Thursday, December 5, 2013

Tips untuk mengelak post yang tidak digemari di FB

Sayapun manusia yang marhaen juga. Tidak semua perkara saya boleh suka dan bertoleransi dalam dunia ini. Terutama yang melibatkan FB. Sekali-sekala sayapun ada update status dan share perkara atau gambar. Mungkin ada yang suka, mungkin ada yang tak suka. Itu terpulang pada hak individu. Laman sosial mempunyai kebebasan sendiri untuk berkarya. Tidak ada halangan asalkan tidak berlebih-lebihan.

Cuma kadang-kadang ada kawan yang asyik mengpost isu atau topik yang kita tidak berkenan. Pulak tu, hampir setiap masa dan setiap hari. Bila tiba musim bergaduh, hari-hari post maki-maki, mengadu sana-sini. Bila tiba musim romantik, hari-hari post cerita romantik saja, cerita bilik tidur, rindu dendam, semua nak didedahkan, sampai kita naik meluat pula baca (macamlah orang lain tak ada suami). Ada pula yang post pasal anak, wah, anak dia saja yang paling sempurna, perfect tulus mulus, orang lain tak ada anak, setiap minit nak post pasal anak, berak kencing, sudu jatuh pun nak cerita (tapi yang ini orang tak kisah sangat dan sayapun tak kisah, emak ayah mana yang tidak bangga dengan anak, not a big issue). Ada juga yang post pasal berniaga, oklah, boleh terima, tapi kalau post pasal nak tarik orang join MLM, aduhai, bagai nak rak, siap kutuk sana sini lagi, apa ayatnya tu, "sampai bila nak susah", "Susahlah kau seumur hidup", "mari buat duit", ewah...betul memang betul, tapi agak-agaklah, janganlah over.

Dalam banyak-banyak itu, post paling saya benci dan tidak suka ialah post share fitnah dan politik. Ada ramai kakinya ni. Terjumpa post apa-apa, entah dimana-mana, main share saja, tak nak pulak dia selidik dulu, terus percaya bulat-bulat dan share sana-sini. Contohnya seperti ini,

"semalam sipolan-sipolan pukul sipolan-sipolan..sampai masuk hospital, tak guna betul, muka dahlah hodoh"

atau

"kat JB semalam tak ada elektrik, TNB saja potong bekalan, sebab ketua kampung suruh"

Yang amat pelik dan ajaib, mereka percaya tanpa ususl periksa! Dan walaupun hanya beberapa patah perkataan, sanggup ajak kawan lain share sama.

Kalau post pasal politik lagi teruk. Tak usah cakaplah. Penyokong parti A kata,

"Pemimpin kamilah yang paling maksum dalam dunia ini, tidak ada dia, melainkan dia. Dialah yang terbaik, bla bla bla. Kentutnyapun bau wangi, tau"

Penyokong parti B pun sama.

"Apa kurang pemimpin kami. Ketiakpun wangi, kalau boleh berakpun kami nak tadah, berkattt."

Lalu berebut-rebutlah mereka share apa sahaja yang boleh melukakan hati pihak lawan. Betul atau tidak, belakang cerita. A kata B fitnah, B kata A fitnah. 2 x 5. Politik tidak matang.

Oleh itu hari ini, saya nak bagi tips kepada sesiapa sahaja yang menghadapi masalah macam saya. Tahulah, kadang-kadang kawan-kawan ni, kalau nak di unfreind, tak sedap juga. Kita hormat orang, jangan buat tindakan membuta tuli tanpa menggunakan akal. Budak tak sekolahpun ada akal, takkan orang tua yang sekolah tak ada akal. Tapi kalau sudah diunfreind itu, biarkan sajalah. Tidak rugi apa-apa. Kita pun ada life kita sendiri. Bukan orang yang bagi kebahagiaan pada kita, kita sendiri yang bagi kebahagiaan pada diri sendiri.

Facebook mempunyai setting tertentu untuk melindungi pemilik akaun dari segi emosi. Kalau kawan baik selalu sangat post perkara yang kita tidak berkenan, tapi kita tak sampai hati nak unfreind atau block, maka kita boleh buat pilihan untuk "hide" post-post mereka. Cuma satu, bila sudah hide, sebarang berita dari mereka langsung sudah tidak kelihatan dalam feed post lagi. Kalau nak melawat sekali sekala, kenalah buat secara manual, kena klik pada namanya. Itu lebih baik, dari kita merasa tidak happy dengan post-post yang telah diedar. Caranya :

1. Bila lihat post kawan itu, terdapat satu setting panah kebawah disebelah kanan seperti gambar dibawah dan pilih saja hide all from.
2. Kemudian keluar satu lagi box seperti berikut :
 

Biasa saya tak pilih apa-apa setting, biarkan saja, paling habispun saya hanya pilih setting "its annoying or not interesting", itu sahaja. Jadi kita tak perlu unfreind kawan itu, boleh melawat mereka sekali-sekala bila teringat atau hantar mesej dan mereka pun tidak akan kecil hati dengan kita. Sekian selamat mencuba.

17 comments:

  1. Hehe..kak..betui2..kekdg mmg annoying dgn status2 politik kat fb..tetba je buat sya ngntuk bila baca..mmg harus dibuat cmni..sbb nak unfriend takleh kawan jgk ni.hehe..tq akk kongsi info ni..nnti2 leh buat ni :D

    ReplyDelete
  2. Memang kebiasaan bagi warga Malaysia untuk gunakan Facebook ni sebagai tempat untuk promosi, sama ada promote parti yang disokong, perniagaan yang diceburi, mahupun promote diri sendiri. Sekarang ni, macam dah tak ramai yang join Facebook pure untuk contact member-member lama je. Sure, akan ada je agenda tersembunyi bila dah lama sangat join Facebook.

    ReplyDelete
  3. wah! nice ni kak...ramai je ayu nengok yg xbape kenan di mata. yg cinton2 dan marah2 la plg geli.

    ReplyDelete
  4. saya unfriend sebab memanjang jer status ttg politik . dok kutuk memanjang ... rasanya mrk pun x perasan kehilangan fb saya di friend listnya ...

    ReplyDelete
  5. Memang sakit hati kalau orang post atau komen dgn bahasa yg kesat2 ni... Tak rasa malu langsung mereka ni.... Lagi satu post gambar gambar ngeri..... Tak fikir langsung apa perasaan keluarga mangsa. Dah jumpa gambar tengok aje lah sorang, takyah lah sebarkan.... Kan?

    ReplyDelete
  6. aiza je jarang-jarang buka facebook.. tapi sesekali buka perasan juga ada sesetengah kawan yang asyil cakap bab politik sehingga memburukkan orang lain..

    ReplyDelete
  7. terima kasih sis..saya pun memng menyampah dgn pos2 spam yg x spatutnya ada dalam fb saya.. yang bab report memng selalu saya buat..

    ReplyDelete
  8. Mmg betul tu.. dgn cara ni pun kita x putuskan silaturrahim, cuma menghindarkan diri dari melihat atau membaca update yg x seronok utk dilihat atau dibaca. Thanks sharing Zila.. :)

    ReplyDelete
  9. Pasal cintan2 bdk hinggusan saya delete terus, klau politik, bca komen kt bwh, ignore..mgucap pnjg..tk nk tmpg sekaki, nk post psl pndai bt kek itu ini, itu ini pun rsa mcmada org dgki, selalu knor akn update ttg hadith.org bca atau tk bca terplg..psl artis...sukabila mereka berhijrah..

    ReplyDelete
  10. Ade gak bab politik masuk feed tp ignore .. bace yg menarik perhatian je

    ReplyDelete
  11. IM pun buat macam ni kalau ada post yang tak nak naik kat timeline. Kalau orang yg sama buat benda yg sama berulang kali, IM hidekan terus post dr orang tersebut. Heee

    ReplyDelete
  12. kadang2x memang selalu macam tu lagi-lagilah artis memang block terus..

    ReplyDelete
  13. Salam kak....betul tu kak....buat mcm fb tu diari kehidupan pulak....semua nak cerita...hehehe...

    ReplyDelete
  14. jarang updated statu dah.. cuma banyak share dari fb Prof Muhaya je :)

    ReplyDelete