Wednesday, December 4, 2013

Reunion sekolah

 p/s : entry ini adalah entry peribadi, tapi saya sangat teruja untuk berkongsi, mana tahu ia jadi semangat pula pada orang lain untuk bertemu dengan rakan-rakan lama dan menjalinkan hubungan yang baik serta berkekalan.

Alam sekolah adalah alam yang paling indah untuk dikenang. Disanalah kita mula belajar berkawan dan bertemu dengan orang lain selain dari ahli keluarga. Yang paling indah selepas itu ialah apabila persahabatan itu kekal sehingga dewasa dan bila bertemu kembali dapat pula mengenang kisah-kisah silam sambil ketawa bersama-sama.

Sebenarnya hampir setiap tahun batch kami membuat reunion. Walaupun tidak semua dapat hadir, tapi hubungan itu tetap rapat melalui Whatsapp atau FB. Bila hari raya kami masih mengunjungi antara satu sama lain. Ada diantaranya telah berkawan dengan saya sejak dari darjah satu dan saya biasa datang kerumah mereka. Satu keistimewaan bersekolah di kampung ialah, kita mengenali kawan-kawan bukan setakat di dalam sekolah sahaja, malahan sampai ke rumah dan keluarga sekali.

Kawan paling rapat. Sampai sekarang pun masih rapat
kelas saya
Bertemu kembali apabila sudah dewasa dengan masing-masing sudah berkeluarga serta berkerjaya memanglah amat menyeronokkan. Sampai kawan saya kata, reunion ini membuatkan kami terasa macam masih berumur 17 tahun. Sungguh! Memang betul. Saya bangga dengan kawan-kawan dan cikgu-cikgu sekolah kami, walaupun kami semua nakal (semua, hokeh!), tapi Alhamdulillah, kesemuanya telah menjadi manusia yang berguna. Cuma nakal-nakal kami, tidaklah sampai jahat dan masih menghormati cikgu. Apapun, kenangan zaman sekolah amatlah menggembirakan dan tidak akan dapat dilupakan.

 
 


12 comments:

  1. Hai Zila seronoknya berjumpa kawan2 lama.. saya teringin nak bertemu dengan kawan2 masa sekolah menengah dulu... tapi dah lama sangat dah tak ingat nama2 mereka. Malah diantara mereka yang memang rapat dengan saya sudah pun meninggal dunia. Sekarang ni saya cuma dapat contact kawan2 masa Darjah 6 (dulu darjah skrg tahun 6). Yang bestnya salah sorang kawan saya tu dapat saya hubungi semula apabila saya berFB dengan anaknya.

    ReplyDelete
  2. baru 30 nov lepas kwn sek rendah saya wat reunion utk pertama kali . saya x dpt join sbb ada family meeting kat bagan datok lak ...

    ReplyDelete
  3. Best kan kak zila dpt reunion dgn kwn..leh kongsi2 cerita zaman muda2 dlu.hehe..

    Kak..klu sudi join ga sya ya ..tima kasih :)

    ReplyDelete
  4. Yang indah akan terus tersimpan..... Mengingatinya akan buat kita tersenyum sendirian heee

    ReplyDelete
  5. seronoknya dpt buat reniuon jumpa genk2 sekolah...satu kenangan yg manis

    ReplyDelete
  6. Seronok reunion ni.. bnyk kenangan lama yg dtg kembali hingga ada yg x kering gusi.. Tahniah.. :)

    ReplyDelete
  7. Betul tu, reunion memang best! Batch saya pun buat setiap tahun....
    Dulu2 selalu follow reunion. Tapi sekarang ni dah duduk jauh...jarang2 dapat turut serta.

    ReplyDelete
  8. macam best je.. saya tiap2 kali cuti raya baru sempat buat reunion..

    ReplyDelete
  9. macam best je.. waya kalau nk buat reunion kena tunggu cuti time raya je la..

    ReplyDelete
  10. wahhh bestnyeee... rindu zaman skolah kan ......

    ReplyDelete
  11. tentu meriah apabila sesekali dapat berjumpa dengan rakan sekelas lama..

    ReplyDelete
  12. memang syok kalau dapat bertemu :)

    ReplyDelete