Saturday, August 31, 2013

Apa ke gila mengibar bendera lain pada hari kemerdekaan

Rakyat Malaysia sudah semakin ramai yang sakit. Sakit jiwa. Memalukan negara dan bangsa. Menjijikan.

Apa yang dicari entah. Adakah perpecahan. Adakah permusuhan.

Kemana hilangnya kewarasan dan jati diri.

Cuba hendak wujudkan negara dalam negara sendiri?

Tuhan, kau rahmatilah negara ini. Insafkanlah bangsa-bangsaku ini.


A Samad Said adalah seorang penulis puisi, novel dan sebagainya. Beliau kuat menentang PPSMI dan lain-lain dasar kerajaan. Saya mengkagumi hasilan seninya tapi tidak idealogi politiknya.

Tan Malaka adalah nama yang digunakan untuk memberi komen dalam kebanyakan entry yang dihasilkan TDM dan kebanyakan komen itu berunsur negatif.

Adam Adli adalah seorang pelajar. Setakat ini belum ada berita bahawa beliau telah berkerjaya.


Friday, August 30, 2013

Blog keselamatan jalanraya

Terdapat sebuah blog yang banyak memberi nasihat dan panduan terhadap pengguna-pengguna jalanraya. Blog itu ialah Blog Jalan Raya Malaysia.

Bukan apa, beberapa tahun kebelakangan ini terlalu banyak cerita-cerita kemalangan jalanraya yang amat mengerikan. Tak tahulah, sama ada jumlah kenderaan yang semakin banyak atau jumlah pengguna yang sakit jiwa semakin meningkat.

Tujuan saya menyisipkan link blog ini agar kita semua dapat mengambil sedikit panduan dan ikhtibar.

Saya pun tak tahu apa masalah mentalnya rakyat Malaysia. Dari yang berpelajaran paling tinggi, sampailah yang tak pernah sekolah, sikap ketika memandu kenderaan sama sahaja. Beberapa tahun yang sudah, saya ada tulis surat mohon pada PM, agar cara pemberian atau pembaharuan lesen  kenderaan digubal. Dalam surat itu saya mencadangkan agar semua pemandu wajib menghadiri kursus sivik jalanraya setiap  dua tahun atau setiap kali hendak memperbaharui lesen. Tapi bila fikir-fikir balik, ada ke orang  nak dengar cakap saya ni. Lalu tak terhantar surat itu. Macam over pulak, walhal PM sudah ramai penasihat yang patutnya lebih hebat dari saya. Kannn.

Apapun, berhemahlah di jalanraya. Hanya itu yang dapat saya katakan. Ayat-ayat macam ni memang buat orang boring. Tapi boring tak boring, itulah kenyataan yang harus ditempuhi setiap hari.


 gambar dari pkrl.blogspot.com

Gambar kemalangan di genting yang meragut 37 nyawa. Takziah kepada satu negara.


Monday, August 26, 2013

snippet - life is like a roller coaster

Life is like a roller coaster.
It has its up and downs
But it's your choice to scream or enjoy the ride.

And if you are stupid enough
You'll scream all the way to the end
Blaming the rail and the engineer

Go and be positive

Sunday, August 25, 2013

Berbuat baik sesama makhluk - jangan potong misai kucing

Kucing dibawah agak kerap datang ke rumah kami. Tetapi dia tidak pernah masuk atau berak merata-rata. Suami sayapun rajin melayan kucing ini, memberinya makan atau susu. Saya faham, ada sesetengah orang tidak suka kucing. 
Mungkin takut kucing itu berak merata, beranak, alergik kucing dan sebagainya.

Hari ini kucing ini datang lagi, tapi kami dapati misainya telah di potong. Saya terasa agak geram dengan orang yang telah memotong misai kucing ini. Mungkin mereka tidak tahu, misai adalah satu pertahanan kepada kucing ini. Kucing yang dipotong misai akan melalui satu keadaan tidak selesa dan hilang kawalan keseimbangan. Mereka mungkin membuat anggaran yang salah apabila melompat atau ingin melalui lubang dan sebagainya. Banyak lagi masalah-masalah yang akan dihadapi oleh kucing apabila misainya di potong, 
ibarat mata manusia yang dicungkil keluar, begitulah. 

Pencinta kucing menganggap manusia yang sengaja memotong misai kucing sebagai zalim. Saya pula, walau pun bukan pemelihara atau peminat kucing, tetap tidak bersetuju dengan tindakan memotong misai atau berkelakuan tidak wajar terhadap binatang ini

Mujurlah kucing ini misainya dipotong sedikit sahaja. 
Bertimbang rasa dan berbuat baiklah sesama manusia dan binatang.
Tetapi biarlah kebaikan yang dibuat itu bertempat dan kena dengan caranya. 
Bukanlah dengan anjingpun hendak makan sepinggan dan tidur sebantal. 
Binatang masih binatang, manusia adalah kalifah.
 Sebagai orang Islam, memang betul, perlu berbuat baik sesama makhluk, 
tetapi tidak boleh samakan taraf binatang dan manusia.
















Friday, August 23, 2013

Senawang, Rembau dan Cendol Wak Dawi

Kalau sudah namanya hari raya, memang tidak sah kalau tidak beraya. Demi memenuhi tanggungjawab melawat saudara mara, maka pada hari Sabtu dan Ahad yang lalu dipenuhi agenda hari raya. Memang agak memenatkan tetapi ia menggembirakan. Sepanjang perjalanan itu saya turut merekod jika ada apa-apa panduan yang boleh diberikan kepada pembaca-pembaca.

Senawang

Senawang adalah antara Bandar Perindustrian yang paling lama dan utama di Negeri Sembilan. Seingat saya, sejak dari kecil, bandar ini memang sudah wujud dengan aktiviti perkilangan. Seiring dengan masa, ia menjadi semakin maju sejak kebelakangan ini jauh meninggalkan bandar Seremban 2 yang dicanang-canangkan untuk dibangunkan. Dahulu harga rumah tidak terlalu mahal, tetapi sekarang ia meningkat hampir sama di kebanyakan bandar-bandar besar maju yang lain-lain. Tambahan pula ia telah mempunyai stesen keretapi. Jadi khidmat pengangkutan awam di sini melonjak menjadi lebih efisien.

Terdapat beberapa jalan yang mudah untuk sampai ke pekan senawang dari utara mahupun selatan. Highway yang paling popular sudah tentulah Higway PLUS. Namun kini pengguna sudah mempunyai pilihan highway lain, iaitu Highway LEKAS yang juga boleh tembus ke Kuala Pilah.
Dari Kuala Lumpur atau Tol Sungai besi kemudian keluar ke Plaza Tol Senawang, kadar tolnya ialah RM...
Sebaik sahaja keluar dari tol senawang ini, teruskan perjalanan sehingga menjumpai traffic light kedua di simpang empat yang agak besar. Di sini kena berhati-hati jangan sampai tersilap lorong. Kalau ambil lorong paling kiri, ia akan terus menuju ke Taman Bukit Mas, manakala jika ambil lorong paling kanan ia akan terus menuju ke Rembau. Memanglah laluan itu boleh di tukar jika tersilap, tetapi ia hanya akan menyusahkan si pemandu, terutama jika jalan tengah sesak. Di sebelah kanan anda akan melihat supermarket TESCO. Dulu Supermarket ini tidak ada.

Teruskan perjalanan selepas traffic light besar ini. Di kiri kanan anda akan bertemu dengan banyak shoplot dan kedai servis kereta. Jika belok ke kanan akan menuju ke kawasan perindustrian yang terdapat banyak kilang-kilang. Untuk ke pusat utama bandar Senawang, iaitu dataran Senawang, hendaklah teruskan perjalanan serta menempuh sekurang-kurangnya 4 traffic light. Sayapun tidak berapa ingat. Kemudian sebelah kanan, anda akan dapati pusat perniagaan dengan dominasi pasaraya Giant serta banyak shoplot-shoplot kecil yang lain.
Saya tidak mempunyai gambar dataran senawang ini. Walaupun selalu pergi ke sana, tetapi tidak ingat pula nak snap gambar.






Cendol Wak Dawi

Gerai cendol ini terletak di jalan sungai gadut menuju ke Rembau. Ia amat popular kerana membenarkan pelanggannya menambah cendol secara percuma. Selain itu ia popular kerana Wak Dawi petah berbicara tentang sejarah negara dan peramah orangnya. Ini adalah kali kedua kami menyinggah di sini. Kali pertama semasa saya mengandung anak ke tiga kalau tak silap. Teringin sangat nak makan cendol Wak Dawi, maka suami bawa saya ke sini.
Harga semangkuk biasa hanyalah RM1.50. Kalau tambah kacang atau jagung, RM2.00.
Kalau special, RM2.50.
Walaupun boleh tambah secara percuma, banyak mana sangatpun boleh makan. Tambahan hari raya ni.
Sedikit komen, Wak Dawi harus memperbaiki mutu cendolnya seiring dengan perubahan zaman. Pelanggan, kalau sedap, setakat naik 10 sen dua, tak berkirapun. Yang berkira tu memang hidupnya mementingkan diri sendiri. Saya faham, kos untuk santan agak tinggi. Tapi kalau kurang sedap pun, tak guna juga.

 



Rembau.

Untuk menulis secara terperinci tentang pekan Rembau, saya bukanlah orangnya. Walaupun orang negeri Sembilan, tapi bila tiba adat-adat dari daerah lain, hanya sedikit sahaja pengetahuan yang ada. Oleh itu, saya cuma nak menceritakan apa yang menarik di pekan Rembau ini sahaja. Itupun saya tidak menyinggah, setakat melihat-lihat begitu sahaja dan saya akan sertakan link beberapa blog di sini yang pernah membuat entry tentang tempat-tempat menarik di Rembau.

antara kawasan perlancongan menarik di Rembau ialah
  1.  Kolam air panas  Rembau (sesuai membawa anak-anak)
  2. Hutan Rekreasi Gunung Datuk (bagi peminat alam sekitar)
  3. Istana lama Melewar (bagi peminat sejarah)
  4. Rembau Crystal
  5.  Kunang-kunang Sungai Timun
 berikut adalah blog-blog yang mempunyai maklumat mengenai tempat-tempat ini :

Fayrooztravel
idanradzi
minnfairytale
YNS
rembauns
seriraudah








Memandangkan sekarang musim hari raya, maka, saya masukanlah gambar-gambar berhari raya kami. Selepas Senawang rumah kakak saya, cendol Wak Dawi dan Rembau rumah kakak ipar saya, kami menuju ke Melaka pula, rumah kakak saya yang sorang lagi. Esoknya kami berhari raya di rumah saudara-mara di Melaka pula. Maklumlah, waktu-waktu macam inilah masanya nak melawat saudara mara.
 Bagi yang asyik bermusuhan dengan saudara mara ni, nasihat saya, rentikanlah. Buanglah dendam kesumat, segala perasaan asyik tidak berpuashati dan syak wasangka. Belajar menjadi positif. Bila lagi hendak merasa bahagia dalam dunia ini. Takkan nak tunggu sampai mati kan.
Bahagia tu di cari, bukan di tunggu.
Hidup kalau nak menyombong, hidung tinggi dan asyik terasa berdarjat sahaja, memang kelautlah jawabnya.
Apapun, selamat hari raya maaf zahir dan batin.



barbeque di rumah kakak saya