Thursday, January 24, 2013

Dunia huru-hara

Semalam saya out-station ke Lenggong Perak, bersama ketua dan beberapa pegawai lain. Dalam perjalanan balik, seorang pegawai menceritakan pengalamannya semasa tinggal di U.K berbelas tahun yang sudah. Apabila balik di rumah malam itu, saya membaca berita dan terjumpa sebuah berita yang jalan ceritanya hampir-hampir mirip kepada kejadian yang berlaku di U.K itu.

Dunia kini sudah huru-hara, walau dimana-mana, semakin populasi manusia bertambah, semakinlah bertambah masalahnya. Jangan fikir Mat Salleh itu berhemah, penuh adab sopan dan baik-baik semuanya.Ceritanya seperti berikut:

Semasa pegawai yang diceritakan sedang melanjutnkan pelajarannya di U.K, beliau tinggal di sebuah apartment berdekatan dengan Old Trafford. Suatu hari terjadi satu isu di U.K, seorang lelaki sedang mencuri di sebuah rumah, secara kebetulan jiran kepada tuan rumah telah ternampak dan menangkap pencuri itu. Dalam pergelutan, tangan si pencuri telah terseliuh namun dia berjaya dibawa ke balai polis. Tapi kemudian, pencuri itu telah mengemukakan saman kepada si penangkap atas dakwaan penangkap telah menyebabkan kecederaan kepada tangannya. Dalam hujahnya pencuri mendakwa, kecederaan itu menyebabkan dia tidak dapat meneruskan pekerjaannya sebagai seorang pencuri lagi. Si penangkap turut menerima hukuman di atas saman ini. Kata pegawai yang menceritakan kisah ini kepada saya, kejadian itu menjadi satu isu yang agak hangat di U.K dan ramai orang menyifatkan undang-undang di U.K adalah undang-undang yang huru-hara.



Balik kepada berita yang saya baca tadi, berikut adalah petikannya :

"Kerugian saya lebih besar"

Wartawan Sinar Harian 23 Januari 2013

"Kerugian saya lebih besar" Kamaruddin dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret, semalam.
AYER KEROH - Seorang penganggur yang mempunyai lapan rekod jenayah lampau merayu Mahkamah Majistret di sini, semalam agar menjatuhkan hukuman ringan terhadap dirinya kerana dia mengalami kerugian lebih daripada pengadu apabila tulang pinggulnya patah.
Tertuduh, Kamaruddin Alip, 38, turut merayu hukuman ringan kerana perlu menjalani terapi trauma akibat kecederaan dialami selepas dibelasah pengadu kerana mencuri bingkai pintu aluminium, minggu lalu.

“Selain pengakuan salah saya menjimatkan kos mahkamah, saya mengalami kecederaan dan kaki saya ini lebih berharga daripada kerugian ditanggung pengadu.

“Menurut doktor hospital besar, saya yang patah dan retak  tulang pinggul perlu jalani terapi trauma disebabkan  tidak boleh berdiri dengan kedua-dua belah kaki,” katanya.

Terdahulu, Kamaruddin mengaku bersalah terhadap pertuduhan mencuri dua bingkai pintu aluminium bernilai RM500 kepunyaan Eng Development Co Sdn Bhd di Plaza Wang, Jalan Tun Perak, kira-kira jam 9 pagi pada 16 Januari 2013.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Inspektor Muhather Mohd Kudus yang mengendalikan kes meminta mahkamah memberikan hukuman setimpal terhadap tertuduh bergiat aktif mencuri biarpun mempunyai lapan rekod jenayah lampau.

“Pengadu dalam kes ini bertindak memukul tertuduh kerana mahu mempertahankan diri selepas diserang tertuduh ketika kejadian,” katanya.

Selepas mempertimbangkan rayuan dan hujah kedua-dua pihak, Majistret, Nor Azizah Yusof kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama dua tahun terhadap tertuduh bermula semalam.


Tiba-tiba saya terasa seolah-olah kedua-dua berita ini seperti ada kaitannya. Orang yang dengan terang-terangan telah berbuat salah, ingin menuntut agar kesalahan yang telah dilakukan itu diterima dalam masyarakat sebagai satu pekerjaan yang betul. Dunia apakah ini.

Tuesday, January 22, 2013

Listen, listen, listen dan Isu pendidikan percuma



Saya agak tidak berpuashati dengan fenomena listen listen listen yang berlaku baru-baru ini. Ia bukanlah satu isu yang sangat besar, ia adalah satu isu yang sengaja dibesar-besarkan.Bagi saya kedua-dua pihak penyokong parti politik sengaja membesar-besarkan isu yang kecil. Yang selebihnya bergaduh dan hentam menghentam ialah orang melayu itu sendiri, tidak kiralah dari pihak mana pun. 

Bagi saya kedua-dua orang yang terlibat dalam forum itu, Bawani dah Sharifah Zahora, sama sahaja. Kedua-duanya tidak faham tentang etika dan sarat dengan emosi. Saudari Bawani itu memang seorang pelajar yang agak agresif dan berpihak kepada parti pembangkang. Sharifah itu juga seorang wanita yang agresif, tetapi saya tidak pasti pegangan parti politiknya. 

Walau bagaimanapun ada satu isu menarik yang telah dibangkitkan oleh saudara Bawani yang kerap dijadikan pertikaian antara penyokokng-penyokong parti politik, iaitu tentang isu pendidikan percuma. Dalam saya tidak ambil pusing, saya memandang berat juga perkara itu. Akhirnya saya terjumpa dengan satu artikel yang ditulis untuk menjawab tuduhan/kecaman/permintaan sebilangan penyokong parti politik tentang pendidikan percuma ini. 

Dibawah saya memaparkan artikel yang saya dapat dari sebuah laman sesawang. Dari mana tuan punya laman mendapatknya tidaklah pula saya selidik, saya bukanlah seorang peguam yang penuh hujah (atau juga putar belitnya), saya cuma berfikir dengan logik tentang apa yang dikatakan, boleh diterima akal, berbanding dengan permintaan saudari Bawani yang agak tidak masuk akal.

Saya percaya kebanyakan orang dan termasuk Bawani sendiri mendapatkan sumber maklumat tentang pendidikan percuma di sesetengah negara itu adalah dari laman web wikimapia (atau juga laman web lain). Kebanyakan laman web ini tidak menerangkan dengan jelas perkara-perkara lain yang berkaitan dengan pendidikan percuma di negara-negara tersebut. Ada sesetengah orang memang suka menuduh-nuduh atau mengambil berat tentang sesuatu fakta yang belum sahih dan kemudian menghebahkannya seolah-olah ia adalah suatu perkara yang begitu serius dan boleh dipakai.


Listen, listen, listen. Menjawab tuduhan Bawani, ahli Parti Sosialis Malaysia. Isu pendidikan percuma :

1. Argentina.

Memang pendidikan di negara berkenaan percuma dan terbuka kepada sesiapa sahaja. Tetapi, terdapat banyak kos tersembunyi di negara berkeaan seperti pelajar harus membayar kos pengakutan dan pelbagai kos-kos lain yang mengarut. Pemberian biasiswa di negara berkenaan yang tidak sama rata sebenarnya telah mengabaikan golongan yang berpendidikan rendah untuk masuk ke dalam universiti. 9 daripada 10 pelajar yang memasuki universiti di Argentina datang daripada golongan kaya.

2. Negara dunia ketiga seperti Sri Lanka dan Mauritius mengamalkan pendidikan percuma?

Sebelum nak bercakap mengenai Sri Lanka, fahamkan dulu sistem pendidikan mereka. Hanya 10 peratus sahaja mereka yang layak memasuki university, selebihnya akan terpiggir. Inilah harganya yang perlu dibayar. Mengenai soal Mauritius, hanya orang bodoh sahaja yang membandingkan Malaysia dengan Mauritius. 1,286,340 merupakan jumlah rakyat di sana. Negara mereka pula kecil dan pengajian swasta cuma menjalankan kelas pada hari minggu sahaja memandangkan jumlah pelajar di sana sangat kecil. Jadi, buat apa nak bandingkan epal dengan durian? Sangat tidak adil bukan?

3. Brazil.

Ya, pendidikan mereka percuma, tetapi, nah, ambil ni: "Brazil is known for charging a high tax burden from its citizens and companies established. We will provide an overview of the most common taxes in Brazil, dividing them into Federal, State and Municipal taxes." Rujuk link pada komen saya dibawah." Everyday taxes in Brazil: IPVA, IPTU and IPTR!"

4. Bandingkan dengan negara kaya pula?

Berapa kerat negara kaya yang ada sistem pendidikan percuma? Denmark? Kadar cukai di negara berkenaan merupakan yang paling tinggi di dunia. Kita perlu bayar untuk sesuatu yang percuma.

5. Turki?

Sistem pendidikan negara kita tak ubah macam negara mereka.Turki hanya menawarkan pendidikan percuma pada peringkat sekolah rendah dan menengah daripada gred 1 sehinggalah 12. Serupa dengan negara kita, pendidikan percuma di Malaysia ditawarkan daripada darjah satu sehinggalah ke tingkatan 6 sebenarnya. Dan Malaysia hanya mengenakan 10% bayaran untuk pendidikan tertiaty (universiti, kolej) dengan 90% disubsidi kerajaan.

6. Finland?

Saya dah cakap, jangan buat perbandingan epal dan durian. Kita buat sedikit analisis pasal negara Finland. Finland mempunyai 169, 000 orang pelajar dan Malaysia mempunyai 508,256 pelajar yang belajar di IPTA (IPTA sahaja, tidak termasuk IPTS lagi). Malaysia sebenarnya memberikan subsidi sebanyak 95 % daripada yuran pengajian sebenar di IPTA. Pelajar hanya membayar 5 % sahaja. Cukai pendapatan di Finland mencecah 50 peratus ke atas manakala Malaysia hanyalah mencecah 26 peratus maksimun. Dan, kenapa tergamak kalian bandingkan epal dan durian?

Negara-negara yang dibangkitkan oleh Bawini sebenarnya kaya dengan inflasi. Ambil contoh Argentina sudah cukup. 38 peratus inflasi untuk 2 tahun kebelakangan ini. Barang naik sikit kat Malaysia pun dah bising, dan hanya kerana pendidikan percuma, apakah sudah bersedia rakyat Malaysia untuk menghadapi cukai yang tinggi?  

Komen : Di Malaysia, kalau x nak bayar cukai pendapatan, bayarlah zakat untuk pemotongan terus. 

 Sharifah juga harus dipersalahkan. Belum sempat Bawani menghabiskan hujahnya, terus Sharifah memotong. Tetapi saya juga difahamkan yang Sharifah terpaksa memotong kerana kesuntukan masa program. Bawani pula bertanyakan selepas waktu program bukan Q & A session. Ini yang dianggap sebagai sejenis provokasi kerana sepatutnya soalan itu ditanyakan kepada panelis, bukannya moderator. 

 Dan menjadikan Ambiga sebagai idola sudah menggambarkan mentalitinya.

Saturday, January 19, 2013

Percutian budget di musim cuti sekolah

Bukan semua keluarga kaya dan berada mampu membawa anak-anak bercuti kemana sahaja yang terlintas dihati pada musim cuti sekolah.

Kamipun bukannya keluarga yang sangat berada, tapi sesekali, berusaha juga memberi peluang kepada anak-anak untuk merasa berjalan-jalan. Walaupun kadang-kadang percutian kami bukan percutian yang mewah, tetapi itu adalah lebih baik untuk anak-anak merasa gembira dan dihargai.

Tak guna menunjuk-nunjuk bercuti di sana-sini, apa yang dapat. Namun berkongsi cerita ada baiknya juga, sekurang-kurangnya orang lainpun boleh mengambil pengalaman kita untuk dijadikan panduan. Menulis cerita bercuti-cutian bukan bermaksud kita hendak menunjuk-nunjuk. Memetik kata seseorang, tunjuk dan menunjuk-nunjuk adalah satu istilah yang sangat berbeza. Tunjuk adalah dengan niat untuk memberi tahu supaya orang lain mendapat manfaat. Menunjuk-nunjuk pula biasanya diiringi dengan niat riak dan ujub supaya orang merasa kagum dengan kelebihan yang ada.

Sayapun sebelum merancang membawa anak-anak berjalan pada cuti sekolah kali ini telah membuat banyak survey dari laman-laman blog  untuk mendapatkan pengetahuan yang lebih. Kalau diikutkan semua tempat yang kami pergi ini adalah tempat-tempat yang budget dan tidak perlu mengeluarkan belanja yang sangat tinggi. Beberapa tempat yang kami pergi juga, saya membawa bekalan yang dimasak dari rumah, bertambah rendahlah budgetnya.

Berikut adalah cerita-cerita berjalan dimusim cuti sekolah kali ini, Pengalaman di zoo negara, Pengalaman di Taman-Rama-rama, Pengalaman di Planetarium, Pengalaman di Muzium Negara, Pengalaman di Pusat Sains dan Pengalaman di Taman Botani Negara Shah Alam    pengalaman percutian lain




Pengalaman ke Taman Botani Negara Shah Alam

Kali terakhir saya pergi ke TBNSA ialah kira-kira 3 tahun yang lepas, itupun atas urusan kerja. Saya tidak ingat banyak tentangnya. Oleh itu hari sebelum kami kami pergi melawat itu, saya sudah siapkan survey dan kertas kerjanya. Ok, biasa sebelum keluar berjalan atau untuk sesuatu aktiviti yang saya rancang, saya akan buat preparation berupa paper work, walaupun ia bukan urusan rasmi. Tetapi pada hari kejadian, ecewah, suami mengajak saya ke opisnya dulu sebelum ke TBNSA atas satu urusan kerja. Jadi paper work tinggal paper work sahajalah, memang tidak ikut jadual. Katanya, kerja itu sekejap sahaja, sayapun tak kisah. Rupa-rupanya pukul 11 baru siap. Singgah makan di Kg Kerinchi dahulu, akhirnya hampir pukul 1 juga kami sampai di TBNSA. Kali ini saya tidak masak-memasak dan bercadang makan diluar sahaja.




Sebelum pergi itu, kalau ikut perancangan, kami akan masuk ke Plus Highway, keluar tol Batu tiga, kemudian sampai simpang tiga selepas tol belok ke kiri hingga berjumpa dengan bulatan pertama. Selepas bulatan pertama itu pula, ambil no 3 teruskan perjalanan sampailah ke bulatan ke dua dan seterusnya. Segala-galanya telah saya saya print didalam kertas kerja itu. Tapi di sebabkan kami dari dari federal highway, maka map pun berubah dan akhirnya kami tersesat-sesat juga, itu yang buat lebih lambat, walaupun jalan nak kesana tak sesusah mana.

Ok, mulakan cerita tentang pengalaman di TBNSA ini. Ia adalah sebuah taman rimba yang agak besar siap dengan tasik empangan. Terdapat banyak taman di dalamnya, tetapi kami tidakmenjelajah ke semua kawasan, maklumlah, membawa anak kecil. Kami cuma naik tram sehingga ke taman empat musim (memang tujuan utama datang ke sini untuk melawat taman itu) dan kemudian berhenti di taman haiwan. Lain-lain taman kami tidak singgah kerana sudah lewat.













Tram memang disediakan untuk mereka yang tidak sanggup berjalan kaki, tapi ia selalu penuh selain datang hanya setiap 20 minit ( masa kami pergi itu). Jadi, harus beratur lama. Tram ini adalah percuma. Ada juga sewaan basikal bagi yang larat. Tapi tempatnya berbukit, memang penat, kecuali kita biasa bersenam.










Taman empat musim memang sangat sinonim dengan TBNSA. Tambahan pula pada bulan disember, iaitu musim salji. Tapi awal-awal sebelum pergi saya sudah ingatkan anak-anak bahawa salji disini bukan original. Boleh tengok, tapi tidak boleh bermain-main. Kalau hendak tengok salji yang betul-betul kena belajar rajin-rajin, kerja bagus-bagus, kumpul duit, baru boleh pergi ketempat yang ada salji yang 'original'.

Rumah salji itu memang sejuk, walaupun saya menyediakan baju sejuk untuk anak-anak tapi mereka nampak masih tak tahan dengan kesejukan itu. Ayahnya lagilah tak tahan sejuk. Saya yang montel ini bolehla tahan sikit. Sedang ambik gambar, bateri kamerapun habis. Terpaksalah ambil gambar guna kamera H/P.














Berdekatan dengan Taman Empat musim ini ada satu taman lagi yang siap dengan menara tinggi. Ia mempunyai landskaping yang agak menarik. Tapi saya terlupa hendak ke sana, sebaliknya terus ketaman permainan yang berada di bawah Taman empat musim itu  kerana anak-anak sangat teruja untuk ke sana , walhal rumah kami diputrajayapun dekat juga dengan taman permainan. Itulah lumrah kanak-kanak.








Balik dari Taman Empat Musim, kami singgah pula di Taman Haiwan. Taman ini agak menyedihkan. Haiwan seperti kuda tidak mendapat rawatan yang mencukupi. Kandangnya agak kotor. Selain kuda, terdapat landak, iguana, arnab, rusa dan burung-burung. Mungkin taman ini memerlukan peruntukan yang lebih untuk diselenggara dengan lebih baik. Kami tidak lama di sini.




















Memang kami tidak lama di TBNSA. Habis melawat Taman Haiwan itu kami singgah makan di pintu masuk utama. Harga makanan memang standard harga rimba, maklumlah bukan mudah nak keluar masuk membawa barangan basah. Kedai-kedaipun jauh dari sini. Jadi sepinggan mee goreng biasa di cas RM6.00. Janji anak suka, kami beli dua pinggan, saya ambil nasi campur dan suami ambil mee sup. Air kesemuanya air mineral. Kemudian saya tambah sedikit cempedak goreng, semua sekali RM28. Oklah kot.

Informasi tambahan :

Masa buka : 9-5pm
Tiket masuk : RM 4 dewasa
                     RM 2 kanak-kanak
Tiket 4 musim : RM 6 Dewasa
                        RM 4 Kanak-kanak
                       (boleh juga dibeli di pintu masuk taman)
kemudahansurau/ tandas : banyak di setiap point
Kemudahan restoran : ada dibahagian luar, tetapi dibahagian dalam rasanya hanya gerai makanan ringan
Tram : ada (kena beratur panjang masa cuti sekolah)
lain-lain : ada kolam renang, boleh bawa anak mandi.
Penginapan ; ada tapi kena book awal