Wednesday, January 8, 2014

menggunakan perkataan lucah untuk menggambarkan sesuatu oleh akhbar-akhbar di Malaysia

Saya sangat hairan, mengapa akhbar utama di Malaysia 
suka sangat menggunakan perkataan seperti T----j-ng dan B-g-l 
untuk menggambarkan sesuatu perkara. 

Memang betul, penulisan itu adalah sesuatu seni, 
kalau betul perkataan yang dipilih,
 ia akan meyedapkan ayat yang ditulis. 
Tapi kita bukan tidak ada pilihan perkataan 
selain menggunakan perkataan-perkataan lucah 
dalam menggambarkan sesuatu perkara. 
Walaupun berita itu bukan berita lucah, 
namun ia tetap tidak sedap didengar. 
Bayangkan anak kita baca kuat-kuat perkataan itu bila baca surat khabar. 

Apa, kepala otak wartawan di Malaysia ini penuh dengan perkara lucah ke?
Carilah perkataan lain yang lebih manis didengar
Bukan sekali dua saya dengar perkataan ini
Benar, ia perkara yang remeh temeh sahaja,
 bukan terlalu besar
Tetapi bila kerap sangat diulang-ulang
Ia jadi 'annoying'.
Kepada wartawan sekalian
Jadilah wartawan yang bermoral
dan tahu menjaga sensitiviti dalam pemilihan perkataan


 

12 comments:

  1. mungkin utk menarik perhatian pembaca...yalah org ramai suka sgt dgn perkataan dan berita mcm tu

    ReplyDelete
  2. penulisan mereka ini terlalu sangat, anak-anak kita sekarang rajin bertanya, apa tu, apa ni.... susah nak jawab...

    ReplyDelete
  3. Kakak rasa sebab ramai dah tak baca suratkhabar sekarang ni mereka cari jalan utk menarik perhatian..

    Ramai org baca online aje kan...

    ReplyDelete
  4. Zila itu adalah satu gimik menggambarkan betapa secret dan eksklusifnya perkara yang ditulis. Dengan cara ini pembaca akan tertarik untuk mengetahuinya. Mungkin sesetengah orang tidak suka tapi dari segi penulisan tiada salahnya. Cuma bila anak-anak membaca mereka tidak faham dan bertanya... kita kena jelaskanlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sweetie, tapi bila kerap sangat, ia jadi annoying. Actually wartawan ni mampu pilih perkataan yang lebih ekslusif dan boom...berbanding menggunakan perkataan-perkataan macam ni

      Delete
  5. Sya rasa mmg tak ptt guna ayat2 cmni kut..wlupun alasan nya nk bg org teruja tgk tajuk2 dan melariskan paper tu..sbb kanak2 baca kan..

    Oo akk..i like header akk very much..sgt cntik dan hijau..hehe..menyamankan mata bila tgk ni ^_^

    ReplyDelete
  6. ish... kan lebih elok sebut jer yg sepatutnya tu.. nak berkias2 bagai tp x kena pd tmpt...

    ReplyDelete
  7. Nak bagi berita sensasi, tp melemahkan bahasa sendiri terutama utk tatapan generasi muda & kanak2.. Susah bila anak2 yg sekolah rendah tanya kenapa dia tulis tela---ng? Nak jawab apa ye.. takkan nk cakap itu bahasa sastera org bijak pandai.. mcm tak kene je jawapannya... :D

    ReplyDelete
  8. Bahasa yang akan menarik perhatian...buat mata terbeliak, lain2 hal belakang kira... Itulah dunia sekarang. Keuntungan dan perhatian menjadi buruan. Kita kenalah hadapinya...anak2 kena hadapinya juga. Hanya dgn bimbingan dan didikan yg terbaik dan sempurna ilmu dunia dan akhirat...Insyaallah, bijaklah kita menanganinya

    ReplyDelete
  9. betul tu kak zila.. seharusnya mereka menjaga penulisan.. hasil penulisan yang berkualiti tidak semestinya terletak pada keyword yang hot begitu.. tetapi apa intipati yang hendak disampaikan melalui penulisan itu.. perlu dipandang serius isu ini..

    ReplyDelete
  10. kalau mcm tu tak payah beli..bt rosak hati je..

    ReplyDelete