Wednesday, February 12, 2014

"Gatal Tangan"

Sudah berminggu-minggu saya tidak blogwalking. Update entry pun hanya sesekali, sedangkan drafnya sudah berlambak. Saya terpaksa akui, saya bukan seorang blogger yang baik. Niat berblog memang untuk menyampaikan pengalaman ke tempat-tempat yang pernah dilalui dan berkongsi beberapa pengalaman hidup. Tapi bila sudah jadi pekerja dan surirumah sepenuh masa, pastinya kedua-dua hal itu menjadi top priority. Lalu saya tidak dapat lagi memasukkan kerjaya sebagai penulis tetap dalam jadual saya.

Hairan juga bila orang perempuan yang kerja hanya sebagai surirumah asyik merunggut-runggut setiap masa ada banyak kerja. Sedangkan saya harus melakukan segala-galanya (termasuk mengambil anak balik sekolah (hantar balik ke sekolah agama pula), memasak 3 kali sehari, kepasar, dan segala bagai yang berkaitan domestik dan anak) tetapi masih di cop bekerja tidak seberat atau sesusah mereka. Apalah yang dilakukan oleh mereka yang tidak sama dengan saya sebagai surirumah agaknya, tertanya-tanya juga. Adakah mereka masak pakai dapur arang? Adakah mereka membasuh kain menggunakan kudrat empat kerat di sungai? Atau adakah mereka harus mencari dan mengangkat kayu api sendiri? Entahlah.

Kalau suri rumah yang sibuk berniaga  pun, itu atas pilihan masing-masing, nak buat boleh, taknak buat pun boleh, jadi janganlah pula salahkan perempuan bekerja dengan ayat, "akupun  berniaga kuih juga sambil jadi surirumah, kerja aku lagi banyak dari engkau, janganlah kau nak eksyen sangat bekerja". Hai, pesimisnya hidup. Atau mereka terasa cemburu, mungkin, bila suami tidak membenarkan bekerja.

Sesekali tersenyum apabila terdengar keluh kesah manusia yang hidupnya penuh dengan rungutan tetapi terasa dirinya hebat yang alang kepalang. (Oh, janganlah salah faham) Saya  tidak pernah berbicara  atau bergaduh dengan sesiapa tentang hal ini melainkan di blog sahaja dan saya juga bukan sedang menyindir seseorang, sekadar gatal tangan menulis. Maklumlah, dunia yang fana ini penuh dengan salah faham. Tetapi tidak semua surirumah sepenuh masa berfikiran dangkal ini. Ada yang positif juga dalam hidup, seperti beberapa orang blogger dan kawan-kawan saya.

Ok, kita tamatkan di situ. Saya bukan hendak bincang isu wanita suri rumah dan wanita berkerjaya.

Memang gatal-gatal tangan hendak melakukan blogwalking dan menulis entry, kerana itulah passion saya dalam dunia blogging, tetapi keutamaan tetap keutamaan dan saya rasa semua orang pun faham. Dulu fikir, awal tahun saya tidak berapa sibuk sangat. Tapi rupanya sebaliknya pula. Ada projek yang sedang saya jalankan dan memerlukan komitmen yang agak tinggi. Minggu hadapan saya akan ke Sabah lagi, ke daerah Tawau pula, dari Tawau terbang ke Kota Kinabalu sebelum balik semula ke KL. Sabah oh Sabah, saya lebih banyak melawat Sabah berbanding beberapa negeri lain dalam semenanjung. Kawan-kawan yang di Sabah, mohon hubungi wassup saya bila di sana nanti. Seronok juga bila merancangkan projek dan ketua kita bukan jenis orang yang fussy begitu begini. Harap-harapnya road tour kali ini akan mendatangkan manfaat (walau sedikit) kepada rakyat Malaysia sungguhpun ia bukan projek mega yang gah berdentum dentam.

Semakin berusia, semakin jauh berjalan dan semakin ramai orang yang ditemui, semakin kita menikmati hidup ini. Meskipun tidak mudah memahami semua orang, tetapi kita akan belajar banyak perkara dan susunan hidup akan menjadi jelas, bahawa setiap perlakuan itu ada pro dan kontranya. Kalau baik yang kita lakukan, baiklah hasilnya. Jahat yang kita lakukan, jahatlah pula hasilnya.

Matlamat manusia di dalam kehidupan ini ialah mengejar kebahagiaan sebenarnya. Mungkin melalui wang, mungkin melalui cinta, mungkin melalui kuasa atau apa sahaja kemungkinan boleh mendatangkan kebahagiaan seseorang. Tetapi kebahagiaan saya ialah apabila saya mampu tersenyum dan ketawa dengan senang hati kepada semua orang yang saya temui tanpa berpura-pura dan prejudis.

Demikianlah gatalnya tangan saya untuk menulis...

Sekian

Kebahagiaan saya ialah bila anak-anak saya gembira dengan ayahnya
 

 

Majlis perkahwinan rakan sekerja. Selamat pengantin baru Dr Norziela
 

Malam BBQ bersama adik beradik dan anak-anak buah yang disayangi
 





Sepanajang amlam kami dihiburkan dengan lagu-lagu rakyat oleh kumpulan penyanyi ini. Yang pakai baju pink ialah komposer, baju putih, lead vokal dan baju purple, back up singer. Baju kelabu Technician.





Majlis perpisahan dengan rakan setugas. Saya pernah tanggung kerjanya ketika beliau cuti bersalin.
 




26 comments:

  1. family comes first.. keluarga lebih penting, tapi tak salah sesekali melakukan aktiviti yg kita minat/hobi seperti berblogging..betol tak kak.. :-)

    ReplyDelete
  2. Nampaknya terbang lagilah ye.. :)
    Pasti ada lokasi dan pengalaman baru yang menarik boleh dikongsi nanti.

    BBQ bersama ahli keluarga...satu aktiviti yang sgt menyeronokkan. Ikatan kekeluargaan terasa erat dan mesra sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah nampaknya BM...Kalau ada kelapangan saya akan menulis

      Delete
  3. Pucuk-pangkal terletak pada diri sendiri. Katakan setiap yg kita lakukan dengan redha dan kerana Allah. Rugi kalau merungut sana-sini tak kiralah duduk rumah mahupun berkerjaya.. tepuk dada sendiri. Buat kalau terasa terpaksa kena fikir berkali-kali bimbang rugi dunia dan akhirat.

    Banyak kisah kalau nak dijadikan N3 tu. Tapi kakak suka yg BBQ tu sebab ada group singer yg special hihi... ohsem!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kak Zakie, mana-mana kerja di rumah mahupun pejabat, ada saja tekanannya, tetapi jangan terlalu memandang rendah pada mana-mana pihak pun kan

      Delete
  4. keluarga memang menjadi keutamaan kan kak..kak ada tanya kan majls kita bila..7.06.14 nie..insyallah.doakan ya kak semuanya brjalan lancar ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..mendoakan yang terbaik untuk Lya..semoga berjalan lancar majlisnya

      Delete
  5. Assalamualaikum kak, in shaa Allah. ada masa terluang nanti blogwalking. hehee bestnya buat BBQ. haritu dekat kampung mertua baru first time buat BBQ. syok gilaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak belum blogwalking kat Sheila lagi..tunguuu

      Delete
  6. saya bangga jadi surirumah sepenuh masa..dpt tidur tengahari best,merunggut biasa,sbb saya bukan bagus pun..isteri nabi pun merunggut juga saiditina fatimah pun merunggut juga..siapalah kita ni..kan..

    yg bekerja tu berkerjalah,,jadi Dr ke ,peguam ke,yg penting jadilah org yg bijak..bukan semata nak gaji,dan bangga dgn pangkat.

    syukur nikmat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang penting kita tidak melatah bila ada orang kutuk kutuk kita sebagai pekerja yang "senangnya hidup kau", tak payah fikir masalah rumahtangga. Merunggut cara isteri Nabi dan Fatimah itu tidak sama rasanya dengan cara merungut sesetengah wanita zaman ini kak. Tak boleh juga nak samakan. Hihi. Ohh..Bahaya juga kalau ada riak dalam diri bila berpangkat tu, syukurlah dengan nikmat yang tak seberapa ni, sekurang-kurangnya Tuhan masih ingat kat kita, ta

      Delete
  7. hari ni blogwalking utk ucap terima kasih :)

    ReplyDelete
  8. Zila..bg akak senang dan simple ja hidup ni...buat kerja dgn ikhlas kalau nak pahalanya...dan kalau nak balasan yg baik..baik jugaklah perbuatan kita..takde masa nak pikir2 apa org kata ttg kita..biarkan ja..hidup ni singkat utk dilayan perkara yg negatif..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kak, suka saya dengan komen akak ni..orang yang banyak pengalaman hidup

      Delete
  9. merungut ni tak datangkan faedah pun..cuma dapat penat..
    merungut & meluahkan perasaan itu perkara berbeza..
    sesiapa yang kerap merungut tu,,cepat2 lah beristighfar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tepat sekali Mar...merungut dan meluahkan perasaan itu berbeza

      Delete
  10. Keluarga mmg perlu diutamakan.. pada saya takde masalah klu kdg2 tak berkesempatan berblogging.. sbg suami & bapa, saya pun mcm tu juga, ada waktu mmg langsung tak terdaya nak berblogging, tp bukan maksud melupakan.. tak perlu mentensionkan diri dlm berblogging ni hehee.. yg utama diutamakan.
    Apa yg penting ukhwah yg ada mudah2an dpt berterusan & tak dilupakan.. selambat mana pun pasti akan terjah bw juga kat kengkawan blogger.. berblogging utk jangka panjang.. jnga terkejar2 & pelan kayuh tp istiqamah.. in shaa Allah.. :) :)

    ReplyDelete
  11. setiap orang pastinya ada kehidupan tersendiri.. usah merungut dan membandingkan diri kita dengan orang lain.. kerana Allah telah aturkan perjalanan hidup yang terbaik untuk kita..
    walau apa pun kerja kita (suri rumah atau makan gaji atau bekerja sendiri), lakukanlah dengan ikhlas..
    wah..tentu menarik pengalaman ke sabah nanti, semoga urusan kak zila berjalan lancar.. :D

    ReplyDelete
  12. ya family first..setiap org ada reason yg sendiri..saya setuju dgn apa sis tulih..bgantung kpada pandangan dan kemampuan individu itu sendiri :)

    ReplyDelete
  13. salam Zila.... menulis ni ikut mood juga... kadang idea ada tapi nak mengarang tu yg malas...hehee....

    ReplyDelete
  14. apapun, setiap orang ada carakehidupan sendiri. tak perlu kita memandang rendah pada yang lain.. masing-masing jalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin..

    ReplyDelete
  15. gatal tangan berblog x pe.. hehe
    waa.. bbq tu macam meriah je..

    ReplyDelete
  16. saya pun dah lama tak berblog..ni baru nak aktif balik..al maklumlah awal tahun sibuk balik kampung, bercuti dan sebagainya. tp paling penting kena dulukan keluarga..kalau ada masa baru laa boleh update blog :)

    ReplyDelete