Friday, May 31, 2013

motivasi


Pengalaman di S.E.A Akuarium Singapura



Sebelum pergi ke SEA Akuarium ini saya telah membuat survey di internet. Tetapi saya tidak berjumpa dengan blog yang membuat review tentang SEA Akuarium ini. Mungkin orang Malaysia kurang berminat pergi ketempat seperti  ini kerana di Malaysia sudah ada banyak taman akuarium seperti Aquaria atau di Langkawi. Walau bagaimanapun ada baiknya saya menitipkan pengalaman-pengalaman kami di sini sebagai satu panduan bagi yang berminat.


Saya gemar mengajar anak-anak mengenali alam semula jadi selain dari taman-taman moden ini. Justeru, selepas berkunjung ke USS hari sebelumnya saya membawa pula mereka ke SEA Aquarium yang terletak bersebelahan sahaja dengan USS itu.


Biasalah, pergi hari cuti, memang penuh, untuk beratur masuk nak menunjukkan tiket sahaja sudah ambil masa dekat satu jam. Masuk untuk ke dalam akuarium pula kena beratur lebih satu jam lagi. Keseluruhan masa untuk beratur lebih 2 jam. Tapi berbaloi  bagi peminat ikan seperti suami dan anak lelaki saya. Mungkin tidak berbaloi bagi mereka yang tidak gemar melihat pameran kerana walaupun ikan itu bukan static, tetapi kita hanya dapat melihat dari luar akuarium. Definisi enjoy berbeza dari satu insan ke insan yang lain. Kami memang enjoy di sini.


Dari pintu utama kita akan masuk lagi ke dalam dan menuju ke satu kaunter sebelah kiri untuk scan tiket. Selepas ini akan nampak muzium pameran yang dibina ntuk menceritakan sejarah perdagangan dan komunikasi yang berasaskan pengangkutan laut dan sungai. Turun dari muzium, barulah beratur panjang untuk masuk ke kawasan akuarium itu. 


Masuk sahaja ke pintu utama akuarium, kita akan nampak pameran kapal karam yang agak besar. Masuk dalam lagi design sama seperti akuarium di pusat sains dan underwaterworld langkawi iaitu akuarium berbentuk melengkung. Anak-anak saya seronok bukan kepalang melihat  ikan jerung berenang-renang di atas kepala mereka. Seterusnya banyak pameran ikan-ikan yang agak fancy dan bermacam jenis serta akuarium yang menakjubkan seperti akuarium yang berbentuk rod yang besar dengan beribu-ribu ikan.

Ada satu kawasan yang meletakkan akuarium terbuka dan boleh dipegang hidupan dalamnya seperti tapak sulaiman. Tengok saja betapa excitednya anak lelaki saya dapat memegang tapak sulaiman itu

Selepas itu ada lagi satu akuarium menempatkan banyak ikan lumba-lumba. Terasa seolah-olah berada didalam sebuah kolam renang yang besar pula. Sesekali ikan-ikan ini berenang laju seperti sedang membuat pertunjukan atau hendak melanggar dinding. Kecoh sekejap dengan budak-budak kecil yang berebut-rebut nak melihat.


Perjalanan dalam akuarium ini agak panjang juga. Ada obor-obor yang bermacam jenis, belut yang agak pelik dan hidupan-hidupan laut yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Tapi kemuncak lawatan ialah melihat akuarium yang paling besar membuatkan anda terasa seperti berada di dalam perut laut. Inilah kawasan paling best dalam SEA akuarium itu. Walaupun ramai orang tetapi tempatnya menenangkan dengan ikan besar dan kecil pelbagai jenis seolah-olah sedang terbang. Anak saya sibuk hendak melihat ikan “pari-pari” (ikan pari) sebelum itu. Di sini dia terkejut dengan saiz ikan “pari-pari” yang sangat besar dan kelihatan seperti  sedang terbang bersama sayapnya yang besar. 


Sedikit info :


Restoran : 


Ada, tetapi saya tidak pasti halal atau tidak. Sila makan sebelum masuk. Bawa air mineral sendiri.


Harga tiket : 


Sila rujuk dari entry Pengalaman di singapura – perjalanan pergi/penginapan dan bajet


Beratur


Kalau pergi bukan cuti sekolah, tidak ada masalah. Tetapi kalau pergi masa cuti sekolah atau cuti-cuti lain, saya cadangkan pergi berkumpulan dan bergilir-gilir beratur. Macam saya, suami beratur dan saya menjaga anak-anak. Mujurlah kami sudah beli makanan dan minuman yang mencukupi serta tablet. Jadi anak-anak saya tidak buat hal.

Lain-lain entry berkaitan :

Pengalaman di Universal Studio Singapura (USS) Pulau Sentosa- Part 1- Perjalanan pergi, penginapan dan bajet 

Pengalaman di Universal Studio Singapura - Part 2 - tips-tips

Pengalaman Percutian dan Lawatan