Thursday, January 23, 2014

kursus di intan bukit kiara dan salji di Indonesia

Hari ini adalah hari kedua saya berkursus di INTAN Bukit Kiara. Kursus penilaian projek. Untuk yang selalu terlibat dalam makmal atau lab (istilah di guna untuk bengkel yang menganalisis projek yang sedang dirancang - bukan lab kimia itu) memang sangat sesuai menyertai kursus ini.

Tapi point saya bukan hendak cerita tentang kursus itu. Saya cuma ingin minta maaf kerana menyepi bila ada kerja macam ini dan tiada respon. Lagi satu, saya nak beri tips tentang permohonan kursus di INTAN Bukit Kiara. Memang agak sukar untuk berjaya dalam permohonan di sini. Ia bergantung pada rezeki dan relevan beban kerja kepada kursus yang dimohon juga. Jadi tipsnya, di ruangan yang terakhir borang (online), perlu terangkan dengan jelas senarai tugas terlibat dengan kursus dikehendaki. Bagi pegawai yang mohon atas kapasiti Jabatan mungkin tiada masalah. Lagi satu, mohonlah pada awal tahun, kerana awal tahun biasanya belum ramai mengisi borang. Apapun semoga berjaya.

 **********************

Sekarang kecoh tentang video berita salji di Indonesia pula. Saya fikir itu berita tipu sahaja. Kalau betul, kenapa tidak diberitahu dimana tempatnya. Tambahan ada kolam yang langsung tidak terjejas dalam video itu (kalau dianalisis betul-betul). Tidak logik langsung. Senang benar orang Malaysia kena tipu. Adalah lebih baik kita menyiasat sesuatu berita betul-betul sebelum mempercayainya. Video itupun 5 bulan lepas yang punya. Kenapa sekarang di Malaysia baru nak kecoh. Indonesia tak kecoh pun. Jelas sekali palsu.

Tetapi kalau Tuhan benar-benar hendak turunkan salji di mana-mana bahagian dalam dunia ini,  bukan menjadi tanggung jawab kita untuk mempertikaikannya.


17 comments:

  1. selamat berkursus Zila... masa kursus memang tak sempat blogging, sedia maklum :)

    ReplyDelete
  2. Slmt berkursus.. semoga dipermudahkan segalanya.. aamiin.. :)

    ReplyDelete
  3. blk kursus nanti,tentu byk benda yg nak dikongsi..:)

    ReplyDelete
  4. Macam tak betul ja cerita salji tu.

    Beli dengan harga murah dan dapat diskaun jadi lagi murah kat SINI :)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak, busy ye skrg. selamat berkursus :)

    ReplyDelete
  6. kejadian2 yg pelik membuatkan ramai org meramalkan kiamat nk dekat.. tp masih degil untk bertaubat.. salam jumaat kak :)

    ReplyDelete
  7. itulah kak..kat indon dah lama kecoh ni baru nak masuk kat mlaysia..mentang2 la suhu kat mlaysia skrg sejuk..he..he,,

    ReplyDelete
  8. setuju manusia tidak patut pertikaikan kalau ALLAH sudah tetapkan untuk kita..terima je lah..selamat berkursus kak zila..

    ReplyDelete
  9. Ada juga terdengar berita tentang salji tu kak..

    ReplyDelete
  10. mmg kecoh pun pasal salji tu... ada dgr juga salji bakal turun kat malaysia.. hmm.. x leh pecaya kalo x sahih ....

    ReplyDelete
  11. salam...betul tu....beberapa hari ni kecoh sal salji je kak zila :) moga kak zila dipermudahkan urusa olehNya ya :)

    ReplyDelete
  12. ish. ntah pape je kan kak.. salji or tak.. urusan Allah... kita, fokus pd ibadah dan kehidupan kita

    ReplyDelete
  13. Selamat berkursus Zila.. kaut ilmu sebanyak yang mampu :D

    ReplyDelete
  14. kecoh pasal salji turun di Indonesia..terkejut tapi semua kuasa Allah..saper nk jangka kan? ;)

    ReplyDelete