Wednesday, March 27, 2013

Bulan yang sangat sibuk

Bulan Mac dan April adalah bulan yang sangat sibuk bagi sayan pada tahun ini. Dalam masa dua minggu satu program akan berlangsung di pejabat saya. Tidak mudah untuk menjadi pengurus sesebuah majlis, tambahan pula sebuah majlis rasmi yang mengambil masa selama dua minggu. Terlalu banyak perkara yang harus diambil kira tambahan dengan bajet yang sangat kecil, saya terpaksa turun naik department-department tertentu untuk memohon peruntukan-peruntukan yang bersesuaian dengan program itu. Saya merasa terhutang budi dan terharu dengan semua bantuan yang telah diberikan.

Banyak juga cabaran yang terpaksa dilalui. Perkara mengurus kerja kahwinpun tidak sesukar ini. Namun setakat ini segalanya masih berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik dari lain-lain department. Saya berharap dengan bantuan Allah agar program itu akan berlangsung dengan lancar sepanjang dua minggu ini.Walaupun ia agak meletihkan tetapi saya gembira dengan kerja-kerja begini kerana  ia banyak memberi pengalaman, pengetahuan, ilmu, etika berurusan dengan orang ramai dan berbagai-bagai lagi. Tidak dinafikan, saya merasa sedikit cuak dan berharap semuanya selesai secepat yang mungkin dengan sebaiknya. Semoga segalanya akan menjadi baik-baik sahaja.

Saturday, March 2, 2013

motivasi


#1 : W.A.R.I.S-Rembau Most Wanted (Official Music Video) (HQ).mp4

Hubungan dengan mertua

Semalam TV3 menyiarkan secara langsung rancangan bual bicara berkenaan hubungan mertua dan menantu. Ada sebuah buku yang pernah diterbitkan bertajuk man from mars, woman from venus. Maksudnya perhubungan antara lelaki dan wanita itu sebenarnya adalah sesuatu yang sangat asing, apatah lagi perhubungan dengan orang lain. Namun, maksud kata-kata ini sesuai juga untuk menggambarkan hubungan yang bukan berasaskan darah daging. Urusan perhubungan dengan ibubapa mertua dan ipar duai memanglah perkara yang amat sensitif. Begitu banyak masyarakat yang mempunyai hubungan yang kurang harmoni bersama ipar duai dan mertua mereka atas pepatah man from mars, woman from venus itu. .

Ya, dalam apa-apa urusan atau dalam mana-mana keluargapun, memang emak dan ayah akan lebih mengutamakan anak lebih dari menantu. Tidak kiralah walau bagaimanapun kita mahu menafikannya, namun ia tetap menjadi kenyataan yang tidak boleh disangkal, kerana sebagai ibubapa kita juga  mempunyai bonding yang amat kuat terhadap anak-anak sendiri. Maklumlah, kita yang melahirkan mereka, oleh itu, haruslah kita memahami bonding ini

Sebagai anak menantu, perlulah untuk menghormati ibubapa mertua yang telah melahirkan suami/isteri kita. Tidak patut bercakap kasar apatah lagi menunjuk-nunjuk dan bercakap besar dihadapan mereka, sedangkan anak mereka yang menjadi suami /isteri kita itu telah dilahir dan dijagainya sejak dari kecil. Kalau sedikit pergeseran itu kadang-kadang tidak harus disimpan terlalu lama, kelak ia akan menjadi pekung yang bernanah.

Dalam berkeluarga kita tidak perlu  menjadi terlalu celupar dan sombong terhadap mereka. Elakkan membuat perkara-perkara provokasi yang boleh menimbulkan pergaduhan. Emak dan bapa mertua yang cerewet bukanlah satu penyakit yang terlalu besar. Cuma kadangkala dalam hidup ini perlu sedikit terbuka.  Rata-rata mereka ingin anak menantu mempunyai hubungan yang baik.  Apapun selagi kita berlapang dada, hidup akan selalu gembira dan harmoni.

Friday, March 1, 2013

perang di lahad datu dan kematian pasukan keselamatan yang bertugas

Petang ini negara dikejutkan dengan berita kematian dua orang pasukan keselamatan negara yang sedang berjuang dalam perperangan di Lahad Datu menentang penceroboh negara.

Hati saya terasa begitu pedih dan pilu. Apalah yang boleh dilakukan selain mendoakan roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Memang saya ingin membuat satu entry berkenaan krisis yang sedang bergolak di Lahad Datu itu. Terutama selepas balik dari sebuah kursus yang berkaitan dengan ekonomi negara baru-baru ini. Tetapi saya tidak dapat menumpukan perhatian.

Perasaan teruja untuk bercuti bersama-sama keluarga pada bulan Mei nanti turut merundum secara tiba-tiba di atas berita yang baru diterima itu. Apakah malapetaka yang sedang melanda negara ini.

Semoga negara saya akan selalu baik-baik sahaja.
Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat
Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat