Monday, January 6, 2014

Berdoa untuk anak

Marilah kita sama-sama mendoakan anak-anak kita 
Agar mereka taat dan menjadi insan yang berguna

Jangan sekali-kali mendoakan yang buruk-buruk untuk anak

Terkadang bila sakit dan tertekan 
Dengan mudah kita merasa amarah dan panas hati
Tapi jangan mudah berdendam
Jangan mudah mendoakan :

"Hai anak, jadilah kau seperti daku ketika tua nanti
barulah kau rasa seperti yang kurasa"

Marilah kita muhasabah diri
Pernahkan kita menderhaka kepada anak
Samada melalui emosi atau fizikal

Kata-kata tidak baik yang diluahkan untuk anak-anak 
Semasa mereka kecil, mahupun besar
adalah satu penderhakaan dan penghinaan
Anak-anak tidak kasih pada ibu ayah yang mendoakan buruk-buruk pada anaknya
Usah mengharapkan taat dan kasih orang yang telah diderhakai dan dihina

Rasa kasih dan kasihan
Hanya hadir untuk ibu dan ayah yang mengasihi mereka sahaja
Yang berkata baik-baik sahaja untuk mereka
Yang mendoakan yang baik-baik sahaja untuk mereka

Jangan sekali-kali memburuk-burukkan anak-anak
Jangan sekali mengungkit-ungkit perihal pengorbanan yang telah dilakukan sebagai ibubapa
Itu tidak redha namanya

Marilah bersama-sama berusaha menjadi ibubapa yang taat
Taat pada tanggungjawab
Bukan melakukan tanggungjawab kerana mengharapkan balasan dari anak-anak
Marilah sama-sama berkata dan berdoa yang baik-baik untuk anak
Jika ingin apa yang diinginkan

Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang mulia
dan dihormati anak-anak
Samada dari luaran atau dalamannya

17 comments:

  1. Amin..knor dgn suami setiap kali lps solat dn anak nk pergi sekolah mesti pgg ubun sambil doa..dr kecik sampai yg besar..lps solat semua pakat hulur kpla..doa kuat2 bg diorg dgr..

    ReplyDelete
  2. insyaallah...semoga anak2 kita menjadi anak yg soleh, berjaya di dunia dan akhirat...amiin

    ReplyDelete
  3. amin.. pkataan yg kita ucapkan satu doa :P :)

    ReplyDelete
  4. mak aiza selalu berkata, walau teruk macam mana pun anak-anak dia buat, dia tetap doakan yang terbaik untuk anak-anak.. terharu bila mendengar kata-kata itu..

    ReplyDelete
  5. org tua2 dulu..kalau terlalu marahkan anak..depa cakap 'anak bertuah'...

    ReplyDelete
  6. Betul kata sis Aiza tu..seteruk-teruknya mana pun anaknya..emak tak pernah doakan yg buruk2 anaknya

    ReplyDelete
  7. ibu ni hatinya lembut, disakiti tp sygnya tetap berpanjangan. Kak Zila jom join segmen IM, Segmen Blogger's Birthday :)

    ReplyDelete
  8. Sha suka entry akak nih kak..!!

    ReplyDelete
  9. amin ya Rabb.. doa ibu bapa Allah makbulkan... janganlah mendoakan yang buruk tentang anak2...

    ReplyDelete
  10. aaamin . saya masih single . klu marah dgn anak buah , perkataan anak bertuah jer la yg kuar drp mulut .

    ReplyDelete
  11. Assalammualaikum...memet,

    insaallah doakan yg terbaik utk anak3..

    mselim3

    ReplyDelete
  12. kalo deqla diberi rezeki anak, in shaa Allah deqla nak jadi ibu bapa yg terbaik buat anak2... terima kasih sharing...

    ReplyDelete
  13. selalu doakan anak sihat dalam jagaan pengasuh...

    ReplyDelete
  14. kata2 pun kena elok2 jer kan... boleh jadi doa gak tu...

    ReplyDelete