Thursday, January 16, 2014

pengalaman di Sabah : Tanjung Simpang Mengayau a.k.a Tips of Borneo

Ok, ini adalah entry terakhir saya berkenaan perlancongan di Sabah dalam edisi 2013. Yang lain-lain ada di sini, sini, sini, sini dan sini. Terima kasih kerana sudi baca. Maafkan juga kerana entry ini adalah entry yang paling banyak gambar rasanya, fahamilah, saya sangat teruja.

Tanjung Simpang Mengayau. Terus terang cakap, dalam banyak-banyak perlancongan sebelum ini dan segala macam tempat yang telah saya lalui di semenanjung ataupun Sabah, inilah tempat pertama yang paling mengujakan. Tempat yang biasa-biasa sahaja, tidak grand, tiada mewah, jalan  kemari pun agak menyedihkan, tapi keindahannya amatlah memukau mata (untuk orang macam saya). Kali pertama menjejakkan kaki, iaitu jam lebih kurang 3 petang, 13 Disember 2013, saya hampir menitiskan airmata tapi mulut tersengih lebar macam kerang busuk kerana terpaku dengan hebatnya ciptaan Tuhan. Subhanallah. Memang saya naif dan tidak pernah melihat tempat secantik ini sebelum ini. Tahniah kepada pembaca lain yang mungkin pernah berjumpa tempat yang lebih cantik.

Saya yakin, ramai yang sudah tahu tentang pantai ini dan keistimewaannya. Tapi saya tetap gatal tangan untuk menunjuk pandai sekali lagi, macam saya terer sangat. Abaikan itu.

Tanjung Simpang Mengayau atau nama gahnya, Tips Of Borneo adalah satu tempat yang dikenali sebagai 'Tanduk Negeri Sabah'. ia jadi kebanggaan penduduk Kudat dan rakyat Sabah. Hebatnya kawasan ini kerana ia merupakan tempat pertemuan Laut China Selatan dan juga Laut Sulu. Kalau berdiri di hujung tanduk itu, anda boleh nampak disebelah kanan ialah Laut Sulu, manakala disebelah kiri ialah Laut China Selatan. Laut yang membiru dengan ombak-ombak jernih memukul batu-batuan tepi pantai menghasilkan pemandangan yang begitu seni dan indah. Angin pula bertiup agak kencang, menjadikan suasana lebih dramatik. Dalam bulan-bulan tertentu sepanjang tahun, terdapat satu fenomena pertembungan kedua-dua laut ini. Malang sekali, kami pergi pada bulan 12, fenomena itu tidak kelihatan. Itupun sudah cukup cantik. Kalu dapat lihat sunset, lagilah cantik agaknya.

"Tanduk Sabah"

Walaupun dilarang turun, tetapi saya yang merupakan seorang anak bongsu yang sangat degil dan agresif, tetap turun untuk merasai sendiri air laut itu. Sebelum itu, dalam perjalanan berkali-kali saya membuka map google untuk menilai kedudukan kedua-dua laut. Dasarnya memang kelihatan sama, tapi ia berbeza! Namun saya tidak galakkan orang lain turun, terutama kanak-kanak, kerana ia amat merbahaya dan boleh mengancam keselamatan mereka. Jangan tiru saya.

Perjalanan ke Tanjung Simpang Mengayau

Perjalanan dari KK ke sini ada seperti di entri ini. Anda hanya perlu ikut sign board yang menuju ke Kudat. Dalam perjalanan itu anda akan bertemu dengan sign board menuju ke Tanjung Simpang Mengayau. Terdapat dua jalan yang boleh pergi ke sini. Satu dari bandar Kudat sendiri dan satu seperti yang saya sebutkan tadi. Kalau sudah bertemu dengan sign board ini, tidaklah susah sangat. Cuma jalannya kurang elok, tidak setanding dengan keindahan tempat itu. Ada baik juga. Kalau ramai sangat pelancong datang ia hanya akan merosakkan. Maklumlah, bukan semua orang tahu menjaga kebersihan alam sekitar, terutama rakyat Malaysia sendiri.

 
jalan yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan sabah

Keselamatan

Saya tidak galakkan pelancong mandi manda di sini. Walaupun nampak cantik dan landai, ia sebenarnya pantai yang berbahaya. Memang sepanjang persisiran ada banyak kesan tapak kaki, namun tiada seorang pun yang mandi. Pernah seorang pelancong Korea lemas di sini, ia jatuh dan terus tenggelam tidak timbul. Sampai terpaksa membawa bomoh untuk memanggil mayatnya (itu kata pemandu kami yang berasal dari sini). Selain itu, hempasan ombaknya juga agak tinggi dan kuat.

pelancong hanya dibenar sampai tahap ini sahaja

Keadaan pantai

Dari jalan masuk ke sini, kita akan bertemu beberapa gerai dan resort yang dipanggil Tommy's Place. Berhadapan resort itulah pantai laut China Selatan yang membiru dan luas. Terdapat rakyat tempatan yang menjual batu karang di sini. Jarak pantai dan resort ke tanjung itu tidaklah jauh sangat, tapi saya kira, mengah juga kalau berjalan kaki.

Kalau nak dibanding dengan mana-mana pantai di semenanjung, jujurnya pantai disana jauh ketinggalan. Pantai di sini tidak tercemar, airnya biru kehijauan. Kalau di Port Dickson, penuh sampah. Di sebelah timur semenanjung pun tidak dapat pemandangan yang menarik seperti ini. Kecuali mungkin beberapa tempat di Langkawi, seperti pantai di kawasan The Datai. Tapi anda mestilah harus mempunyai pendapatan melebihi RM 5 angka sebulan untuk menikmati pantai itu. Pantai-pantai lain, biasa sahaja.

 

Struktur tanjung

Jika naik kenderaan pula, selepas mendaki tanjung, terdapat satu lot parking. Dari lot parking itu, haruslah berjalan kaki lagi beberatus meter untuk sampai benar-benar ke hujung 'Tanduk'. Perjalanan beberatus meter itupun sudah jadi perjalanan yang menarik dengan pohon-pohon ru yang menghijau dan awan yang biru, apatah lagi bila sampai ke tempat kejadian sebenar. Tapi iyalah, lain orang, lain pula perasaannya. Ada orang mungkin tak kisahpun dengan suasana begini, mungkin cuma saya dan rakan-rakan sahaja yang excited sangat.


sebelum turun
 

Sebuah tugu dibina dikawasan ini sebagai  tanda ia adalah tempat yang sangat istimewa.


tangga untuk turun ke bawah

Struktur tanjung "tips of Borneo ini, seperti yang telah saya katakan, agak sedikit berbahaya. Ia sangat curam. Untuk turun, pelancong harus memanjat struktur-struktur melengkung yang terbentuk akibat mendapan pasir yang mengeras. Sebenarnya di sebelah atas itu sudah ditampal kenyataan, tidak dibenarkan turun sehingga ke bawah. Tapi ada yang degil untuk turun, termasuklah saya. Cuma tidak ramai yang berani. Salute kepada pemandu kami, katanya, dia sendiri tidak pernah turun sampai kebawah, tapi hari itu untuk menjaga saya dan seorang lagi kawan yang berani, diapun turut turun. Dialah yang mengambil gambar-gambar kami.

 
 


Tanjung itu terbentuk dari batu-batuan yang menarik. Terdapat juga lubang-lubang air yang berisi ketam kecil dan ikan. Aluran air melalui celah-celah batu setiap kali ombak menghempas, menyebabkan kami harus menunggu air surut sebelum melompat dari satu batuan ke satu batuan. Kalau pakai kasut bertumit, memang mudah tergelincir, mujurlah saya pakai sneakers. Kawan-kawan lain hanya perati dari atas. Kalau berat badan lebih 80 kg, dengan ketinggian kurang 155cm, memang tidak sesuai langsung untuk turun.

ketam





 

Saya teringin sangat nak bergambar masa ombak menghempas batuan. Tapi sukar berposing dengan baju dan tudung yang ditiup angin kuat, sementelah pula muka saya ini sangat tidak fotogenik. Hah hah. Selain itu, saya takut juga nak dekat-dekat dengan ombak yang besar, silap-silap, kena telan pula. Dalam hati sempat terfikir, kalaulah tiba-tiba air naik atau tsunami, memang boleh terperangkap dibuatnya, maklumlah, tiada tangga, nak naik kena panjat batu-batuan dan pasir keras itu. Cuma saya kurang senang kerana ada emak bapak yang tidak prihatin membawa anak-anak kecil turun ke bawah. Tidakkah mereka sayangkan anak? I wonder. Jangan gadaikan nyawa anak, walau secantik manapun kawasan itu

Selain tanjung ini, terdapat juga sebuah teluk kecil dengan pantai berpasir yang sangat menawan seperti dalam gambaran filem-filem mat salleh. Tetapi tidak boleh pergi ke sana, tiada jalan, hanya boleh melihat dari jauh. Gambar tidak ada ada, kerana saya terlalu leka sampai lupa nak snap.

Sekian entry saya kali ini. Datanglah ke Sabah, anda tidak rugi. Dalam negara sendiripun banyak tempat yang menarik juga. Dibawah adalah gambar-gambar sahaja, ada juga video bagi yang sudi nak melihat.

 
Laut sulu

laut china selatan
semua tak boleh turun..hahah












35 comments:

  1. wah mmg cantik beach dia..membiru..beznye klo dpt mandi ni..aah kat sabah byk tmpt menarik utk dilawati

    ReplyDelete
  2. subhannallah cantiknya pemandangan dekat sana..laut yg sgat awoseme!!!

    ReplyDelete
  3. Memang byk gambar...jenuh menunggu sampai abis...tapi tidak mengecewakan! Kalau saya sampai situ pun mesti saya turun! Salah satu lokasi wajib kena pergi kalau sampai Sabah ni...

    ReplyDelete
  4. Cantiknya kk..mmg nampak biru2 je ni..teringinnya nk pg sini..akk..tim kasih sllu nggh blog sya eh kak..dan byk bg nasihat kat sya..luv u kak ^_^

    ReplyDelete
  5. Wow.. cantiknya permandangan... subhanallah.. best.. :)

    ReplyDelete
  6. Subhanallah cntik dn sungguh sempurna ciptaan Allah

    ReplyDelete
  7. salam zila.. hehe.. memang byk gambar.. tp lady suke.. lbh suke tgk gmbr dr membaca.. :D cantiklah.. melambai2 je tuk lady ke saner..

    ReplyDelete
  8. best nya zila...menarik tempatnya...air laut cantik sangat-sangat....

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum kak...seronok tgk akak n keluarga pergi sabah...sy tak pernah gi sabah lg

    ReplyDelete
  10. subhanallah ! sungguh cantik tempat tu ...

    ReplyDelete
  11. Salam...memang cantik..kancil 3 kali sudah ke sana...3 kali berlainan laluan...pertama tanah merah...lepas tu jalan berturap dan kali nie jalan kurang baik...

    ReplyDelete
  12. subhanallah...indahnya...cantiknya alam....bersih ja kawasan pantai tu

    ReplyDelete
  13. Uhh... cantik sangat-sangat Zila. Puas juga 'sibongsu degil' ini ye. Mujur dia cuma degil turun ke tempat licin tapi tak pulak degil nak mandi juga dipantai itu ye. Tahu takut jadi macam org Korea itulah ye hihi...

    Kalau tengok gambar yg Zila paparkan memang sangat cantik dan mendamaikan.

    ReplyDelete
  14. cantiknya tmpt tu... yg tgk gmbr pun terasa seronoknya.. apa lagi dpt pegi kan..

    ReplyDelete
  15. subhanallah.. cantiknya pemandangan laut da pantai tu kak zila.. namun perlu berhati-hati apabilaberada di kawasan itu..

    ReplyDelete
  16. beraninya akak.. cantik..tp bahaya kan. ayu mmg xlepas nak turun pasal tinggi kurang 155cm

    ReplyDelete
  17. Replies
    1. agak jauh jugak..prjlanan lbih kurang 3-4 jam...

      Delete
  18. Salam,

    Tempat ni tempat kegemaran kami sekeluarga. Selalu berkunjung ke sana. Memang best dan aman suasananya. Saya pun ada buat posting mengenainya. Mohon share di sini dengan izin: http://dululainsekaranglain.com/travel/tanjung-simpang-mengayau-the-tip-of-borneo . Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau gerak ke sana dari kk kul 11 malam ok tak?

      Delete
  19. Kalau gerak ke sana dari kk kul 11 malam ok tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendapat saya, saya tak berapa galakkan bergerak waktu malam di sana. Di sana sangat sunyi pada waktu malam, kecuali pada malam-malam ada perayaan. Tapi ikut keyakinan diri juga. Jalan nak ke Kudat tak banyak hutan macam jalan nak ke Nabawan atau tenom. Jalan rata yang tak banyak bukit. Tapi sesetengah tempat ada payau di kiri kanan

      Delete
    2. seelok-elok gerak awl pagi, sampai sana dalam tengahri. cuaca mmg panas tapi masa ni awan begitu indah (nasib baik kalau x hujan). seolah-olah awan dan air laut bersatu tiada sempadan. subhanallah

      Delete
  20. Assalamualaikum , balik hari ke? Menginap di KK?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balik hari je tuan, tapi kena gerak awal pagi. Pukul 8 paling lewat mesti gerak

      Delete
  21. tempat ni memang best dik. excited sangat masa tengok air laut dan awan yang begitu indah. tak puas-puas ambik gbr :-) disebabkan semangat masa tu akak sampai juga di hujung tanduk tu (padahal tinggi kurang dari 155 cm) sempat bergambar lagi masa ada ombak ;-) last pegi sana april thn ni, kondisi jalan sudah lebih bagus. I <3 Sabah

    ReplyDelete
  22. bagaimana dgn makan...blh ke dptkan tpt mkn yg halal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada banyak makanan halal di sana, jangan risau

      Delete
  23. fuhhhhh indah ckup indah.... cnfirm plan p sna lgi... idol

    ReplyDelete
  24. fuhhh nice trip... idol.. tgerak hti mau pgi sni lgi... gogogo!!!

    ReplyDelete
  25. AS SALAM..ada pemandu pelancong ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada, selalu dah pergi sabah atas urusan kerja, jadi saya memang tak pakai pemandu pelancong. Yang ini rakan sekerja di sana bawa

      Delete