Friday, January 3, 2014

hujun tahun yang sangat sibuk

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih pada kawan-kawan yang selalu berkunjung walaupun saya jarang-jarang bw akhir-akhir ini.
Saya sangat sibuk..
Argghhh..
Tahun baru pun saya tidak sempat nak buat sebarang entry.
Jadi hari ini saya ingin buat ucapan selamat tahun baru ikut kalendar Gregorian itu.
Semoga semua yang kita impikan akan terlaksana dan tercapai
Semoga kita semua akan beroleh keberkatan dan kebahagiaan.

***************************************
Sudah seminggu saya bercuti. Tahun ini anak ke dua saya masuk darjah satu. Saya akan jadi lebih sibuk. Tapi, awal-awal tahun ini biasanya saya tidak banyak out station. Harap-harap sebegitulah.

***************************************
 Kalau nak senaraikan aktiviti sepanjang bulan November dan Disember
 yang lepas memanglah penuh entry saya.
 Orang baca pun meluat agaknya.
 Macam dia seorang yang kerja, macam dia sorang yang sibuk dan macam dia sorang yang ada anak. Orang lain kerja juga, ada anak juga. Tak kecoh pun. Ha ha.
Tapi awal tahun memang ramai ibu bapa berpusu-pusu dalam FB menghantar post memberi tahu kesibukan mereka melayan anak-anak masuk sekolah. 
Macam-macam karenah.
Kena pula yang baru masuk darjah satu. 
Tadika tak sama dengan sekolah.
Ramai anak-anak yang masih terpinga-pinga.
Cuma budak zaman moden ini bukan macam zaman dulu.
Sekolah anak saya sudah tidak ada lagi murid darjah satu yang menangis minta mak ayah teman.
Semuanya ceria. Cikgu-cikgupun bangga. Rasanya banyak sekolahpun macam tu juga sekarang. 

***************************************
Apapun, Selamat tahun baru lagi sekali. Salam ceria.
Laluilah kehidupan anda dengan sebaiknya. Nikmati hidup ini. Gembira dan berbahagialah. 
Terima segala kekurangan dengan hati terbuka. 
Jangan menyombong dan busuk hati.
Jangan berhasad dengki.
Jangan fikir kita manusia yang hebat,
 kerana bila kita fikir kita hebat, 
akan ada manusia lain yang lebih hebat

 ****************************************
Bagi yang bersedih, semoga segala kesedihan itu akan berlalu dengan segera dan bersabarlah hendaknya.

sekian

(saya akan bw sehabis baik selepas ini)

ke planetarium lagi


anak manja ayah dan teddy bearnya
hari orientasi
hari pertama sekolah. Cool man.

minggu-minggu terakhir Disember, berjalan-jalan dengan anak di The Mines

tempahan
kami picnic. sempoi

semut yang rajin dan berusaha untuk makan makanan kami
melawat taman burung Kuala Lumpur


menyambut hari jadi cucu saudara

15 comments:

  1. Hai macam Yang Berhormat nak mula beri ucapan dan syarahan intronya Zila.

    ReplyDelete
  2. selamat tahun baru Zila..mmg biasalah hujung tahun banyak entri jalan2 ni..apapun all the best utk tahun 2014 ini...

    ReplyDelete
  3. Salam tahun baru... Hujung tahun sibuk tapi tetap terpaksa meluangkan masa beriadah juga memenuhi masa cuti sekolah anak2 menambahkan kesibukan. Kini tahun baru tiba...semoga segalanya akan lebih baik, bahagia dan lancar hendaknya.

    ReplyDelete
  4. selamat tahun baru.. x pe saya x muluat baca entry sis..suka ada :)

    ReplyDelete
  5. Selamat tahun baru zila.... Awal tahun memang lebih sibuk dari biasa...apapun, kita mesti jalaninya dgn bangga dan bahagia heee.....

    ReplyDelete
  6. awal tahun tapi masih banyak yangtak sempurna . begirulah kehidupan .

    ReplyDelete
  7. Aelamat tahun baru Zila.. semoga tahun ini membawa lebih kecemerlangan & kejayaan sepenuh berkat.. aamiin. Salam ukhwah 2014.. :)

    ReplyDelete
  8. selamat tahun baru kak.. awal tahun mesti sibuk dengan anak-anak, keluarga dan kerjaya..

    ReplyDelete
  9. banyak aktiviti yg dilakukan.. enjoy kak..selamat bhujung minggu..

    ReplyDelete
  10. Selamat Tahun Baru Zila.. semoga tahun 2014 ni lebih baik dari tahun2 sebelumnya :)

    ReplyDelete