seperti di Bentong. Terdapat ramai peniaga buahan di tepi jalan. Pekan Raub tidaklah besar sangat, sama seperti Bentong bandar kecil yang mempunyai semua kemudahan seperti bandar lain. Dari Raub anda mempunyai pilihan perjalanan sama ada melalui Jalan Sungai Koyan yang boleh tembus ke Cameron Highland (boleh juga ke Kota Bharu dari sini) atau ambil simpang yang menuju ke Kuala Lipis.

 

Sampai di Padang Bola Sepak Raub (Stadium, sebelah kanan), anda haruslah ambil simpang ke kanan. Jika ke kiri akan terlihat papan tanda laluan alternatif ke Kota Bharu, jalan inilah yang menuju ke Sungai Koyan. Terpulang juga, kalau bercita-cita nak menyinggah ke Cameron Highland, tidak ada apa salahnya mengikut jalan itu. Tetapi bagi saya, buat apa buang masa, kalau benar-benar hendak menyinggah di Cameron Highland, lebih baik ikut jalan Tapah atau Simpang Pulai sahaja. Lagipun pemandu saya sebelum ini telah nasihatkan, jalan itu agak sunyi. Precaution yang diambil haruslah lebih dari jalan yang lain. Jalan di Pekan Raub sama seperti Bentong telah diubahsuai supaya menjadi sehala untuk mengelakkan kesesakan lalulintas terutamanya pada musim cuti sekolah atau hari raya.


Kuala Lipis

Selepas dari Raub anda akan temui beberapa pekan kecil yang lain dan hutan-hutan dikiri kanan. Bandar Kuala Lipis terbahagi kepada dua, bandar baru dan bandar lama. Saya pernah bermalam sekali di sini. Terdapat banyak pilihan hotel jika ingin menyinggah. Hargapun tidak mahal. Ada hotel yang menawarkan harga serendah RM48 siap dengan sarapan. Bilik pun ok juga. Hotel Centre Point namanya. Sesuai untuk backpakers atau orang yang tidak memikirkan standard hotel. Tetapi jika hari masih siang, elok saja teruskan ke Gua Musang, kerana di sana pun ada hotel murah-murah dan ia sudah tidak begitu jauh ke Kota Bharu.

 
 

Gua Musang

Sepanjang perjalanan ke Gua Musang dipenuhi dengan pemandangan hutan-hutan tebal dan terdapat juga gerai-gerai kecil atau kawasan perkampungan felda. Selain itu ada pembinaan lebuhraya yang masih belum siap. Apabila siap lebuhraya ini nanti diharapkan perjalanan akan menjadi lebih lancar dan tidak terlalu sepi.

 
 
Sebelum sampai ke Pekan Gua musang, banyak gerai-gerai menjual buah-buahan tempatan dan jeruk termasuk buah keranji, salak dan sebagainya. Walau bagaimanpun, saya fikir, jualan ini bergantung kepada musim juga. Pekan Gua Musang merentasi laluan keretapi utama ke pantai barat. Dalam perjalanan itu juga anda akan bertemu dengan gerai yang menjual akok dan bahulu panas seperti yang saya ceritakan di sini. Tetapi gerai itu tutup pada hari Jumaat.

Bahulu Kelantan
Akok
Buah Keranji

Dari pekan Gua Musang ini anda harus belok kanan untuk menuju ke KB. Selepas ini akan melalui felda Chiku. Seterusnya akan melalui sedikit jalan yang mencabar dengan gunung-ganang dan berbukit bukau. Beberapa selekoh agak tajam. Pemandu saya beritahu, kereta jirannya telah termasuk ke dalam gaung di sini dalam sebuah kemalangan dan sampai sekarang tidak dapat dinaikkan. Syukur mereka sekeluarga terselamat.

 

Kuala Krai

Selepas Gua Musang, dalam satu perjalanan yang agak jauh juga, anda akan menempuhi Kuala Krai. Sama seperti dari Kuala Lipis ke Gua Musang, ada bahagian-bahagian jalan di sini yang agak berbahaya. Pemanduan haruslah lebih berhati-hati bagi yang pertama kali datang. Walau bagaimanapun, ia tidaklah teruk sangat. Janganlah manggambarkan sesuatu yang buruk sahaja. Kalau kereta ok, pemandu ok, semuanya pun Insyaallah ok. Di Kuala Krai banyak juga pekan-pekan kecil atau kedai-kedai tepi jalan. Anda boleh singgah dimana-mana untuk mengisi minyak dan beli makanan. Cuma pastikan kedai yang disinggahi itu betul-betul milik manusia!

 

Tanah Merah - Machang - Ketereh

Selepas Kuala Krai, anda akan melewati simpang 4, yang mana ke kiri adalah ke Tanah Merah dan kanan ke Machang. Dari sini teruskan sahaja perjalanan sampai berjumpa pekan Ketereh. Ia akan mengambil masa kira-kira sejam setengah dari simpang empat tadi untuk sampai ke Kota Bharu. Ddalam perjalanan menghampiri Kota Bharu juga anda akan bertemu dengan simpang ke Pasir Mas (lubuk gadis cantik, kata orang) dan Pasir Puteh. Anda juga akan bertemu Wakaf Che Yeh, iaitu tempat orang membeli belah. Pasar ini dibuka pada waktu malam sahaja.

Sungai Kelantan
Pekan Tanah merah
Tips-tips lain 

Sepanjang perjalanan, kalau kurang bernasib baik, anda akan bertemu banyak lori-lori berat. Seperti yang telah saya beritahu, jalan menuju ke KB ada banyak bukit bukau dan selekoh. Oleh itu pergerakan lori ini amat lambat dan perlahan di sesetengah tempat. Anda harus mengekalkan sifat sabar dan berhati-hati ketika memotong. Jika hendak memotong, berilah hint pada pemandu lori atau high beam beberapa kali supaya kenderaan dari bahagian bertentangan lebih aware. Terdapat banyak kemalangan maut di sepanjang jalan menuju ke Kota Bharu, terutama di Kuala Krai, Kuala Lipis dan Gua Musang. Risiko kemalangan akan menjadi sangat rendah atau zero kalau kita mengambil langkah-langkah berhati-hati.


Saya juga tidak begitu menggalakkan pemanduan pada lewat malam. Jalan ini walaupun laluan utama, tetapi ia masih sunyi (kecuali mungkin pada musim perayaan). Kenderaan apapun boleh lepas ke Kota Bharu, jangan risau. Saya pernah memandu kancil ke sini dan Alhamdulillah, tiada apa-apa masalah.

Selain itu, pastikan anda membayar Road-Tax, memenuhi syarat JPJ ketika memandu dan mempunyai lesen, kerana sepanjang perjalanan ada beberapa post tetap JPJ akan membuat pemeriksaan. Masa pergi dengan driver beberapa minggu sebelum itu, terdapat 6 roadblock selain dari Speed Trap. Tidak ada sesiapa yang mahu kena saman setelah balik bercuti kan.


Perbelanjaan

Tol = RM 8 (di Gombak dan Bentong)
Petrol = RM 160 (pergi balik) *anggaran untuk kereta persona

Lain-lain entry berkaitan :

Perjalanan ke Kota Bharu Part 1 - tiga laluan utama dan laluan melalui Grik Perak.

Perjalanan ke Kota Bharu Part 3 - melalui LPT dan Kuala Terengganu (akan datang)

Pengalaman percutian dan lawatan

30 comments:

  1. jauh perjalanan luas pemandangan...

    ReplyDelete
  2. wah perjalanan..so far banjir kat sane da ok kee?nmpk lain sikit bahulu kelantan tuh er..

    ReplyDelete
  3. wah jauhnya berjalan..bestkan jalan2 ni..

    ReplyDelete
  4. Sya pnh skli lalu kt jln ni kak..agak sunyi kn..

    ReplyDelete
  5. ..pahang..negeri sy..

    dh lama x mkn buah keranji dlm perahu hehehe

    ReplyDelete
  6. special kuih akok dan bahulu di kelantan.. sudah lama aiza tak merasainya.. nampak sunyi jalan tu kak, aiza tak pernah melaluinya.. dulu kalau ke kelantan aiza selalu ikut lebuhraya timur barat sebab kampung aiza di hulu perak..

    ReplyDelete
  7. Lama sungguh sy x melalui jln2 ini. Rasanya dah hampir 10 tahun juga.. rindu pula teringatkan perjalanan tu.. T kasih diatas perkongsian.. :)

    ReplyDelete
  8. IM dah pernah sampai sana dah. Hehe

    ReplyDelete
  9. setuju kata yg di atas jauh perjalanan luas pandangan dn bertambahnya ilmu..

    ReplyDelete
  10. Ros dah pernah singgah pekan Raub.. masa pergi kenduri kahwin kawan sepejabat dulu..

    ReplyDelete
  11. Satu hari nanti nk explore pantai timur plak. Nice entry :)

    ReplyDelete
  12. Salam...singgah sini...kalau tak keberatan sudilah join GA saya yer....http://mawarberduri4147.blogspot.com/2013/12/special-giveaway-by-afiqah.html..Tq...

    ReplyDelete
  13. Tgk entry akak nih baru sha taw rupa buah keranji hehehe

    ReplyDelete
  14. Nanti leh try llu ikut jln ni...
    Salam knl..

    ReplyDelete
  15. suka baca entry ini..sbab saya sendiri suka drive jalan jauh..lagi best tak tahu jalan yg kita lalui pakal redah je..tq akakatas panduan..boleh dijadikan info bila hendak ke negeri di atas :)

    ReplyDelete
  16. Inilah laluan utama dan paling dekat untuk ke KB dari KL. Bilalah highway tu nak siap agaknye.

    ReplyDelete
  17. kalau Maran Pahang tu kampung akak...hehee... apapun nangka tu memang 'cantik' dan tentunya manis dan sedap kan?

    ReplyDelete
  18. semua tmpt tu deqla dah penah lalu.. tp jarang2 la singgah...hihi.. blk kelate mmg lalu pahang la dulu kan...

    ReplyDelete
  19. Salam..tmpg tye ye...mna 1 kta nk msuk klu nk ke kuala terengganu melalui tol jabor,antara dua cabang kiri karak dan kanan kuantan/temerloh tu...sy first time nk lalu hway karak bln 2 ni...klu msuk karak tu ke mna? T.ksh

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya confuse soalan ini sebenarnya, puan nak masuk ke LPT atau dari LPT puan nak keluar ke Terengganu? Kalau nak masuk ke LPT, selepas hentian genting sempah tu, highway karak, puan teruskan saja perjalanan dan follow sign board masuk ke LPT. Dari highway karak tu, puan ambil fly over yg ke LPT (lebuhraya pantai timur). Kalau tak naik flyover, akan terus ke karak.

      Delete
    2. Maaf buat puan confuse..sy xpnh lalu hway ni n sy xphm lps genting sempah tu..td ada research2 n jmpa gmbr signboard lps genting sempah yg tulis kiri ke karak & kanan ke kuantan/temerloh/lanchang...tp skrg ok ckit kot lps puan terangkan td...t.ksh byk2 sb membantu..:)

      Delete
    3. Sy nk ke msuk LPT sbb sy perjalanan dr seremban..tq

      Delete
  20. petrol 160 tu pergi dan balik dari kl ke kota bahru ke?

    ReplyDelete
  21. Salam Zila, saya Jamil, nak tanya kos petrol 160, perjalanan dari kl ke kota bahru ke tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waslm, betul en jamil, rm 160. kereta persona, dah pakai 3 tahun. Pergi balik punya petrol. Mahal Sgt ke? Mungkin ada kereta yg lebih jimat kut

      Delete
  22. petrol 160 tu pergi dan balik dari kl ke kota bahru ke?

    ReplyDelete
  23. terima kasih sbb sharing.sangat membantu.

    https://www.diyanarazim.blogspot.com

    ReplyDelete
  24. salam zila, saya bercadang nak ke kelantan bersama keluarga dalam masa terdekat ni buat kali pertamanya. boleh saya tahu berapa jam keseluruhan perjalanan campur berhenti nak rehat semua? terima kasih.

    tentang petrol tu sekarang minyak dah naik. mungkin kosnya bertambah sedikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Masa perjalanan bergantung kepada keadaan traffic. kalu tak ada apa-apa halangan, campur rehat satu jam, lebih kurang 7-8 jam je. Itu kalau kita bawak laju sikit. Ada jugak yang gila bawa enam jam saja. Kita pentingkan keselamatan.

      Traffic akan terganggu bila hujan, banyak kereta, banyak lori, ada eksiden dan sebagainya. Tapi normal memang 7-8 jam sahaja.

      Delete