Monday, September 30, 2013

Bercuti dan Outstation

Bukan semua pekerja suka outstation. Dulu sayapun tak suka, sebab banyak komitmen. Anak-anak kecil, kadang-kadang ada appoinment, kadang-kadang nak ambil emak dan sebagainya. Tapi saya terpaksa akur pada jadual kerja. Dah dulu kata setuju apa sahaja.

Tapi lama kelamaan bila sudah biasa, rasa seronok pula. Berjalan ke merata tempat dalam negara, melihat bagaimana budaya penduduk negeri lain, ianya memberi pengalaman yang amat manis dan sudah tentu tidak dapat dibeli pengalaman itu.

Pengalaman bercuti dan out station agak berbeza sebenarnya. Ini kerana, semasa bercuti, kita akan rancang jadual dan pilih sendiri tempat mana yang hendak pergi, selalunya taram-taram sahaja atau rujuk dari mana-mana blog. Tapi kalau out station, biasanya sudah ada pegawai menunggu dan mereka lebih arif dengan tempat mereka. Mereka juga yang akan merancangkan tempat mana yang menarik untuk melawat atau makan.

Outstation atau bercuti juga dapat memberi peluang untuk membuka mata dan minda lebih luas tentang sejarah dan topografi sesuatu tempat. Cuma bagi saya, bercuti bersama keluarga memberi pengertian yang lebih bermakna, kerana dekat dengan yang tersayang dan lebih selesa untuk berbual dan berbincang bersama suami.

Bagi yang jarang outstation atau bercuti, tidak mengapa, sekarang sudah banyak sumber berita yang boleh diperolehi tentang sesuatu tempat. Cuma kena rajinkan membaca. Yang penting hidup ini kena gembira dan selesa dengan apa yang dilakukan. Tak kiralah, surirumah ke, pekerja tetap ke, pekerja sambilan ke, rezeki masing-masing. Tak usah sombong-sombong bila dapat rezeki. Jangan bila dapat rezeki lebih sikit cakap nak besar aje, sampai tak nampak dah bumi yang dipijak.



 
 
 


Sunday, September 29, 2013

segmen: bloglist istimewa ayuinsyirah tahun 2013

 Assalamualaikum...
Bila tengok segmen Ayu Insyirah ni, 
Ada baiknya saya join juga, sebagai sokongan
Gudluck ayu..
All the best


 

Ok
Saya dah Join!
Anda bila lagi?
Mari lah mari

Saturday, September 28, 2013

mengeluarkan kata-kata kesat ketika marah.

Seseorang telah mengeluarkan post yang agak panas juga tentang sesuatu yang berkaitan kerja dan hal peribadi beliau di dalam Facebook.

Saya teringin memberi komen pada post itu kerana nampaknya beliau tidak membuat sebarang siasatan terperinci atau bertanya terhadap pihak yang sepatutnya sebelum mengeluarkan post. Orang yang dituduh-tuduhnya itu pula adalah ketua beliau sendiri.

Tetapi saya batalkan hasrat itu pada akhirnya selepas berfikir secara mendalam walaupun telah menulis beberapa ayat. Saya tidak mahu terlibat langsung dalam skandal dan gossip kerja orang lain. Walaupun hanya bertujuan memberi sedikit nasihat. Pemberian nasihat mesti dilakukan dengan cara yang betul, pada tempat dan masa yang sesuai. Bukan secara semborono. Tempat kerja adalah tempat mencari rezeki. Hubungan sesama kawan dan ketua harus dijaga dengan baik.

Sesuatu yang amat saya tidak suka ialah orang yang tengah dalam amarah melulu-lulu mengadu-ngadu di dalam laman muka buku dengan kata-kata yang kesat. Kata-kata boleh mencerminkan nilai diri yang sebenarnya. Kalau tak kena gaya orang yang tidak suka kepada kita boleh menjadikan post itu sebagai senjata untuk memusnahkan diri kita kembali.

Adalah lebih molek menyiasat habis-habis sesuatu perkara sebelum membuat tuduhan-tuduhan melulu. Walau tengah marah, masih perlu berfikir secara rasional dan profesional kerana marah boleh menjadikan kita lupa tentang tanggungjawab untuk menjaga hati dan perasaan orang lain.

Cara menulis dilaman buku juga adalah cerminan mentaliti seseorang. Tak usah apabila marah kita mengeluarkan kata-kata yang kesat dan penghinaan. Dunia ini berputar-putar kejadiannya. Hidup manusia juga berputar-putar. Janganlah sampai diketawakan dibelakang dek kerana kebodohan diri sendiri. Tetapi kerana amarah yang meruap-ruap, manusia seringkali hilang pertimbangan.

Untuk menasihatkan orang lain agar berkelakuan lebih baik, mungkin saya bukan orangnya. Kerana diri sendiri tidak sempurna. Saya juga pernah meluahkan perasaan di dalam mesej-mesej laman buku. Tetapi harapannya dengan tulisan ini dapatlah mengingatkan diri agar sentiasa takut untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang merugikan serta tidak menyenangkan orang lain.

Friday, September 27, 2013

Word Verification


Sebenarnya saya tak tahu apa "word verification" dalam box komen sebelum ini. PCL, Jaa Kechik dan beberapa orang blogger lagi tegur saya untuk buang "word verification" supaya jadi lebih user freindly. Tapi saya asyik terlupa nak tanya apa tu "word verification" ?.

Bila saya komen pada blog saya sendiri, ok je, tak susah pun. Tapi bila komen pada blog orang yang ada menatang ni :

Saya hairan. Kenapa ada benda ni. Susahla nak komen. Kenapa diorg tak buang?

Aduhai..Zila. Kau dah blog dari tahun 2009, sampai sekarang, "word verification" tu pun tak tahu apa.

Rupa-rupanya bila orang komen pada blog saya, menatang ni keluar juga. Harini barulah saya tahu, box komen tu tak user freindly sebenarnya...Uhuhuhu...

 Oklah terima kasih banyak-banyak yang telah menegur saya. Saya sendiri tak perasan.

Terima kasih-Terima kasih-Terima kasih 

Harini saya dah buang Word Verification yang tak user freindly tu
Saya harap, kalau ada yang tak kena dan tak mesra dengan blog ini tegurlah ya. 
Sebab kadang-kadang sayapun tak perasan kelemahan saya!
Errr..header blog tu nanti dulu ye!


Review Blog 2.0 - sheilashahfickry

Harini, hari join segmen
Folow dah follow
Like dah like
Rupa-rupanya boleh lupa nak terbitkan entry
Isk isk
Ok la Sheila
Ni dia...Kitaaaa
Join segmen awak!!!!!

 

Tapi kita pun nak review awak sikit,
sebagai sokongan

Keseluruhan blog awak ok, simple dan kemas
Tapi saya tersesat jugak mula-mula tadi, eh, kat mana lain-lain informasi ni?
Ohhh..rupanya ia setempat

Tapi ok juga...tak serabut


SEGMEN BLOGLIST OKTOBER ZAMANI ABE & MENANG HADIAH MISTERI!








Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat blogger semua. Kali ini Zam ingin menjemput anda untuk menyertai SEGMEN BLOGLIST OKTOBER ZAMANI ABE dan di dalam masa yang sama anda juga berpeluang MEMENANGI SATU HADIAH MISTERI dari Zam! Insya Allah segmen ini mampu memberikan manfaat kepada setiap blog yang mengambil bahagian :)

Zam akan memasukkan blog peserta ke dalam bloglist khas Zam di sepanjang bulan Oktober, & di penghujung bulan Zam akan memilih salah seorang peserta untuk menerima sebuah hadiah misteri dengan menggunakan Random.Org.

Segmen ini akan berlangsung mulai 23 September sehingga 27 September (11.59pm).


Syarat-syaratnya:

  1. Masukkan blog ZAMANI ABE ke dalam bloglist di blog anda (Penting).
  2. FOLLOW blog ZAMANI ABE.
  3. LIKE Page Abe Za In Da Blog Di FACEBOOK .
  4. Sediakan entri dengan tajuk SEGMEN BLOGLIST OKTOBER ZAMANI ABE & MENANG HADIAH MISTERI!  
  5. Copy kod di yang disediakan, paste kan di HTML entri anda, dan publish.
  6. Hantarkan link penyertaan anda di ruangan komen entri ini :)
  7. (kredit idea hasilkan segmen mudah dan pantas ini kepada Mialiana.Com)

Thursday, September 26, 2013

Kepentingan Kalsium dalam jangka panjang untuk perempuan hamil

Semasa mengandung dulu, saya tidak begitu faham, kenapa pengambilan pil kalsium tambahan sangat penting.

Ada beberapa situasi yang berlaku saya tak pernah tahu ia berpunca dari kekurangan kalsium. Kaki selalu kejang-kejang  pada waktu pagi. Kata orang simpul mengkarung. Gigi juga terasa sakit bila bangun tidur. Saya fikir gigi itu akan tercabut kerana kurang makan vitamin C. Maka bergasaklahlah saya memborong buah. Tapi ia masih sakit lagi, entah kenapa. Lepas itu ada pula sedikit benjolan tulang timbul di pergelangan tangan. Saya ingat itu juga satu perkara yang normal.

Kemudian kakak saya menghadapi masalah yang sama, ada tulang timbul dipergelangan tangan masa mengandung anak kembar, malah lebih teruk. Manakala ayah mertua selalu sebut tentang gigi emak mertua yang habis kena cabut, sama macam emak saya. Katanya emak mertua rajin minum ais, itu sebab gigi cepat rosak. Emak saya pula, belum umur 55, gigi sudah hampir habis, masuk umur 60 tahun, semua dah tak ada. Padahal dulu rumah kami tak ada peti ais dan emak saya tak minum ais. Entah apa puncanya gigi cepat rosak.

Sebenarnya gigi dan tulang orang perempuan cepat rosak sebab kurang kalsium. Kekurangan kalsium secara mendadak adalah berpunca dari proses kehamilan. Bayi yang dikandung menyerap kalsium dari ibunya untuk pembentukan tulang dan badan yang sihat . Simpul mengkarung, kaki kejang, tulang timbul dan gigi sakit adalah simptom kurang kalsium bagi ibu hamil. Bukan sebab ilmu hitam dan ghaib. Ada yang tak pernah percaya cakap saya. Mungkin mereka lebih pandai. Terpulanglah. Boleh juga tanya doktor, mana tahu kalau-kalau saya bagi fakta yang salah pula.

Sebab itu kita nampak Kak Jah rumah seberang jalan yang belum kahwin (walau umur sudah 46 tahun) masih muda dan tegap berbanding Kak Minah yang sebayanya dan sudah beranak 6. Kak Jah tidak pernah mengandung. Kalsiumnya belum pernah dikongsi bersama anak-anak. Sebab itu gigi dan tulangnya masih tegap.

Emak dan emak mertua saya sewaktu mengandungkan anak-anak mereka mungkin tidak tahu kepentingan kalsium kerana tidak ada orang yang beritahu. Kalau tahu pun, mereka juga mungkin tidak mampu membelinya. Hari ini ekonomi sudah baik, semua orang mampu beli sendiri, kalau tak mampu pula, boleh minta dari klinik ibu mengandung (kerajaan) secara percuma, cuma mesti jumpa doktor. Jadi amalkanlah pengambilan kalsium untuk kebaikan diri sendiri.

Ambillah susu paling kurang dua kali sehari. Lebih baik susu segar. Bukan susu tepung. Biarlah brand apa sekalipun. Mana ada susu yang lebih baik dari susu segar. Walau dicanang bagai nak gila. Dan tambahlah dengan pengambilan pil kalsium serta suplemen lain yang diberikan doktor. Klinik kesihatan ibu mengandung di Malaysia biasanya tidak membekalkan kalsium kecuali atas permintaan. Puncanya, doktor tidak mahu ibu terlebih ambil kalsium. Terlebih ambil boleh merosakkan buah pinggang. Tapi jangan risau, ia rare case.

Ibu mengandung masih perlu suplemen kalsium tambahan. Ia untuk jangkamasa yang panjang. Bukan masa hamil itu sahaja. Kurang kalsium menyebabkan tulang dan gigi tidak kuat dan osteoperosis cepat berlaku.

Ada lagi satu maklumat. Kalsium perlu diambil bersama dengan vitamin D, kata orang putih. Tapi sebenarnya vitamin D sudah ada dalam cahaya matahari. Negara kita pula terima cahaya matahari dalam kadar yang sangat banyak. Kita pun makan macam-macam di sini. Tak payahla beli lagi suplemen Vitamin D tu. Nanti takut jadi lain pula.

Sekali lagi nasihat saya untuk kawan-kawan, saudara mara dan sesiapa sahaja yang singgah di sini, ambillah perhatian. Ibu mengandung perlukan kalsium yang secukupnya untuk kesan jangka panjang. Kalau sudah bersalin pun masih perlu makan/minum kalsium juga. Janganlah bila terkena simpul mengkarung setakat tinggikan kaki dari kepala sahaja. Boleh juga buat, tapi ambillah suplemen kalsium selepas itu. Insyaallah untuk tulang dan gigi yang baik dan kekal lama.

AMARAN
Untuk peniaga suplemen.
Jangan curi artikel saya untuk kepentingan perniagaan anda
Saya akan lapor kepada SKMM kalau saya dapat tahu.
Ini kerana pesanan ini adalah percuma untuk
kawan-kawan saya, keluarga saya dan sesiapa sahaja diluar sana.
Jangan ambil kesempatan

Wednesday, September 25, 2013

Memmetlenggeng

MEMMETLENGGENG
MEMMET + LENGGENG

Ada beberapa orang yang tidak mengenali
Seringkali ketawa
Kenapa nama saya Memmetlenggeng.
Kelakarnya.

Saya tidak ambil hati pun.
Sebab bunyi Memmetlenggeng memang agak pelik.
Mana ada orang nama Memmetlenggeng.
Nama tempatpun bukan.
Nama peribahasa tidak
Kata kerja, jauh sekali

Bila buka blog, baru mereka tahu
Memmet itu nama ayah saya rupanya
Lenggeng itu kampung tempat saya lahir rupanya
Tanah tumpahnya darahku

Oh
Sebenarnya nama ayah saya bukan Memmet
Itu adalah nama panggilan orang kampung sahaja
Orang-orang tua di kampung tidak kenal Mohd Zin
Mereka cuma kenal Memmet
Memmet yang toreh getah tu
Memmet yang ambil upah panjat pokok kelapa tu
Memmet yang selalu naik basikal tua kehulu kehilir tu
Itulah ayah saya

Ayah saya orang miskin
Tak ada pelajaran
Buta huruf
Tanah sekangkang kera sahaja
Tapi hatinya baik
Mulut tidak jahat

Cuma dia sudah lama meninggal dunia
Yang tinggal hanyalah kampung
dan sanak saudara
Serta kenang-kenangan sahaja

Lenggeng yang kecil itu adalah memori saya
Memori asal lahir ke dunia ini
Memori yang tak pernah luput dari hati
Yang selalu hadir dalam mimpi-mimpi

Lalu
Saya abadikan 
Ayah saya
Memmet
yang juga lahir 
di 
Lenggeng

Sebagai kenang-kenangan
Sebagai satu permulaan
Untuk sebuah kehidupan






Tuesday, September 24, 2013

Review blog oleh PCL dan Ayu Zan

Assalmualaikum..

Terharunya rasa bila

http://2.bp.blogspot.com/-44R3k6dTIIs/Uj8AmXIQ1MI/AAAAAAAAN64/Km8AliV9Q4M/s1600/1-0-20120428_114037-1.jpg

dan 



sudi mengreview blog yang tak seberapa ni.

Agak lama juga saya berblog, tapi taklah aktif sangat. 
Saya malu, tak agresif dan tak berapa pandai berblog sebelum ini.
Cuma baru-baru ini sahaja saya mula aktif menegur-negur orang lain dan join segmen.
-------------------------------------------------------------------------------
Review pertama dari PCL amatlah menggembirakan. 
Maklumlah, sebelum ni hanya silent reader yang mencari maklumat yang datang.
Tapi bila ada ramai kawan, blog ini terasa lebih bermakna dan meriah.
PCL dan Isterinya Puan Diana adalah blogger yang hebat dan mesra. 
Tak kedekut pulak tu. Tak rugi berkawan dengan beliau dan isterinya.
Suami yang baik dan Isteri yang setia, 
Saya mendoakanmu bahagia sehingga ke akhir hayat dan akhirat


-------------------------------------------------------------------------------

Lepas tu, saya di review sekali lagi oleh Ayu Zan pulak, 
sempena follower ke 200 beliau.
Walaupun ia hanya review yang simple, tapi sangat-sangat bermakna untuk saya yang amatur ini.
Sungguh!!
Saya gembira baca blog Ayu, ada macam-macam di sana.
Semoga Ayu sukses selalu


Olah itu hari ini saya nak ucapkan 

sangat-sangat-sangat-sangat-sangat
terima kasih 

Kepada mereka berdua.
Saya amat terharu.

 Dan terima kasih juga kepada pembaca-pembaca blog saya, 
blog PCL dan blog Ayu yang memberikan komen-komen yang terbaik.
I Love You

Monday, September 23, 2013

Segmen – Saya Mahu Ditegur





 Mula-mula saya tak faham dengan segmen dari Eyriqazz kali ini. Jenuh membaca berulangkali dan semak blog-blog lain seperti Zamani, Bahrain dan beberapa orang yang join. Maklumlah, baru-baru ini saja nak belajar join segmen. Lepas tu saya baru sedar, wahhhhh..Ini Segmen memang sangat bermanfaat, itupun kalau ada yang sudi komen dan betul syaratnya telah saya penuhi. Silalah tegur kalau ada apa nak tegur ye. Mungkin blog saya berat sangat ke, ayat merapu ke, macam eksyen ke, tak menarik ke atau apa-apa jelah, saya terima, kecuali teguran yang jenis menghina..Aaa, tu je yg tak diterima.

Memang saya perlukan kawan-kawan untuk komen blog yang tak seberapa ni, barulah tahu kelemahannya. Anyway, sekian terima kasih eyriqazz. Harap-harap dah memenuhi syarat. Kalau tak memenuhi, maklumkanlah ye, supaya dapat saya betulkan balik.
__________________________________________________

1) Buat Satu Entri Bertajuk “ Segmen – Saya Mahu Ditegur” dan nyatakan di entri tersebut kenapa anda mahu ditegur.
2) Linkkan entri tersebut ke entri ini
3)Semua peserta wajib menegur blog-blog lain yang menyertai Segmen ini di komen entri mereka. Teguran bolehla ditinggalkan di komen entri tersebut. Minimum 2-3 teguran membina,tak suka, etc.  COntoh-contoh teguran :
# Template blog kurang menarik
#  Blog ada komen moderation, saya tak suka
# Contoh-contoh lain KLIK SINI 
#  Etc, etc… Jangan la tiru idea orang lain ya..Kalau kita expect feedback honest dari orang lain, kitapun kenalah honest kasi pandangan kan?
Etc, etc…Sama-sama menegur sesama bloggers yang menyertai untuk memperbaiki mutu blog sendiri.Jadi kalau ada 10 bloggers join, at least 10 komen membina akan diterima. Sambil-sambil berblogwalking, berkenalan, tingkatkan trafik blog, sama-sama memberikan komen membina, “Win-Win” kan? . Peserta yang tidak memenuhi syarat, akan disingkirkan. ”Memberi dan Menerima” .
Last but not least, tinggalkan permalink entri di SINI . Eyriqazz sendiri akan turut memberikan teguran berkenaan blog anda dengan syarat andapun turut menegur blog Eyriqazz.com di komen entri ini… Segmen ini akan ditutup pada 30 September 2013.
___________________________________________________________________________________



Catatan outstation : Perjalanan ke Ipoh, hotel Kinta Riverview

Entry yang kali ini adalah untuk maklumat bagi pegawai kerajaan atau swasta yang sedang mencari tempat yang sesuai untuk mengadakan seminar, bengkel atau sebagainya. Juga untuk memberi maklumat kepada pembaca yang ingin bercuti di Ipoh dan mencari hotel yang sesuai.

Minggu lalu ada satu seminar yang diadakan di Ipoh Perak. Saya bertugas sebagai jurulapor (reporter) untuk seminar itu.

Perjalanan dari Putrajaya adalah bermula dengan memasuki lebuhraya Utara Selatan melalui Tol Putrajaya. Kali ini saya menaiki kenderaan Frontier. Tetapi kereta ini menggunakan diesel. Kebiasaan kalau ke ipoh dari Putrajaya, penggunaan petrol adalah dalam RM40 sahaja (harga lama). Kemudian keluar melalui tol Ipoh Selatan. Ada juga pilihan untuk keluar melalui Tol Simpang Pulai.

Jika keluar melalui Tol Simpang Pulai

Jumlah RM = 29.70

Keluar dari tol ini, ambil simpang menghala ke kanan dan teruskan sehingga sampai ke pekan Gopeng, atau follow signboard pekan gopeng. Dari pekan ini akan bertemu dengan flyover dan ambil side kiri, teruskan perjalanan. Dari sini tidaklah terlalu jauh. Kalau tidak jem, hanya dalam 10 minit sahaja. Pada waktu malam anda akan dapat menyaksikan lampu-lampu dihias seperti I-City di sepanjang Kinta River.

Jika keluar dari Tol Ipoh Selatan

Jumlah Tol RM = 31.40

Keluar dari Tol ambil simpang menghala kiri  dan teruskan perjalanan sehingga anda bertemu dengan flyover seperti yang disebutkan di atas. Sebenarnya selepas dari flyover ini anda akan bertemu dengan bangunan hospital (antara land marknya).

Pekan Ipoh juga mempunyai lapangan terbang dan landasan keretapi. Stesen bas utama yang berhampiran di sini adalah stesen bas Gopeng dengan jarak perjalanan kira-kira 10 minit.

Hotel Kinta Riverview.

Hotel ini adalah sebuah hotel 5 bintang. Banyak juga pihak swasta dan agensi yang menyewa untuk mengadakan seminar. Ia mempunyai sebuah dewan yang agak besar dan boleh menempatkan sekurang-kurangnya 500 orang untuk satu-satu majlis. Walau bagaimanapun, ia juga mempunyai bilik-bilik yang lebih kecil untuk di sewa bagi jumlah peserta yang lebih kecil.

Perjalanan ke sini tidaklah terlalu susah atau jauh dari Highway. Cuma ia mempunyai banyak jalan di sekelilingnya, itu yang akan membuat agak sedikit keliru. Walau bagaimanapun, bangunan hotel ini sangat striking dan mudah dicari. Pengangkutan utama di sekelilingnya adalah Bas dan Teksi.

Makanan di sini agak ok juga. Mereka menyediakan bufet untuk sarapan pagi dan makan tengahari. Tetapi jika mempunyai pesanan istimewa untuk majlis anda, bolehlah berhubung dengan pengurusan hotel.

Harga bilik satu malam untuk bilik standard ialah RM212. Bagi kakitangan kerajaan, cas adalah lebih rendah sedikit, iaitu RM192 dengan syarat mesti tunjuk ID kad pegawai kerajaan. Kalau ambil seminar berpakej, biasanya hotel akan mengira bajet termasuk harga bilik dan makan sekali mengikut kelayakan.

Bilik yang saya menginap itu adalah bilik standard. Hotelnya agak selesa juga. Semua fasiliti ada. Tetapi mereka hanya membekalkan satu set sahaja toiletries. Kebanyakkan hotel menyediakan dua set toiletries untuk bilik standard. Hotel ini juga membekalkan suratkhabar setiap pagi. Check in adalah pada pukul 2 pm dan check out pukul 12pm.

Terdapat bilik yang mengadap kawasan yang dipanggil I-City oleh penduduk setempat. Hiasan-hiasan pokok dengan lampu-lampunya menarik hampir sama seperti di I-City Shah Alam. Hotel ini juga berhampiran dengan pusat rekreasi the lost world of tambun.

Keesokkannya, awal-awal pagi, kawan saya kejutkan beritahu ada kebakaran kereta di bawah. Kereta itu terbakar betul-betul dalam simpang keluar hotel. Dari atas kami nampak kecekapan pihak bomba yang bertungkus lumus memadamkan api kebakaran tersebut. Tahniah kepada pasukan bomba yang profesional. Takziah kepada pemilik kereta, mujurlah dia selamat.





 
 


Gambar-gambar kebakaran di bawah hotel












Saturday, September 21, 2013

Etnik Rohingya dan umat islam

Mungkin entry yang ini agak panjang. Tidak semua orang suka baca entry yang panjang-panjang. Ia menjemukan. Tapi saya terbitkan juga. Harapan saya jika ada 2-3 orang yang sudi singgah dan baca serta sama-sama memahami apa yang saya rasakan, itupun sudah memadai.  Ia satu kepiluan yang bertakung sejak sekian lama. Sayapun tak tahu dimana harus saya curahkan rasa kepiluan saya tentang banyak kejadian yang menimpa seluruh umat islam di merata dunia. Jadi kalau ada yang sudi singgah dan membaca entry-entry ini saya amatlah menghargai dan berterima kasih. Saya faham, entry berbentuk ilmiah agak sukar untuk dihadam. Kadang-kadang sayapun macam itu.

Nota di bawah sebenarnya di tulis oleh Mantan Perdana Menteri iaitu TDM. Ada sesetengah orang yang agak kuat fahaman politiknya tidak begitu suka dengan TDM. Itu adalah hak individu masing-masing. Bagi saya pula, selagi Tun M masih relevan dan ideanya masih boleh dipakai, saya akan terus menghormati beliau. Tapi kalau ada yang tidak betul dilakukannya kita tetap sangkal juga. Beliaupun telah banyak menyumbang jasa terhadap pembangunan negara ini. Biarlah kita menjadi manusia yang berfikiran positif, bukan selalu mencari kesalahan orang lain. Amin

Oklah, saya pernah menulis tentang etnik Rohingya beberapa bulan yang lalu. Tujuan saya menulis itu adalah untuk menceritakan, orang Islam walau dimana-mana, selagi tidak bersatu dan selagi mementingkan diri sendiri, tidak akan selamat. Sebenarnya secara sedar atau tidak sedar, orang Islam telah digula-gulakan denagn istilah "saya lebih Islam dari orang Islam yang lain" tanpa di sedari. Sebab itulah kebelakangan ini, kalau ternampak sedikit cacat cela dan ketidaksempurnaan pada umat Islam yang lain, maka berebut-rebutlah orang mencela mereka dengan kata-kata kejian yang tidak masuk akal. Alasannya, mereka (orang yang tidak sempurna itu) tidak Islamik dan kafir. Ini amat menyedihkan.

Oklah, bagi yang sudi, fahamkanlah tulisan Tun M ini dan  bacalah entry saya etnik rohingya dan penderitaannya. Rupa-rupanya pendapat saya lebih kurang sama dengan pendapat orang tua itu.

THE ROHINGYAS -by Dr Mahathir Mohammad

1. If you want to fight then pick on someone you can beat. If you do this you will always win. But then you will be called a bully. That is alright.

2. The weak of today are the Muslims. And the Muslims are weak because they choose to be weak. I say they choose because Allah has not just given them a good religion, a religion of high values which when practiced would make them strong and respected but Allah has also given them resources of wealth which enable them to have a good life doing nothing. With money they can get others to do their work for them.

3. Because of all these the Muslims are weak and can be bullied by anyone. And when they get bullied no one, certainly not their Muslim brothers will come to their help. So whenever a bully wants to bully he will always pick on the Muslims.

4. Almost all Muslim countries and people are in trouble today. The latest are the Rohingyas of Myanmar. They have been in Rakhine state of Myanmar for centuries but now they are being told by Myanmar that they are not a people, that Myanmar is not their land. They are being forced to leave their own homes and country, to flee in leaky boats, over loaded and prone to being wrecked and they would be drowned. All countries refuse to help these unfortunate creatures and they and their leaky boats get pushed back into the sea. Certainly no Muslim country has lodged protests against the Government of Myanmar for tolerating violence against the Muslim Rohingyas.

5. Strangely, this time the bullies are the Buddhist monks of Myanmar. It is strange because Buddhists are said to be against violence. And Buddhist monks must certainly know about Buddhist non-violence. They are supposed to abhor killing, in particular the killing of fellow human beings. Yet the Buddhist monks lead the vicious attacks against the Muslims of Myanmar, burning their houses, chasing the Muslims as they flee and beating them to death with heavy wooden sticks. They loot the houses and shops with impunity.

6. And they did all these in the Rakhine state and in Myitlenna in full view of the police and even the military. The police and the military did nothing, did not stop the violence and killings.

7. As for the Government, they simply explain that these people are Bangladeshis as if this justifies the brutalities perpetrated against them.

8. The Muslims worldwide are weak. Naturally they have not raised meaningful objection against the atrocities. It is as if Muslims care only for themselves and not their brothers, yet Islam enjoined upon them the brotherhood of all Muslims.

9. Since the Muslims care not for each other or for Islam anybody can beat any Muslim to death in full view of the other Muslims. I feel sorry for the Rohingyas. It is their turn today. We Muslim in Malaysia think this will not happen to us. So why should we care about what happens to the Rohingyas. It is their problem, not ours.

Friday, September 20, 2013

Blog mengarut - saya terkena

Beberapa tahun yang sudah saya ada follow satu blog yang diberi nama anak-anak negeri sembilan. Tapi semasa pilihanraya baru-baru ini, dek kerana ketegangan politik, blog itu telah tidak dapat dibaca lagi. Bila dibuka, ia dikatakan telah diremove atau sebagainya (sayapun dah lupa). Tapi blog itu saya masih lagi follow dan tidak buang dari senarai bacaan. Sayapun tak ambil pusing sangat sebab ia tidak mendatangkan sebarang gangguan. Jadi saya biarkan ia tersadai dalam ruangan senarai baca itu.

Pagi ini masa buka blog, alangkah terperanjat beruknya saya dalam senarai baca saya ada blog yang memaparkan cerita-cerita dan gambar lucah. Banyak pulak tu.  Seingat saya, saya tak pernahpun follow blog lucah. Lagipun nak buat apa, nak tambah dosa?

Mengelupur jugaklah saya mencari mana satu blog yang telah saya follow mengeluarkan cerita lucah ni. Sebabnya bila diklik pada blog itu, tak adapun nama dalam senarai blog yang saya follow. Akhirnya terpaksa buka satu-satu senarai blog yang telah di follow dan berjumpa, rupa-rupanya blog yang sebutkan di atas (yang telah ditinggalkan bersawang itu) punya angkara. Entah macamanalah, Mat Indon berjaya membukanya dan menukar kepada blog lucah pula. Sabar jelah.

Saya hairan juga, blog tinggal itu boleh di godam dan diubahsuai. Terasa takut pulak, kalau-kalau perkara ini terjadi dekat blog kita. Kalau ada sesiapa yang ada ilmu bolehlah ajar supaya blog kita tak di godam dan dianiaya. Sekian terima kasih.


Wednesday, September 18, 2013

BLOG SEBAGAI PENDAPATAN SAMPINGAN

    
Untuk saya yang consider junior ganyut nih memang la tak dapat apa-apa pendapatan pun setakat nih, 
baru RM 0.40 sen je. Itu sebab tak pandai berblog dan tak rajin, padan la kannn.
Tapi tengok kawan-kawan yang betul-betul otai seperti cik cida nuanza, blog betul-betul membantu menyumbang pendapatan beliau.
 Bukan takat dari iklan, dari order customer lagi. 
Tak menang tangan. Memang berbaloi. 
Serius. saya jadi saksi.
Bukan modal banyak sangat sampai ribu raban, yang penting minat dan rajin.
Oleh itu, saya percaya, blog bukan takat boleh jadi pendapatan sampingan. 
Malah boleh jadi pendapatan utama jugak!!
Err..masa dah tamat ke?

 BEN ASHAARI

 (sebenarnya segan nak join Ben Ashaari punya segmen nih. 
Tapi memandangkan anak dia comel dan dia tinggal dekat-dekat Putrajaya, 
maka, memaksa diri jugaklaa.
Mana tau, satu hari terhadap muka lak kan, takla malu sangat ngan Qaliff tu, ada point la, haha)

cinta dan cinta monyet ku

Seorang kawan bertanya kepada saya, adakah betul bila mengingati seseorang, orang itu akan mengingati kita juga. Kata saya, mengingati orang ini ada pelbagai versi. Ada yang sungguh-sungguh sepenuh hati, ada yang setakat mengingat sahaja. Untuk mengajar "key" sebenar bagaimana hendak mengingati seseorang sampai dia ingat kita balik, saya tidak pandai. Ia kemahiran yang bukan semua orang boleh belajar dengan mudahnya.  Mungkin kelas Dr Azizan Othman ada mengajar 'key' seperti ini atau yang seumpamanya. Tapi saya tidak pernah masuk kelas yang lebih advance, kalau kelas biasa tu adalah. Agak hairan juga, kenapa kawan bertanya soalan seperti itu kepada saya. Mungkin muka saya ini nampak macam muka sentimental agaknya. Ha ha

Ok, cerita di atas itu hanya selingan sahaja, sebenarnya saya terkenang tentang kisah cinta monyet saya.

Hampir semua orang ada kisah tentang cinta pertama. Dan selalunya ia kisah yang masih boleh diingat sampai bila-bila walaupun perasaannya sudah tidak ada. Ada yang dapat bersama selama-lamanya. Ada yang terkubur di tengah jalan. Ada yang tak pernah bermula apa-apapun.

Dalam perjalanan balik dari Ipoh sepanjang Highway (kami outstation masa itu) saya terkenang-kenang kisah cinta (monyet) pertama saya. Masa itu umur lebih kurang dalam 6-7 tahun. Budak lelaki itu pula adalah anak kepada guru dan tua lebih 5 tahun dari saya.

Entah bila masanya saya mula suka kepada budak itu, sayapun tak perasan. Tetapi saya ingat suatu hari dia dan rakan-rakan pengawasnya ditugaskan menjaga kelas kami (darjah satu) kerana ketiadaan guru. Dalam pusing-pusing satu kelas itu, diapun singgah di tempat saya. Saya pula sedang melukis gambar pemandangan rumah dan pokok. Lalu dia menegur, kenapa tingkapnya tinggi dari pintu? Macamana nak tutup tingkap? Saya tersipu-sipu malu. Amboi, darjah satu pun dah pandai feeling-feeling. Itulah kenangan yang paling saya ingat.

Ada juga beberapa kenangan lain, tapi tak sanggup saya nak ceritakan di sini. Manalah tahu, kalau-kalau dia terbaca pula dan ketawakan saya kerana perasan sendiri. Ha ha ha.

Masa sekolah rendah sampai habis sekolah menengah saya memang sangat comot dan langsung tak reti bergaya, maklumlah orang kampung. Sampai orang pernah kata saya budak kampung yang tak ada standard. Telan saja, sebab memang hakikatnya saya orang kampung yang panjat pokok dan mandi sungai.

Saya tak pernah punya steady boifren sampailah masuk ke Universiti dan bertemu dengan suami. Itulah cinta sebenar yang pernah saya impi-impikan.

Kata orang cinta pertama adalah cinta yang akan di kenang selama-lamanya. Tapi bagi saya cinta sebenar adalah  pelengkapnya. Walaupun kenangan cinta pertama itu masih diingati, namun perasaannya sudah lama tidak wujud. Budak lelaki itu kini sudah berkahwin dan mempunyai cahayamata. Saya juga bahagia bersama-sama keluarga yang sangat saya sayangi.

Cinta pertama saya adalah sebuah cinta yang tidak pernah bermula. Kami pun tidak pernah mempunyai apa-apa conversation mahupun perhubungan. Ia cuma perasaan seorang remaja. Namun ia kekal dan tidak dapat dapat dinyahkan begitu saja. Mungkin juga ia tidak perlu dinyahkan kerana sudah tidak bermakna apa-apa lagi!
gambar pinjam dari garfieldcnakal.blogspot.
kenangan zaman sekolah

Tuesday, September 17, 2013

Kenduri Gotong Royong Vs Kenduri Pakai Katering

Tahniah kepada anak saudara saya sebelah suami yang baru sahaja melangsungkan perkahwinannya Sabtu lalu (sebelah perempuan) dan Ahad (sebelah kami). Meriah kendurinya di dua-dua belah pihak. Tahniah juga buat kaum keluarga dan orang kampung yang masih sudi mengadakan kenduri dalam bentuk gotong royong. Kenduri dalam bentuk gotong royong bukan satu kenduri yang mudah untuk diuruskan. Kalau duduk Kuala Lumpur ni, rasanya macam dah tak ada lagi kenduri gotong royong, kebanyakannya pakai katering.

Kenduri Gotong royong

Kalau anda bajet nak buat kenduri masak gotong royong, ini adalah asas-asas yang perlu diketahui.

  1. Jumlah tetamu
  2. Lay Out (khemah dan meja, DJ, Tempat masak, tempat basuh pinggan, tempat simpan pinggan yang sudah dibasuh)
  3. Jumlah menu
  4. Peralatan memasak (periuk, kuali, kawah, senduk kayu, sudip, daun pisang, tungku, bahan bakar) 
  5. Peralatan makan (pinggan mangkuk dan sudu garpu, tempat basuh tangan, tisu, bekas isi makanan dan minuman )
  6. Anggaran bahan mentah (ini paling sukar, kalau tak cukup susah, kalau berlebih keterlaluan pun tak seronok juga)
  7. Kakitangan (tukang masak, tukang penyediaan bahan mentah, tukang clear meja, tukang tambah makanan, tukang basuh pinggan, runner)
Ini hanyalah perkara asas untuk proses penyediaan makanan sahaja. Kalau nak diikutkan banyak lagi perkara-perkara lain yang perlu diberi perhatian. Oleh kerana adik beradik saya semuanya majlis perkahwinan atau kenduri-kendara mereka diadakan secara gotong royong, maka banyak pengalaman telah di pelajari. Walaupun mungkin pengalaman itu tidak sehebat mana, tapi insyallah saya tahu proses-prosesnya. Tapi tak mahu pula mendabik dada bila ada sedikit ilmu dan canang serata alam kitalah yang paling hebat. Tak betul tu. Takut nanti kenduri tak ramai saudara mara datang dek kerana suka cakap besar.

Kenduri katering

Nasihat saya, siapkan saja duitnya cukup-cukup. Kalau tak ada pengetahuan, jumpa saja wedding planner, mereka akan uruskan semuanya.

Ada dua jenis katering ini, iaitu fully katering dan semi katering. Fully katering ini, kesemuanya diuruskan oleh wedding planner. Dari urusan mak andam, makan pengantin, hantaran, cenderamata, makan tetamu, khemah atau dewan, Tuan rumah tak perlu pening kepala. Cuma cuci tangan dan pastikan semuanya berjalan lancar sahaja.

Semi katering, tuan rumah masih kena bekerja keras, cuma tak perlu terlibat banyak dalam urusan masak-memasak. Mungkin urusan khemah, mak andam, cenderamata, hantaran dan sebagainya perlu diberi perhatian

Pro dan kontra

Memanglah Islam menggalakkan bersederhana, buatlah yang termampu. Tapi zaman ini, mana ada orang yang sanggup buat kenduri kahwin dalam bentuk kecil-kecilan. Ia seumpama menjaga air muka juga. Kalau di kampung-kampung mungkin tidak jadi masalah sangat. tapi kalau dipekan, tak ramai yang sanggup buat kenduri ala-ala kadar ini.

Kalau buat kenduri gotong royong, itu adalah alternatif kepada bajet. Tapi kena fikir parkara-perkara lain pula seperti man power dan  peralatan. Kalau tempah katering biasanya mereka dah siap dengan man power dan peralatan sekali. Tak perlu pening kepala. Di kampung-kampung lain. Orang kampung selalu ada persatuan, bekas peralatan boleh disewa dari surau atau persatuan itu. Begitu juga dengan khemah dan lain-lain. Kakitangan pula biasanya terdiri dari saudara mara dan orang-orang kampung juga. Kalau dirancang betul-betul belanjanya mungkin boleh jimat lebih separuh dari perbelanjaan katering. Tapi Kalau tidak dirancang betul-betul, boleh jadi sama sahaja, penat pun dapat.

Cuma satu yang sangat baik tentang kenduri gotong royong, ia memang merapatkan hubungan kekeluargaan. Tak kiralah walau terlebih bajetpun, tapi kita kaum keluarga semuanya mempunyai peranan masing-masing dan hubungan menjadi lebih mesra.

Kalau buat kenduri pakai katering, tetamu hanya datang makan, salam tuan rumah dan terus balik, kuranglah sikit kemesraannya.

Apapun, pilihlah yang terbaik mengikut kesesuaian.